Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, October 27, 2010

La Tahzan- Dont be sad..

Tajuk : La Tahzan : Jangan Bersedih (Edisi Kulit Keras)
Pengarang : Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penerbit : Al-Hidayah Publisher
ISBN : 978-983-0996-06-6
Harga Kulit keras: RM49.00
Harga kulit biasa : RM29.00
Harga buku jilid 1,2 & 3: RM9.80 setiap satu..
klik disini untuk belian secara online

Buku ini merupakan hasil kajian bersungguh-sungguh dari penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahlu hikmah dan tuntunan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberoa hasil karya ilmiah dari para ilmuwan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.

Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringka. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih"

**************************************************************************************************************

Assalamualaikum WTH semua.. 

Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang buku terlaris ini. Mungkin ada diantara kalian semua terkeliru mengenai lambakan tajuk buku 'La tahzan dipasaran'. Sebenarnya buku La Tahzan yang terlaris dipasaran Malaysia & kedai kedai buku saya ialah seperti gambar diatas merupakan karya terjemahan dari penerbit Al-Hidayah. dari pengarang Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Penerbit Al-hidayah juga menerbitkan buku ini dalam beberapa versi terjemahan, namun yang terbaik adalah dari terjemahan Noraine Abu.

Buku ini juga selain dikeluarkan dalam edisi kulit keras dan biasa, ia juga dikeluarkan dalam bentuk jilid mini yang agak kecil saiznya.
4.

sifat usahawan muslim- jujur menjelaskan kecacatan produk

Sabda Nabi Muhammad SAW:

Tidak dibenarkan seseorang muslim menjual satu jualanya yang mempunyai aib sebelum dia menjelaskan aibnya’

direkodkan oleh al-Quzuwaini

Hadis diatas menjelaskan kepada para usahawan muslim yang menjalankan urusniaga agar tidak menjual sesuatu barangan kepada pengguna TANPA menjelaskan berkenaan kecacatan dan kerosakan yang mungkin dimiliki oleh barangan tersebut.
=============================================================================
Sememangnya terdapat segelintir usahawan yang menyembunyikan status kecacatan dan kerosakkan produk jualan mereka. Dengan hanya berpaksikan kepada ‘keuntungan dunia’ semata-mata, golongan ini tidak gentar dengan amaran Nabi Muhammad SAW (berdasarkan hadis diatas) untuk menjual barangan jualan mereka yang memiliki kerosakkan dan kecacatan TANPA menjelaskan terlebih dahulu kecacatan tersebut kepada pelanggan.

Kebiasaanya, produk yang selalunya terbabit kepada risiko kerosakan dan kecacatan adalah merupakan barangan seperti produk terpakai, produk elektrik & elektronik, kenderaan dan barangan yang memiliki tarikh luput.  

Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak usahawan untuk melakukan urusniaga bagi produk yang memiliki risiko dan kerosakkan ialah
  1. Waranti
Melalui kaedah ini, pihak usahawan boleh memberikan tempoh waranti yang bersesuaian dan memberikan khidmat servis percuma ataupun menggantikan barangan sekiranya produk yang mereka jual itu menghadapi kerosakkan dalam tempoh yang dipersetujui.
     2.  Pemulangan dan penggantian barang
Kaedah pemulangan barang pula merupakan kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak usahawan sekiranya barangan yang dijual itu memiliki kerosakkan yang keterlaluan.

Melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh islam, aktiviti menjual barangan ini adalah sah, namun anda memiliki tanggungjawap sosial untuk memberitahu kepada pengguna terlebih dahulu mengenai kerosakkan dan kecacatan produk yang dimiliki.

Kesan kepada usahawan yang bersifat jujur dengan memberitahu kepada pelanggan terlebih dahulu ‘kerosakkan dan kecacatan produk’ yang mereka jual akan mendapat ‘nama’ yang baik dikalangan pengguna dan akan mendapat kepercayaan yang jitu dikalangan pelanggan dan bakan pelanggan. Bahkan perniagaan mereka akan diberkati kerana menggunakan lunas yang digariskan oleh islam

Usahawan Muslim
MEStI JUJUR

4.

Saya menang lagi dalam kuiz Isi tempat kosong- teka judul buku PTS

Alhamdulillah, dalam tempoh dua hari ni saya berjaya memenangi dua peraduan anjuran syarikat PTS di facebook.. Dan yang terbaru pada pukul 11 pagi tadi..


TQ semua, TQ PTS..

4.

Monday, October 25, 2010

Saya dapat tempat ke-2 "PERADUAN MENGULAS BUKU REMAJA & KANAK_KANAK anjuran PTS"



Alhamdulillah, penyertaan pertama saya untuk memasuki peraduan ini berjaya..

Syukur, walaupun hadiah yang dimenangi oleh saya ni hanya bernilai RM40 sahaja, ianya sangat memberi erti kepada saya. Nilai sentimental yang diperolehi sangat2 memberikan saya semangat untuk menyertai peraduan-peraduan yang lain.

TQ atas doa kalian juga..

Gembira punya pasal, hadiah yang dapat bernilai RM40 sahaja, tapi saya akan belanja semua staff PNN makan besar malam ni.. 4.

Armagedon: 2012




Tajuk : Armagedon: 2012
Pengarang : Muhammad Alexander
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-5137-99-0 
Mukasurat : 560 Halaman
Harga 31.50/34.50

Klik disini untuk belian secara online


Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

****************************************************************
BAB 1: Filem 2012
BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya
BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet
BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai
BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat
BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi
Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi
BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”
BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi
BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula
BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup
BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman
BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta
BAB 14: Astronomi dalam al-Quran
BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran
BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat
BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah
BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega
BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi
BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia
BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar
BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis



4.

Sunday, October 24, 2010

Berdakwah Dalam Perniagaan

"Sampaikan daripadaku olehmu walaupun sepotong ayat" - hadis riwayat Bukhari & Muslim 

Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya sering ditanya oleh sesetengah pelanggan berhubung sesuatu isu dan masalah berkaitan agama, mungkin faktor perwatakan @ panggilan 'ustaz' dikalangan teman-teman, pelanggan tetap dan staff saya. Alhamdulillah saya cuba menjawap mengikut kefahaman saya berdasarkan ilmu yang saya miliki. 
---------------------------------------------------

Pagi ini saya didatangi oleh dua orang yang berasal dari Serawak (saya cam dari gaya perbualan & dialek yang dituturkan mereka). Pada mulanya saya merasa agak sedikit curiga dengan kedatangan mereka. Maklumlah, lengan mereka penuh bertatu dan berwajah sedikit garang.. Ciri-ciri pelanggan seperti ini biasanya kelihatan agak nakal (mencuri buku dll) Namun setelah menegur mereka dengan ayat-ayat manis ternyata mereka agak ramah juga. Mereka ini beragama kristian dan merupakan golongan etnik bidayuh.

Rupa-rupanya mereka berdua ni sedang mencari bahan bacaan berbentuk novel,. Saya tersenyum.. jarang ada laki-laki keluar mencari novel seawal pukul 7.30 pagi (kedai saya beroperasi pada pukul 7.15 setiap hari). Tapi novel untuk golongan laki-laki dikedai saya agak kurang kerana saya memfokuskan novel  dakwah, cinta, motivasi dan lain-lain. Novel laki-laki mungkin dari karya Ramlee Awang Mursyid yang banyak berkisar tentang perjuangan, kisah seram dan pengembaraan.

Tapi saya agak terkejut apabila mereka ini memilih novel 'Isabella' dan 'Ayat-ayat cinta'. Mengapa saya terkejut? mestilah saya terkejut kerana mereka berdua ini memilih novel yang memiliki 'laras agama' yang tinggi terutamanya novel 'Isabella' yang menceritakan debat perbandingan agama islam dan kristian. Apabila saya menerangkan kepada mereka tentang sinopsis novel itu, ternyata saya salah. Sememangnya mereka berdua sedang mencari novel yang memiliki laras keagamaan sebagai pilihan. Rupa-rupanya juga mereka ini sudah tertarik kepada islam.

Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini saya pergunakan untuk berdakwah secara halus kepada mereka. Saya sempat mempromosikan kepada mereka diskaun sebanyak 50% untuk buku bertajuk 'the choice' karya Ahmad Deedad untuk rujukan mereka. Syukur, mereka menerima cadangan saya. 

Selesai urusan membeli buku itu, mereka terus keluar sambil sempat memberitahu kepada saya untuk datang kembali pada masa terdekat untuk membeli buku-buku berkaitan agama islam.

Setelah mereka melangkah keluar dari PNN, saya termenung sebentar... Alangkah beruntungnya saya kerana dilahirkan sebagai islam dan dibesarkan oleh satu keluarga yang sangat mementingkan ajaran dan amalan islam.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh hampir sepuluh minit anak muda itu berada didalam kedai saya, saya hanya mampu mengucapkan sedikit sahaja mengenai keindahan islam. Jika kesempatan itu muncul ketika waktu saya tidak sibuk,(saya baru membuka perniagaan  pada ketika itu, masih belum sempat lagi menyusun suratkhabar pun) ingin saya ceritakan betapa indahnya islam.

Semoga kedua-dua anak muda itu mendapat hidayah yang diidamkan. Amin

Saya akan menunggu kedatangan mereka lagi.. moga mereka kembali lagi kekedai saya untuk bersua lagi. 

Islam itu indah, islam itu mudah...

4.

Saturday, October 23, 2010

TQ Atas sokongan anda semua..

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah atas kurniaan rezeki dan rahmatnya kepada saya dan PNN khususnya..

Pertama sekali saya ingin mengalungkan ucapan terima kasih atas kesudian anda semua kerana sudi menjengah ke blog yang masih hijau ini.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada anda yang sudi memberikan beberapa cadangan menerusi email untuk menambahbaik isi kandungan blog ini, cuma saya belum ada kesempatan untuk memenuhi semua permintaan kalian untuk memasukkan beberapa tajuk mengenai keusahawanan muslim.

Ucapan terima kasih juga tidak lupa saya ucapkan untuk pengunjung yang sudi membeli belah di blog ini menerusi sistem affiliate 'Kedai-Buku.com' menerusi blog saya ini. Alhamdulillah, sambutan yang anda berikan sangat menakjubkan! Terima kasih kerana menyokong perjuangan saya. Insyaallah, saya juga berhasrat untuk memiliki kedai buku online sendiri satu hari nanti.

Perjuangan kita semua belum selesai dan sebenarnya baru bermula, bersama-sama menyokong perjuangan usahawan muslim!! Moga usaha kita diberkati Allah.

Selamat Datang Ke Dunia Usahawan Muslim!!

 KAYA IMAN & KAYA WANG
 


4.

Thursday, October 21, 2010

Dilema Melayu Islam - kurang fikir @ kurang zikir?




Tajuk : Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-14-1
Mukasurat : 350 Halaman
Pertembungan “Islam-Melayu dan Melayu-Islam” mutakhir ini lebih dibauri dan dikaburi oleh “presenting problems” berbanding “the real problems”. Mungkin ini disebabkan wujudnya ramai golongan yang berkepentingan sama ada dalam parti, pertubuhan dan perkumpulan orang-orang Melayu. Golongan “opportunists” Melayu ini berselindung di sebalik perjuangan agama atau bangsa untuk terus mendapat “ke¬untungan” jika Melayu-Islam terus berkrisis. Dan kemungkinan ini juga di¬sebab¬kan wujudnya golongan fanatik agama atau chauvinis bangsa yang sudah lebur sifat rasional, kasih sayang dan adab susilanya dalam menghadapi perbezaan pendapat. Sesungguhnya, semua perkara yang disebutkan di atas akan menjadi teras penulisan dalam tajuk-tajuk berikutnya. Pada tajuk-tajuk yang lebih khusus itu, saya akan memperincikan apa yang disentuh secara sepintas lalu dalam mukadimah ini. Apa yang pasti ialah buku ini mengetengahkan satu pola pemikiran yang konsisten walaupun pada subjek dan isu yang pelbagai. Dan pemikiran ini dihidangkan secara mudah walaupun gagasan¬nya besar dan adakalanya agak ilmiah.

Kritikan, teguran, pujian atau sekadar pandangan dalam buku ini mengundang respon yang sama terhadap saya. Oleh itu, saya dengan hati terbuka menerimanya. Kita tidak boleh taksub ketika menegur ketaksuban orang lain. Justeru, panda¬ngan yang saya kemukakan nanti adalah lahir dari hati yang penuh sedar bahawa pasti ada pandangan lain yang lebih tepat.

Soal kepimpinan dan politik akan menjadi pendahulu bicara saya. Diikuti oleh soal pendidikan, kemudian disusuli oleh isu-isu yang berlaku dalam negara dan akhirnya menjengah kepada persoalan antarabangsa. Sesungguhnya jika kepimpinan telah betul dan mantap, maka agenda mendidik umat akan dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat. Dengan ini akan terbentuklah kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negara. Hanya setelah itu barulah kita akan mampu memberi sumbangan menyelesaikan masalah antarabangsa.

Dan tumpuan saya lebih terarah kepada kepimpinan parti-parti politik pimpinan Melayu-Islam justeru merasakan ia tetap relevan dalam dekad-dekad yang mendatang. Namun dimensi pandangan “ketiga” ini tentulah agak sedikit berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang-orang dalam parti sendiri. Anggaplah perbezaan itu satu sumbangan justeru tidak ada siapa pun yang tidak memiliki “blind spot” dalam penilaian dan pemerhatiannya. Jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah… tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah.

*************************************************************************************************************
Dilema Melayu Islam - kurang fikir @ kurang zikir? merupakan buku terbaik yang pernah saya baca dan dapat menaikkan semangat saya untuk terus berkecimpung di dalam dunia bisnes ini. 

Tak perlu saya ulas panjang mengenai isi kandung buku ini, kerana isi kandungan buku ini perlu dihayati oleh setiap orang melayu yang mengaku dirinya beragama islam. Mungkin kelihatan agak kasar bagi anda semua, namun kenyataan inilah yang harus kita semua hadapi dewasa ini. MARTABATKAN AGAMA & TINGKATKAN KEMBALI PENGUASAAN EKONOMI ISLAM!!

Disini saya senaraikan bab-bab yang terkandung didalam buku berharga ini, agar saudara-saudara saya duluar sana meneliti dan membeli buku ini un tuk peringatan kita bersama:

1. Dilema melayu islam
*ilmu wahyu vs ilmu akliah
*asimilasi dua ilmu
*Zikir & fikir
2. perjuangan melayu @ islam
3. Mengapa melayu islam belum cemerlang?
4. Melayu yang mati akar
5. Bukan sekadar revolusi mental
6. Perjuangan nafas panjang
7. Daulatkan agama, martabatkan bangsa
8. Melayu ganti arab pimpin islam
9. Mempolitikan islam @ mengislamkan politik?
10. Membina kematangan berpolitik orang melayu
11. Sikap Taksub halang perpaduan
12. Berpolitik sebagai satu ibadah
13.Negara Islam tanpa hudud
14. Wakil rakyat yang tidak bersama rakyat
15. Antara pemimpin terpilih & pemimpin dipilih
16. Muhasabah buat UMNO
17. Membumikan islam hadhari
18. Menegur kerajaan dari dalam
19. Merakyatkan golongan korporat
20. Salah faham terhadap islam
21. Akibat kelemahan penyaampaian islam
22. Ramai mualim sedikit murabbi
23. Bertauhid tapi masih melakukan kemungkaran
24. Mengapa pendidikan islam tidak berkesan?
25. Bukan masalah takwa
26. Kenapa jenayah gagal ditangani
27. Bandar islam Kota Bahru
28. Orang melayu suka bacaan picisan
29. Bahan lucah bunuh jatidiri remaja melayu
30. Program realiti menjana ilusi
31. Bila Al-quran menjadi saksi
32. Profesional 'islamik" militan
33. Barat taksub serang islam
34. Amerika: kekuatan tanpa keadilan
35. Salam terkhir daripada Saddam
36. Strategi orang lemah
37. Pengajaran dari ujian
38. Revolusi jiwa alaf baru
39. Hakikat perjuangan islam sebenar


Percayalah semua bangsaku, baca buku ini... hayati perjuanganya dan semoga kita semua kembali bangkit dari semua sudut dunia & akhirat..
4.

Blog Travelog Usahawan Muslim melancarkan Kedai buku online..

Assalamualaikum WTH semua..

Alhamdulillah, Syukur saya kehadrat Allah dengan limpahan kurnianya kepada saya dan perniagaan yang saya jalankan sejak hampir dua tahun lalu. 

Sejak blog ini dibina pada 2hb September 2010 yang lalu, saya telah menerima hampir 30 buah pesanan untuk membeli buku secara 'online'. Namun batasan masa dan kekurangan staff menyebabkan saya terpaksa memikirkan kaedah lain untuk melayani kemahuan kalian yang saya sayangi.

Oleh yang demikian, saya telah mengkaji sebuah program affiliate yang ditawarkan oleh kedai-buku.com dan saya tertarik untuk menyertai program yang sememangnya mudah untuk saya dan anda semua sertai..

Teruskan minat anda untuk menyokong perjuangan saya..

Disini saya sediakan sedikit maklumat mengenai kedai-buku.com

Kedai-Buku.com memulakan operasi rasmi pada 1.1.2009 dengan menerima pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Pengalaman lebih 2 tahun  menguruskan pesanan ke luar negara dengan KedaiPerantau.net adalah kelebihan kepada Kedai-Buku.com. Ditambah lagi dengan pelbagai checkout pembayaran yang lebih fleksibel iaitu Maybank2U, CIMB, Bank Islam untuk pembayaran dalam Ringgit Malaysia, European Bank Transfer (SWIFT IBAN) yang percuma cajnya kepada penduduk di Eropah dan Paypal yang merupakan option gateway paling popular di seluruh dunia.
Pada awalnya, KedaiPerantau.net hanya menjual buku-buku dari Jemari Seni Publishing sahaja. Oleh kerana permintaan dari pelanggan sedia ada agar menambah juga buku terbitan syarikat lain, maka pihak pengurusan mengambil langkah membina laman web khas untuk menjual buku-buku hasil dari karya rakyat Malaysia secara online. Dengan adanya Kedai-Buku.com, peminat buku bahasa Melayu terutamanya berpeluang dengan lebih mudah mendapatkannya.


Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi bahasa Malaysia khususnya.

Salam Mesra.

Pengurusan
www.Kedai-Buku.com
Gedung Buku Malaysia Online - Malaysia Online Bookstore
4.

Wednesday, October 20, 2010

Percubaan saya utk menyertai PERADUAN MENGULAS BUKU REMAJA & KANAK_KANAK anjuran PTS






Dear Yayah merupakan novel remaja yang penuh warna warni karya Farihah Iskandar yang berkisar tentang perjalanan hidup remaja belasan tahun di dalam menuju usia dewasa ketika menuntut disebuah sekolah berasrama yang pastinya mampu menarik hati pembaca.
Tajuk ‘Dear Yayah’ yang dipilih menjadi tajuk novel ini adalah merupakan sebuah cacatan ‘diari kesayangan’ Jihan, selaku watak utama di dalam novel ini yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting kegiatan hariannya serta menjadi tempat untuk dirinya meluahkan perasaan.

Novel kehidupan remaja ini menceritakan Jihan, seorang gadis remaja yang sedang belajar di tingkatan empat merupakan seorang pelajar yang ceria, bijak, pemalu, aktif dalam kegiatan sekolah dan sangat bersifat perahsia menghadapi beberapa konflik berkaitan cita-cita, persahabatan dan alam percintaan remaja.

Dalam novel ini watak Jihan telah dibantu oleh watak Hazman dan Suria. Hazman, seorang pelajar popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan disekolah mereka. Hazman merupakan seorang pemuda tinggi lampai, berkulit putih, tampan, pintar dan merupakan penjaga gol utama untuk pasukan sekolah. Manakala Suria pula, merupakan kawan karib dan merangkap ‘roomate’ kepada Jihan sejak mereka berada ditingkatan dua lagi.

Pengarang novel ini mengajak pembaca menyelami kisah persahabatan ‘istimewa’ diantara Jihan dan Hazman. Walaupun persahabatan istimewa mereka berlangsung hampir setahun. Mereka hanya berhubung setiap hari melalui surat yang dikirimkan oleh sang posmen iaitu Suria. Pengalaman pertama kali berkawan secara rapat dengan laki-laki menyebabkan Jihan lebih selesa untuk merahsiakan perhubungan mereka.

Demi merahsiakan perhubungan istimewa diantara mereka. Jihan dan Hazman terpaksa melalui pelbagai karenah dan situasi yang kadangkala menggugat hubungan istimewa mereka. Bermula dengan usikan dari Nizar yang menaruh hati dan berusaha untuk memenangi hati Jihan, kes sifat cemburu Kak Hanny melihat keakraban Jihan bersama Abang Syahid, Amirah yang mengugut agar Jihan menjauhi Hazman, peristiwa semasa ulangtahun kelahiran Jihan dan pelbagai lagi peristiwa yang membuatkan hubungan mereka dingin.

Novel remaja ini juga menceritakan kisah Suria yang meminati secara jauh seorang pelajar yang bernama Khairi, namun malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Pada masa yang sama pula, Suria semakin kerap menerima rangkaian kad-kad ucapan dan surat ‘salam perkenalan’ dari seorang pelajar lelaki misteri yang menggelarkan dirinya sebagai IK.

Pengarang sekali lagi membuatkan para pembaca terus teruja untuk meneruskan bacaan mereka dengan menceritakan bagaimana Jihan, hazman dan Suria menyelesaikan konflik dan krisis yang menyelubungi mereka sepanjang perjalanan semester itu. Satu demi persatu masalah yang menimpa mereka sebelum ini dapat diselesaikan dengan mudah dan sedikit keanak-anakan dengan bantuan teman-teman yang lain seperti Sofian, Adam dan Abang Syahid. Akhirnya masalah-masalah mereka dapat diselesaikan dengan Nizar yang akur dengan ‘kekalahanya’, penjelasan Jihan kepada kak Hanny mengenai hubungan sebenar diantara dirinya dan Abang Syahid serta terungkainya misteri identiti sebenar IK iaitu Khairi.

Novel ini berakhir dengan gembira setelah hubungan Jihan dan Hazwan kembali seperti sediakala manakala Suria pula sudah menemui ‘sasarannya’ untuk berkawan dengan Khairi, jejaka impiannya.

Penulis novel ini bijak memanipulasikan secara teratur setiap konflik yang berlaku sepanjang perjalanan novel ini. Walaupun konflik yang direncanakan oleh penulis novel ini agak mudah dan ringan. Ianya sangat sesuai dengan tahap pemahaman sasaran pembaca remaja berusia 10 hingga 17 tahun.

Novel remaja terbitan PTS.ONE setebal 145 halaman dan berharga RM14.00 senaskah ini patut dimiliki oleh golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat usia menuju ke alam remaja terutamanya mereka yang ingin mendapatkan gambaran perjuangan demi mencapai cita, konflik persahabatan dan percintaan remaja diasrama sebagai bahan bacaan hujung minggu. Malah, golongan dewasa seperti saya juga turut tertarik untuk memiliki novel kisah remaja ini untuk mengimbau kembali kenangan pahit dan manis semasa menuntut di sekolah berasrama penuh.

Warna pastel ceria serta gambar sebuah jam kecil, anak patung beruang yang comel dan sebuah diari yang tertera judul ‘Dear yayah’ yang menjadi latar kulit novel ini sesuai dan amat menepati konsep tajuk novel ini bagi memikat hati golongan remaja dan dewasa untuk memiliki naskah novel ini. Tidak hairanlah novel yang dikeluarkan pada tahun 2006 ini masih mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja yang baru berjinak-jinak di dalam bidang pembacaan novel sehingga telah di ulang cetak sebanyak enam kali.

Kejayaan novel ini mendapat sambutan dan nilai jualan yang luarbiasa juga menyebabkan novel remaja ‘hebat’ ini telah diterbitkan dengan beberapa siri baru seperti siri ‘Dear yayah 2’, ‘Dear yayah 3’, ‘Dear yayah 4’, ‘Dear yayah-sejuknya eau claire’ dan juga siri ‘Dear yayah the diary’. Malah tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa kami semua peminat siri novel ‘Dear yayah’ ini sentiasa menantikan siri terbaru ‘Dear yayah’!!


novel inilah yang saya cuba ulas, percubaan pertama.. nama je ulasan, tp panjangnya ulasan ni dh macam sama dengan novel sebenar!!
Doakan saya menang peraduan ini ye kwan2 semua!!
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...