Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, October 2, 2010

Assalamualaikum WTH semua..

Assalamualaikum WTH semua.. 

Apa khabar iman anda semua harini? Alhamdulillah dan tahniah jika anda merupakan usahawan muslim yang taat. Kepada teman-teman usahawan muslim yang imannya 'kurang' hari ini.. BANGKIT!! 

Alhamdulillah, status jualan PNN pada minggu-minggu selepas hari raya ini mula kembali ke tahap normal dan saya harap dapat meningkat pada hari-hari yang mendatang. 

Buat masa ini saya masih sibuk untuk mengeruskan perniagaan PNN, menyiapkan buku (novel pertama saya & buku 'travelog usahawan muslim')- tak sama mcm yg saya tulis dlam blog ni ea.. buku ni menceritakan perjalanan hidup saya dalam mengejar cita-cita dan menjadi usahawan muslim yang menguruskan kedai PNN. DOAKAN KEJAYAAN PNN YE TEMAN-TEMAN SEMUA..


Hidup ini singkat, jadi kepada semua.. ciptalah sesuatu yang indah dalam kehidupan ini. 

Kehidupan dunia sangat penting kerana di dunia inilah penentu tempat kita di akhirat kelak!!


Selamat Datang Ke Dunia Usahawan Muslim!!

KAYA WANG & KAYA IMAN
KEJAR DUNIA & KEJAR AKHIRAT

4.

Friday, October 1, 2010

sifat-sifat usahawan muslim

Menjalankan perniagaan tanpa mengganggu ibadat seharian

"Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli daripada mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat)"

"(mereka melakukan itu) agar Allah memberikan balasan kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan dan agar DIA menambah kurniaan-NYA kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki tanpa batas"

Surah An-Nur ayat 37 & 38
Terjemahan Al-hidayah-house of quran


Terjemahan ayat Al-quran diatas mengingatkan kepada semua golongan yang terlibat didalam aktiviti perdagangan dan jual beli seperti golongan usahawan dan pemilik perniagaan agar tetap terus beribadat dan sentiasa mengingati Allah dengan menunaikan amalan-amalan wajib seperti bersolat, menunaikan zakat dan percayakan hari kiamat. 

Allah juga menyatakan kepada golongan usahawan dan pemilik perniagaan yang sentiasa mengingatinya dan melakukan suruhannya itu akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka usahakan dan Allah akan menambah kurniaanya itu kepada sesiapa yang dikehendakinya.
___________________________________________________________________________

Di dalam konteks keusahawanan muslim, Allah JELAS menyatakan didalam ayat diatas bahawa kita sebagai usahawan muslim, kita tidak boleh lalai dan alpa daripada mengingati Allah kerana kesibukkan perniagaan yang sedang kita usahakan. Kerana sesungguhnya setiap kemajuan dan juga perkembangan mahupun kerugian perniagaan yang kita nikmati kini adalah merupakan anugerah dan rezeki yang ditetapkan.

Menjalankan perniagaan tanpa mengganggu amal ibadat seharian terutamanya didalam mengerjakan amalan-amalan wajib merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh semua usahawan muslim. Hal ini penting kerana setiap pihak usahawan muslim seharusnya sedar akan kepentingan untuk mengimbangi keperluan dunia dan kepentingan akhirat. 

Walaupun keperluan dunia seperti harta dan wang ringgit sangat penting dalam kehidupan hari ini, namun anda seharusnya bijak membahagikan masa dan ruang untuk menunaikan tanggungjawap kita sebagai hamba kepada Allah yang telah memberikan kita kurniaan dan anugerah yang tidak ternilai harganya.

Alasan yang sering diungkapkan oleh usahawan-usahawan yang ibadat seharian mereka sering terganggu lantaran kesibukkan menguruskan perniagaan masing-masing adalah jadual seharian yang sibuk, tiada ruang masa rehat yang panjang dan sengaja mengabaikan suruhan Allah merupakan satu alasan lapok. Contohnya, ibadat solat hanyalah mengambil masa selama 4-8 minit sahaja setiap waktu sebagai tanda kita bersyukur kepada kurniaan Allah.

Menjadi usahawan adalah satu nikmat, seharusnya kita bersujud dan bersyukur kerana terpilih dikalangan hamba-hamba Allah yang lain untuk mengembangkan ekonomi umat islam. 

Jesteru itu saya menyeru kepada semua usahawan muslim agar sentiasa tetap pendirian untuk mengingati Allah dan mengerjakan suruhannya, memperbanyakkan amalan sunat, sentiasa  berdoa dan bertawakkal agar segala usaha kita untuk memajukan ekonomi umat islam diberkati dan percayalah bahawa hanya Allah sahajalah yang memberikan kita rezeki yang tidak ternilai. Bahkan Allah jualah yang akan menambah nikmat kepada hamba-hambanya yang taat!!


Selamat Datang Ke Dunia Usahawan Muslim!!

KAYA WANG & KAYA IMAN
4.

Bagaimana mahu memajukan perniagaan kedai buku dan alat tulis

Memiliki perniagaan kedai buku dan alat tulis membolehkan saya menjalankan beberapa perniagaan sampingan yang masih berpadanan dan tidak lari konsepnya dengan perniagaan kedai buku dan alat tulis. Perniagaan sampingan yang saya ceburi ialah:
  1. Perkhidmatan fhotostat
  2. Perkhidmatan digital printing
  3. Perkhidmatan scanner
  4. Perkhidmatan binding
  5. Perkhidmatan  laminating
  6. Perkhidmatan membuat kad perkahwinan & bisness card
  7. Perkhidmatan fax
  8. Perkhidmatan  pembungkusan hadiah
  9. Tempahan rubber stamp
  10. tempahan uniform & pakaian
  11. menjual rokok
  12. minuman sejuk
  13. Perkhidmatan pembekalan buku dan alat tulis
  14. pembekalan produk makmal sains dan bengkel kemahiran hidup
Sebenarnya banyak lagi cabang perniagaan yang boleh dilakukan oleh perniagaan kedai buku dan Alat tulis. 

Disamping itu, sesetengah perniagaan diatas boleh dilakukan dengan hanya menjadi agen seperti perkhidmatan tempahan rubber stamp, kad ucapan, tempahan uniform & pakaian, pembekalan kelengkapan makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. hal ini bermaksud, anda hanya menerima komisyen diatas perkhidmatan yang disediakan dan ini akan meminimakan kos pengurusan anda.

Selamat Datang Ke Dunia Usahawan Muslim
4.

Thursday, September 30, 2010

Poligami cara Rasulullah- copy dari seseorang

Pelik mengapa saya masukkan cerita poligami? sebenarnya memang saya berhasrat utk memasukkan tajuk ini sejak pertama kali saya membuat blog ini sejak 2 minggu yang lalu. Mungkin agak 'lari' dari tajuk keusahawanan muslim, namun saya percaya ramai juga dikalangan usahawan & bakal-bakal usahawan yang mengimpikan untuk berpoligami. Maksudnya secara ringkas disini.. saya sekadar mahu berkongsi ilmu dengan kalian semua..

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
4.

Sunday, September 26, 2010

DOA HAMBA ALLAH YG PRIHATIN DGN KONDISI UMAT ISLAM



DOA INI DISAMPAIKAN IMAM MASJIDIL HARAM MEKAH: SHAIKH MUHAMMAD AL-MOHAISANY, YG KETIKA SELESAI MEMBACAKAN DOA TERSEBUT DENGAN DI-AMINKAN OLEH JUTAAN JAMAAH, KEMUDIAN SHAIKH TSB DITANGKAP & DITAHAN SAMPAI SEKARANG OLEH PENGUASA THOGUT K.S.A. "SUBTITLE DISELESAIKAN OLEH SAUDARA KITA "mu7ahideen" n/a "... 4.

Friday, September 24, 2010

Kepentingan Iman dalam diri usahawan

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah membuat baik kepadamu dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakkan"
Surah Al-Qasas ayat 77 (terjemahan quran Al-hidayah)

Nah, perhatikan terjemahan ayat al-quran diatas. Allah telah menjelaskan agar kita sebagai hambanya supaya  terus menerus mengerjakan ibadah kepadanya tanpa melupakan kebahagiaan kita di dunia. Malah, Allah telah mengingatkan kita sebagai hambanya semasa mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat agar berbuat kebaikkan kepada sesama insan dan melarang kita melakukan kerosakkkan.

Di dalam konteks keusahawanan, suka saya mengingatkan diri saya dan anda semua agar bersederhana mengimbangi keperluan dunia dan akhirat. Maksudnya sebagai usahawan muslim, kita semua haruslah mengimbangi keperluan dunia dan dan kehendak akhirat tanpa kompromi untuk mengutamakan keuntungan di dunia semata-mata dan mengabaikan keperluan akhirat dan juga sebaliknya. Hal ini penting kerana kebergantungan anda sebagai pemilik perniagaan dan pekerja yang menerima gaji daripada perniagaan anda.

Setiap usahawan muslim juga mempunyai tanggungjawap untuk membina kekuatan islam melalui kekuatan ekonomi dan dapat menyalurkan hasil pendapatan mereka melalui pelbagai sumber untuk membina kekuatan ummah sejagat yang lain.

Usahawan dan peniaga merupakan satu kerjaya yang mulia disisi allah. Jesteru itu, kita haruslah mempunyai satu prinsip untuk bersikap jujur, menjaga hubungan dan berbuat baik sesama insan yang juga merupakan pelanggan, pengguna dan pekerja disekeliling kita khususnya.

Selamat berjaya semua
Semoga usaha perniagaan kita diberkati Allah SWT
4.

Wednesday, September 22, 2010

Siapa boleh menjadi JUTAWAN?


Secara umumnya, semua orang didunia ini memiliki potensi untuk menjadi jutawan. Sama ada melalui usaha diri sendiri mahupun melalui orang lain. Terdapat beberapa kaedah yang saya kenalpasti mampu membolehkan anda menjadi jutawan seperti:
  1. Memenangi loteri yang hadiahnya bernilai jutaan ringgit
  2. Memenangi peraduan yang bernilai jutaan ringgit
  3. Bekerja di pelbagai sektor yang nilai gajinya puluhan ribu @ ratusan ribu ringgit sebulan
  4. Mewarisi kekayaan keluarga yang bernilai jutaan ringgit
  5. Menjadi usahawan atau peniaga yang mengendalikan perniagaan yang bernilai jutaan ringgit
  6. Terjumpa sesuatu benda yang bernilai jutaan ringgit 
Sememangnya semua orang yang siuman mengimpikan untuk menjadi jutawan. Dengan impian untuk bebas daripada belenggu kewangan dan bebas daripada pengaruh masa bekerja. Namun begitu suka saya mengingatkan kepada teman-teman semua, bahawa wang bukanlah penentu segalanya. Benar, wang boleh membeli segalanya, namun ianya tidak akan mampu membeli syurga Allah. Gunakanlah wang untuk bekalan  iman.


Pilihlah, kaedah mana yang anda mahu pilih untuk menjadi usahawan & jutawan muslim.

 kaya wang @ kaya iman?

 kaya wang @ miskin iman?

 miskin wang @ kaya iman?

 miskin wang @ miskin iman?




4.

Anggaran modal permulaan untuk membuka perniagaan kedai buku dan alat tulis



Secara umumnya anggaran modal awal untuk membuka perniagaan kedai buku dan alat tulis bersaiz sederhana adalah seperti berikut:

pra operasi
  1. Registration                                        rm  2000
  2. deposit sewa kedai   (3+1)               rm12000
  3. rak majalah 4' kali 4                           rm  2000
  4. rak buku 4' kali 12 unit                       rm  6600
  5. rak alat tulis  4' kali unit                      rm   3600
  6. rak alat tulis 'pulau' 4' kali                  rm   3000                          
  7. meja buku (meja banquit) 6 unit        rm   1200
  8. rak kad ucapan                                   rm     200
  9. rak suratkhabar 2 unit                         rm  400
  10. rak poster kanak2 2 unit                    rm   500
  11. rak kertas                                         rm   2000
  12. rak pembalut hadiah                           rm   200
  13. kaunter                                             rm   2000
  14. mesin fax                                          rm     800
  15. signboard                                         rm    2000
  16. cash register                                       rm  4000
  17. chiller                                                 rm  2500
  18. penanda harga 2 unit                          rm   500
  19. deposin fhotostat                                 rm 1000
  20. laminating machine                             rm    800
  21. binding machine                                 rm    500
  22. mesin pemotong kertas                      rm    800
  23. alat tulis                                             rm    500                            
  24. kerusi & meja                                    rm   300
  25. rak fail                                               rm   300
  26. penghawa dingin                                rm  4500
  27. komputer                                           rm  3000
  28. pengubahsuaian premis                       rm  5000
  29. pendawaian                                        rm  1000

stok awal
  1. buku                                                rm 40k
  2. alat tulis                                           rm 30k
  3. deposit majalah                                rm4k
lain-lain
  1. banner  promosi                                 rm300
  2. lesen berniaga di kaki lima                  rm50

contoh diatas merupakan anggaran sahaja, dan berkemungkinan akan berubah mengikut masa, tempat dan kualiti produk

SELAMAT DATANG KE DUNIA USAHAWAN MUSLIM
4.

taubat orang tua

Assalamualaikum wtb semua..

Beberapa bulan yang lepas, saya telah didatangai oleh sepasang suami isteri berbangsa melayu berumur dalam lingkungan awal 50-an yang bergaya ranggi. Si suami agak bergaya dengan berseluar pendek hitam dan berT-shirt berwarna merah manakala si isteri bergaya dengan baju kurung moden tanpa tudung. Seperti biasa saya akan melayani dengan ramah setiap pengunjung yang tiba. Sambil tersenyum mesra, saya menyapa pasangan tua itu dan bertanya tentang buku yang mereka sedang cari kerana kelihatan mereka terlalu kyusuk membelek banyak buku2 agama di rak pameran PNN.

Sambil tersenyum juga, si suami menjawab dengan nada perlahan... "Pak cik baru nak blaja smula bab2 agama.. maklumlah, usia semakin lanjut. Boleh adik cadangkan buku yang perlu kami baca?" ujarnya lagi..

Sebenarnya situasi diatas kerap saya dengar, dan yang pastinya saya jawapan saya sudah tersedia.. Buku bertajuk 'Travelog Haji-mengubah sempadan iman' karya Muhd kamil Ibrahim dan buku "Indahnya Hidup Bersyariat" karya Dato' Ismail Kamus.

Mengapa saya memilih buku ini? Pertama, buku Travelog Haji-mengubah sempadan iman' karya Muhd kamil Ibrahim ini merupakan buku kegemaran saya mengenai kemanisan iman yang di perolehi oleh penulisnya pada usia 40-an! beliau ini berusaha untuk mempelajari kembali asas-asas agama setelah diajak oleh isterinya untuk mengerjakan ibadat haji

Kedua- buku "Indahnya Hidup Bersyariat" karya Dato' Ismail Kamus pula menyediakan asas-asas agama islam secara mudah dengan lengkap bergambarajah berwarna. Sangat lengkap dari bayi lahir hingga kelubang kubur.

Saya tidak lupa menceritakan alasan saya memilih ke-2 buku tersebut. Jika saya sangat mementingkan keuntungan, tak mungkin saya memilih ke-2 buku tersebut lantaran harga yang murah. Lebih baik saya mempromosi buku-buku agama yang berharga lebih rm200 sebagai pilihan. Namun, saya memilih untuk memberikan mereka bahan bacaan ringan yang memberikan mereka 'tentang kemanisan iman'. Malah, agak berat jika saya terus memberikan cadangan untuk mereka buku-buku berkaitan hukum-hukuman meninggalkan solat, siksa kubur, balasan Neraka... saya berhasrat untuk membina kembali 'usaha' mengenai 'kemanisan iman' untuk dihayati....

Tanpa berbicara panjang, pasangan itu membelek ke-2 buku cadangan saya itu dengan khusyuk. Setelah berbincang sebentar. Mereka bersetuju untuk membeli ke-2 buku tersebut. Sebelum kami berpisah, saya sempat membisikan kepada mereka yang saya akan memberikan mereka diakaun istimewa untuk membeli bahan bacaan ilmiah dan agama selepas ini..

Keesokan harinya pasangan itu kembali lagi, sambil tersenyum Si suami mengucapkan terima kasih dan memuji kepada saya kerana memberikan cadangan buku-buku yang dikata olehnya sangat2 bermanfaat. Sungguh saya berasa sangat dihargai ketika itu...



bersambung.... 
harap bersabar kalian semua!!




4.

Tuesday, September 21, 2010

Memilih lokasi perniagaan - kedai buku dan alat tulis





Kaedah memilih lokasi perniagaan kedai buku dan alat tulis agak berbeza dengan pemilihan lokasi perniagaan jenis lain.Sebelum anda semua memilih lokasi perniagaan kedai buku dan alat tulis, Anda seharusnya terlebih dahulu menetapkan konsep perniagaan kedai buku dan alat tulis yang ingin anda usahakan.
Maksud konsep perniagaan kedai buku dan alat tulis yang saya maksudkan ialah mengenai pengkhususan 'sasaran pasaran' perniagaan anda. Secara amnya, terdapat beberapa kategori konsep perniagaan kedai buku dan alat tulis. Antaranya ialah:
  1. kedai buku dan alat tulis tradisi
  2. kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong 
  3. kedai buku dan alat tulis kombinasi (tradisi & pemborong)
Pemilihan lokasi perniagaan kedai buku dan alat tulis mengikut konsep   
  1. kedai buku dan alat tulis tradisi 
Kedai buku dan alat tulis tradisi merupakan kedai buku dan alat tulis tradisi yang memfokuskan kaedah pemasarannya berdasarkan 100% daripada sumber pelanggan runcit. Pelanggan runcit bermaksud pelanggan yang lalu lalang di hadapan kedai dan membeli secara spontan  dan tunai. Namun begitu peniaga jenis ini juga memiliki segelintir pelanggan tetapy ang melanggan buku dan alat tulis secara kecil-kecilan.
Kebiasaanya, kedai buku dan alat tulis tradisi ini akan memilih lokasi perniagaannya dikawasan tumpuan ramai di kawasan bandar seperti bersebelahan bank, kedai makan popular, pusat membeli belah dan berhampiran terminal bas. Pemilihan lokasi ini dipilih  kerana kedai buku dan alat tulis tradisi ini menjalankan perniagaan secara runcit dan tidak memiliki sumber jualan lain melainkan jualan tunai dan sedikit pelanggan kredit.
2.    kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong
kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong ada perniagaan kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong yang memfokuskan kaedah pemasarannya secra 100% melalui aktiviti pemasaran.
Kebiasaanya, kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong ini memilih lokasi perniagaan mereka dikawasan yang memerlukan kawasan kedai yang berkeluasan besar seperti gudang dan kilang perindustrian kecil di kawasan pinggir bandar.
3.    kedai buku dan alat tulis kombinasi -
Kedai buku dan alat tulis kombinasi merupakan kedai buku dan alt tulis kombinasi akitiviti jualan runcit, pembekal dan pemborongan.
Kebiasaanya, kedai ini memilih lokasi perniagaan mereka dikawasan yang menjadi tumpuan ramai sama seperti kedai buku dan alat tulis tradisi. Namun begitu, konsep perniagaan mereka berbeza kerana selain menjual secara runcit, mereka juga terlibat secara lansung dengaan aktiviti pembekal dan pemborongan.
Pemilihan lokasi untuk perniagaan ini sangat penting kerana akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor sampingan yang menarik & menolak kejayaan bisnes anda. Banyakan berdoa dan jangan lupa mengamalkan beberapa amalan ‘petua murah rezeki’ yang saya sediakan

Selamat datang ke dunia usahawan muslim!!



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...