Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, February 9, 2011

Teraju pacu modal bumiputera


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Unit Peneraju Agenda Bumiputera di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 8 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima lagi syarikat bumiputera dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini dengan nilai keseluruhan modal pasaran diyakini meningkat melebihi paras RM1 bilion.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap nilai itu dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun depan menerusi penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang dilancarkan hari ini.

Menurutnya, Teraju yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husni Salleh akan menerajui, menyelaras serta memacu penyertaan bumiputera melalui pelbagai inisiatif baru dan sedia ada.

Kata beliau, Teraju juga akan memastikan keberhasilannya dalam jangka masa pantas meliputi tindakan efektif yang boleh meraih kejayaan.

Ini termasuk mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi masa kini serta melihat keberkesanan program yang sedang dilaksanakan.

"Husni yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Modal Teroka Malaysia (MAVCAP) mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pelaburan serta Modal Teroka.

"Dalam aspek ini, Teraju dikehendaki melakukan kerjasama seerat mungkin dengan stakeholder termasuk dewan perniagaan dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya program pelaksanaannya mirip Program Transformasi GLC yang diperkenalkan kerajaan (pada 2004).

"Dengan ini maka usaha-usaha kita untuk menyenaraikan lebih banyak syarikat bumiputera akan dapat diselaraskan menerusi sekretariat yang diletakkan di bawah Teraju dan Teraju akan melaporkan kepada jawatankuasa pelaksanaannya di bawah Datuk Dr. Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan) yang turut mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB)," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Teraju yang merupakan salah satu agenda Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Bangunan Perdana Putra di sini.
Majlis turut dihadiri Awang Adek dan Husni.

SJJB adalah program yang diilhamkan pada 2007 bertujuan meningkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti.

Menurut Perdana Menteri, organisasi Teraju kelak akan hanya beroperasi dalam bajet yang kecil dengan pelantikan beberapa pegawai.

Ia akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan, pembiayaan, pendidikan dan penggajian, penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan stakeholder.

Dalam pada itu, Awang Adek ketika ditemui memberitahu, setakat ini lima buah syarikat bumiputera telah disenaraikan di Bursa Malaysia dengan modal pasaran mencecah RM700 juta.

"Sasaran RM1 bilion (yang disebut Perdana Menteri) itu boleh dicapai dengan penambahan lima lagi syarikat bumiputera yang akan disenaraikan kelak.

"Antara sektor syarikat bumiputera yang terlibat ialah teknologi maklumat, bioteknologi, perkhidmatan dan perkilangan," katanya.

Husni pula memberitahu, sebuah makmal Teraju akan beroperasi akhir bulan ini dan akan mengambil masa enam minggu untuk menyediakan cadangan-cadangan tentang peluang ekonomi baru yang boleh disertai bumiputera dalam RMK-10.

"Sama ada ia akan menggunakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sedia ada ada atau kita wujudkan yang baru, ia akan dibincangkan di dalam makmal ini.

"Langkah seterusnya ialah kita akan bawa laporan Teraju ini ke MTAB sebelum sebarang pelaksanaan dibuat," kata beliau.
4.

TERAJU perkukuh agenda majukan perniagaan peribumi

Teraju perkukuh agenda majukan perniagaan peribumi

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang bertujuan memperkukuhkan agenda pembangunan golongan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhannya mampu mendorong, menyelaras dan memantau pelaksanaan kepentingan agenda ekonomi bumiputera terutama dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Malah, katanya, penubuhan tersebut selaras dengan salah satu resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputera sebelum ini yang mencadangkan diwujudkan Jawatankuasa Penyelaras seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu) di bawah jawatankuasa agenda ekonomi bumiputera.

"Apa yang dituntut oleh orang Melayu dan bumiputera adalah kesaksamaan dalam ekonomi negara yang adil untuk semua golongan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Teraju yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ibrahim berkata, dalam memastikan kejayaan pelaksanaan agensi yang baru ditubuhkan itu, kerajaan mesti memastikan ia diterajui oleh pemimpin Melayu yang mempunyai semangat Melayu tulen.

Selain itu, katanya, kepimpinan Teraju mesti bersifat bersih dan telus serta mempunyai 'kuasa' seperti Pemandu.

Sementara itu Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berpendapat, penubuhan Teraju merupakan satu tindakan positif untuk membantu pelan transformasi dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera. Namun katanya, peneraju unit tersebut haruslah bertaraf menteri demi memastikan pelaksanaan agendanya efisien.Selain itu tegasnya, dalam menjayakan agenda tersebut, perancangannya harus menembusi pelbagai peringkat sehingga ke akar umbi.
 
"Pegawai pentadbir yang dilantik juga mesti memahami peranannya agar mereka dapat melaksanakan misi dan visi dengan hasil terbaik. "Malah saya yakin andai kelompok bumiputera dan Melayu bersatu, hasrat Perdana Menteri akan dapat dilaksanakan dengan berkesan," jelasnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
4.

Tuesday, February 8, 2011

Tazkirah hari ini..

"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya dihari kiamat kelak dia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam"
Hadis Riwayat At-Tibrani
Mari kita mencari yang halal. Samada anda sebagai pekerja atau sebagai usahawan 

4.

Stok majalah baru tiba hari ini -9 Februari 2011

  1. Bike trader issue 214
  2. HQ isu 18/ Februari
  3. Keluarga issu 183/ Mac
  4. Mingguan wanita isu 1421
  5. Motor Trader isu 519
  6. Popular Misteri 132/ Februari
  7. Rasa isu 116/ Mac
  8. Santai @ Travel isu 3/ mac
  9. T3 isu 81/ februari
  10. Digital Camera mag 62/ februari

4.

Monday, February 7, 2011

Brothers - Wahai Kekasih lirik



Tika sendiri terkenang kembali
Pada dirimu oh kekasih
Dikau mutiara permata berharga
Kau satu tiada bandingannya

Kehadiranmu sinar gemerlapan
Cahaya murni kehidupan
Perginya dirimu satu kehilangan
Agung namamu di ingatan

Wahai kekasih yang disanjungi
Kasih sayangmu tak terperi
Kejujuranmu jua tulus budimu
Tersemat di dalam kalbu

Pelbagai rintangan cabaran mendatang
Diharungi dengan kesabaran
Ketabahan diri kekuatan iman
Azimat dalam perjuangan

Hadirmu kekasih bawa ketenangan
Kedamaian dan kebahgiaan
Pengorbananmu lambang kemegahan
Jasamu jadi sanjungan

Tenatnya dirimu di perbaringan
Umatmu sering di ingatan
Pelbagai rintangan cabaran mendatang
Diharungi dengan kesabaran
 
Ketabahan diri kekuatan iman
Azimat dalam perjuangan
Hadirmu kekasih bawa ketenangan
Kedamaian dan kebahgiaan
 
Wahai kekasih yang dirindui
Padamu janji dipatri
Sepenuh jiwa korban segala
Mengenangmu selamanya

*****************************************************************************************************

4.

Susahkah untuk menjadi usahawan?

Susahkah untuk menjadi seorang usahawan? Persoalan ini seringkali saya fikirkan sebelum menceburkan diri di dalam bidang ini. 

Saya selalu membayangkan bagaimanakah agaknya para usahawan yang bergelar 'bilionaire' mengendalikan perniagaan mereka yang kadangkala boleh mencecah sehingga puluhan dan ratusan buah syarikat! Apakah ada rahsia sehingga setiap sentuhan mereka mampu mengubah batu menjadi permata?

Memandangkan bidang keusahawanan dan perniagaan bukanlah satu bentuk aktiviti yang wajib memberi 'keuntungan' kepada pengusahanya, ia menjadi satu bidang yang sangat hebat sehinggakan  tiada syarikat insuran yang mampu memberikan jaminan secara total diatas risiko yang bakal dijalan oleh pengusaha perniagaan. Bidang yang penuh dengan 'sepak terajang' ini memiliki satu 'aura seni' yang hanya difahami oleh mereka yang bergelar usahawan dan peniaga.

Seni mengubah 'pelaburan' menjadi 'keuntungan' bukanlah terletak pada mereka yang memiliki sentuhan emas! Tunjukan saya usahawan yang tidak pernah mengalami kerugian walaupun  kerugian yang bernilai sedikit, pasang surut perniagaan pasti akan berlaku! Namun gabungan usaha, doa dan tawakal pasti berhasil dengan izin Allah.

Saya juga kagum dengan para usahawan yang bangkit melonjak setelah jatuh. Mereka bangkit setelah merasai betapa sakitnya 'jatuh' dan menjadikan peristiwa pahit sebagai tauladan.

Bidang keusahawanan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi, sebarang tindakan yang dilakukan hanya memiliki 3 kemungkinan:
  1. Untung
  2. Rugi
  3. Balik modal
Pilihlah kemungkinan mana yang anda mahu! Rancanglah perniagaan anda mulai sekarang! Kita bukan hanya menjual barang, tetapi kita menjual 'potensi' barangan itu!

Comelkan?)


4.

Ikhtikar ( menyembunyikan stok )

Rasulallah SAW bersabda:

"Tidak melakukan ikhtikar kecuali orang-orang yang bersalah" 

direkodkan oleh Imam Tarmizi

"Seburuk-buruk hamba Allah adalah yang menimbun (menyimpan barang), apabila mendengar barang turun ia merasa susah, dan apabila ia mendengar harga barang naik ia merasa gembira" 

(disebutkan oleh Imam Razin @ Jami'nya)

Ikhtikar bermaksud satu perbuatan menyembunyikan stok didalam kuantiti banyak yang dilakukan oleh pihak peniaga @ usahawan.

Mengapakah golongan ini menyembunyikan stok? Apakah tujuan mereka? dan apakah kelebihan yang mereka perolehi dengan menyembunyikan stok?

Ikhtikar ini dilakukan bertujuan untuk menimbulkan suasana panik dikalangan pengguna dengan harapan perbuatan ini diyakini mampu untuk menaikkanharga sesuatu barang. Kebiasaanya jenis barang yang selalu dijadikan 'mangsa' ialah barangan keperluan harian seperti makanan dan bahan api. Logiknya, apabila permintaan sesuatu barangan itu melebihi penawaran maka harga sesuatu barangan itu mampu melonjak tinggi. Dan inilah yang dicari oleh usahawan kejam ini.

Pasti anda semua masih lagi mengingati krisis 'ketiadaan gula' pada awal tahun 2004.  Pada ketika itu saya masih lagi bekerja sebagai pembantu pengurus disebuah hypermarket terkenal di selatan tanahair. Saya masih ingat lagi ketika itu, para pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan sekilogram sahaja dan hampir berlaku pergaduhan kerana ditangkap menipu kerana sebungkus gula!

Mereka yang tersepit ialah peniaga kecil dan pengusaha kecil yang bergantung sepenuhnya kepada 'gula' yang merupakan menu wajib untuk produk mereka. Para tauke kilang air minuman, pengeluar kordial, pengusaha restoran MERINTIH. Malah pihak yang mahu melansungkan kenduri perkahwinan merayu kepada saya untuk melepaskan 'sejumlah' gula kepada mereka.(utk mereka ini sahaja saya lepaskan gula dalam jumlah kuantiti dgn syarat kami diberikan contoh kad jemputan)

Mujur langkah kerajaan menurunkan harga gula secara drastik menyebabkan ramai dikalangan 'penjenayah ikhtikar' ini menanggung kerugian dan terpaksa mengeluarkan stok berlebihan yang mereka miliki. Namun hal ini berlaku ketika usahawan yang tidak beretika ini telah mengaut banyak keuntungan!

Lihatlah kekuatan  'sepakatan' usahawan bukan muslim. Mereka bijak mengatur strategi untuk sama-sama mengaut keuntungan walaupun secara kejam kepada pengguna!

JANGAN PERNAH ANDA SEBAGAI USAHAWAN @ BAKAL USAHAWAN MUSLIM MELAKUKAN KESALAHAN INI!



4.

Saturday, February 5, 2011

Radio IKIM 91.5

Assalamualaikum wth..

Semalam adalah hari pertama PNN beroperasi setelah 3 hari bercuti sempena 'tahun baru cina' dan saya pulang ke Johor. Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar semalam kecuali satu perkara. Chanel radio di PNN tidak menerima sebarang signal radio berbahasa melayu radio IKIM sahaja.. 

Sebenarnya sebelum ini pun satu-satunya radio berbahasa melayu yang dapat menembusi ruang di PNN hanyalah radio era sahaja. Mungkin disebabkan faktor ruang kedai yang tertutup menyebabkan sukar rangkaian signal radio lain menembusi PNN (sbb saya pasang cermin kaca di luar kedai untuk menghalang aircond keluar)

Tapi bila seharian mendengar radio ini, hati saya mula terpaut dengan 'keindahan' stesyen radio ini.. Tahniah IKIM.FM kerana anda berjaya menjadi radio rasmi di PNN!

PILIHAN UTAMA
4.

Friday, February 4, 2011

Unic - Lafaz Yang Tersimpan


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan........

******************************************************************************
Erk... mcm mood tgh sedih je skrg ni.. Hmm..


4.

Thursday, February 3, 2011

Ciri-ciri biasa pencuri di premis perniagaan

  1. Berpakaian besar@berjaket
  2. Perempuan berpakaian ibu mengandung
  3. Pandangan mata yang meliar
  4. Pelanggan yang datang secara berkumpulan terutamanya remaja laki-laki
  5. Kelihatan gusar & takut-takut
  6. Mereka yang membawa beg sandang 
Entri kali ini saya tidak mahu mengulas panjang... tapi kepada pihak peniaga. jangan terus menangkap orang yang disyaki, kerana dikuatiri mereka bersenjata dan kita juga harus menjaga air muka mereka sekiranya benar mereka bersalah.
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...