Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, October 16, 2010

Kongsi dengan saya...

Pemasaran adalah tulang belakang dalam sesebuah perniagaan. Teorinya mudah, iaitu hanya membuatkan pembeli tidak memilih produk pesaing. Itu sahaja. Namun, pelaksanannya meluas dan tidak mudah. 

 

Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat dengan saya tentang teknik pemasaran  terbaik untuk kedai buku dan alat tulis dijemput Email kepada saya di azraay17@gmail.com sebelum 1hb Nov 2010

 Saya akan publish perkongsian maklumat ini bersama anda semua dlam post akan datang

Usahawan Muslim

Kaya Dunia, Kaya Akhirat

 

 

 

 

4.

sifat-sifat usahawan muslim-jujur

SIFAT JUJUR KETIKA MENGGUNAKAN TIMBANGAN

 
"CELAKALAH bagi orang-orang yang curang. Iaitu apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain, mereka meminta dipenuhi. Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangkannya. Tidakkah mereka itu menyangka bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan. Pada suatu hari yang besar. Iaitu pada hari (ketika) semua orangbangkit menghadap tuhan seluruh alam. Sekali-kali jangan (mereka melakukan perbuatan yang salah itu!) sesungguhnya cacatan orang-orang yang derhaka itu benar-benar tersimpan dalam sijjin (kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang derhaka)"
 
Surah  Al-Mutaffifin ayat 1 hingga 7

"Sempurnakanlah sukatanmu dan janganlah merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan timbangan yang benar. Dan janganlah kamu merugikan manusia dengan memengurangi hak-haknya dan janganlah membuat kerosakkan di bumi"
 
Surah  Al-Syura ayat 181 hingga183
Terjemahan Al-hidayah-house of quran

Terjemahan ayat diatas menyatakan dengan jelas bahawa Allah telah menegaskan didalam surah Al-Mutaffifin (orang-orang yang curang)& surah Al-Syura (penyair) tentang kepentingan untuk bersikap jujur didalam sukatan atau ketika melakukan timbangan. Perkataan "celakalah' sudah cukup untuk Allah menekankan bagi melaknat kepada mana-mana peniaga yang bertindak mengurangkan sukatan untuk menerima keuntungan yang lebih.
 ________________________________________________________________________

Dalam konteks keusahawanan muslim, sifat jujur merupakan salah satu sifat yang wajib dimiliki oleh semua pengusaha dan usahawan muslim didalam apa jua situasi. 

Antara perkara tidak jujur yang sering dilakukan oleh pihak usahawan ialah dengan menipu melalui sistem timbangan yang telah diubahsuai, menipu kualiti produk, menipu status produk, menipu harga ketika musim jualan murah dan pelbagai lagi.

seperti biasa... akan bersambung apabila pada mlam ini..... la ni tgh sbuk skit.. sja nk kasik anda semua ttunggu2.. 
4.

Perkara yang menyeronokkan bila mempunyai kedai buku sendiri..

  1. Boleh baca semua jenis majalah, suratkhabar dan buku secara percuma setiap masa..
  2. Merupakan orang pertama dapat info tentang buku-buku terbaru
  3. Oleh kerana saya memang minat menjual sejak kanak-kanak lagi, membuka kedai sendiri membolehkan saya melakukan dan mengasah aktiviti yang saya paling minat sekali iaitu MENJUAL
  4. Bersama berkongsi pahala dengan khalayak ramai dengan menjual produk bermanfaat. Alhamdulillah
  5. Biasanya yang masuk kedai buku ni kaum hawa.. Hm, boleh mencari jodoh jika mahu.. hehehe..(saya bujang lgi ye...)
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan memiliki kedai buku sendiri...

4.

Wednesday, October 13, 2010

Buku Baru- Furu' Al-Masail- karya Syeikh Daud Al-Fatani (susunan semula oleh Datuk Hassan Din)




Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM75.00
: Sabah / S'wak: RM80.00

Sila klick di sini untuk belian secara online (kedai-buku.com)








4.

Tuesday, October 12, 2010

fathul jihad

Assalamualaikum wtb semua.. Semalam ketika berkunjung ke blog seorang sahabat, saya terdengar satu lagu yang benar-benar menyentuh hati saya..Disini saya sertakan lirik lagu tersebut, dendangan oleh sebuah kumpulan dari Indonesia, Fathul Jihad..

Jalan dakwah kita masih panjang
Untuk itu butuh perjuangan
Berjuanglah dalam satu barisan
Maju kedepan libas semua rintangan

Wahai kawan kibarkan panji islam
Wahai kawan berderap satu barisan
Kuatkanlah tekad bakar semangat
Mujahid siap sambut seruan jihad

Wahai kawan cahaya islam kian meninggi
Wahai kawan berjuang ikhlas di hati
Menggapai rahmat dan redha Ilahi
Mujahid siap sambut panggilan suci
 
Agung dan tinggikan asma Allah
Dalam perjuangan kita
Junjung tinggi dan tegakkan kebenaran
Musnahkan segala kezaliman

Pemuda generasi harapan
Siap untuk membela islam
Walau darah kami bersimbah ke bumi
Syurga telah menanti kami...

Wahai kalian para syuhada!!
Kemulianmu telah dicatat sejarah!
Sekarang engkau membangkitkan generasi & ummah!
Di sini ada beberapa hati merdeka yang bersatu!
Disini ada syariat yang memancarkan cahaya!
Menerjang kezaliman dan keselewengan!

p/s: maafkan saya jika lirik ini salah..
4.

Sunday, October 10, 2010

Ciri-ciri usahawan yang menepati ajaran islam.

Bersyukurlah kepada Allah,kerana dilahirkan islam.Bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan rezeki menjalankan perniagaan.Mengerjakan perniagaan adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama.Malah nabi saw adalah usahawan yang amanah,cemerlang dan menjadi tauladan yang baik.Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agarmenjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1.Menunaikan solat lima waktu.
Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.

Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.

Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.


2.Mementingkan rezeki halal.
Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.


Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.

Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.

Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.


3.Sentiasa benar.
Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam perniagaan perlu belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah melariskan jualan dan memajukan
perniagaan kerana pelanggan mudah percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan. Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk melariskan perniagaan.

“Berkatalah benar walau pahit sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat. Matlamat usahawan islam ialah hala dan berkat. Berbohong untuk mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan tidak membawa keberkatan dan keredaan Tuhan.
Usahawan perlu sentiasa benar dalam apa jua keadaan. Jangan mengikut teladan sesetengah usahawan yang suka berbohong kerana perbuatan tersebut akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk tersebut patut tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.

Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.


4.Mengutamakan hak pengguna.
Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.

Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.

Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah.

Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.


5.Menunaikan zakat.
Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat adalah rukun islam,namun ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak. Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan. Mempunyai akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau tidak membayar zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang degil dan enggan membayar zakat walaupun tahu ianya wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan tamak dan rakus ketika baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini.

Zakat akan membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain. Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.


6.Sentiasa bersyukur.
Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan usahawan. Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan senang. Usahawan perlu bersyukur ketika perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai ujian dan dugaan dari Allah.

Menjadi usahawan yang bersyukur akan membersihkan usahawan daripada segala sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan apabila ditimpa kesusahan dan masalah.


7.Sentiasa bertaubat.
Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali usahawan.Bertaubat adalah jalan membersihkan diri.Manusia sering lalai dan lupa.Manusia sering ditipu oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk membersihkan diri.Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan perbuatan haram,kemudian bertaubat untuk menghalalkan harta perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta haram tetap haram.I anya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.


8.Menjaga perhubungan baik dengan manusia.
Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat, sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta mewah menghimpit penunggang motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab.

Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan baik dengan manusia.



9.Berjasa.
Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain”.Justeru usahawan boleh menjadi manusia yang paling banyak berjasa kepada manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu atau bapa tunggal yang susah.

Binalah perhentian bas. Berilah sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain. Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan manusia lain.Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah
usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan usahawan yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.


10.Membantu usahawan lain.
Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda. Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok Saleh Sulong dan lain-lain.

Berikan idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan dia memancing ”.

11.Menjauhi maksiat.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali dosa-dosa besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan manusia yang tidak mencintai agama. Ramai usahawan menghabiskan masa bermain golf sehingga melupakan solat. Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur di negara jiran. Tidak kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan sihir dan tangkal.

Pelbagai dosa dilakukan tanpa memikirkan implikasi di hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan bersih tidak sepatutnya dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan agama. Sayangi wang dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.

12.Tidak melakukan sabotaj.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada usahawan lain. Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang lain dan menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain. Hadapi segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika.
 
13.Membayar pinjaman.
Ramai usahawan mendapat peluang pinjaman dari pelbagai badan dan agensi kerajaan dan swasta.Usahawan perlu bijak memanfaatkan peluang pinjaman untuk membesarkan dan memajukan perniagaan dan berusaha melangsaikan pinjaman sebagaimana perjanjian. Masih ramai usahawan degil dan mementingkan diri sendiri. Ada yang sengaja melewatkan pembayaran pinjaman sedangkan mampu.Usahawan perlu membayar pinjaman demi memberi peluang usahawan lain merasa wang pinjaman membesarkan perniagaan. Demikianlah beberapa ciri usahawan yang menepati ajaran agama.

Usahawan islam perlu menjadi manusia yang benar-benar mendapat keredaan Tuhan dan rasul. Jangan jadi usahawan yang tamak,rakus,mementingkan diri,kaki maksiat dan dibenci manusia. Pastikan setiap langkah dalam perniagaan membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Pastikan perniagaan memberi banyak faedah kepada diri  sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.


Didiklah diri menjadi usahawan yang maju dalam perniagaan dan mendapat keredaan Tuhan dan nabi-Nya.Keredaan Tuhan adalah harta dan bekalan yang amat berharga di akhirat nanti. Apalah guna kereta mewah, rumah banglo, emas permata……..ianya akan ditinggalkan. Yang kekal dan berguna kepada diri ialah keredaan Tuhan.

Sumber : Petikan Buku Usahawan Cemerlang



USAHAWAN MUSLIM

KAYA WANG, KAYA IMAN


4.

Senarai buku terlaris di PNN minggu ini

Berikut adalah senarai buku terlaris di PNN (Pustaka Nur Najma)

  1. Indahnya Hidup Bersyariat- Dato' Ismail Kamus-
  2. Indahnya Amalan berdoa- Dato' Ismail Kamus-
  3. Jangan Bersedi- Dr Aidh Abdullah Qarni-
  4. Kisah Haiwan Makkah-Fatimah Syarha
  5. Armagedon 2012-M.Alexander
  6. Perubatan Islam Mengangkis Kejahatan Mahluk Jahat-Uztaz Sharhan
  7. Travelog Haji (with cd)-
  8. Salahudin Al-Ayubi-Abdul Latib Talib
  9. Cinta 3 suku-
  10. Mama saya Lapar-Wardina
__________________________________________________________________________________
    Buku pilihan saya minggu ini:
    Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:

    • Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.

    Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

    Penulis : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
    Kod Katalog : TBBK 1145
    Kod ISBN : 978-967-5102-96-7
    Harga : Semenanjung M'sia - RM55.00
    : Sabah / S'wak: RM55.00

    4.

    Travelog Harian

    Assalamualaikum wth semua teman-teman blogger...

    Alhmdulillah, perniagaan saya semalam berjalan-jalan dengan sangat lancar. Syukur kepada Allah SWT atas rezeki yang dilimpahkn kepada saya dan PNN. Kebiasaannya, hari hujung minggu seperti semalam memang merupakan hari 'anugerah' kepada kami sebagai usahawan perniagaan jenis runcit.


    InsyaAllah, pada hari ini 11.10.2010, stok buku terbaru dari syarikat PTS akan tiba di PNN bagi  memeriahkan "Kempen Musim Cuti Sekolah anjuran syarikat penerbitan PTS" yang menawarkan peraduan teka judul buku..
     
    Kepada semua staff PNN, SELAMAT BEKERJA KERAS.. hehehe...

    Perjuangan baru bermula dan takkan berakhir.. Doakan kejayaan saya & PNN..


    USAHAWAN MUSLIM

    KAYA WANG, KAYA IMAN

    4.

    Thursday, October 7, 2010

    Usahawan muslim


     Allah..

     Apa ertinya kejayaan hari ini
    Apa ertinya kekayaan yang kami kecapi kini
    Apa ertinya kelebihan yang telah Engkau kurniakan kepada kami
    Jika ianya hadir tanpa IMAN yang subur


    Allah 
    Kami memohon restu-MU
    Untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi umat islam
    yang semakin tertinggal kini


    Moga selepas ini
    Dapat kami mendidik umat ini
    Mencari yang halal di kalangan yang halal
    Mencari yang suci diantara yang suci
    Mencari yang berkat untuk keberkatan-mu



    Ya Allah
    Kami bermohon kepada-Mu
    Dengan kesungguhan yang tinggi
    Dengan berkat kalimah-mu yang agung
    Moga usaha kami diberkati 



    Ya Allah
    Janganlah engkau lalaikan hati dan jiwa kami dengan kekayaan dunia
    Tapi, jadikan kekayaan dan kejayaan kami pada hari ini
    membuatkan kami semakin bersyukur kepada-MU
    Agar kami berbahagia di dunia
    dan gembira dihari akhirat sana...


    Redhailah perjuangan kami...


     AMIN YA ALLAH
    USAHAWAN MUSLIM

    KAYA WANG & KAYA IMAN

    4.

    Sunday, October 3, 2010

    Kepentingan mendidik ahli masyarakat membeli dan mengutamakan produk daripada usahawan muslim


    Kepentingan mendidik ahli masyarakat membeli & mengutamakan produk daripada usahawan muslim

    "Wahai orang-orang yang beriman............. dan tolong menolonglah kamu di dalam mengerjakan kebajikkan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran ajaran Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaannya"
    Surah  Al-Ma'idah ayat 2
    Terjemahan Al-hidayah-house of quran
    Terjemahan ayat diatas menyatakan dengan jelas bahawa Allah memberitahu kepada semua hambanya yang beriman agar bersama-sama membantu membuat kebaikkan dan bertakwa kepadanya. Allah juga melarang semua hambanya membantu sesama mereka didalam membuat kerosakkan, dosa dan maksiat. 
    Didalam ayat ini juga Allah telah menegaskan bahawa perbuatan 'tolong menolong didalam membuat kerosakkan, dosa dan maksiat" akan menerima siksaan daripadanya.
    __________________________________________________________________________


    Mendidik ahli masyarakat membeli dan mengutamakan produk daripada usahawan muslim merupakan salah satu 'pertolongan' didalam membuat kebajikkan menurut terjemahan al-quran diatas.

    Mengapa kita semua perlu membeli dan mengutamakan produk daripada usahawan muslim? Secara umumnya usahawan muslim merupakan insan terpilih daripada sejumlah bilangan orang muslim didunia ini yang menjana ekonomi umat islam melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan.Oleh itu, sebagai insan muslim yang prihatin, kita perlulah menyokong perjuangan mereka dengan membeli dan mengutamakan produk yang dikeluarkan oleh rakan seagama kita. 

    Dengan mengutamakan produk usahawan muslim ini, kita dapat membantu golongan usahawan muslim ini bersaing dengan pengusaha dan usahawan non-muslim. Bukankah semua muslim itu bersaudara? 

    Kadangkala saya berasa kesal jika perbandingan harga menjadi masalah dikalangan pengguna muslim untuk membeli dan mengutamakan produk sesama saudara muslim. Mengapa? jawapan ini terlalu remeh pada saya.. Bagaimana anda sanggup membeli pruduk keluaran non-muslim lebih2 lagi yang secara terang-terangan membantu zionis menghancurkan saudara muslim di Palestin dan di tempat2 lain? tak perlu saya memberikan contoh kerana anda sendiri sudah maklum beberapa syarikat asing dan non-muslim yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pihak israel dan menjadi ejen yahudi dan amerika.


    Namun begitu, saya tidak menyalahkan kepada bahu pengguna 100%, kadangkala terdapat juga segelintir usahawan muslim sendiri yang tidak prihatin dengan kehendak pengguna. Mereka tidak mempunyai daya juang tinggi, terlalu mengejar dunia, tidak mesra dan pelbagai lagi faktor yang menolak kedatangan pengguna islam. 


    Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, usahawan dan pengguna muslim hendaklah berganding bahu untuk membantu sesama mereka menaikkan taraf ekonomi umat islam. Kepada pihak usahawan muslim, anda wajib menggandakan usaha dan berdoa agar perniagaan yang anda miliki ini dapat membantu pengguna mencari produk yang suci dan jelas bersih status halalnya. Manakala kepada pengguna muslim semua, anda juga diwajibkan membantu pihak usahawan bagi membantu mereka menaikkan ekonomi umat islam secara amnya...




    USAHAWAN MUSLIM
    DUNIA HANYA PINJAMAN

    KAYA WANG, KAYA IMAN












    4.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...