Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, January 12, 2012

2012: Tahun Untuk PNN Terus Melangkah..

Assalamualaikum WTH...

kiosk PNN di tingkat satu Jusco Rawang.. betul2 depan pintu masuk ke Jusco bahagian pakaian...

Alhamdulillah, tahun ini PNN mempunyai agenda tersendiri untuk terus berkembang maju. Tiga tahun bergelumang didalam industri kedai buku dan alat tulis memberi kami begitu banyak pengalaman manis dan pahit.

Kami membuang sedikit rasa malu dan rendah diri untuk meredah ruang pejabat-pejabat untuk mencari tender pembekalan alat tulis dan peralatan pejabat, membuka booth buku dikomplek membeli belah, ekspo dan jualan ditapak karnival. Bersaing demi memartabatkan dunia keusahawan muslim TANPA UNSUR RASUAH DAN SYUBHAH!

Alhamdulillah, dari kedai pertama kami, kami memberanikan diri dengan modal terhad untuk membuka sebuah kiosk di Jusco Rawang yang menjual al-quran biasa dan digital, CD agama dan nasyid serta buku-buku agama. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat hebat! 

Esok, bermula pula perjuangan kami di NSK Rawang. Doakan sinar untuk kami terus gemilang ea sahabat semua!


InsyaAllah, kami bercita-cita untuk membuka sekurang-kurangnya 1 cawangan terutamanya di dalam kompleks membeli belah yang boleh menyumbang kepada kemajuan keimanan, kewangan dan kebaikkan umat islam lain amnya imanan kami setiap tahun dalam masa lima tahun ini.. Moga cita-cita kami dipermudahkan.. AMIN YA ALLAH...







4.

1 comment:

Rph. Irma Wati said...

As salam..bagaimana saya ingin dapatkn tunjuk ajar Tuan utk buka kedai buku? Mohon bimbingan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...