Dengan modal tunai ditangan hampir rm300k saya sangat percaya rezeki berniaga dikawasan yang memiliki aliran trafik yang ramai bakal mendapat keuntungan jika perjalanan perniagaan itu berjalan lancar dengan izin Allah SWT.
Setelah berbalas email beberapa kali, saya menasihatkan beliau agar bertemu lagi dengan ibubapanya bagi memohon restu mereka dengan bersungguh-sungguh. Ibubapa beliau harus diberikan info mengenai potensi perniagaan dikawasan hypermarket itu.
Hm, memang sukar untuk meyakinkan ibubapa kita tentang pelaburan perniagaan terutamanya jika melibatkan modal permulaan yang tinggi. Ibubapa mana yang sanggup melihat pelaburan anaknya hilang? Lebih sukar lagi jika pihak ibubapa kita bukan terdiri daripada golongan usahawan @ peniaga. Kebanyakan mereka lebih gemar jika anak mereka bekerja makan gaji dan tidak terdedah kepada risiko perniagaan. Yup, mereka ini lebih gemar melihat sesuatu secara negatif terutamanya setelah melihat perniagaan awal beliau mengalami keuntungan yang sekadar 'cukup makan' sahaja. Tetapi apakah yang kita boleh lakukan untuk meyakinkan mereka? Jika wang modal itu dari wang simpanan sendiri mungkin agak mudah caranya. namun bagaimana jika perniagaan itu melibatkan wang pinjaman?
Saya beruntung kerana dilahirkan didalam famili peniaga. oleh itu sedikit sebanyak kami sudah terbiasa dengan cabaran dan sepak terajang didalam bisnes.
Sebagai anak yang baik, saya menasihatkan sahabat itu agar bertemu dengan ibubapanya bagi memohon restu mereka dengan bersungguh-sungguh. Ibubapa beliau harus diberikan info yang jelas mengenai potensi perniagaan dikawasan hypermarket itu. Jika perlu diberikan 'bisnes plan' sila tunjukkan kepada mereka. Mengapa saya bercakap demikian? Kerana saya mahukan keberkatan ibubapa itu mengiringi perniagaan beliau sama seperti tindakan yang saya lakukan sebelum membuka perniagaan ini. Bukankah dengan redho mereka Allah akan menambahkan lagi rezeki kita?
Setelah beberapa ketika, saya sekali lagi mendapat email daripada beliau. Beliau kini baru dua bulan membuka kedai didalam hypermarket itu dan Alhamdulillah jualan tunainya sangat hebat!
Kepada ibubapa diluar sana yang meragui keupayaan anak mereka. didalam bidang perniagaan saya nasihatkan agar merestui setiap perbuatan anak mereka. Sekiranya anak anda mahu menceburi perniagaan yang halal. Restu kalian sebenarnya merupakan tonik semangat buat kami yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ini! Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kalian adalah pembakar semangat kami! Kami ingin berjuang didalam bidang ini dan kami sangat cintakan pekerjaan sebagai usahawan @ peniaga ini! Dan kami mahu berkongsi sesuatu yang indah dan berharga buat kamu wahai AYAH DAN BONDAKU!
No comments:
Post a Comment