Usahawan muslim berjiwa pengguna merupakan satu konsep baru yang meletakkan diri dan jiwa pihak usahawan tidak hanya sebagai usahawan, malah turut berjiwa pengguna. Konsep ini bermaksud pihak usahawan muslim tidak lagi hanya berada sebagai pemilik perniagaan tetapi juga sebagai pengguna produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Mengapakah pihak usahawan muslim harus berjiwa pengguna? Sebagai usahawan muslim, kita wajib meletakkan kepentingan pengguna terutamanya kepada pengguna muslim sebagai keutamaan didalam penghasilan produk atau perkhidmatan.
Mengapakah kita perlu bersikap sedemikian? Apakah kepentingan berjiwa pengguna?
Sebagai pengguna muslim, kita diwajibkan untuk mencari sesuatu produk yang terjamin halal dan suci yang tidak memiliki sekelumit unsur-unsur subahat yang diragui 'kehalalannya'. Oleh itu kita sebagai usahawan tidak harus hanya menumpukan 100% kepentingan perniagaan tanpa mengambilkira jiwa pengguna yang akan membayar produk kita.
Adakah kita sebagai usahawan mahu terjerumus kedalam neraka kerana memberikan & menghalalkan sumber haram yang digunakan dalam produk kita? Silakanlah jika anda mahu menempah neraka dan bertaubatlah sekiranya anda pernah melakukannya!
Apakah pihak pengguna mahukan dalam setiap produk dan perkhidmatan yang mereka bayar?
- Perkhidmatan yang telus
- Perkhidmatan & produk yang terjamin halal tanpa unsur meragukan!
3 comments:
...insyaallah,kita doakan semuga suatu hari nanti usahawan muslim akan mendominasi perniagaan di muka bumi malaysia ini..amin.
lum leh publish lgi sbnrnya sbb spontan je, xedit, xde rujukan n tkejar2 sbb lum post entri baru bulan ni... Insyaallah.. malam ni kalu free saya edit smula...
TQ kak...AMIN
Post a Comment