Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, April 5, 2011

2 minggu yang sibuk...

Assalamualaikum WTH..

Wah... dah hampir 2 minggu xjengah blog ini sejak kedatangan mak ayah saya kesini hinggalah pagi ini. Sibuk benar rasanya... baru habis susun semula stok kedai, tambah rak dan stok secara besar-besaran dan pelbagai urusan di PNN.. Nak berjumpa kekasih hati pun tak sompek dalam dua minggu ni...

Hm, berita baik... saya demam harini.. demam sebab dah dua ari nikotin tak masuk dalam badan ni.. Ni tengah hampir nazak lani kat umah... sebenarnya saya dalam proses nak berenti merokok. Alhamdulillah atas galakan yang tersayang (takut mati pucuk pun ye jugak sebenarnya - orang darah manis la katakan... hehe..)

Susah nak tinggalkan habit yang dah saya mulakan sejak umur awal remaja tu.. dah macam orang parkinson pun ye jugak sekarang ni.. menggigil je badan ni..

Doakan saya dapat berhenti merokok ea... 

note: hisap rokok secara aktif sejak umur 16 tahun.. sekarang umur saya 31 tahun.. jika dalam tempoh 16 tahun itu saya membelanjakan secara purata RM8.50 sehari untuk sekotak rokok. Saya dah boleh beli bas second hand secara tunai dengan nilai RM46 920 tu... Mari berhenti merokok semua! (kpd yg berkaitan sahaja...)

 k, nak sambung demam ni...


4.

5 comments:

rintzpalil said...

Arai,
better ko g farmasi beli vit c untuk bg antibodi kt badan. cz org merokok ni vit c dlm bdn mudah habis. vit c jgk blh tlg kikis nkotin dr badan. klu tk blh telan tablet cari yg larut dalam air. selamt maju jaya. Amin.kuatkan semangat.

nusrahisa said...

tak cuba scalar energy?

mamaijat said...

...good job....
insyaallah....
anda akan berjaya....kerana kerja yang baik insyaallah akan mendapat keberkatan....

arekymz said...

mesti berjaye punye.
percaye pada diri.
benti merokok ni bkan hanye baik ntok diri sendiri.
tp baik ntok org sekeliling kite gak.
:)

Ustaz Azrai said...

:) Tq semua.. I.allah, sdg blajar menundukkan nafsu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...