Wadah Memperkasa Usahawan Muslim, Motivasi Business,Business & syariah, Sifat Usahawan Muslim, Kaedah Membuka Perniagaan Kedai Buku & Alat Tulis, Petua Murah Rezeki, Ulasan Buku Terpilih, Berita keusahawanan, Berita Tentang Industri Buku & Alat tulis, Tazkirah, Diari Usahawan, Nasyid & Chelsea FC
Followers
Muqaddimah
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.
Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!
Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.
(Sejak 2hb September 2010)
Sunday, June 26, 2011
Iddah untuk lelaki
Friday, June 24, 2011
Syarah Al-Hikam Jilid 2
Syarah Al-Hikam Jilid 2. Karya agung Imam Abul FAdhal @ Tajudin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin 'Athai'llah asy-Syazili
Penulis : Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri
Harga:
Semenanjung M'sia - RM50.00 Sabah / S'wak: RM52.00
Email saya untuk belian online di azraay17@gmail.com
Buku ini sebenarnya memiliki 3 jilid, namun sehingga kini baru 2 jilid sahaja yang diterjemahkan oleh penulis...
Wednesday, June 22, 2011
Iktibar dari sebuah kegagalan (kajian dari perniagaan kedai buku & alat tulis yg mahu dijual di mudah.com)
Tuesday, June 21, 2011
Alhamdulillah.. tangan saya dah sihat sepenuhnya..
Tuesday, June 14, 2011
Perlukah staff kedai buku membaca kesemua buku untuk memudahkan penerangan kepada pelanggan?
- Awak dah baca buku ni?
- Apa yang dia tulis dalam buku ni?
- Apakah pandangan awak tentang buku ini?
- Awak rasa benda ni berkesan tak?
- Betul ke ustaz ni yang selalu keluar TV tu?
- CD dia awak dah dengar?
- Berkesan tak CD dia?
- Kalau buku & CD rosak lepas seminggu dibeli ada waranti tak?
- Kenapa CD dia tak boleh dipasang dalam kereta?
Thursday, June 9, 2011
Semurni cinta adam seutuh cinta hawa
ISBN-13: 978-967-0142-41-8
Tarikh Terbit: 28 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 128
Memahami Bahasa Cinta Adam dan Hawa
Memberi tip-tip bagaimana memahami perubahan yang akan terjadi dan persediaan untuk lelaki dan wanita dalam menempuh dunia percintaan
Menjadi Arkitek Percintaan Mengetengahkan unsur-unsur yang berpengaruh dalam membina dunia cinta serta mendedahkan perubahan sikap, pemikiran serta tindakan pasangan yang bercinta
Bahasa Universal Pencinta Memberi tip-tip bagaimana mahu mewujudkan cinta yang berpengaruh dan perkara yang dihargai oleh pasangan
-
Bahagian Satu : Memahami Bahasa Cinta Adam
dan Hawa
-
Bahagian dua : Menjadi Artikek Percintaan
-
Bahagian tiga : Bahasa Universal Sang
Pencinta
-
Bibliografi
Carta buku popular 10 Jun 2011
- A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad- KARYA Tun Dr Mahathir Mohamad
- Notes to PM: The untold Story of How Malaysia Beat The Currency Speculators KARYA Wong Sulong
- Pasport Muhammad Rasulullah KARYA Mohd Khalil Haji Nordin
- 101 Rekreasi Hati: Buat Diri Ku yang Mudah Lupa KARYA Dr Zahazan Mohamed &Nik Wafdi Nik Jaafar
- Legacy of Honour : Dato's Ja'afar Mohamed, Dato' Onn Ja'afar, Tun Hussien Onn KARYA Zainah Anwar
- Kasih Yang Suci KARYA Meen Zulaika
- M.A.I.D. - KARYA Suri Ryana
- Sutera Bidadari KARYA Ramlee Awang Mursyid
- Bisik-bisik Gelora KARYA Fauziah Ashari
- Tuan Rumah Pembantu Rumah KARYA Orkid Edyliyne
- 1 hari 1 resepi: 365 resepi istimewa Chef Hanieliza KARYA Chef Hanieliza
- Kaum-kaum yang pupus KARYA Harun Yahya
- Terjemahan Al-Quran saiz comel (AHHOQ)
- Jangan Bersedih edisi Ekslusif KARYA Dr Aidh Al- Qanti
- Terjemahan Al-Quran oleh Walet Kecil
- 7 Hari Mencintaiku KARYA Siti Rosmizah
- Cinta Yang Kurasa KARYA Anis Ayuni
- Bisik-bisik Gelora KARYA Fauziah Ashari
- Sutera Bidadari KARYA Ramlee Awang Mursyid
- Lafazkan kalimah cintamu- KARYA Siti Rosmizah
4.
Monday, June 6, 2011
Ekspo yang paling mencatat keuntungan tertinggi setakat ini...

Tuesday, May 31, 2011
Keberkatan Restu Ibubapa...
Dengan modal tunai ditangan hampir rm300k saya sangat percaya rezeki berniaga dikawasan yang memiliki aliran trafik yang ramai bakal mendapat keuntungan jika perjalanan perniagaan itu berjalan lancar dengan izin Allah SWT.
Setelah berbalas email beberapa kali, saya menasihatkan beliau agar bertemu lagi dengan ibubapanya bagi memohon restu mereka dengan bersungguh-sungguh. Ibubapa beliau harus diberikan info mengenai potensi perniagaan dikawasan hypermarket itu.
Hm, memang sukar untuk meyakinkan ibubapa kita tentang pelaburan perniagaan terutamanya jika melibatkan modal permulaan yang tinggi. Ibubapa mana yang sanggup melihat pelaburan anaknya hilang? Lebih sukar lagi jika pihak ibubapa kita bukan terdiri daripada golongan usahawan @ peniaga. Kebanyakan mereka lebih gemar jika anak mereka bekerja makan gaji dan tidak terdedah kepada risiko perniagaan. Yup, mereka ini lebih gemar melihat sesuatu secara negatif terutamanya setelah melihat perniagaan awal beliau mengalami keuntungan yang sekadar 'cukup makan' sahaja. Tetapi apakah yang kita boleh lakukan untuk meyakinkan mereka? Jika wang modal itu dari wang simpanan sendiri mungkin agak mudah caranya. namun bagaimana jika perniagaan itu melibatkan wang pinjaman?
Saya beruntung kerana dilahirkan didalam famili peniaga. oleh itu sedikit sebanyak kami sudah terbiasa dengan cabaran dan sepak terajang didalam bisnes.
Sebagai anak yang baik, saya menasihatkan sahabat itu agar bertemu dengan ibubapanya bagi memohon restu mereka dengan bersungguh-sungguh. Ibubapa beliau harus diberikan info yang jelas mengenai potensi perniagaan dikawasan hypermarket itu. Jika perlu diberikan 'bisnes plan' sila tunjukkan kepada mereka. Mengapa saya bercakap demikian? Kerana saya mahukan keberkatan ibubapa itu mengiringi perniagaan beliau sama seperti tindakan yang saya lakukan sebelum membuka perniagaan ini. Bukankah dengan redho mereka Allah akan menambahkan lagi rezeki kita?
Setelah beberapa ketika, saya sekali lagi mendapat email daripada beliau. Beliau kini baru dua bulan membuka kedai didalam hypermarket itu dan Alhamdulillah jualan tunainya sangat hebat!
Kepada ibubapa diluar sana yang meragui keupayaan anak mereka. didalam bidang perniagaan saya nasihatkan agar merestui setiap perbuatan anak mereka. Sekiranya anak anda mahu menceburi perniagaan yang halal. Restu kalian sebenarnya merupakan tonik semangat buat kami yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ini! Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kalian adalah pembakar semangat kami! Kami ingin berjuang didalam bidang ini dan kami sangat cintakan pekerjaan sebagai usahawan @ peniaga ini! Dan kami mahu berkongsi sesuatu yang indah dan berharga buat kamu wahai AYAH DAN BONDAKU!
Wednesday, May 25, 2011
Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali - Karya Bob Lokman & Riduan Muhamad Nor
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat





