Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, June 14, 2011

Perlukah staff kedai buku membaca kesemua buku untuk memudahkan penerangan kepada pelanggan?

Assalamualaikum WTH..

Alhamdulillah, tangan saya yang tercedera sepanjang minggu lalu sudah kembali pulih & kini akan kembali beraksi untuk blog TUM ini...

Kembali kepada tajuk diatas, perlukah saya @ staff kedai buku membaca kesemua buku untuk memudahkan penerangan kepada pelanggan? 

Sebenarnya tajuk ini adalah inspirasi saya dari kejadian petang semalam. Dimana saya ketika itu disoal bertubi-tubi selama hampir 40 minit oleh seorang mak cik yang mahu membeli CD ayat rukyah dan buku terbaru karya Ustaz Syarhan bertajuk "perubatan Islam Menangkis Kejahatan Jin & Sihir siri ke-2". Antara soalan-soalan yang meluncur laju dimulutnya ialah:
  1. Awak dah baca buku ni?
  2. Apa yang dia tulis dalam buku ni?
  3. Apakah pandangan awak tentang buku ini?
  4. Awak rasa benda ni berkesan tak?
  5. Betul ke ustaz ni yang selalu keluar TV tu?
  6. CD dia awak dah dengar?
  7. Berkesan tak CD dia?
  8. Kalau buku & CD rosak lepas seminggu dibeli ada waranti tak?
  9. Kenapa CD dia tak boleh dipasang dalam kereta?
Sejujurnya saya letih melayan mak cik ni hampir 40 minit emalam... ada banyak lagi sebenarnya soalan dia tapi saya dah tak ingat sangat.. huhu.. Ini belum termasuk lagi mak cik ini memeriksa bilangan helaian buku itu! Kalian bayangkan dia menyelak setiap helaian sambil mengira bilangan muka surat dengan nada biasa! (dengan alasan dia tak mahu sebarang kecacatan pada buku itu), bayangkan ada 178 helaian!) Hampir semua pelanggan saya tersenyum melihat gelagat mak cik itu. Saya juga puas mencipta alasan untuk melarikan diri, tapi dipanggil lagi oleh mak cik ni..
Yup, memang tanggungjawap saya untuk menerangkan info berkaitan buku yang pihak pelanggan mahu beli dan saya sangat senang dengan tanggungjawap itu. Kadangkala juga saya menunjukkan carta buku @ novel popular kepada pelanggan serta menyampaikan info mengenai buku terbaru dipasaran.

Tetapi jangan disiksa batin saya, saya juga ada pelanggan lain yang mahu bantuan. Cukuplah sekadar 15-20 minit sesi penerangan itu. Kami pekerja kedai buku tak mampu membaca semua buku yang terdapat di premis kami. Kami cuma mampu membaca sinopsis buku itu dan kadangkala membaca keseluruhan buku jika mempunyai masa santai...

* yg paling saya tak tahan, mak cik tu siap kritik 'cover' buku tu.. tak cantik dan tak moden katanya..  haha.. 


4.

3 comments:

azrinna said...

Aku gelak sendiri baca. Tapi perangai mak cik tu sama dgn perangai aku tapi kalu beli mekaplah! kalu beli buku aku main beli aje, bro!

Ustaz Azrai said...

hehe.. xpe.. nsib baik mak cik beli jgak..

ada bnyak jnis pembeli buku:
1. pmbeli spontan.. pembelian tanpa rancang.. dia tngok, dia suka, dia cukup duit pastu trus beli
2. Pembeli yg mencari- dia mmg tgh cari buku tu, dia cukup duit n beli
3.pembeli yg mencari tp xstudy sgt ttg ssuatu buku tu.. dia mmg tgh mcari, dia belek dulu, dia suka baru beli
4.Pembeli yg mencari & study- dia mmg tgh cari, g kaunter, dia tnya & terus beli
5. Memang kaki buku- sentiasa mencari buku terbaru- belek tngok & beli..

nusrah said...

sabar je lah...


hmm..baru sedar yg kat novel siti rosmizah tu, ada logo SRpublication. dia ada syarikat penerbitan sendiri? bagusnya dia. novel2nya yg sebelum ni mmg best. yg ni belum dapatkan lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...