Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, March 31, 2011

Carta buku popular 1 April 2011

Assalamualaikum WTH..

Carta buku terlaris di MPH (21 mac 27 mac)
  1. A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad-   KARYA Tun Dr Mahathir Mohamad
  2. Di Mana Dia Di Hatiku? Allah itu Hampir Tapi, Kenapa Aku Masih Meminggir? Akalku Alpa Berfikir, Hatiku Lupa Berzikir... KARYA Pahrol Mohd Juoi
  3. 101 Rekreasi Hati: Buat Diri Ku yang Mudah Lupa KARYA Dr Zahazan Mohamed &Nik Wafdi Nik Jaafar
  4. The Right to Differ: A Biographical Sketch of Lim Kit Siang (includes the New Documentary DVD 'Life and Times of Lim Kit Siang') KARYA Ooi Kee Beng
  5. Teohlogy: The Word According to Patrick Teoh KARYA Patrick Teoh
  6. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab KARYA Tuan Guru Dato Dr Haron Din
  7. Pasport Muhammad Rasulullah KARYA Mohd Khalil Haji Nordin
  8. Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar) KARYA Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen
  9. Interlock (Interlok) KARYA Abdullah Hussain
  10. Bercinta Sampai ke Syurga (Aku Terima Nikahnya # 2)(Kemudi Rumah Tangga) KARYA Hasrizal Abdul Jamil
Buku Cereka
  1. Nian dihati-  KARYA Elin Nadia
  2. Akhir sebuah cinta- KARYA Siti Nur Dhuha
  3. terlanjur mencintaimu KARYA Syamnuriezmil
  4. Seandainya KARYA Rys Areesa
  5. Gelak Tergolek KARYA Wann Azlan    
 
 (sumber mph.online & berita harian)

Carta buku terlaris di popular (sehingga 20 mac 2011)

Buku bukan cereka
  1. 1 hari 1 resepi: 365 resepi istimewa Chef Hanieliza KARYA Chef Hanieliza 
  2. Terjemahan Al-Quran saiz comel (AHHOQ)
  3. Kaum-kaum yang pupus KARYA Harun Yahya
  4. Jangan Bersedih edisi Ekslusif KARYA Dr Aidh Al- Qanti
  5. Singkatnya Usia Umat Islam- Kedatangan Imam Mahadi KARYA Amin Muhammad
Buku Cereka
  1. Lafazkan kalimah cintamu-  KARYA Siti Rosmizah
  2. Cinta Tiga Suku - KARYA Herna Diana
  3. Aku yang kau tinggalkan KARYA Alina Haidar
  4. Doktor Cinta KARYA Diadilla
  5. Dibius Cinta KARYA Qash Irdina    
(sumber berita harian)

 
4.

Monday, March 28, 2011

Stok buku terbaru dari Telaga Biru _ 28 mac 2011

Assalamualaikum WTH...

Harini sales exec Syarikat Telaga Biru menghantar beberapa produk terbaru mereka.


Cinta Kun Fayakun (kumpulan cerpen)
Karya : A. Ubaidillah Alias
Harga: RM 12.00 / RM 14.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: PTS Profesional
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM20.00 (termasuk kos pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com


Soal Jawap A-Z tentang munakahat tapi anda tiada tempat untuk bertanya
Karya : Ustaz Zahazan Mohamad
Harga: RM 30.00 / RM 32.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: Telaga Biru
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM30.00 (percuma pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com


Nota Jutawan, Nota Kewangan
Karya : Irfan Khairi
Harga: RM 30.00 / RM 32.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: Telaga Biru
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM30.00 (percuma pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com


Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh- doa, jampi dan amalan dalam perubatan islam
Karya : Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Wahid Abdul Hanif
Harga: RM 20.00 / RM 22.00
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: Telaga Biru
Email kepada saya alamat anda dan bukti pembayaran dengan harga RM25.00 (termasuk kos pos laju utk semenanjung Malaysia!) azraay@gmail.com

4.

Saturday, March 26, 2011

Bersama membantu usahawan muslim yang baru memulakan perniagaan

Assalamualaikum WTH...

Sejak kecil atau lebih tepat lagi sejak perniagaan ayah saya berusia di dalam lingkungan dua tahun. Saya mempunyai satu kecenderungan untuk membeli barangan dari peniaga yang baru memulakan perniagaan.

Entah mengapa, hati saya begitu teruja untuk menyaksikan sebuah perniagaan milik rakan seagama saya berkembang dari sebuah perniagaan kecil yang masih bertatih  berkembang menjadi besar dan stabil. Saya begitu puas menyaksikan perkembanganya. Seakan wujud satu perasaan yang sukar digambarkan melalui tulisan mahupun kata-kata kerana saya tahu setiap 'sen' dan 'ringgit' yang saya salurkan membibitkan harapan untuk peniaga seagama saya itu meluaskan jaringan perniagaanya!

Apabila saya semakin dewasa dan semakin tua... saya begitu teruja menyaksikan perniagaan-perniagaan yang saya pernah langgan suatu ketika lalu semakin berkembang pesat seperti pusat sukan Al-ikhsan, Joran Bagus, pasaraya maydin, bank muamalat ETC...

Bukankah seronok dapat menyumbang kepada kejayaan sesama rakan seagama? Apatah lagi jika perniagaan mereka itu dimiliki oleh usahawan yang mementingkan 'islam' sebagai pedoman hidup mereka? Ditambah lagi jika perniagaan mereka akan membuka peluang kerja kepada rakan seagama kita? Dapatkah anda rasakan keterujaan saya ini?











4.

Wednesday, March 23, 2011

Selamat Hari Lahir Azraay Aquad B. Haji Rahmat (24 mac 2011)

m



Selamat,selamat,selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Selamat bersyukur selamat bersabar

Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi
Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh
Juga yang ingat mengingatkan
Kepada kebenaran dan kesabaran



Selamat,selamat,selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Selamat bersyukur selamat bersabar

Dari Allah kita datang kepada allah kita kembali
Umur yang dipinjamkan hargailah
Gunakan untuk berbakti dan menyembah allah
Bila dapat nikmat malulah dengannya
Bila dapat ujian redholah dengannya
Bersiaplah untuk pulang padanya
Hidup di dunia sebenarnya tipu daya


Selamat,selamat,selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat lahir dan batin
Selamat bersyukur selamat bersabar

Wahai ayah dan bonda yang tercinta
Didoakan panjang umur murah rezeki
Sihat badan sempena hari lahir
Semoga ilmu dan iman tertambah
sempena hari lahir
semoga ilmu dan iman tertambah

dari allah kita datang kepada allah kita kembali
umur yang dipinjamkan hargailah
gunakan untuk berbakti dan menyembah allah
bila dapat nikmat malulah dengannya
bila dapat ujian redholah dengannya

selamat,selamat,selamat hari lahir
selamat dari kemurkaan allah
selamat dari maksiat lahir dan batin
selamat bersyukur selamat bersabar

**********************************************************


Harapan saya, moga penambahan usia saya ini akan membawa berbilion rahmat esp dalam iman, kesihatan, perniagaan yang sedang saya perjuangkan ini semoga bertambah maju... AMIN
4.

Tuesday, March 22, 2011

Abah, emak..... uda kangen banget sama kamu...

Assalamualaikum WTH...

Air mata saya sedang meleleh ketika menulis entri ini, entah mengapa malam ini diri saya benar-benar merindui mereka berdua... Rasa rindu yang tak terbendung...

Dua hari lepas mereka berdua datang ke Rawang, untuk bersama-sama saya dan seorang adik ke Penang (konvo politek SP). Seperti biasa jika mereka datang, saya akan bercuti dari menjaga PNN untuk menghabiskan masa bersama.

Malam pertama mereka datang, (dalam pukul 9 malam mereka tiba) saya membentangkan toto dihadapan TV, kami memang gemar berbaring ketika menonton TV dengan abah dibelah kiri dan emak dibelah kanan saya.  Malam itu kami berbual panjang sambil menikmati hidangn ringan. Pelbagai cerita dibualkan malam itu termasuk topik yang saya paling tak suka> "bila saya nak kawin"......

Beberapa ketika kemudian,kedengaran suara dengkuran abah saya... mungkin tertidur awal kerana kepenatan memandu dari Kota Tinggi-Rawang. Saya menoleh kearahnya yang secara kebetulan menghadap saya.. saya lihat rambut putihnya yang semakin banyak, saya toleh kearah emak yang sedang tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk..  arah pandangan yang sama juga lihat. Rambut emak juga semakin bertambah uban dikepalanya... tiba-tiba air mata saya bergenang.... sampai bilakah saya boleh melihat tubuh fizikal mereka? dikala umur mereka berdua menghampiri angka 60..

Dengan perlahan saya mencapai HP saya, saya rakam suara dengkuran abah., saya ambil gambarnya.. suara dengkuran yang dulu saya menyampah mendengarnya. Tapi sebenarnya suara inilah yang saya rindui sepanjang kami tinggal berjauhan...

Malam itu tidur saya bermimpi ketika saya masih kecil, ketika masih nakal. Bagaimana manja saya bersama mereka. Walaupun memiliki 5 orang adik. saya tahu, abah dan  emak lebih mennyayangi saya lebih banyak dari akak, abang mahun adik-adik yang lain. Saya sangat bertuah! Walaupun saya tahu ramai adik-beradik yang jeles dengan 'status' saya itu.

**********************************************
Mak, abah... walaupun uda belum mendapat 'kejayaan' yang boleh mak abah banggakan ketika ini. Uda berjanji pada diri uda dan mak abah, uda takkan sia-siakan harapan kalian. Insyaallah, tahun ini uda akan kerja kuat-kuat lagi. Bagi uda masa 2 tahun lagi, uda akan mendapat 'juta' yang pertama. doakan uda dapat menjadi usahawan muslim yang berjaya didunia dan akhirat...

Mak, abah... Kalian pernah menyebut dengan uda, duit bukanlah titik kejayaan total seorang usahawan muslim. Tapi keseimbangan harta dunia dan akhirat. Uda akan pegang kata-kata itu, uda nak jadi macam mak abah, walaupun bisnes abah dan mak maju, mak abah tak pernah abaikan akhirat. Mak, abah tak pernah tergoda dengan harta dunia. Uda kagum dan bangga dapat berbapa dan beribukan Haji Rahmat Hashim & Hajah Rogayah Yusuf. Semoga mak abah dipanjangkan umur dalam iman.

Mak, abah... kebahagian kalianlah doa pertama yang akan keluar dari mulut uda tiap kali berdoa. Doa selepas solat mahupun doa ketika apa2.... doakan uda juga kat sini..

Mak, abah... UDA RINDU DENGAN KAMU!!

Mak, abah... maafkan uda jika uda sepanjang kehidupan ini pernah membuat kalian mengangis. Uda nak jadi anak yang baik, uda taknak ada dosa dengan mak dan abah...

Mak, abah... 24 hb mac ni tarikh lahir uda yg ke-32.. hampir separuh dari umur kalian. Alangkah bahagianya hati uda dapat sambut tarikh keramat ini bersama kalian! tak tahu sapa yang akan pergi dulu, sama mak, abah atau diri uda sendiri. Uda nak 24hb ni, ulangtahun paling bermakna dalam hidup uda. yang paling uda kenang dalam hidup ini walaupun setiap hari bersama kalian adalah hari paling indah dalam hidup uda...

Ya Allah.. Abah, emak..... uda kangen banget sama kamu...

gambar abah kesayangan- yang mengajar saya ttg Allah, nikmat iman, solat jemaah bersama...

abah pnah pesan.. kalu dia arwah.. kami adik bradik laki2 yg akan mandikn dia.. saya bhgian kepala, 2 adik dkat bhagian kaki, abg kat bdan.. abg jdi imam solat jnazah.. sbb tu abah pesan lagi, kalu dpat fon suh blik jhor.. jgn tnya knapa, trus balik je...
4.

Thursday, March 17, 2011

Rintihan hati seorang ibu...

Assalamualaikum WTH..

Petang tadi saya didatangi oleh seorang ibu tua, mungkin umurnya dalam lingkungan umur 60 tahun. Berpakaian jubah berwarna hitam lusuh dan berjalan agak perlahan. 

Ibu tua itu bertanyakan kepada saya novel yang sesuai dibelikan kepada anak lelakinya. Setelah mencadangkan beberapa judul novel yang 'sesuai' dengan citarasa pembaca novel lelaki, ibu tua itu seakan tidak berminat dengan genre novel yang saya cadangkan. 

Saya seakan pelik pada mulanya, sebagai lelaki yang juga suka membaca novel, saya  sangat menggemari novel bergenre fantasi dan perang. Tapi mak cik itu menyatakan bahawa, anak lelakinya tidak suka membaca novel genre sedemikian. Tambahan pula ibu tua itu menyatakan  bahawa novel fantasi dan perang itu akan menambahkan lagi sifat 'kasar' anaknya. 

Mendengar jawapan ibu tua itu saya mula bertanyakan kepadanya tentang taraf pendidikan dan kerjaya anak lelakinya bagi memudahkan saya meneka genre novel yang sesuai dengan selera anak lelakinya.

"Minta maaflah nak... mak cik terus terang aje, sebenarnya buku tu mak cik nak beri kepada
anak mak cik. Dia sekarang berada dipenjara, dah tiga tahun sebab dadah... tapi dia tak jahat. Dia salah pilih kawan..."

"Mak cik dah pesan, jangan bergaul dengan budak nakal.... dahlah dia seorang sahaja selama ni yang menyara mak cik sekeluarga...."

Mendengar suara ibu tua itu, saya mula mencadangkan tajuk buku novel motivasi dan keagamaan yang sesuai. Akhirnya saya memilih buku travelog haji dan travelog syahadah (keluaran PTS). Buku tentang perjalanan hidup yang sarat dengan ujian (sila baca & beli buku hebat ini!)
 
Sebelum ibu tua itu berlalu, saya sempat berpesan kepada beliau agar menulis didalam novel itu dengan kata-kata yang dapat menggambarkan kasih sayang dan harapan kepada anak kesayangannya itu.. Tapi dengan syarat, jangan beri ia baca dihadapan ibu  tua itu. Insyaallah hati anak itu akan menjadi lembut membaca harapan ibunya itu...
 
Lagipun anak mana yang sanggup melihat ibunya menangis kerananya? Apatah lagi jika tangisan itu timbul didalam jeriji besi tatkala dia membaca harapan ibu kandungnya sendiri yang tertulis di lembaran novel yang sedang dibacanya?
P/s ; mari ramai2 berdoa agar anak ibu itu akan insaf... dan menjalani sisa hidupnya dalam iman yang kukuh. AMIN. Juga untuk kita semua dan diri saya sendiri..
4.

Tuesday, March 15, 2011

Mengapa modal RM50k tidak cukup untuk membuka kedai buku & alat tulis ?

Assalamualaikum WTH..

Kebelakangan ini saya sering ditanya mengenai kos untuk membuka kedai buku dan alat tulis dengan kos serendah RM50k.

Ada dua situasi>
 
Boleh
  1. Jika saiz kedai anda hanya memiliki keluasan 10 x 15 hingga 20' x 20'
  2. Sekiranya anda meminimakan harga aset awal dengan membeli barangan terpakai (sangat bagus kerana menjimatkan- rujuk di mudah.com)
  3. Sekiranya anda memiliki banyak projek pembekalan didalam tangan
  4. Sekiranya lokasi perniagaan sangat cantik dan punya potensi untuk menjual produk sekurang-kurangnya RM800 sehari
  5. Sekiranya anda sememangnya bijak membaca market & hanya menjual barangan yang mempunyai kuasa jual yang sangat tinggi 
  6. Sekiranya anda benar-benar bertuah kerana boleh membeli secara kredit! (saya sendiri mendapat belian kredit pada tahun kedua!)
  7. Memiliki pelampung yang mampu menyediakan pelan kontigensi kewangan kepada anda sekiranya perniagaan anda pada awal penubuhan kurang memberansangkan.
  8. memiliki pekerja yang amanah dan sanggup berkorban demi kepentingan syarikat..
Tak boleh
  1. Jika saiz kedai yang dipilih bersaiz 15' x 70' @ lebih
  2. Membeli barangan @ stok awal baru
  3. Sekiranya hanya mengharapkan pelanggan runcit & baru mula mencari pelanggan pukal
  4. Terpaksa membayar secara tunai untuk kesemua stok 
  5. Tiada pelan kontigensi (wang hanya cukup-cukup RM50k sahaja)
  6. Tiada pelanggan dalam tangan (pelanggan tersedia)
  7. Sekiranya kos permulaan melebihi RM40k dan jumlah tunai ditangan dan dibank hanya RM10k
  8. Sekiranya anda hanya memiliki 1 sumber pendapatan iaitu dari kedai itu... kita tidak boleh menjangkan sambutan.... walaupun usahawan harus berani menghadapi risiko, namun kita tidak digalakkan mengambil risiko yang terlalu tinggi.
  9. Sekiranya anda tidak memiliki pekerja yang amanah dan sanggup membuat apa sahaja demi perkembangan syarikat.
****************************************************************************************************
Berdasarkan alasan diatas, saya bukanlah mahu mematahkan niat kalian untuk menjadi usahawan kerana kejayaan bukanlah dikira dari segi modal awal @ betapa cantiknya premis perniagaan anda ketika awal perniagaan dibina. Sekiranya anda benar-benar yakin bahawa anda boleh berjaya, anda pasti akan melakukan yang terbaik untuk diri anda! Amalkan beberapa petua untuk murah rezeki dengan ikhlas, Insyaallah, tuhan akan bersama kita...

P/s: saya lebih suka jika anda yang berkenaan untuk mengumpul sekurang-kurang RM70k..
4.

Monday, March 14, 2011

Rast- TITIAN KEJAYAAN (melodi dari lagu titian perjalanan- XPDC & diberi sentuhan nasyid motivasi

m

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya 
4.

Sunday, March 13, 2011

Produk Memory Lane di PNN

Assalamualaikum WTH...

Saya baru balik dari Kajang untuk bertemu syarikat pembekal kad-kad ucapan dan barangan hadiah, Memory Lane... InsyaAllah, Pada minggu hadapan PNN akan mula menjual produk Memory Lane ini...

Melalui perbincangan pagi tadi, PNN akan dibekalkan rak kayu yang sangat cantik sebagai rak pameran kad-kad ucapan itu berserta satu rak kaca sebagai pameran hadiah-hadian dan sedikit permainan kanak-kanak.

Moga kehadiran produk ini akan merancakkan suasana membeli belah di PNN. Amin



Note: sebenarnya saya sudah lama berhasrat untuk menjual kad ucapan ini kerana terdapat banyak juga permintaan terhadap barangan ini, namun batasan masa...
4.

Kencing berdiri

Assalamualaikum WTH...

Isu kencing berdiri terutamanya dikalangan teman-teman sejantina saya (kencing berdiri untuk wanita lagi teruk... ) bukan satu isu yang lapok dan seringkali juga dijadikan isu oleh sesetengah media dewasa ini

Dari Hudzaifah ra, beliau melihat Nabi saw buang air kecil di kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri."
[Hadis riwayat Muslim]

Dari Aisyah ra, sesiapa yg menceritakan bahawa Nabi saw buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidak pernah beliau buang air kecil melainkan secara duduk."

[Hadis riwayat tirmidzi]

Ibnu Abbas menceritakan :�Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :�
Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.� Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:�Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.� Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:�Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?� Jawab baginda Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.�


Namun entri ini bukanlah melarang @ menggalakkan anda untuk kencing berdiri, kerana terdapat beberapa perbezaan pendapat diatara tabiat kencing berdiri ini berdasarkan dua hadis sahih diatas. Cuma yang perlu ditekankan ialah bersuci selepas kencing...

**************************************************************************************************
Kelmarin ketika saya pulang dari Damansara menuju ke Rawang (balik ke PNN) setelah bertemu seorang pelanggan, saya sempat singgah di surau R&R Sg Buluh untuk menunaikan solat fardu zuhur. Sebelum mengambil wuduk, saya sempat masuk kedalam toilet untuk membasuh muka. Ketika sedang membasuh muka dan menyikat rambut, saya sempat melihat sekali imbas seseorang pemuda sedang kencing berdiri di situ (saya tak pandai nak sebut mangkuk kencing berdiri tu).Tidak lama kemudian saya melihat pemuda itu meninggalkan toilet.

Sesudah siap menyikat rambut, saya meneruskan langkah saya menuju di surau berhampiran, setelah mengambil wuduk saya terus memasuki ruang solat. Namun pandangan mata saya terhenti apabila melihat pemuda yang saya temui ketika dia sedang kencing berdiri di toilet sebentar tadi sedang bersolat.

Hati kecil saya terdetik, "agak mustahil jika pemuda itu beristinjak selepas kencing, kerana tiada kemudahan beristinjak di ruangan mangkuk kencing berdiri itu. maksudnya ketika itu dia sedang solat dalam keadaan bernajis"

"Bukankah salah satu syarat sah solat ialah > Suci pada tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan." bisik hati kecil saya lagi...


Memandangkan ketika itu, pengunjung surau itu tidak ramai, dan waktu zuhur juga masih panjang. Saya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga pemuda itu selesai menunaikan solat. Saya berhasrat untuk menegur perbuatan beliau. Bukan saya bermaksud untuk mencari kesalahan pemuda itu, saya sekadar mahu membetulkannya sekiranya benar dia tidak beristinjak semasa qada' hajat sebentar tadi....


Setelah beberapa ketika, pemuda itu akhirnya keluar dari surau. Ketika dia sedang memakai kasut, saya mula menghampirinya. Sambil tersenyum manis, saya menghulurkan salam kepada pemuda itu. Setelah dia menjawap salam saya, saya mula bertanya dengan berhemah. benarkah dia pemuda yang saya temui ketika sedang kencing berdiri di toilet sebentar tadi? Pemuda itu mengiyakan soalan saya. Kemudianya saya menerangkan tujuan saya menegurnya, saya menyatakan seandainya benar dia tidak beristinjak ketika kencing itu, maka solatnya tidak sah.


Pemuda itu kemudiannya mengucapkan ucapan terima kasih kepada kerana menegur kesalahannya. Setelah bersalaman, pemuda itu terus berlalu pergi. Setelah melihat pemuda itu  pergi, saya kemudiannya saya terus mengambil wuduk dan bersolat zuhur. 


Setelah selesai menunaikan solat, saya menoleh kearah belakang saya kerana ketika saya didalam rakaat ke-4, seorang makmum menepuk bahu saya sebagai isyarat beliau mahu menjadikan saya imam. Rupanya dia pemuda yang saya tegur sebentar tadi.... dan kini beliau sedang bersolat tanpa seluar, sebaliknya memakai kain pelikat.  

Alhamdulillah... syukur saya kepada Allah SWT... 



P/s Kita tidak digalakkan kencing berdiri kerana bimbang 'mercik' air itu akan terkena pakaian (esp utk percikan terakhir itu), ditambah lagi dengan keadaan mangkuk tandas moden kini tiada kemudahan untuk beristinjak... (baca hadis yang ke-3) kaedah terbaik, masuklah kedalam 'bilik' toilet tu.. orang lain xnampak & ada kemudahan untuk bersuci...

t
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...