Assalamualaikum WTH...
Alhamdulillah masih diberi nafas dan ruang untuk menulis diblog ini. Sebenarnya saya masih lagi keletihan.. Kelmarin iaitu pada 19 dan 20 hb november 2011, saya mewakili PNN telah menyertai satu jualan di tapak Karnival Pantai anjuran syarikat Utusan Malaysia.
Alhamdulillah juga, jualan PNN di sana hebat.. dan yang paling best saya dapat melakukan aktiviti mandi dipantai yang kali terakhir saya pernah lakukan pada hampir 15 tahun yang lalu!
Hm, kembali kepada tajuk diatas... Nabi Muhammad SAW wafat akibat diracun? Sebenarnya ketika saya sedang berurusan dikarnival itu, saya didatangi oleh seorang lelaki pertengahan umur. Ketika itu dia sedang membelek buku "40 hadis palsu popular". Sambil membelek buku itu dia sempat berkata kepada saya "Jangankan yang tertulis 40 hadis ini sahaja, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari malah oleh sesiapa sahaja adalah palsu! kita sebenarnya hanya boleh terima hadis HANYA DARI KETURUNAN RASULULLAH SAHAJA kerana perawi hadis ini tidak pernah bertemu nabi SAW!"
Wah.. mendengar perkataan beliau itu tiba-tiba darah saya mendidih naik. Betapa dangkalnya lelaki itu. Namun saya cuba berlembut. Saya bertanya kepadanya secara lembut apakah maksud hadis dan siapa pula waris keturunan nabi yang menulis hadis beliau? Namun soalan saya itu tidak terjawap...
Tiba-tiba juga lelaki itu berkata lagi... "Awak tahu Nabi Muhammad SAW wafat akibat diracun? buku-buku sejarah tak pernah tulis yang benar...."
Kali ini nada suara saya sudah bertukar agak tinggi dan badan saya mula menggigil.. Nabi Muhammad SAW difitnah wafat akibat diracun?
Jika anda sedang berada ditempat saya, apa yang akan anda jawap?
4.