Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, November 14, 2011

Novel terbaru "jemari seni" November Adamaryam - Xarine & Merahnya Ceri - Zulina

Assalamualaikum WTH...


Anda pening mencari novel untuk bacaan hujung minggu @ harian? Disini saya berikan kepada anda ulasan sinopsis dua buah novel terbaru terbitan Jemari Seni. InsyaAllah, buat masa ini sambutan kepada dua novel ini dan kesemua novel terbitan Jemari Seni sangat menggalakkan di Pustaka Nur Najma.


(Merahnya Ceri - Zulina)

Penulis: Zulina
ISBN: 978-967-5118-73-9
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)

Berapa peratus wanita di dunia ini tidak pernah kecewa dengan cinta pertama?

Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!

Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampainya hati dia!


Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! Biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa pun!!!
Bagaikan sebuah drama... tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilamana saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa dapat dikesan.
Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup ‘buku cintanya’ pada ‘lelaki yang tidak setia’ itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?
* * * *
ZULINA membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang senantiasa diuji cintanya. Merahnya Ceri di tanganZULINA tentulah menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?

************************************************************************************************
(Adamaryam - Xarine)

Penulis: Xarine

ISBN: 978-967-5118-74-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.

Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta...
Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.
Lelaki itu ada segala-galanya – pangkat, rupa, akal, juga digilai ramai gadis kilang. Tapi lelaki yang pernah digelar‘playboy pencen’ kini akhirnya tersungkur dengan Maryam yang payah diduga hatinya. Bagi Adam, Maryam lain daripada beratus-ratus ‘minah kilang’ Matsushirota Elektronics (M) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang itu.
Siapa Maryam sebenarnya?
Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta; baik dengan Adam mahupun dengan Bani. Maryam menyenangi Bani, juruteknik dari Kelantan yang gila-gila dan sering buat dia tersenyum.
Jeng... jeng... jeng!
... apabila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua jadi terancam, Maryam mesti segera buat keputusan. Perlukah dia letak kepercayaan dan cintanya pada Adam?
Kenapa Adam lari? Siapa yang mengancam nyawa mereka? Apakah Code X itu sebenarnya?
* * *
XARINE seorang jurutera yang sering bereksperimen dalam penulisannya. Anda kena baca Adamaryam kerana semua ‘rahsia’ akan terjawab di dalamnya. Karya suspens-santai ala-ala thriller ini pantas dan penuh debaran!
************************************************************************************************************
Bagaimana dengan ulasan sinopsis diatas? Selamat memilih


 bahan bacaan ini!
4.

Sunday, November 13, 2011

Diari Gadis Bintang oleh Ain Maisarah

Assalamualaikum WTH..

(Diari Gadis Bintang oleh Ain Maisarah)

"Diari Gadis bintang, kisah seorang superhero muslimah yang ayu tetapi kuat. Pak cik Badang pun boleh tergugat dan Superman pun tabik hormat"

 ***********************************************************
Remaja mana di Malaysia ini yang tidak pernah membaca karya Ain Maisarah? Alhamdulillah semalam buat kali pertamanya saya bertentang mata dan bertemu dengan Ain Maisarah. Secara kebetulan Ain Maisarah datang ke Karnival Amal anjuran SRAI Seksyen 19 Shah Alam semalam (13 November 2011). Dan yang paling best, Ain Maisarah membuka booth disebelah booth PNN dan rupanya kenal dengan seorang sahabat bersebelahan booth PNN! Jadi dapatlah saya berbual seketika dengannya, tambahan pula saya memang menjual karya beliau dikarnival itu!

Diari gadis bintang merupakan novel awal remaja terbaru Ain Maisarah, menurut web PTS.com, buku ini akan dilancarkan pada 25hb november ini. Dan pastikan Pustaka Nur Najma akan terus menyokong Ain Maisarah dan novel ini InsyaAllah akan saya order dalam kuantiti yang banyak kerana saya sangat yakin novel karya Ain Maisarah ini boleh dijual dan mempunyai peminat yang tersendiri tanpa mengira peringkat umur.

Ayat dibawah ini saya ambil dari fb Ain Maisarah>>>

"Diari Gadis Bintang. Gadis Perkasa, Ramai Orang Suka.

Novel ini bakal terbit pada 25 November 2011. Kumpulan pertama yang dapat membacanya adalah mereka yang hadir ke Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah.

Di mana? : Banglo Pink AinMaisarah, di Lot 12, Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. (berdekatan Istana Budaya)

Bila? : 26, 27 dan 28 November 2011. Pintu pagar akan dibuka untuk orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Siapa boleh datang? : Semua orang. Ibubapa, datuk nenek, makcik, jiran tetangga pun boleh.

Aktiviti apa? : Banyak sangat. Ada spa, ada makeover, ada phootoshoot, ada pameran buku, ada AinMaisarah, ada ceramah best, ada perlawanan, ada hadiah, macam-macam ada!"

MARI MILIKI NOVEL INI DAN KESEMUA NOVEL AIN MAISARAH!!

P/s: novel "saya mahu saiz XL" milik saya ada tandatangan Ain Maisarah, korang ada??

(^_^)





4.

Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A. Fillah

Assalamualaikum WTH...

Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A. Fillah
Harga: RM 27.00 / RM 30.00
ISBN-13: 978-967-0142-03-6
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 616
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Cinta. Satu perkataan, sejuta maksudnya. Cinta itu bukan cubaan. Cinta yang lara pasti membawa duka. Tetapi, cinta yang suci, pasti menempa keberkatan daripada Ilahi. Keberkatan sejati itu yang perlu diburu. Meniti bahagia, membawa ke syurga.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:
  • Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita sukai
  • Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita tidak sukai
  • Bagaimana kita merayakan rasa cinta yang sejati, cinta yang membawa kepada kebaikan
Terkandung juga tip-tip untuk:
  • Mencari cinta yang berkat sehingga melangkah ke alam rumah tangga
  • Meraih cinta melalui penjagaan kebersihan diri
  • Bagaimana menjaga etika cinta dalam setiap detik, setiap ketika
  • Memperkayakan ilmu bercinta demi menjaga hati pasangan
  • Adab bercinta yang melibatkan keluarga mertua, jiran, mahupun tetamu
  • Bagaimana menjaga keharmonian perhubungan dalam rumah tangga
  • Mendapatkan cinta yang berkat di mana sahaja
Ternyata, tatkala keberkatan bercinta itu dinikmati, terpercik kegembiraan dalam hati, terungkai kelapangan dalam dada. Akal menjadi jernih, jasad menjadi nikmat.
Berkatnya cinta itu mencorakkan musim menjadi ceria, walaupun badai sedang melanda. Berkatnya cinta itu membawa senyuman bersama, walaupun diiringi titisan air mata. Berkatnya cinta itu menyapa rindu dalam kejengkelan dan membelai lembut jiwa yang resah bergelora.
Barakallahu laka, Bahagianya Merayakan Cinta!

*************************************************************************************************
Bagi peminat buku-buku agama nusantara ini, karya penulisan Salim A.Fillah bukanlah sesuatu yang asing pada mereka. Kini syarikat PTS berbesar hati menterjemah buku ini kepada bahasa melayu agar lebih dekat dengan pasaran di Malaysia.



4.

Aiman - Menanti Solehah

m

Tak perlu ada dirimu
Andainya menambah luka
Tak perlu kau tabur dendammu
Mencipta sengketa lara

Kau noda cinta yang setia
Cinta yang membara
Apa kau terlupa
Kau bakar resah yang ku bendung
Sabar yang ku rindu
Jenuh ku bertahan

Jangan berhenti jangan terhenti
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu

Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia

Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhala ketentuan ini
Tak usah diamuk resah

Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti

4.

Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga - Zamri Mohamad, Imran Yusuf

Assalamualaikum WTH...

Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga - Zamri Mohamad, Imran Yusuf

Harga: RM 39.90 / RM -
ISBN-13: 978-967-411-022-2 
Tarikh Terbit: 11 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 712
Kategori: Bahasa, Bantu Diri
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd



Sinopsis
Cinta itu cerita
Ke mana cinta Adam dibawa pergi? Bagaimana pula rindu Hawa disulamkandalam hati? Semurni mutiara kasih Khadijah, seindah loretan pelangi kasih Muhammad. Dalam bicara Aisyah, diselitkan melodi rindu,untuk kekasih langit dan bumi.
Cinta itu aku
Mereka mencorak kisah cinta yang diredai di dunia, dan diraikan di langit syurga. Wajah cinta mereka, menjadi wajah suci cinta kita. 
Penuh harapan, percayalah…, ia dapat ditunaikan.
Cinta itu dia
Dalam matamu,terbening ketabahan cekal Khadijah, tersadurkelembutan kudus Hawa, dan terukirkesetiaan teguh Aisyah. Teradun mesra resipi bahagia, dikutip dari sejarah lampau, dan dicipta untuk kehidupanmu pada hari ini. 
Lalu terselak satu persatu, tip pesona cinta abadi. Melentur hatinya, biar sayang terus bermekaran, dalam utuhnya setia. Biar berkat bercambah,demi perjalanan kita bersama.
Untuk sang pencari, dia mahu memiliki. Untuk dia yang memiliki, mahu kekal dalam pasti. 
Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga
Ternyata, memberi langkah hidup yang penuh erti, nikmat cinta yang dihargai.Cinta itu bahasa syurga, untuk dua dunia.
*******************************************************************************************

4.

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu - Salim A. Fillah

Assalamualaikum WTH..


(Biar Bidadari Mencemburui Dirimu - Salim A. Fillah)
Harga: RM 18.50 / RM 20.50
ISBN-13: 978-967-0142-93-2
Tarikh Terbit: 14 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 280
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Sinopsis
Biar Bidadari Mencemburui Dirimu hadir istimewa untuk wanita yang mendambakan kedamaian atmosfera syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam setiap sedutan nafas mereka, demi memburu nikmatnya. Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui, dek menyaksikan mekarnya cinta para suami.
Bagaimana pula mereka yang bergelar lelaki? Seperlunya mereka juga tahu, bagaimana mahu memperlakukan wanita dengan seadilnya. Sudah tentu berdasarkan landasan yang diredai oleh Allah. Lelaki itu perlu menjaga tanpa mengekang, menghormati kebebasan namun tetap melindungi, menenangkan jiwa dan merawat lara.
Antara kupasan menarik dalam buku ini adalah:

  1. Isu kepimpinan, waris, dan agama
  2. Fesyen itu trend ataupun tuntutan agama?
  3. Kategori cinta manusia
  4. Konsep berhijab
  5. Pernikahan, apakah tujuannya?
  6. Kehebatan seorang ayah
  7. Kisah insprirasi rumahtangga yang mendidik jiwa
  8. Keagungan seorang ibu
Jadikan Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ini sebagai panduan, bagi memahami teman seperjalanan. Syurga…, destinasi abadi.


*************************************************************************************************
Bagi peminat buku-buku agama nusantara ini, karya penulisan Salim A.Fillah bukanlah sesuatu yang asing pada mereka. Kini syarikat PTS berbesar hati menterjemah buku ini kepada bahasa melayu agar lebih dekat dengan pasaran di Malaysia.



4.

Saturday, November 12, 2011

Satu-satunya cinta - Hafimi Huzin & Akhirnya Aku Kahwin- Herna Diana

Satu-Satunya Cinta
Hafimi Huzin

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-730-3
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 15 Okt 2011

Sinopsis
PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?

Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?


Akhirnya Aku Kahwin
Herna Diana
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-725-9
Halaman: ~496

Sinopsis

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.



Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

*************************************************************************

Siapa dikalangan anda yang pernah membaca karya  Herna Diana (cinta 3 suku) perlu membeli novel terbarunya. Novel ini telah mengungguli carta novel terlaris didalam beberapa minggu ini. Novel bergenre komedi romantik ini saya jangkakan akan terus mengungguli carta dalam masa 5 bulan akan datang ini.. 


p/s: saya masih teringat aksi mat tiga suku dan minah sewel dalam novel cinta 3 suku...
4.

Karnival Amal Sekolah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam

Assalamualaikum WTH...


Semalam PNN sekali lagi menyertai sebuah karnival iaitu Karnival Amal Sekolah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam, Selangor yang akan berlansung pada 12 dan 13 november 2011.

Alhamdulillah, jualan pada hari pertama sangat memberansangkan. Walaupun pada awalnya saya agak seram sejuk mengenangkan cuaca pada bulan ini tidak begitu menggalakkan. Tambahan pula ketika awal pagi sewaktu saya ingin keluar ke Shah Alam itu, hujan sangat lebat sepanjang perjalanan sehingga memaksa saya memasang wiper kereka pada kelajuan maksimum.

Namun, Alhamdulillah kira-kira didalam pukul 10 pagi setelah saya siap mengemaskan susunan buku-buku, matahari mula memunculkan dirinya dan berterusan sehingga malam.

Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana:

1. Jadual gred A dengan memberikan acara-acara yang bermanfaat kepada pengunjung seperti pertandingan nasyid, cabutan bertuah, bengkel melukis, mencerap bulan dan pelbagai lagi.
2. Berjaya memanggil penceramah dan daya penarik gred A seperti Ustazah Siti Norbahyah & suami, Uncle Uneh, Ipin-ipin, novelis Ain Maisara, kumpulan Dhuha dan MB Selangor! Sungguh hebat!
3. Fasiliti kami para peniaga dan pengunjung dijaga dengan rapi

(Booth PNN, sebaris untuk buku agama, sebaris untuk majalah, buku kanak-kanak & buku latihan, dan sebaris untuk komik spt komik M dan gempak starz)

Moga selepas ini jika pihak sekolah mahu membuat karnival lagi, jangan lupa memanggil PNN lagi ea... 

Moga hari ini PNN akan membuat keuntungan yang besar seperti semalam...


4.

Saad Abu Waqas - Kesatria Islam

Assalamualaikum WTH...


Pada hari khamis yang lalu saya berkesempatan membelek stok novel terbaru karya Abdul Latib Talib iaitu "Saad Abu Waqas - Kesatria Islam" yang baru tiba di kedai buku saya. 

Kisah salah seorang sahabat yang dijamin akan masuk kesyurga, seorang pakar strategi dan panglima perang islam yang agung. InsyaAllah, apabila karnival amal di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 Shah Alam yang sedang berlansung pada 12hb-13hb November ini tamat, saya akan memberikan ulasan terhadap novel "ahli syurga" ini... 


Saad Abu Waqas - Kesatria Islam - Novel sejarah islam terbaru Abdul Latif talib

Harga: RM 25 / RM 28
ISBN-13: 978-983-3892-87-7
Tarikh Terbit: 7 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : --
Kategori: Kanak-Kanak, Sejarah, Keluarga, Novel Dewasa, Novel Islami, Novel Sejarah, Remaja,Sejarah, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Email saya untuk belian secara online; azraay17@gmail.com



Sinopsis dari PTS


"Kisah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau adalah panglima yang gagah berani, yang didoakan oleh Nabi Muhammad SAW makbul doanya dan tepat panahannya. Beliau adalah Saad Abu Waqas."



4.

Friday, November 11, 2011

Novel terbaru "Kaki Novel" November 2011 *Angel In The Devil's Suit- Kaseh Esmiralda & Aku, Dia & .Com - Daisy Zahra

Assalamualaikum WTH..


Menunggu novel terbaru keluaran syarikat "Kaki Novel?" Insyaallah, pada hari isnin ini akan tiba di PNN.. Mungkin juga boleh tiba dikedai buku berhampiran anda dalam masa yang sama..


Angel In The Devil's Suit- Kaseh Esmiralda

SEMENANJUNG: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00
SABAH/SARAWAK: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00


Sinopsis:-


Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil. 


Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia. 

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya. 

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?

Aku, Dia & .Com - Daisy Zahra



SEMENANJUNG: RM 21.00 AHLI KN: RM 17.00
SABAH/SARAWAK: RM 24.00 AHLI KN: RM 20.00

Sinopsis:-

Angelberry yang menuntut di UiTM Kedah mula berkenalan dengan seseorang yang bergelar Takuya, yang juga belajar di tempat yang sama. Namun, hanya Angelberry yang mengetahui situasi yang sebenar. Mulai saat itu, Angelberry ingin mengetahui siapakah Takuya yang sebenarnya. Persoalan yang terjawab membuatkan Angelberry berpuas hati tetapi kerana sikap Takuya yang masih berterusan menghubungi Angelberry membuatkan Angelberry mula menyimpan syak wasangka. Ini kerana Takuya sudah pun mempunyai hubungan dengan kawan baik Angelberry sendiri iaitu Fazura.



Persoalan demi persoalan mulai timbul sehingga menemukan Angelberry dengan Mohd. Hakimi. Masingmasing saling memendam rasa sehingga wujudnya sengketa.


Di alam siber, Yutaka pula mucul mencuri perhatian. An-nur yang dikenali di dunia maya juga memberikan semangat dalam kehidupan seharian. Kehadiran jejaka yang bergelar Luqman mungkinkah menjadi satu penawar?

Lalu, bagaimana dengan Takuya? Siapakah dia yang sebenarnya? Dapatkah Angelberry mengetahui siapakah lelaki tersebut? Adakah orang yang sama berkongsi nama dengan Si Yutaka? Dan Mohd. Hakimi masih memendam rasa….

“Kalau dah suka, katakan saja!”

p/s ; Dalam banyak-banyak pilihan penerbit novel, saya paling suka karya Kaki Novel. Mengapa? Kerana karya yang bermutu, bermesej yang ringan tetapi tetap menghiburkan. 


Saya sedang membaca novel "Aku bukan mistress" karya Acik Lana.. (•͡.̮ •͡ )




4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...