Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, October 20, 2011

Karnival BEST "Buat Elok Saja Tau!" Anjuran JAKIM

Assalamualaikum WTH..



InsyaAllah, pada 28 hingga 30 Oktober ini PNN akan membuka booth sempena Karnival BEST "Buat Elok Saja Tau!" anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Bagi teman-teman yang mahu berkunjung ke booth kami boleh singgah ke booth bernombor 43B. InsyaAllah kalian akan mudah berjumpa booth kami kerana pihak penganjur menyebut hanya ada 2 booth kedai buku termasuk booth Ipin & Upin. 


Pihak PNN juga akan menyediakan hampir 300 tajuk buku agama, novel dan pengurusan terlaris untuk dijual dengan harga istimewa sepanjang karnival ini berlansung.


Ok, Doakan kejayaan PNN di karnival ini. Moga kejayaan milik kita bersama...



Programme Schedule
DAY 1 - Friday (28 Oct 2011)
TIMEACTIVITYVENUE
09.00 pmForum Perdana Ehwal Islam Recording
Title - “Cinta BEST!”
Main Stage
DAY 2 - Saturday (29 Oct 2011)
TIMEACTIVITYVENUE
10.00 amJuara Nasyid BEST! CompetitionMain Stage
03.00 pmProgram Adik-Adik Ku RecordingMain Stage
09.00 pmKarnival BEST Launching and
BEST! (Buat Elok Saja Tau) Concert
Main Stage
DAY 3 - Sunday (30 Oct 2011)
TIMEACTIVITYVENUE
07.30 amJom Sihat (BEST Aerobic)Main Stage
10.00 amColouring Competition (PERTIM)Small Stage
12.00 pmSpell It Right (ASUH)Small Stage
02.30 pmBattle of the Band CompetitionMain Stage
Karnival BEST ClosingMain Stage
See Popular Artist Live!
  1. Fahrin Ahmad
  2. Altimet
  3. Bob AF2
  4. Ila Damia
  5. Mestica Nasyid Group
  6. Mu'adz
  7. Al-Farabi Band
  8. Ustaz Badlishah



Booth Layout

4.

Carta Buku Terlaris 21 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH..

(Novel Uda dan Dara karya Aisya Sofea)

Buku Bukan Cereka (MPH 16 Oktober 2011)
  1. A Doctor In The House- Tun Mahathir
  2. Ensikplopedia Solat- Rohidzir Rais
  3. Aku terima nikahnya: titipan erti sebenar perkahwinan medan memberi yang paling mulia- Hasrizal
  4. Beduk Diketuk- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  5. 9 July 2011 What Really Happened - Nathaniel Tan
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Akhirnya Aku Kahwin! - Herna Diana
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah
  5. Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Buku Bukan Cereka POPULAR (16 Oktober 2011)
  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. Anda bertanya ustaz azhar Idrus menjawap berkenaan persoalan semasa
  3. Bencana Akhir Zaman - Fahrur Muis
  4. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
  5. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
Buku Cereka (Novel)
  1. Uda & Dara - Aisya Sofea
  2. Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  5. Semarak Cinta - Hijratul Akisya
(Sumber: Berita Harian 21 Oktober 2011)





4.

Tuesday, October 18, 2011

NESCAFE Chill-Lah Express Contest

Assalamualaikum WTH...



Entri khas ini saya buat sebab nak bagitahu kat kalian semua yang saya baru nak join "NESCAFE Chill-Lah Express Contest".. Nak asah skill melukis sebenarnya yang sudah agak berkarat.. :)

Bagi teman-teman yang mahu join juga" NESCAFE Chill-Lah Express Contest" ini bolehlah klik dibahagian iklan nuffnang @ gambar diatas. Kita cuma perlu mereka sendiri secara kretif contoh tin minuman NESCAFE ini.. Seandainya menang, selain dapat memenangi hadiah wang tunai, mungkin tin rekaan kita itu akan menjadi tin realiti dan terjual dimana-mana pelusuk dunia? 

JOM!!


Mungkinkah nanti akan wujud minuman tin nescafe bertulisan jawi?

4.

Monday, October 17, 2011

Adakah perlu "Malu" untuk menjadi usahawan?

Assalamualaikum WTH...

(Bersama Ustaz Zahazan yang sudi bertandang dan menandatangani buku karya beliau di Booth kami sempena Karnival Mesra anjuran Masjid Cntry Homes, Rawang)

Entri ini ditulis sempena satu pertanyaan dari seorang sahabat yang juga bercita-cita menjadi usahawan. 

"Pernahkah awak berasa malu untuk menjadi peniaga & usahawan terutama sekali ketika sedang berniaga ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan?"

Jawapan saya ialah: 

Benar, pada pertama kali saya sangat malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun saya pernah membantu ayah saya di kedai runcit miliknya, suasana berniaga ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah sangat berbeza dengan suasana kedai runcit. Jika dikedai runcit milik ayah saya, secara puratanya saya amat mengenali secara peribadi pelanggan tetap kami, walaupun wujud pelanggan yang tidak saya kenali, hubungan antara peniaga kedai dan pelanggan sangat rapat. Berbeza dengan pelanggan ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah, kami terpaksa bergerak dan menggunakan kreativiti untuk memancing perhatian bakal pelanggan untuk masuk ke booth kami.

Pertama kali saya membuka booth adalah di Karnival sebuah masjid di Cauntry Homes yang merupakan taman kediaman saya sendiri. Saya masih ingat pada hari pertama, saya hanya duduk dikaunter memerhatikan orang lalu lalang, bahkan saya selalu memandang tunduk kebawah. Kerana malu jika terjumpa jiran-jiran dan takut terserempak dengan teman lama. 

Cuba anda bayangkan jika saya terjumpa dengan teman lama yang tahu kehidupan saya yang lalu, bekas kaunselor Jabatan Agama Islam & bekas pegawai di sebuah IPTA yang suatu ketika lalu saya menerima 'gaji asas' sebanyak RM2*** sebulan dan menerima gaji kasar sebanyak hampir RM4***++ sebulan kini menjaja buku di tapak ekspo masjid. Walaupun mereka mungkin tidak pernah tahu kejadian yang menimpa saya sebelum ini sehingga bergelar OKU. Secara jujurnya saya ketika itu sangat malu dengan situasi itu.

Hasil jualan pada hari "malu" pertama saya itu tidaklah terlalu membanggakan, hanya RM600. Namun wujud perasaan cemburu didalam hati saya melihat jiran sebelah booth kami yang mungkin menerima ribuan ringgit pada hari itu. 

Malam itu saya cuba meransang dan mencabar diri saya, untuk berjaya saya perlu membuang sedikit rasa malu itu. Saya perlu menjadi jurujual yang hebat di mana-mana sahaja! Saya perlu mengeluarkan suara untuk memancing pelanggan singgah ke booth kami dan memilih buku yang saya jual. Saya perlu tersenyum dan tidak tunduk memandang ke bumi. Saya mencari rezeki yang halal di bumi Allah ini!

Alhamdulillah, setelah menunaikan solat sunat mutlak & hajat, saya memiliki satu kekuatan baru!   Secara tiba-tiba saya merasakan diri saya adalah manusia yang hebat, saya terpilih dikalangan  jutaan manusia yang menyebarkan dakwah melalui penjualan buku agama, pengurusan dan pelbagai lagi barangan sunnah. Bahkan saya melakukan salah satu yang Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pernah lakukan iaitu menjadi peniaga & usahawan. Bukankah maksudnya saya golongan terpilih dikalangan jutaan mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan dan mengikut jejak kejayaan Junjungan Besar Nabi Muhammad ini? Saya menanam benih sifat positif dalam diri dan seakan jatuh cinta pandang pertama dengan bidang ini.

Hari kedua karnival masjid itu berjalan lancar, saya mula berdiri bersama abang saya untuk mendekati pelanggan. Mulut kami sama-sama tersenyum manis sambil menuturkan ucapan selamat dan berbicara tentang produk dengan lancar. Tiada lagi memandang ke bawah, bahkan mata dan mulut kami sama-sama berbicara dan hasilnya jualan kami pada hari itu sangat memuaskan dan berjaya mengutip tiga kali ganda dari jumlah jualan pada hari pertama.

Alhamdulillah. Kini, saya dan PNN sudah mula menumpukan perhatian terhadap potensi  berniaga ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan. Kami juga nensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 5 hingga sepuluh penyertaan jualan ditapak-tapak ekspo mahupun karnival yang bersesuaian dengan konsep jualan buku islami.

Alhamdulillah, setakat ini jumlah jualan terkecil ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan adalah bernilai RM7 (mmg takkan saya lupakan sampai mati sbb ditipu penganjur karnival ini) dan yang paling tinggi ialah hampir RM3k++ sehari.

InsyaAllah pada lain kesempatan saya akan kongsikan kepada khalayak tentang tip-tip untuk menyertai jualan ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan.

"Buang sedikit rasa malu, berdoa, cintai dan lakukanlah bersungguh-sungguh perkara yang anda sedang lakukan selagi ianya halal"

"Tapi jangan buang semua sifat malu itu, kerana bukankah malu itu juga sebahagian dari iman?"



4.

Sunday, October 16, 2011

melly goeslaw ~ demi cinta ( ost.di bawah lindungan ka'bah ) lirik

Assalamualaikum WTH....


labbaik allahumma labbaik 
labbaika la sharika laka labbaik
labbaik allahumma labbaik 
labbaika la sharika laka labbaik

wahai pengemar cinta dengar aku bercerita
cinta datangnya tak diduga bergelantungan di hati
bila kita diabaikan mugkin pernah kita mengabaikan
namun aku takkan diam terus ku tuju cinta

Malam-malam ku melamun mencari kata-kata nan indah
Seperti sabdanya Rasulullah berbahasa tinggi dan puitis
Demi cinta hujan berdebu akan ku terjang tanpa meragu
Menapaki tanah haram membawa cinta dan cita-cita kita

labbaik allahumma labbaik 
labbaika la sharika laka labbaik
labbaik allahumma labbaik 
labbaika la sharika laka labbaik

bila kita diabaikan mugkin pernah kita mengabaikan
namun aku takkan diam terus ku tuju cinta

malam-malam ku melamun mencari kata-kata nan indah
seperti sapdanya Rosulullah berbahasa tinggi dan puitis
demi cinta hujan berdebu akan ku terjang tanpa meragu
menapaki tanah harap membawa cinta dan cita-cita kita

labbaik allahumma labbaik 
labbaika la sharika laka labbaik
labbaik allahumma labbaik 
labbaika la sharika laka labbaik


4.

Beli Paper Semata-mata Mahu Melihat Keputusan Nombor Ekor

Assalamualaikum WTH...


Awal pagi ini saya didatangai dua orang lelaki warga asing. Agak sukar untuk meneka dari negara mana mereka datang kerana wajah dan warna kulit yang hampir sama dengan mereka yang berasal dari India atau Bangladesh. Namun dari gaya mereka berpakaian saya sangat pasti mereka bukan warga Malaysia.

Ketika sedang menyusun suratkhabar yang baru tiba di rak yang terletak dikaki lima kedai, mereka berdua bertanya kepada saya suratkhabar mana yang memaparkan keputusan nombor ekor. Setelah menunjukkan naskah suratkhabar berita harian, kedua pemuda itu terus membayar harga dan tanpa berlengah mereka terus membuka halaman yang memaparkan keputusan  nombor ekor. Setelah itu, mereka berdua membebel dalam bahasa yang sukar untuk saya fahami. Namun saya agak pasti, nombor yang mereka tembak semalam tidak keluar...

Setelah habis menyusun suratkhabar itu, saya sempat bertanya kepada pemuda yang sedang membelek suratkhabar itu. 
You pandai baca paper Bahasa Malaysiakah?
Tak...
You beli paper sebab mahu lihat result nombor sahaja?
Yup...
Kalau you tak pandai baca, daripada you buang sahaja paper tu, baik you jual semula dengan saya... Saya beli dengan harga RM0.50
Boleh...

Hehehe... paper berita harian yang masih elok tu saya jual dengan harga RM2.00

******************************************************************************************
Wahai orang beriman, sesungguhnya meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan.  Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya. 

(al-Maidah: 90) terjemahan al-hidayah house of quran sdn bhd


Berjudi ini amalan orang yang tidak mahu berusaha.. mereka hanya mengharapkan kesengangan tanpa usaha dan kerja.. 







4.

Friday, October 14, 2011

40 Hadis Palsu POPULAR - Abdul Razak Muthalib

Assalamualaikum WTH..



Harga: RM 9.00 / RM 10.00
ISBN-13: 978-967-366-076-6 
Tarikh Terbit: 30 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 248

Kategori: Islam
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


Email saya untuk belian online: azraay17@gmail.com
Sinopsis
Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi  mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.
Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.


Bab/ Kandungan



BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bab 1 : Mengenali Hadis 
Bab 2 : Hadis Sahih 
Bab 3 : Hadis Hasan 
Bab 4 : Hadis Dhaif 
Bab 5 : Hadis Maudu’
BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China 
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian 
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya 
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk 
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
Hadis 6 : Solat Dengan Berserban 
Hadis 7 : Solat Sunat Malam Raya 
Hadis 8 : Solat Ragha’ib Bulan Rejab 
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih 
Hadis 10 : Mengusap Mata Semasa Laungan Azan 
Hadis 11 : Kelebihan Puasa Sunat Rejab 
Hadis 12 : Kelebihan Puasa Asyura 
Hadis 13 : Abdul Rahman bin Auf Masuk Syurga Merangkak
Hadis 14 : Anak Zina Tidak Masuk Syurga 
Hadis 15 : Jihad Hati 
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat 
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu 
Hadis 18 : Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia Kenal Tuhannya 
Hadis 19 : Menghidupkan Malam Israk Mikraj 
Hadis 20 : Rejab Bulan Allah 
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin 
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran 
Hadis 23 : Cintakan Negara 
Hadis 24 : Bekerja Untuk Dunia 
Hadis 25 : Kelebihan Solat Dhuha 
Hadis 26 : Berjabat Tangan Boleh Masuk Syurga 
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat 
Hadis 28 : Talak Menggegarkan Arasy
BAHAGIAN 3 : APA YANG PERLU DILAKUKAN
Hadis 29 : Dunia Itu Ladang Akhirat 
Hadis 30 : Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji 
Hadis 31 : Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik 
Hadis 32 : Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid 
Hadis 33 : Meraikan Maulid Nabi 
Hadis 34 : Amalan Khas Nisfu Sya’ban 
Hadis 35 : Menzirahi Kubur Pada Hari Jumaat 
Hadis 36 : Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun 
Hadis 37 : Nur Muhammad 224
Hadis 38 : Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri 
Hadis 39 : Kisah Alqamah Si Anak Derhaka 
Hadis 40 : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah dan ulama baik
BAB 1 : Tip dan Panduan 
BAB 2 : Rumusan
4.

Thursday, October 13, 2011

Mengapa sukar membuat pinjaman bank @ jabatan berkaitan bagi "MEMBUKA @ MEMULAKAN" perniagaan kedai buku & alat tulis?

Assalamualaikum WTH..



Kebelakangan ini saya sering bertemu soalan daripada pembaca blog ini berkenaan kesukaran membuat pinjaman bagi "MEMBUKA" kedai buku & alat tulis.

Sejujurnya memohon pinjaman bagi semua "MEMBUKA" perniagaan jenis runcit merupakan permohonan pinjaman yang agak sukar diperolehi berbanding dengan pinjaman untuk "MEMBESARKAN" perniagaan jenis runcit. Namun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan.

Pada dua minggu lepas ketika menyertai Karnival Usahawan Desa di Putrajaya, saya berkesempatan bertemu dengan seorang pegawai bank yang menguruskan bahagian pinjaman untuk perniagaan. Jadi saya berkesempatan bertanyakan beliau beberapa soalan berkaitan kesukaran membuat pinjaman bagi "MEMBUKA @ MEMULAKAN PERNIAGAAN" kedai buku & alat tulis.
  1. Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad
  2. Jumlah pinjaman terlalu tinggi@rendah
  3. Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis
  4. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yg realistik
  5. Hanya mengharapkan jualan runcit
  6. Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan
  7. Unjuran jangkaan jualan tidak realistik
  8. Akaun penyata bank yang kosong @  berada dalam senarai hitam
  9. Kegagalan dalam perbentangan
1. Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad
Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad merupakan salah satu penyebab  awal kepada kegagalan permohonan pinjaman bagi membuka perniagaan jenis runcit terutamanya perniagaan kedai buku dan alat tulis. Kebanyakkan bank @ jabatan berkaitan mensyaratkan pemohon memerlukan 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebagai syarat komitmen. 


Kebiasaanya pihak peminjam  terutamanya dikalangan 'graduan muda' hanya meletakkan sesuatu nilai bayangan 'syarat komitmen' @ modal awal itu tanpa bukti yang kukuh seperti gagal menyediakan salinan penyata akaun dari pihak bank menyebabkan pihak bank terpaksa menolak awal permohonan anda.


Bagi mngelakkan "penolakkan awal' oleh pihak yang terlibat, saya mencadangkan kepada pemohon agar menyediakan kadar simpanan sejumlah wang yang dapat membantu menguatkan permohonan anda didalam beberapa tempoh masa tertentu.


2. Jumlah pinjaman terlalu tinggi@rendah@tidak realistik
Jumlah pinjaman terlalu tinggi, terlalu rendah dan tidak realistik juga merupakan penyumbang kepada kegagalan sesuatu permohonan pinjaman perniagaan. Pihak bank sendiri mempunyai pengalaman didalam menguruskan dan mengenalpasti potensi sesuatu perniagaan (walaupun kadangkala pegawai mereka ini lebih sudu daripada kuah kerana terlalu bergantung kepada teori). Sewajarnya pihak peminjam menyediakan unjuran aliran kewangan yang realistik serta tidak terlalu tinggi @ terlalu rendah. 


Memandangkan kos membuka sebuah kedai konsep buku & alat tulis adalah diantara rm80k sehingga rm200k mengikut konsep kedai yang dipohon. Pihak peminjam sewajarnya hanya memberikan nilai sedemikian kecuali jika premis kedai yang dipohon MEMANG SAH terletak dikawasan yang memiliki aliran trafik yang ramai dan ketiadaan pesaing besar.


3. Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis (sekiranya menyewa-tiada masalah bagi mereka yg memiliki premis perniagaan sendiri)
Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis menyebabkan pihak bank menganggap pihak peminjam hanya syok sendiri berangan untuk membuka perniagaan. Tak perlu saya ulas panjang kerana kepentingan memiliki premis perniagaan dikawasan aliran trafik ramai merupakan antara kelebihan bagi mereka yang menjalan perniagaan jenis runcit seperti kedai buku & alat tulis. Sekiranya anda gagal untuk menempah premis itu, pihak bank akan menganggap anda lambat bertindak dan kehilangan potensi perniagaan yang sangat memerlukan premis dikawasan aliran trafik yang ramai. 


Namun begitu, sekiranya perniagaan jenis runcit anda pilih tidak memerlukan premis yang terletak dikawasan tumpuan (selain kedai buku & alat tulis), anda masih berpeluang menyediakan surat booking premis)


4. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yang realistik
Kedai buku & alat tulis merupakan perniagaan yang mengkhusus kepada perniagaan jenis runcit yang mementingkan pemilihan lokasi premis yang memiliki aliran trafik yang ramai seperti terletak ditengah kawasan tumpuan seperti di sebelah bank-bank komersil, didalam pusat membeli-belah, berhampiran stesyen bas dan teksi. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yg realistik ini kadangkala membuatkan permohonan pinjaman anda akan gagal. 


Walaupun begitu, anda masih memiliki potensi kerana tiada jaminan perniagaan yang bakal anda usahakan diluar kawasan yang disebutkan akan gagal bergantung kepada kaedah promosi yang akan dilakukan, kekuatan pesaing dan keupayaan anda menarik pelanggan. Namun tugas meyakinkan panel penilai untuk menyokong permohonan anda sangat mencabar..


5. Hanya mengharapkan jualan runcit
Pelan pemasaran bagi permohonan pinjaman untuk membuka kedai buku dan alat tulis yang hanya mengharapkan jualan runcit kadangkala menyebabkan sesuatu permohonan pinjaman berpotensi menemui kegagalan. hal ini terjadi kerana pihak bank menganggap pihak pemohon tidak kretif mencari sumber wang masuk kerana hanya bergantung kepada satu sumber wang masuk.


Pihak pemohon seharusnya tidak terlalu memfokuskan jualan runcit secara tunai sahaja bagi menampung wang masuk ke dalam perniagaan jenis kedai buku & alat tulis. Sebaliknya, pihak pemohon harus menyediakan sedikit unjuran kewangan bagi menumpukan sumber wang masuk lain seperti melalui pembekalan, servis dan lain-lain bagi meyakinkan panel penilai menyokong permohonan anda.


6. Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan

Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan terutamanya dikalangan pemohon yang tidak memiliki latarbelakang dan pengalaman bisnes juga merupakan salah satu punca kegagalan permohonan pinjaman. 


Walaupun menyumbang peratus kegagalan yang agak kecil, pemohon dikalangan mereka yang  belajar diluar bidang perniagaan dan tiada lansung kemahiran dan pengalaman menguruskan perniagaan seharusnya melewatkan sedikit permohonan dan berusaha untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pemasaran perniagaan jenis runcit. 


7. Unjuran jangkaan jualan tidak realistik
Unjuran jangkaan jualan tidak realistik merujuk kepada unjuran pelan kewangan yang tidak mengikut musim. Walaupun bidang perniagaan jenis kedai buku & alat tulis hanya memiliki satu tempoh musim puncak ketika bakal bermulanya sesi permulaan sekolah, terdapat beberapa musim kecil yang turut membantu dapat meningkatkan nilai jualan harian seperti musim haji, cuti sekolah dan musim-musim perayaan tertentu.


Bagi perniagaan runcit seperti kedai buku dan alat tulis, pihak pemohon wajib bijak menjangkakan secara logik pada bilakah masanya jualan runcit buku & alat tulis akan naik dan turun. Hal ini penting bagi meyakinkan pihak bank bahawa pihak pemohon akan berusaha untuk menaikkan nilai jualan dengan menambah stok-stok tertentu pada musim-musim tertentu.


8. Akaun penyata bank individu yang kosong @ berada dalam senarai hitam
Akaun penyata bank pemohon yang kosong @  berada dalam senarai hitam merupakan salah satu punca kegagalan pemohon. Pihak bank tidak akan berkompromi dengan pemohon yang tiada jumlah tunai dibank dan memiliki rekod hitam samada dengan pihak bank @ pihak polis terutamanya mereka yang mempunyai sejarah jenayah perdagangan mahupun liat membayar hutang kad kredit dan pelbagai lagi.


9. Kegagalan dalam perbentangan
Kegagalan mempertahankan idea ketika sesi perbentangan 'rancangan perniagaan'  dihadapan pihak bank merupakan antara salah satu punca kegagalan. Bahkan hampir 50% kegagalan memohon pinjaman adalah ketika pihak pemohon berada di dalam situasi ini. 


Pihak pemohon wajar bersedia dan bijak menduga soalan lazim yang biasanya akan disoal oleh pihak bakal peminjam. 


*****************************************************************************************************
Saya tidak bermaksud untuk melemahkan semangat mereka yang mahu memohon pinjaman bagi membuka kedai buku dan alat tulis ini. Oleh itu saya menyediakan sedikit jalan penyelesaian. Bagi mereka yang beragama islam, saya galakkan anda tidak berhenti bersolat hajat, puasa sunat dan berterusan berdoa agar impian anda menjadi kenyataan. Moga dipermudahkan dan diberkati. Tahniah kerana memilih keusahawanan sebagai kerjaya! 

4.

Carta Buku Terlaris 14 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH...





Buku Bukan Cereka (MPH 9 Oktober 2011)

  1. On the wings of thought - Vijay Eswaran
  2. A Doctor In The House- Tun M
  3. Ensikplopedia Solat- Rohidzir Rais
  4. Beduk Diketuk- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  5. Patriot & Pretender - Kua Sia Kiong
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Aku Bukan Mistress - Acik Lana
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Menunggu Kereta Api - Norhayati Berahim
  5. Contengan Jalanan - Hlovate
Buku Bukan Cereka POPULAR (25 September 2011)
  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
  3. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
  4. Khutbah Terakhir Rasulullah - Ibnu Rijal
  5. Terpelanting Dari Siratulmustaqim - Suyadi
Buku Cereka

  1. Jauh Dari Cinta- Adah Hamidah
  2. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  3. Uda & Dara - Aisya Sofea
  4. 7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah
  5. Yess Boss - Areila Sahimi


4.

Tuesday, October 11, 2011

Ekspo Buku Islam 26 Okt- 1 nov 2011

Assalamualaikum WTH..





Dijemput hadir bagi mereka yang berdekatan... Dapatkan diskaun hebat dari para penerbit buku islami terkenal di Malaysia.. 


Senarai penerbit yang mengambil bahagian:
Telaga Biru Sdn. Bhd. ~ Galeri Ilmu Sdn. Bhd. ~  Must Read Sdn. Bhd. ~ Jemari Seni Sdn. Bhd.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ~ MMP Communications Sdn. Bhd.






4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...