Wadah Memperkasa Usahawan Muslim, Motivasi Business,Business & syariah, Sifat Usahawan Muslim, Kaedah Membuka Perniagaan Kedai Buku & Alat Tulis, Petua Murah Rezeki, Ulasan Buku Terpilih, Berita keusahawanan, Berita Tentang Industri Buku & Alat tulis, Tazkirah, Diari Usahawan, Nasyid & Chelsea FC
Followers
Muqaddimah
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.
Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!
Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.
(Sejak 2hb September 2010)
Monday, October 17, 2011
Adakah perlu "Malu" untuk menjadi usahawan?
Sunday, October 16, 2011
melly goeslaw ~ demi cinta ( ost.di bawah lindungan ka'bah ) lirik
labbaika la sharika laka labbaik
labbaik allahumma labbaik
labbaika la sharika laka labbaik
wahai pengemar cinta dengar aku bercerita
cinta datangnya tak diduga bergelantungan di hati
bila kita diabaikan mugkin pernah kita mengabaikan
namun aku takkan diam terus ku tuju cinta
Malam-malam ku melamun mencari kata-kata nan indah
Seperti sabdanya Rasulullah berbahasa tinggi dan puitis
Demi cinta hujan berdebu akan ku terjang tanpa meragu
Menapaki tanah haram membawa cinta dan cita-cita kita
labbaik allahumma labbaik
labbaika la sharika laka labbaik
labbaik allahumma labbaik
labbaika la sharika laka labbaik
bila kita diabaikan mugkin pernah kita mengabaikan
namun aku takkan diam terus ku tuju cinta
malam-malam ku melamun mencari kata-kata nan indah
seperti sapdanya Rosulullah berbahasa tinggi dan puitis
demi cinta hujan berdebu akan ku terjang tanpa meragu
menapaki tanah harap membawa cinta dan cita-cita kita
labbaik allahumma labbaik
labbaika la sharika laka labbaik
labbaik allahumma labbaik
labbaika la sharika laka labbaik
Beli Paper Semata-mata Mahu Melihat Keputusan Nombor Ekor
Friday, October 14, 2011
40 Hadis Palsu POPULAR - Abdul Razak Muthalib
Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.
Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.
Bab/ Kandungan
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
Hadis 7 : Solat Sunat Malam Raya
Hadis 8 : Solat Ragha’ib Bulan Rejab
Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih
Hadis 10 : Mengusap Mata Semasa Laungan Azan
Hadis 11 : Kelebihan Puasa Sunat Rejab
Hadis 12 : Kelebihan Puasa Asyura
Hadis 13 : Abdul Rahman bin Auf Masuk Syurga Merangkak
Hadis 14 : Anak Zina Tidak Masuk Syurga
Hadis 15 : Jihad Hati
Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat
Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Hadis 18 : Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia Kenal Tuhannya
Hadis 19 : Menghidupkan Malam Israk Mikraj
Hadis 20 : Rejab Bulan Allah
Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin
Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran
Hadis 23 : Cintakan Negara
Hadis 24 : Bekerja Untuk Dunia
Hadis 25 : Kelebihan Solat Dhuha
Hadis 26 : Berjabat Tangan Boleh Masuk Syurga
Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat
Hadis 28 : Talak Menggegarkan Arasy
Hadis 30 : Tidak Menziarahi Nabi Ketika Haji
Hadis 31 : Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik
Hadis 32 : Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid
Hadis 33 : Meraikan Maulid Nabi
Hadis 34 : Amalan Khas Nisfu Sya’ban
Hadis 35 : Menzirahi Kubur Pada Hari Jumaat
Hadis 36 : Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun
Hadis 37 : Nur Muhammad 224
Hadis 38 : Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri
Hadis 39 : Kisah Alqamah Si Anak Derhaka
Hadis 40 : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah dan ulama baik
BAB 2 : Rumusan
Thursday, October 13, 2011
Mengapa sukar membuat pinjaman bank @ jabatan berkaitan bagi "MEMBUKA @ MEMULAKAN" perniagaan kedai buku & alat tulis?
- Gagal menyediakan syarat komitmen & modal awal terhad
- Jumlah pinjaman terlalu tinggi@rendah
- Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis
- Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yg realistik
- Hanya mengharapkan jualan runcit
- Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan
- Unjuran jangkaan jualan tidak realistik
- Akaun penyata bank yang kosong @ berada dalam senarai hitam
- Kegagalan dalam perbentangan
Kebiasaanya pihak peminjam terutamanya dikalangan 'graduan muda' hanya meletakkan sesuatu nilai bayangan 'syarat komitmen' @ modal awal itu tanpa bukti yang kukuh seperti gagal menyediakan salinan penyata akaun dari pihak bank menyebabkan pihak bank terpaksa menolak awal permohonan anda.
Bagi mngelakkan "penolakkan awal' oleh pihak yang terlibat, saya mencadangkan kepada pemohon agar menyediakan kadar simpanan sejumlah wang yang dapat membantu menguatkan permohonan anda didalam beberapa tempoh masa tertentu.
2. Jumlah pinjaman terlalu tinggi@rendah@tidak realistik
Jumlah pinjaman terlalu tinggi, terlalu rendah dan tidak realistik juga merupakan penyumbang kepada kegagalan sesuatu permohonan pinjaman perniagaan. Pihak bank sendiri mempunyai pengalaman didalam menguruskan dan mengenalpasti potensi sesuatu perniagaan (walaupun kadangkala pegawai mereka ini lebih sudu daripada kuah kerana terlalu bergantung kepada teori). Sewajarnya pihak peminjam menyediakan unjuran aliran kewangan yang realistik serta tidak terlalu tinggi @ terlalu rendah.
Memandangkan kos membuka sebuah kedai konsep buku & alat tulis adalah diantara rm80k sehingga rm200k mengikut konsep kedai yang dipohon. Pihak peminjam sewajarnya hanya memberikan nilai sedemikian kecuali jika premis kedai yang dipohon MEMANG SAH terletak dikawasan yang memiliki aliran trafik yang ramai dan ketiadaan pesaing besar.
3. Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis (sekiranya menyewa-tiada masalah bagi mereka yg memiliki premis perniagaan sendiri)
Ketiadaan dokumen perjanjian sewa premis menyebabkan pihak bank menganggap pihak peminjam hanya syok sendiri berangan untuk membuka perniagaan. Tak perlu saya ulas panjang kerana kepentingan memiliki premis perniagaan dikawasan aliran trafik ramai merupakan antara kelebihan bagi mereka yang menjalan perniagaan jenis runcit seperti kedai buku & alat tulis. Sekiranya anda gagal untuk menempah premis itu, pihak bank akan menganggap anda lambat bertindak dan kehilangan potensi perniagaan yang sangat memerlukan premis dikawasan aliran trafik yang ramai.
Namun begitu, sekiranya perniagaan jenis runcit anda pilih tidak memerlukan premis yang terletak dikawasan tumpuan (selain kedai buku & alat tulis), anda masih berpeluang menyediakan surat booking premis)
4. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yang realistik
Kedai buku & alat tulis merupakan perniagaan yang mengkhusus kepada perniagaan jenis runcit yang mementingkan pemilihan lokasi premis yang memiliki aliran trafik yang ramai seperti terletak ditengah kawasan tumpuan seperti di sebelah bank-bank komersil, didalam pusat membeli-belah, berhampiran stesyen bas dan teksi. Pemilihan lokasi @ tiada lokasi yg realistik ini kadangkala membuatkan permohonan pinjaman anda akan gagal.
Walaupun begitu, anda masih memiliki potensi kerana tiada jaminan perniagaan yang bakal anda usahakan diluar kawasan yang disebutkan akan gagal bergantung kepada kaedah promosi yang akan dilakukan, kekuatan pesaing dan keupayaan anda menarik pelanggan. Namun tugas meyakinkan panel penilai untuk menyokong permohonan anda sangat mencabar..
5. Hanya mengharapkan jualan runcit
Pelan pemasaran bagi permohonan pinjaman untuk membuka kedai buku dan alat tulis yang hanya mengharapkan jualan runcit kadangkala menyebabkan sesuatu permohonan pinjaman berpotensi menemui kegagalan. hal ini terjadi kerana pihak bank menganggap pihak pemohon tidak kretif mencari sumber wang masuk kerana hanya bergantung kepada satu sumber wang masuk.
Pihak pemohon seharusnya tidak terlalu memfokuskan jualan runcit secara tunai sahaja bagi menampung wang masuk ke dalam perniagaan jenis kedai buku & alat tulis. Sebaliknya, pihak pemohon harus menyediakan sedikit unjuran kewangan bagi menumpukan sumber wang masuk lain seperti melalui pembekalan, servis dan lain-lain bagi meyakinkan panel penilai menyokong permohonan anda.
6. Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan
Kurang pengalaman dalam bidang peruncitan terutamanya dikalangan pemohon yang tidak memiliki latarbelakang dan pengalaman bisnes juga merupakan salah satu punca kegagalan permohonan pinjaman.
Walaupun menyumbang peratus kegagalan yang agak kecil, pemohon dikalangan mereka yang belajar diluar bidang perniagaan dan tiada lansung kemahiran dan pengalaman menguruskan perniagaan seharusnya melewatkan sedikit permohonan dan berusaha untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pemasaran perniagaan jenis runcit.
7. Unjuran jangkaan jualan tidak realistik
Unjuran jangkaan jualan tidak realistik merujuk kepada unjuran pelan kewangan yang tidak mengikut musim. Walaupun bidang perniagaan jenis kedai buku & alat tulis hanya memiliki satu tempoh musim puncak ketika bakal bermulanya sesi permulaan sekolah, terdapat beberapa musim kecil yang turut membantu dapat meningkatkan nilai jualan harian seperti musim haji, cuti sekolah dan musim-musim perayaan tertentu.
Bagi perniagaan runcit seperti kedai buku dan alat tulis, pihak pemohon wajib bijak menjangkakan secara logik pada bilakah masanya jualan runcit buku & alat tulis akan naik dan turun. Hal ini penting bagi meyakinkan pihak bank bahawa pihak pemohon akan berusaha untuk menaikkan nilai jualan dengan menambah stok-stok tertentu pada musim-musim tertentu.
8. Akaun penyata bank individu yang kosong @ berada dalam senarai hitam
Akaun penyata bank pemohon yang kosong @ berada dalam senarai hitam merupakan salah satu punca kegagalan pemohon. Pihak bank tidak akan berkompromi dengan pemohon yang tiada jumlah tunai dibank dan memiliki rekod hitam samada dengan pihak bank @ pihak polis terutamanya mereka yang mempunyai sejarah jenayah perdagangan mahupun liat membayar hutang kad kredit dan pelbagai lagi.
9. Kegagalan dalam perbentangan
Kegagalan mempertahankan idea ketika sesi perbentangan 'rancangan perniagaan' dihadapan pihak bank merupakan antara salah satu punca kegagalan. Bahkan hampir 50% kegagalan memohon pinjaman adalah ketika pihak pemohon berada di dalam situasi ini.
Pihak pemohon wajar bersedia dan bijak menduga soalan lazim yang biasanya akan disoal oleh pihak bakal peminjam.
*****************************************************************************************************
Saya tidak bermaksud untuk melemahkan semangat mereka yang mahu memohon pinjaman bagi membuka kedai buku dan alat tulis ini. Oleh itu saya menyediakan sedikit jalan penyelesaian. Bagi mereka yang beragama islam, saya galakkan anda tidak berhenti bersolat hajat, puasa sunat dan berterusan berdoa agar impian anda menjadi kenyataan. Moga dipermudahkan dan diberkati. Tahniah kerana memilih keusahawanan sebagai kerjaya!
Carta Buku Terlaris 14 Oktober 2011
Buku Bukan Cereka (MPH 9 Oktober 2011)
- On the wings of thought - Vijay Eswaran
- A Doctor In The House- Tun M
- Ensikplopedia Solat- Rohidzir Rais
- Beduk Diketuk- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
- Patriot & Pretender - Kua Sia Kiong
- Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
- Aku Bukan Mistress - Acik Lana
- Yess Boss - Areila Sahimi
- Menunggu Kereta Api - Norhayati Berahim
- Contengan Jalanan - Hlovate
- 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
- La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
- Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
- Khutbah Terakhir Rasulullah - Ibnu Rijal
- Terpelanting Dari Siratulmustaqim - Suyadi
- Jauh Dari Cinta- Adah Hamidah
- Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
- Uda & Dara - Aisya Sofea
- 7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah
- Yess Boss - Areila Sahimi
Tuesday, October 11, 2011
Ekspo Buku Islam 26 Okt- 1 nov 2011
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ~ MMP Communications Sdn. Bhd.







