Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, October 13, 2011

Carta Buku Terlaris 14 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH...





Buku Bukan Cereka (MPH 9 Oktober 2011)

  1. On the wings of thought - Vijay Eswaran
  2. A Doctor In The House- Tun M
  3. Ensikplopedia Solat- Rohidzir Rais
  4. Beduk Diketuk- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  5. Patriot & Pretender - Kua Sia Kiong
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Aku Bukan Mistress - Acik Lana
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Menunggu Kereta Api - Norhayati Berahim
  5. Contengan Jalanan - Hlovate
Buku Bukan Cereka POPULAR (25 September 2011)
  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
  3. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
  4. Khutbah Terakhir Rasulullah - Ibnu Rijal
  5. Terpelanting Dari Siratulmustaqim - Suyadi
Buku Cereka

  1. Jauh Dari Cinta- Adah Hamidah
  2. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  3. Uda & Dara - Aisya Sofea
  4. 7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah
  5. Yess Boss - Areila Sahimi


4.

Tuesday, October 11, 2011

Ekspo Buku Islam 26 Okt- 1 nov 2011

Assalamualaikum WTH..





Dijemput hadir bagi mereka yang berdekatan... Dapatkan diskaun hebat dari para penerbit buku islami terkenal di Malaysia.. 


Senarai penerbit yang mengambil bahagian:
Telaga Biru Sdn. Bhd. ~ Galeri Ilmu Sdn. Bhd. ~  Must Read Sdn. Bhd. ~ Jemari Seni Sdn. Bhd.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ~ MMP Communications Sdn. Bhd.






4.

Cerita Tentang Paip

Assalamualaikum WTH...


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana masih diberi ruang untuk bernafas dibumi ini dan diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.

Peristiwa ini berlaku pada sekitar pukul 2 petang tadi. Ketika itu saya sedang mengambil angin  sambil berehat dihadapan kedai saya kerana berasa sedikit keletihan kerana sejak dari awal pagi saya agak sibuk mengemas ratusan buku-buku di rak. Sebenarnya PNN baru sahaja habis menyertai pesta konvo UIA, kami ada membuka booth menjual buku di pesta konvo itu, jadi stok-stok yang tidak habis dijual kami akan meletakkan semula stok buku itu di rak. Tugas rutin selepas kami habis menyertai mana-mana ekspo. :)

Ketika sedang berdiri dihadapan kedai, lalu seorang lelaki berbangsa Bangladesh dihadapan saya. Tiba-tiba dia berhenti dipaip kepunyaan saya yang terletak dihadapan kedai. Setelah membasuh tangan dan mukanya dia terus berlalu tanpa mengunci habis paip saya itu. Air paip itu masih mengalir lagi. Melihat kejadian itu, saya terus memanggil pemuda bangla itu... 

Itu you pakai siapa punya paip?
Tak tau...
Kalau tak tau kenapa guna?
Saya guna sikit saja..
Sikit atau banyak bukan soalnya... You muslimkah?
Muslim..

Orang muslim atau tidak, kalau nak guna barang yang bukan hak kita, kita perlu minta izin.. Saya takkan halalkan air you guna tadi.. kalau nak saya halalkan, awak bayar saya RM20.. Kalau tak mahu bayar didunia ni, you cari saya nanti diakhirat...

Saya lihat wajah pemuda bangla itu berubah menjadi hitam kemerahan.. samada dia malu kerana digertak oleh saya atau dia takut kerana bayaran RM20 yang saya sebut hanya kerana menggunakan sedikit air milik saya.

Saya sebenarnya tak kisah you nak guna banyak mana pun, saya halalkan, tapi lepas guna tutup elok-elok. Jangan sampai masih menitis laju. Membazir. Lagi bagus sebenarnya jika you minta izin sebab takut-takut pemilik tak halalkan. Susah you nanti kat akhirat... You nak masuk nerakakah?
Tak mahu..........................

Ni you dah sembahyang zuhur belum?
Belum..
Tadi pagi sembahyang subuh tak?
Tak...
Kenapa tak sembahyang?
Penat, baju kotor...
Bagus, nanti mati jawab depan Allah macamtu... 

Hm, selepas itu saya terus masuk kedalam kedai saya. Sebenarnya saya memang sengaja meninggalkan pemuda bangla itu sedikit persoalan dikepalanya agar dapat meransang dia untuk berfikir tentang kebenaran apa yang saya katakan sebentar tadi.

Semua benda di dunia ini milik Allah SWT.. dan kita sebagai hamba hanya meminjamkan sebentar anugerah itu. Namun ada beberapa benda milik Allah yang dipinjamkan kepada kita memerlukan izin daripada kita sebelum boleh dipinjamkan kepada pihak ketiga. 

ATAU MUNGKIN KITA SANGGUP MENCARI TUAN PUNYA BARANG YANG KITA GUNAKAN TANPA IZINNYA DIAKHIRAT KELAK? 

MUNGKIN ADA PEMILIK BARANGYANG TIDAK KISAH DAN MENGHALALKAN, NAMUN BAGAIMANA DENGAN PEMILIK YANG TIDAK MENGHALALKAN PERBUATAN MEMINTA TANPA IZIN?



4.

Wednesday, October 5, 2011

PNN di Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa 6-10 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH...



Alhamdulillah, sekali lagi PNN diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyertai pesta konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa yang akan bermula 6-10 oktober 2011 ini. 

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah kerana rezeki yang dikurniakan kepada PNN semakin hebat sejak kami mula bergiat aktif didalam bidang perniagaan ditapak-tapak ekspo dan karnival ini.

Kepada mereka yang hadir ke majlis ini dipersilakan hadir ke booth kami di tapak no-2 yang menjual pelbagai jenis buku bergenre agama, motivasi, kanak-kanak dan pelbagai lagi. InsyaAllah, diskaun istimewa akan ditawarkan kepada anda.

Doakan perniagaan kami diberkati Allah dan memperolehi keuntungan.. TQ


4.

Tuesday, October 4, 2011

Terpelanting dari Siratulmustakim

Assalamualaikum wth...

Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-0142-10-4 
Tarikh Terbit: 30 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 208

Klik disini untuk belian online> http://www.stormreaders.net/ustaz_azrai > 
kemudian daftar sebagai pembeli > klik senarai carian publisher> PTS > 
Terpelanting dari Siratulmustakim> selamat membeli-belah!


@email kepada saya azraay17@gmail.com
***************************************************************************************************************************                                                                      



Sewaktu Melintas Titian Sirat, Tiada Harapan Kecuali Kasih-Mu Tuhan.
Mati bukan pengakhiran.
Kita akan dinilai, dihisab dan dipertanggungjawab atas semua perbuatan kita di dunia. Di Padang Mahsyar sana, kita dihimpun. Melalui neraca keadilan, Mizan, baik dan buruk kita ditimbang.
Sebelum Mahsyar dan Mizan, ada siratulmustakim, laluan ke syurga. Melepasinya, bahagia selamanya terpelanting dari siratulmustakim, derita sahajalah akhirnya.

Terpelanting dari Siratulmustakim adalah renungan terbaik. Renungan bagi menenangkan jiwa yang sakit dan penuh dosa. Selagi hayat masih dikandung badan, semoga buku ini menambah bekalan kita daripada dihina dengan azab seksa.
ISI KANDUNGAN
Prakata vii
Bahagian I 1
Peristiwa Sebelum Melintas Sirat 1
Bab 1: Hisab 2
Bab 2: Mizan, Penimbang Amal 60
Bahagian II 83
Di Atas Titian Sirat 83
Bab 3: Jambatan Siratulmustakim 84
Bab 4:Terpelanting dari Titian Sirat 119
Bab 5:Mereka yang Terpelanting dari Titian Sirat 147
Bab 6:Selamat Tiba di Syurga 161
Bahagian III 175
Supaya Kita Selamat 175
Bab 7:Rahsia Selamat Melintasi Titian Sirat 176
Bab 8:Penutup 189
Biodata Penulis 193
Bibliografi 195
4.

Doa agar mendapat peluang perniagaan , terhindar dari musibah & fitnah


"Ya Allah, jadikan aku diantara kalangan hamba-Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudarat yang Engkau selamatkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU), dan bala yang engkau angkatkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU) dan keburukkan yang engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hamba-MU)"

AMIN...

Semoga kita dapat amalkan selalu dan semoga iman dan perniagaan yang kita sedang usahakan ini memperolehi keberkatan dan diperbanyakkan. Dan semoga kita semua terhindar dari musibah dan fitnah


4.

Nur Asiah Jamil @ El Suraya: Panggilan Ka'bah (panggilan haji)


Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah



*********************************************************************************************


Al-fatihah juga buat Arwah kesyangan Hashim bin Ismail 


yang meninggal disana pada 1991..









4.

Monday, October 3, 2011

My Love Is Playgirl karya SITI NUR DHUHA

Assalamualaikum wth...

My Love Is Playgirl
SITI NUR DHUHA
RM25.90
ISBN: 978-967-0342-09-2
688 hlm

Puteru Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. Dapatkan Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

 **********************************************************************
Siti Nur Dhuha, nama penulis agung yang tidak perlu lagi diperkenalkan kini tampil dengan karya terbaru... InsyaAllah menurut salesman kumpulan karangkraf, stok buku ini akan tiba PNN pada minggu hadapan.. :)







4.

Drama petang tadi..

Assalamualaikum wth..




Petang tadi ketika sedang berada di PNN, saya didatangi seorang pelanggan lelaki berbangsa india yang bertanyakan samada mesin fax saya sudah menerima RO atau tidak. Sebenarnya lelaki ini merupakan pelanggan tetap saya, dia bekerja sebagai penarik kereta. RO yang disebutkan olehnya merupakan surat arahan dan kebenaran daripada pihak bank kepadanya bagi membolehkan dirinya menarik kereta yang memiliki tunggakan dengan pihak bank secara sah.

Sememangnya juga menjadi amalan saya untuk tidak membaca surat yang difax untuk orang lain. Tanpa membaca surat yang baru difaxkan itu, saya terus memberi kepada lelaki itu sambil bertanya beberapa soalan biasa seperti jenis kereta apa kali ini yang ditarik dan berapa bulan kereta itu mempunyai tunggakan... Lelaki itu menjawap kereta yang akan ditarik sebentar nanti adalah kereta proton gen2 yang terletak dihadapan kedai jiran saya dan kereta itu mempunyai tunggakan selama 4 bulan yang bernilai hampir RM2400. Setelah menjawap soalan saya, lelaki india itu berlalu bersama dua orang teman sejawatnya yang 'agak' berpewatakkan gaya seorang penarik kereta-garang dan berwajah ganas!

Selang hampir sejam kemudian, saya dapati terdapat kekecohan berlaku dihadapan kedai jiran saya. Pada mulanya saya hanya menjenguk dari pintu kedai saya sahaja, tapi apabila mendengar wanita yang menimbulkan kekecohan itu menyebut kereta yang diparkirkan disitu hilang... saya terus memanggil wanita itu masuk kekedai saya, setelah wanita itu mengesahkan kereta yang digambar diatasa adalah miliknya, saya menyatakan bahawa kereta itu sudah ditarik dan ia mungkin masih berada di balai polis. Saya meminta wanita itu pergi kebalai polis kerana mengikut pengalaman saya sepanjang berkenalan dengan beberapa geng penarik kereta, kereta itu kebiasaanya masih berada dibalai polis untuk beberapa ketika sebelum dibawa ke stor penyimpanan.

Hm... sebanarnya saya merasa kasihan kepada wanita itu, dia sedang mendukong seorang anak kecil dan bersamanya juga ada tiga orang anak yang masih juga kecil. Mungkin dia sekarang ini mempunyai masalah kewangan sehingga tidak berupaya membayar tunggakan keretanya, hendak menyalahkan pihak penarik kereta pula tidak boleh kerana itu memang sumber rezekinya... 

Moga kita semua dipermudahkan dari urusan hutang....


Doa memohon dopermudahkan urusan membayar hutang


"Wahai Yang Maha Pengasih dunia dan akhirat, Yang Maha Penyayang dunia dan akhirat, Engkau memberikan dari keduanya apa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menahan dari keduanya apa yang Engkau kehendaki, tunaikan hutangku"
4.

Saya dah join stormreaders.. :)

Assalaamualaikum WTH..


Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah mengilhamkan kepada saya untuk menyertai satu syarikat berkonsepkan MLM menjual buku yang patuh syariah..

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Dengan berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai  lagi.

insyaAllah, esok saya akan berkongsi dengan anda berkenaan dengan syarikat MLM ini.. :)


Bagi yang berminat untuk bersama-sama saya menyertai syarikat Stormreaders ini dan melayakkan anda mendapat potongan sehingga 20% produk buku yang dijual oleh syarikat ini boleh email kepada saya di azraay17@gmail.com


4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...