Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Sunday, October 2, 2011

Kembara Atiq Wazif - satu anugerah

Assalamualaikum wth...



klik disini untuk membeli buku
http://www.stormreaders.net/ustaz_azrai
kemudian daftar sebagai pembeli > klik senarai carian publisher> galeri ilmu> kembara atiq wazif> selamat membeli-belah!

Hm, saya akui yang saya memang seorang yang agak mudah untuk menitiskan air mata ketika sedang membaca buku yang menyentuh emosi samada ianya buku agama, sejarah mahupun novel kisah benar tentang pengalaman hidup. Saya selalu membayangkan diri saya didalam cerita yang saya baca itu... Selain buku keusahawan dan buku motivasi, saya memang suka membaca buku-buku agama, sejarah dan novel kisah benar tentang pengalaman hidup. 


Dua bulan yang lalu saya mempunyai kesempatan untuk membaca buku "Kembara Atiq Wazif - satu anugerah", sebuah kisah yang penuh inspirasi tentang pengorbanan yang hebat sebuah keluarga yang 'bergelut' dengan takdir demi untuk seorang anak istimewa.


Mungkin pengalaman diri saya sendiri sebagai OKU menyebabkan saya memahami serba sedikit berkenaan emosi seorang yang mempunyai anak istimewa.. 


Pertama kali saya membaca buku ini, air mata saya mengalir deras dan saya percaya sekiranya saya membaca buku ini buat kali ke-6nya pun air mata saya akan terus mengalir deras. Moga keluarganya terus tabah hadapi ujian ini...


*******************************************************************************************************


Berkejar Dengan Masa Demi Seorang Anak Istimewa



Buku ini merupakan catatan pengalaman seorang ayah dalam membesarkan seorang anak istimewa bernama Atiq Wazif. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun.


Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” penulis sebagai ayah, tidak pernah patah semangat.
Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, penulis membawa keluarganya merentas benua – ke Beijing di Negeri China, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida, AS, meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Isterinya Dora yang merupakan seorang pendidik cemerlang, sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.


Penulis menyulam penulisannya dengan kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan dan cerita cinta suami isteri. Dari seorang bapa dan suami yang terlalu sibuk dengan kerjaya hingga kurang memberi perhatian kepada keluarga, kehadiran Wazif benar-benar memberi sinar baru dalam kehidupan penulis sekeluarga.


Kelahiran Wazif memang dirasakan sebagai satu anugerah daripada Allah. “Abang ingat tak masa Wa mengandungkan Wazif dulu, banyak benda-benda pelik berlaku. Mungkin Allah nak beri isyarat pada kita supaya kita bersedia untuk menerima anugerah ini,” kata si isteri pada satu ketika. Kata-kata ini cukup memberi bekas di hati penulis dan menjadi ‘turning point’ yang merubah kehidupan mereka sekeluarga.


Gaya penulisan buku ini, seperti kata Hj. Abu Hassan Morad (pemenang Anugerah Sastera Perdana 2002) yang tercatat di kulit belakang buku, “Cukup mengesankan…. menepati konsep Drama in Real Life!”


Penceritaannya sangat terperinci, mirip gaya novel. Latar masa, latar tempat, perlukisan watak dan setiap patah dialog, begitu segar. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi oleh penulis sekeluarga…


Konflik mempunyai anak istimewa, konflik rumah tangga dan babak-babak mencemaskan yang diceritakan semula dengan begitu baik, menjadikan buku ini penuh elemen dramatik. Tidak hairanlah seorang pengarah program pendidikan khas di Florida, AS memberitahu penulis, “You can make a movie out of this!”


Menariknya, di bahagian kedua buku ini disertakan Bacaan Bonus, di mana penulis berkongsi segala yang dilalui dan segala yang dipelajari melalui beberapa penulisan yang ditemuinya sepanjang menelusuri kembara anaknya Wazif. Juga berdasarkan pengalaman bertemu beberapa insan yang memberikan impak besar dalam kehidupan seharian mereka sekeluarga. Ada beberapa penulisan di dalam bahagian ini yang penulis yakin akan memberi manfaat yang besar kepada ramai ibu bapa.


Siapa tahu, kisah Hasan dan anaknya ini akan difilemkan satu hari nanti… Dalam emelnya kepada editor buku ini, Hasan menyatakan keyakinannya, jika buku ini difilemkan dan watak dirinya dimainkan oleh Denzel Washington, filem itu mungkin akan menjadi box-office!
4.

Saturday, October 1, 2011

Karnival Selangorku di Tanjung Karang 28 sept-4 okt 2011

Assalamualaikum wth...


(saya bersama dengan maskot Ana Muslim)

Alhamdulillah, semangat untuk kembali menyertai jualan di tapak-tapak karnival dan ekspo sudah kembali selepas mood raya berakhir.  Pada minggu lepas saya menyertai Karnival usahawan Desa di Putrajaya. Pada minggu ini pula, saya menyertai Karnival Selangorku sempena pesta buku mini di Tangjung Karang.

Alhamdulillah juga kerana sepanjang hari kami disini jualan kami sangat hebat, TQ Allah atas limpahan rezeki ini dan moga segalanya berjalan lancar sehingga tamat karnival ini. AMIN YA RABB..

InsyaAllah pada minggu hadapan, saya akan menyertai konvo di Universiti Islam Antarabangsa dan Multimedia Universiti.. hm, doakan perniagaan kami untung banyak ea.. dan semoga iman kami lebih kukuh dengan anugerah ini..

4.

istikharah - mestica lirik


ISTIKHARAH - MESTICA

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh merendah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku
4.

Tuesday, September 27, 2011

Khilaf - Fachreza (lirik & video)


Seringkali hatiku resah
Tanpa kuingat nama-Mu ya Allah
Seringkali hatiku gundah
Melupakan diri-Mu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Aku lemah, lemah, lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf, khilaf, khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekat-Mu
Pada-Mu ya Allah

Aku lemah, lemah, lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf, khilaf, khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
Pada-Mu ya Allah

Seringkali hatiku resah
Melupakan diri-Mu ya Allah
Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata...
4.

Monday, September 26, 2011

Islamisasi bisnes

Assalamualaikum wth... 



Islamisasi bisnes. Satu tajuk yang agak besar untuk saya coretkan diblog yang serba kekurangan ini. 

Hm, perkataan "islamisasi" seringkali kita dengari dewasa ini, samada dimedia masa dan di media-media cetak. Islamisasi merujuk kepada satu proses yang berterusan untuk mengislamkan sesuatu aktiviti dan perbuatan manusia dan masyarakat amnya. 

Islamisasi bisnes

Islamisasi bisnes merupakan satu konsep berkaitan proses 'mengislamkan perniagaan' secara total. Islamisasi bisnes adalah proses "mengislamkan perniagaan" dengan memasukkan roh tasawur islam kepada sistem muamalah & iqtishadiyah (ekonomi islam). Hal ini bermaksud pihak pengusaha perniagaan dan anggota masyarakat sebagai pengguna berperanan untuk memastikan seluruh organisasi & cabang perjalanan perniagaan yang sedang diusahakan mengikut landasan dan acuan yang telah digariskan oleh agama islam serta meninggalkan tanpa kompromi segala perbuatan yang dilarang oleh islam. 

Proses 'mengislamkan perniagaan' ini wajib bermula sejak dari dari awal penubuhan sesuatu perniagaan itu dan berlansung sepanjang tempoh perniagaan itu diusahakan. Memandangkan agama islam itu sendiri merupakan agama suci yang mementingkan kepada konsep keadilan, kesucian, halal & haram dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, islam telah menggariskan beberapa panduan kepada pihak usahawan & peniaga serta kepada pembeli amalkan sepanjang tempoh perniagaan mereka dan keseluruhan hidup mereka amnya.

Konsep islamisasi bisnes ini sebenarnya bermula setelah kedatangan islam kemuka bumi yang membawa mesej keadilan dan kebenaran. Sebelum kedatangan islam, masyarakat dunia terutamanya masyarakat usahawan & peniaga arab jahiliyah merupakan golongan peniaga yang hanya mementingkan konsep keuntungan dunia semata-mata. Amalan riba, menipu timbangan, menipu kualiti produk, kaedah jual beli yang tidak jelas dan pelbagai lagi kesalahan dalam sistem muamalah berlaku secara-terangan dan jelas membebankan pihak pembeli dan pengguna.  Namun, setelah kedatangan islam kemuka bumi ini yang hadir membawa bersama sistem muamalah & iqtishadiyah (ekonomi islam) yang membawa keadilan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan pengguna, amalan-amalan jahiliyah ini secara beransur-ansur kehilangan tempat dihati masyarakat.

"Peniaga yang jujur dan amanah akan berada bersama para nabi, shodikin (orang-orang yang benar), orang yang mati syahid pada hari kiamat"

hadis riwayat Tarmizi & Ibnu Majah

Islamisasi bisness bukanlah menolak faktor keuntungan dunia, malah proses islamisasi bisnes merupakan satu konsep dimana pihak usahawan & peniaga berkongsi keuntungan diantara pihak penjual dan pembeli. Situasi menang-menang yang tercipta dari sistem muamalah & iqtishadiyah ini 

"Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yg jahat melainkan orang yang bertakwa kepada Allah, melakukan kebaikkan dan benar"

(hadis riwayat at-tirmizi)

Ciri-ciri Islamisasi Bisnes Bagi Pihak Usahawan Muslim

Islamisasi bisnes juga bermaksud pihak usahawan dan peniaga berfungsi sebagai ketua yang memastikan keseluruhan perjalanan perniagaan mereka bermula daripada beberapa ciri dibawah:

  1. Menjaga amalan wajib dalam islam
  2. Memastikan sumber modal yang dikeluar adalah daripada sumber yang halal
  3. Pendapatan yang diperolehi adalah dari pendapatan yang jelas halal
  4. Mengamalkan sistem jualbeli yang halal & tidak syubhah
  5. Keseluruhan pekerja termasuk pengusaha tidak melakukan sebarang perbuatan makruh & haram terutamanya ketika tempoh perniagaan- seperti tidak menutup aurat, mengumpat & memfitnah ketika bekerja dll (perbuatan haram yg selain daripada larangan ketika aktiviti jual beli berlaku)
  6. Mengamalkan amalan sunah ketika bekerja- sentiasa berzikir, menjaga wuduk, solat berjemaah bersama dll (perbuatan sunah yg selain daripada aktiviti jual beli berlaku)
Ciri-ciri Islamisasi Bisnes Bagi Pihak Pembeli Muslim

Islamisasi bisnes juga bermaksud pihak pembeli juga berfungsi memastikan keseluruhan perjalanan perniagaan mereka bermula daripada beberapa ciri dibawah:
1.    Sumber wang yang dikeluarkan untuk membeli adalah daripada sumber yang halal
2.    Mengamalkan sistem jualbeli yang jelas halal



MARI BERSAMA MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM & ISLAMISASI BISNES

InsyaAllah akan bersambung tajuk 
1. Cabaran islamisasi bisnes 
2. Peranan pihak usahawan muslim
3. Penerimaan orang bukan muslim terhadap islamisasi bisnes.. 

(",)
4.

Saturday, September 17, 2011

Sajak Tetamu Senja ~ A. Samad Said lirik


Kita ini tetamu senja
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik 
Kembalilah kita kepadanya
Kita datang ini kosong

Tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra 

kepada Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang sekali 

Bawalah bakti padat berkat

4.

TQ Allah atas anugerah-Mu...

Assalamualaikum WTH.. 

Kelmarin ayahanda & bonda saya datang ke Rawang bersama dengan adik. Kedatangan mereka kali ini untuk menghantar adik saya yang baru mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya di dalam bidang Pengurusan perniagaan. Alhamdulillah.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana dilahirkan didalam keluarga yang sangat mementingkan pendidikan agama dan pendidikan duniawi secara seimbang. Kami adik-beradik beruntung dikurniakan ibu bapa yang sangat memahami kehendak dan keperluan kami. Walaupun pernah bermula dengan kehidupan yang agak sukar di FELDA, kami semua dengAN izin Allah SWT berjaya mengharungi cobaan dan dugaan hidup dengan tabah. Kini hasilnya kesemua adik beradik saya memiliki bekalan yang secukupnya untuk mengharungi kehidupan dunia yang fana ini.

Saya juga sangat pasti ayahanda & bonda saya sangat berpuashati dan bersyukur dengan memiliki kami sebagai anaknya. Alhamdulillah, kakak sulung saya memulakan tradisi kejayaan kami dengan segenggam diploma kejururawatan, abang saya degree perancang bandar & wilayah, saya-degree-UUM & sijil UIA, adik no 4-diploma perguruan (sedang melanjutkan pelajaran di peringkat  ijazah lanjutan), adik no-6 baru seminggu mendaftarkan diri di peringkat master di Universiti Tun Hussien Onn, adik no-7- isnin ini baru akan mendaftarkan diri di Universiti Malaya dan adik saya yang bongsu sedang mengikuti pengajian di Shah Alam. 

Sesungguhnya saya amat kagum dengan pencapaian ayahanda & bonda saya, dalam kesibukkan mereka mengerjakan kebun FELDA, kesibukkan mereka mengusahakan kedai runcit dan kantin sekolah, kesibukkan didalam aktiviti sosial kerana ayahanda & bonda saya sangat aktif didalam aktiviti persatuan, JKKK FELDA, UMNO, PIBG dll, kami adik-beradik tidak pernah diabaikan. Tapi sesuatu yang paling saya cemburu ialah ayahanda & bonda saya sudah 
4 & 5 kali pergi menunaikan haji & beberapa kali terpilih sebagai calon tokoh peneroka & peneroka terbaik FELDA. Alhamdulillah kami anak-anak ayahanda & bonda berazam untuk mengekalkan tradisi kejayaan keluarga kita.

(dari kiri adik no-4, adik no-6, Akak Sulong,no-3 saya, abang no-2 
depan adik-no-7, Hajah Rogayah, Haji Rahmat, adik no-8 )

Al-fatihah buat adik kesayangan kami no-5 
Arwah Abdul Naim b Haji Rahmat..

moga tenang dialam sana, insyaAllah kita akan bersatu kembali dialam yang kekal abadi disana.. jangan lupa doakan kami didunia ini, InsyaAllah, UDA dan adik-beradik yang lain takkan lupa mengirimkan fatihah buat kamu di sana.. 
(,")
4.

Thursday, September 15, 2011

Cinta Suci Zahrana karya Habbiburrahman El-Shirazy

Assalamualaikum WTH..




Judul : Cinta Suci Zahrana
Penulis : Habbiburrahman El-Shirazy
Penerbit : Ihwal Publishing House
Tahun : 2011
Halaman : 284 muka

Buat masa ini, novel Cinta Suci Zahrana masih belum memiliki pengedar rasmi di Malaysia. Namun begitu karya Ustaz HabiburRahman el Shirazy ini masih boleh mendapatkan karya agung ini dikedai-kedai buku indie (bukan kedai buku besar) tertentu dengan harga didalam lingkungan harga RM50 sahaja. Buat masa dua bulan ini saya hanya menjual novel ini di PNN sahaja kerana faktor stok yang sangat terhad. 

InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan ulasan novel ini dalam masa terdekat. 


Anda juga boleh mengunjungi link dibawah untuk melihat sinopsis>


http://media.kompasiana.com/buku/2011/06/15/zahrana-dilema-cinta-gadis-terpelajar/

http://wardahmunirah.blogspot.com/2011/08/dilema-perawan-tua-dalam-cinta-suci.html
4.

Wednesday, September 14, 2011

Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha & Mohd Noordin

Assalamualaikum wth..



Harga: RM 38 / RM 41
ISBN-13: 978-967-408-012-9 
Tarikh Terbit: 29 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 880
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Genre novel tauhid


Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.
Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.
Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...