Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, May 19, 2011

Zuriat Biologi: Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam _ Hasan Basri Omar

Assalamualaikum WTH..





Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-366-037-7
Tarikh Terbit: 1 May 2011
Jumlah Muka Surat : 160

Untuk belian online sila email azraay17@gmail.com (RM26 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia

Buku ini hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.

Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.
Proses reproduksi buatan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’ ini mengajak kita untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran?

Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?

Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.

Isi Kandungan
 

Bayi Tabung Uji
- Sejarah bayi tabung uji
- Mengekal zuriat cara Islam
- Ke arah menghasilkan keturunan.
- Kehamilan dan kemandulan.
- Galakan mendapatkan rawatan.
- Pendedahan aurat bagi tujuan perubatan.
Bantuan Penghamilan
- Faktor-faktor yang memerlukan bantuan penghamilan.
- Hukum Onani
- Aplikasi janin manusia dalam penyelidikan dan perubatan.
Pesum
Dari segi definisi bahasa dan istilah pakar fikah.
Persenyawaan Dalaman.
Persenyawaan In-Vitro.
- Penggunaan Sperma/ Ovum daripada orang luar.
- Hukum menyumbang sperma ataupun ovum kepada pihak lain.
- Hukum menyewakan haiwan jantan bagi tujuan baka atau pokok jantan bagi didebungakan.
Perspektif Islam pada Bantuan Persenyawaan Buatan
-Keadaan yang boleh persenyawaan dengan bantuan perubatan
-Keadaan yang haram persenyawaan dengan bantuan perubatan.
-Persenyawaan bantuan perubatan antara benih suami isteri yang bercerai ataupun meninggal dunia.
-Persenyawaan tanpa sperma dan ovum.
-Kesan rentetan daripada persenyawaan bantuan perubatan
- Kesan anak daripada ovum ataupun sperma bukan suami isteri.
- anak pungut.
Sewa Rahim atau Rahim Tumpang
- Perjanjian sewa rahim menurut Islam.
- Hukum Islam pada penyewaan rahim.
- Percanggahan fatwa Dr. Mut'ie Bayumi
- Jawapan kepada fatwa Dr. Mut'ie Bayumi
- Kesan-kesan bakal timbul daripada penyewaan rahim.
- Kesan undang-undang dan tatasusila masyarakat.
Bagaimana Islam Mengesahkan Keturunan Bayi Tabung Uji?
- Hukum yang membolehkan.
- Hukum yang diharamkan.
- Haram meletakkan anak angkat berbinkan bapa angkat.
Memilih Jantinan Janin Mengikut Perspektif Islam?
- Bagaimana Menentukan Janin?
- Perbahasan Sarjana Islam mengenai penentuan janin.
Perancang Keluarga: Adakah Dibolehkan?
- Isu 'azal dan penjelasan Sarjana Islam.
Kaedah Fikah dalam Memahami Zuriat Biologi
Bibliografi.



4.

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



 
Oleh Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-0142-40-1
Tarikh Terbit: 29 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 184

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Email saya untuk belian online azraay17@gmail.com (rm19.00 termasuk kos pos)


BAB 1 : SEJARAH GERAKAN ISLAM MALAYSIA, SEBUAH SOROTAN RINGKAS
Gerakan Islam dunia
Ikhwan Muslimin, Perintis gerakan Islam dunia
Indonesia dan gerakan PKS
Algeria dan gerakan FIS
Palestin dan seruan ‘intifadah’
Pejuang pembebasan Moro, Filipina
‘Parti Allah’ di Lubnan
Gerakan Islam mencetak tokoh
Peranan gerakan Islam di dalam sebuah negara
Sorotan gerakan Islam di Malaysia
PAS dalam politik tanah air Malaysia

BAB 2 : SEKITAR KEHIDUPAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL
AZIZ BIN NIK MAT
Kelahiran, keturunan dan keluarga
Ayahanda dan bondanya
Sekitar sejarah Islam di negeri Kelantan
Sekolah ‘pondok’
Budaya berniaga rakyat Kelantan
Pendidikannya
Pulang ke tanah air menabur bakti

BAB 3 : PERJUANGAN DAN JATUH BANGUN
Menabur bakti di tanah air
Terjun ke gelanggang politik
Dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS
Dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan
PAS di Kelantan
Menjadi Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar yang sederhana
Perubahan sedikit demi sedikit
Mengubah rohani dan fizikal negeri Kelantan
Ikon ‘Perpaduan Nasional’
Selepas 20 tahun Kelantan bersama Islam

BAB 4 : PEMIKIRAN tuan guru DATO' HAJI nik abdul aziz bin nik mat Dalam ISU semasa di malaysia
Konsep pemikiran dan berfikir
Pemikiran dan kaedah pendekatan berfikir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
  1. Isu penggunaan ‘kalimah Allah’ untuk orang bukan Islam
Pendekatan uruf dan memahami waqie
Pemikiran yang ‘dekat’ dengan bukan Islam

  1. Isu perpaduan dan hubungan antara kaum di Malaysia
Insiden perarakan kepala lembu ke SUK Selangor dan kebijakan beliau
Terbuka asalkan ‘Islam’
Bukan Islam sebagai ahli PAS?

  1. Kontroversi perlaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan
Kesungguhan menegakkan syariat Hudud
Memberi faham, bukan memaksa
Berpandangan jauh

  1. Pengharaman judi dan arak di negeri Kelantan
Pendekatan faham rasional dan beransur-ansur.
Mengaitkan dosa dan pahala dalam setiap pandangan

  1. Isu muzakarah antara PAS dan UMNO
Tegas dengan prinsip dalam isu kerjasama

  1. Menjemput Mawi ke konsert di Kelantan
Membawa hiburan alternatif generasi muda

  1. Kontroversi ‘Allah samseng’
Menggunakan pendekatan ilmu bahasa Arab

  1. Royalti hak rakyat dan kerajaan Kelantan
Kronologi pembabitan royalti minyak Kelantan
Menjaga hak rakyat Kelantan

  1. Orang bukan Islam baca ayat suci al-Quran
Berdakwah dengan ‘mengutus surat’

  1. Orang bukan Islam masuk ke Masjid
Meluaskan pandangan sisi agama berkenaan orang bukan Islam

Sejenak menghayati pantun Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

PENUTUP
GALERI TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
RUJUKAN
4.

Alhamdulillah.. Saya dah sihat.. & akan kembali beraksi di TUM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah... setelah mengharungi beberapa hari demam dan beberapa masalah kesihatan, say kini semakin sihat. TQ atas doa kalian semua..

Alhamdulillah juga sejak kebelakangan ini perniagaan PNN semakin bertambah mantap> TQ atas kurniaan rezeki dari Allah SWT.

InsyaAllah, kini PNN mula mengorak langkah untuk melebarkan sayap perniagaan kami di dalam satu bidang baru iaitu melalui perniagaan di tapak-tapak ekspo dan karnival. Bermula dengan kejayaan di Karnival Amal di masjid contry Homes, Rawang dan Karnival Halal di tesco Rawang, kami mula menyedari bidang ini memiliki satu peluang yang hebat! Baru minggu lepas saya menyertai dua karnival di Sungai Besar, Sabak Bernam iaitu Karnival Jelajah di Tonggak Sepuluh dan Ekspo Raja Lawak di Hentian Bas Sungai Besar. Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sangat hebat!

InsyaAllah, jadual ekspo dan karnival yang akan kami sertai dalam masa terdekat ini ialah di:
  • 27-29 mei di Masjid Nurul Iman Rawang (Karnival Jom Pi Masjid) 
  • 27Mei-12 Jun di Carrefor Shah Alam (Karnival Usahawan 2011) 
  • 1-5 Jun di Giant Kota Damansara (Expo My Halal Bazaar) anjuran bersama JAKIM
Jumpa saya di lokasi yang disebutkan.. Moga Allah SWT memberkati & membanyakkan rezeki kami & mengekalkan kami dalam iman. Moga usaha kami untukk menyebarkan ilmu melalui pnjualan buku ini dberkati..
 P/s: Doakan PNN beroleh keuntungan yang lumayan.. InsyaAllah, kami sedang berusaha untuk memartabatkan perniagaan muslim dimata masyarakat. Moga usaha kita diberkati.
 (stok dari PTS)
4.

Tuesday, May 10, 2011

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat Karya Rohidzir Rais

Assalamualaikum WTH...


oleh Rohidzir Rais
Harga: RM 40.00 / RM 43.00
ISBN-13: 978-967-366-035-3
Tarikh Terbit: 23 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 440
Kategori: Islam, Fekah
Penerbit : PTS
Email saya untuk belian secara online: azraay17@gmail.com (RM45 termasuk kos pos)
 


BAB KANDUNGAN

  1. Pengertian dan Kewajipan Solat
  2. Waktu Solat
  3. Menutup Aurat
  4. Menghadap Kiblat
  5. Suci Tubuh dan Tempat Solat
  6. Azan dan Iqamat
  7. Rukun Solat
  8. Niat
  9. Berdiri Tegak
  10. Takbiratul Ihram
  11. Baca surah al-Fatihah
  12. Iktidal
  13. Rukuk
  14. Duduk antara Dua Sujud
  15. Sujud
  16. Tasyahud Akhir dan Selawat ke atas Nabi Muhammad
  17. Salam
  18. Tertib
  19. Sunat Haiyi'at
  20. Solat Musafir (Jamak dan Qasar)
  21. Solat Qada
  22. Sujud Tilawah
  23. Sujud Syukur
  24. Solat Jumaat
  25. Solat Jemaah
  26. Sapu Khuf
  27. Zikir & doa selepas solat


SINOPSIS
 
MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA
Solat  adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

Solat untuk Semua
Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.Solat, Pelerai Status SosialAmat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu. Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.

Solat, Perniagaan Tanpa Modal
Ibadah haji yang dikerjakan berpuluh ribu manusia di Makkah setiap tahun adalah syiar global Islam di dunia. Ia simbol universal agama Islam dan umatnya. Namun, ibadah haji menuntut keperluan yang tinggi dari segi kos perjalanan yang meningkat setiap tahun dan peruntukan masa yang sukar dipenuhi. Malah kepadatan kuato jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi juga menjadi penghalang kepada seorang Islam menunaikan ibadah teragung ini. Natijahnya tidak ramai yang berpeluang mengerjakan haji, dan kalau pun berpeluang, tiada jaminan ibadahnya sempurna. Justeru, ibadah haji adalah tuntutan yang memerlukan modal terlalu besar untuk dilakukan, sekali gus menyekat penyertaan ramai individu Muslim.Tetapi sebaliknya bagi solat. Ia adalah satu-satunya ibadah berganjaran besar tanpa memerlukan modal besar. Solat tidak menuntut kos pengangkutan yang tinggi kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja. Justeru, ia juga tidak perlu dihadkan dengan kuato tertentu kerana tempat solat tidak ditentukan pada suatu negeri tertentu. Rasulullah pernah menceritakan mengenai kelebihan baginda dan umatnya dibandingkan dengan para nabi dan umat mereka yang lain. Antara kelebihan itu ialah Allah menjadikan seluruh muka bumi ini tempat bagi orang Islam menunaikan solat.

Solat, Pintu Pertama ke Syurga
Ibadah yang diwajibkan ke atas orang Islam adalah anak kunci bagi mereka membuka pintu-pintu syurga dan mengunci pintu-pintu neraka. Setiap ibadah yang dilakukan dengan sempurna melayakkan seorang hamba bergerak hampir kepada Allah dan syurga-Nya. Pada ibadah zakat terdapat pintu untuk dibuka, pada ibadah haji dan umrah juga terdapat pintu untuk ke syurga. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain. Namun begitu, solat mempunyai kedudukan istimewa kerana ia adalah pintu pertama yang perlu dibuka sebelum sampai kepada pintu-pintu lain.Rasulullah pernah berpesan bahawa amalan pertama yang dihitung ialah solat. Sekiranya solatnya baik, dia akan berbahagia dan beruntung. Sekiranya rosak, dia pasti menyesal dan rugi. Ini memberikan gambaran jelas mengenai keutamaan solat dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain. Tidak kira berapa juta ringgit disumbangkan sebagai sedekah atau zakat, tidak kisah berapa kali seorang itu menunaikan haji dan umrah, sekiranya dia meninggalkan solat, semua ibadah yang lain tidak berguna.Ironiknya, ibadah paling tidak eksklusif, tanpa modal dan kelihatan terlalu mudah inilah yang paling bernilai di sisi Allah. Mengapa tidak, semua orang boleh membayar zakat, menunaikan haji, berpuasa dan mengucapkan syahadah.

Namun tidak semua orang mampu menjaga waktu solat fardu yang perlu dilakukan setiap hari. Solat adalah connection langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain. Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Ia adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah. Solat adalah ibadah unik yang perlu dipelihara dan dikerjakan dengan sempurna. Hanya dengan memahami hakikat ini, seorang hamba dapat berusaha mendirikan solat dengan sempurna.

Catatan Penulis
Buku Solat Kalis Zaman
Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar. Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh. Misalnya, kebanyakan pembaca sudah mengetahui semua rukun dalam solat, tetapi masih keliru apa yang perlu dilakukan sekiranya meninggalkan satu atau dua rukun atau terlebih rukun.Justeru, berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, saya rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca.Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca. Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan saya betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan. terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak. Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

Anda Bertanya Ustaz Menjawab mengenai SOLAT...
Berbekalkan pengalaman mendidik dua 'anak' yang berbeza kelebihan dan kekurangan, memberikan kelebihan besar bagi mendidik 'anak' ke tiga. Buku yang berada di tangan pembaca kini adalah gabungan dua metode berbeza yang disatukan. Keistimewaan metode soal jawab disatukan bersama kelebihan panduan bergambar, serta ditambah pula dengan susun letak berkonsepkan majalah. Tidak cukup dengan itu, buku ini dipersembahkan dalam empat warna. Semua kelebihan ini menjadikan buku ini begitu istimewa.Bukan mudah bagi sebuah penerbitan tempatan menerbitkan buku agama seperti fikah semewah ini kerana kos yang tinggi. Namun PTS melangkah dengan berani apabila memutuskan menghasilkan buku agama dengan spesifikasi menyamai buku memasak, majalah hiburan dan buku-buku mewah lain.

Hilang Separuh Nyawaku
Sejarah penghasilan buku ini dramatik. Pertama kali disusun letak, ia dibuat dalam hitam putih. Namun pihak pengurusan PTS meminta buku ini dihasilkan berwarna. Sudah tentu saya sebagai penulisnya paling teruja. Kerana itu, kerja-kerja susun letak yang terpaksa dilakukan semula, saya lakukan sendiri di pejabat dan di rumah. Lebih dua bulan saya mengorbankan tidur malam semata-mata demi buku ini. Akhirnya ia siap juga.Namun apakan daya, ujian melanda apabila komputer riba yang mengandungi semua fail buku ini dicuri! Hilang separuh nyawaku...Buku pada tangan anda ini adalah rekaan ke tiga selepas kecurian itu. Malah susun letak yang terakhir ini juga terpaksa dilakukan penambahbaikan sebanyak tiga kali bagi menjamin mutu dan kualitinya.Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.

Selamat Bersolat dengan Sempurna
4.

Thursday, May 5, 2011

Kewajipan Solat


l

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu' taharah menyucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahirabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada Mu Ya Allah Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati Ilahirabbulalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati pada Mu Yang Maha Suci
 
4.

Tuesday, May 3, 2011

Ensem x?

Assalamualaikum WTH..


Alhamdulillah, tahun ni Allah SWT kurniakan rezeki yang secukupnya untuk saya & PNN. Namun kesihatan untuk tahun ni agak teruk sedikit. Jika tahun lepas saya begitu cemerlang dengan hanya demam sekali sahaja. Tapi pada tahun ini saya sudah 5 kali demam dan sekali demam macam gambar diatas ni yang dijangka akan mengambil masa untuk pulih...

Allah nak suruh saya berehat sebentar.. TQ Allah.. Doakan saya cepat sembuh ye...

“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

maksud hadis
4.

Tuesday, April 26, 2011

Berhati-hati dengan pembelian pukal @ tender swasta

Assalamualaikum WTH..

Pernahkah anda mendengar detik kejatuhan @ kerugian seseorang usahawan atau sesebuah syarikat setelah mendapat sesuatu tender yang besar samada daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta? Saya pasti separuh daripada kalian yang sering mengikuti 'cerita keusahawanan' akan pernah mendengar cerita seperti ini. Mengapakah perkara sebegini terjadi?

Semalam saya berbual dengan seorang sahabat usahawan yang baru kerugian sebanyak RM24k kerana menjalankan satu projek yang tidak pernah wujud yang diperolehi dari seorang 'teman tidak rapat' yang telah dikenali dikalangan 'kami' sebagai penipu! Anda bayangkan tanpa kertas hitam putih, beliau telah melakukan penurapan jalan & kawasan parking disebuah bangunan milik swasta! Setelah beberapa hari projek itu disiapkan, ketika mahu meminta bayaran. Beliau baru menyedari bahawa projek itu tidak wujud, malah temannya itu pula kini menghilangkan diri! Samada beliau ditipu oleh pihak atasan pemilik bangunan itu @ dia ditipu oleh temannya itu, perkara ini boleh dielakkan.

Seringkali para usahawan diluar sana termasuk diri saya sendiri akan merasa sangat teruja tatkala menerima tawaran projek bernilai mega. Pada peringkat ini kami akan mula membanyangkan keuntungan yang bakal kami perolehi.

Namun, perkara yang membezakan diantara usahawan bijak dan usahawan kurang bijak ialah dengan mengkaji segala terma yang terkandung didalam dokumen perjanjian pembelian tender itu. terdapat banyak perkara yang patut kita selidiki seperti:
  1. Kaedah pembayaran daripada petender- samada pembayaran akan dilakukan setelah tiga bulan projek dilakukan
  2. Menyelidiki dokumen perjanjian sebelum ditandatangani- pastikan wujud situasi menang-menang
  3. Kaji kekuatan kewangan kita terutamanya sehingga projek didiapkan dan sementara menunggu tempoh bayaran dibuat
  4. Kaji kekuatan kewangan syarikat pemberi tender termasuk sejarah pembayaran kepada penerima tender sebelum kita- pastikan tiada kes kelewatan pembayaran mahupun kepincangan pembayaran
  5. Projek itu wujud secara sah DAN TIDAK MELIBATKAN SEBARANG UNSUR HARAM!
  6. Halangan yang mungkin wujud- sediakan kos kontigensi
Mungkin pengalaman ini sedikit sebanyak membantu kita, teruskan berdoa agar perniagaan kita berjalan lancar dengan redha Allah SWT..

JANGAN TERLALU MELIHAT KEUNTUNGAN, FIKIRKAN JUGA RISIKO




4.

Syair Perahu - Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.


(saya cari gambo perahu tak jumpa, jumpa gambo bot fiber ni je.. huhu)

  4.

Thursday, April 21, 2011

7 (tujuh) hari mencintaiku karya Siti Rosmizah





"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak o...rang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
Harga untuk novel 7 Hari Mencintaiku...
RM 32.90 untuk semenanjung
RM 35.90 untuk sabah dan sarawak
1050 pages...

*********************************************

Novel terbaru Siti Rosmizah.. Saya berani jamin novel ni boleh jejak sales paling kurang 60000 naskah.. Novel SR yg btajuk 'cinta kau & aku je hampir 75k, 'lafazkan kalimah cintaku' 12 kali diulang cetak... best kan? jom dptkn kat pesta buku... 23 ni dia launching...
4.

Tuesday, April 19, 2011

MELAKAR CINTA Di PINTU SYURGA

m

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga






.
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...