Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, March 22, 2011

Abah, emak..... uda kangen banget sama kamu...

Assalamualaikum WTH...

Air mata saya sedang meleleh ketika menulis entri ini, entah mengapa malam ini diri saya benar-benar merindui mereka berdua... Rasa rindu yang tak terbendung...

Dua hari lepas mereka berdua datang ke Rawang, untuk bersama-sama saya dan seorang adik ke Penang (konvo politek SP). Seperti biasa jika mereka datang, saya akan bercuti dari menjaga PNN untuk menghabiskan masa bersama.

Malam pertama mereka datang, (dalam pukul 9 malam mereka tiba) saya membentangkan toto dihadapan TV, kami memang gemar berbaring ketika menonton TV dengan abah dibelah kiri dan emak dibelah kanan saya.  Malam itu kami berbual panjang sambil menikmati hidangn ringan. Pelbagai cerita dibualkan malam itu termasuk topik yang saya paling tak suka> "bila saya nak kawin"......

Beberapa ketika kemudian,kedengaran suara dengkuran abah saya... mungkin tertidur awal kerana kepenatan memandu dari Kota Tinggi-Rawang. Saya menoleh kearahnya yang secara kebetulan menghadap saya.. saya lihat rambut putihnya yang semakin banyak, saya toleh kearah emak yang sedang tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk..  arah pandangan yang sama juga lihat. Rambut emak juga semakin bertambah uban dikepalanya... tiba-tiba air mata saya bergenang.... sampai bilakah saya boleh melihat tubuh fizikal mereka? dikala umur mereka berdua menghampiri angka 60..

Dengan perlahan saya mencapai HP saya, saya rakam suara dengkuran abah., saya ambil gambarnya.. suara dengkuran yang dulu saya menyampah mendengarnya. Tapi sebenarnya suara inilah yang saya rindui sepanjang kami tinggal berjauhan...

Malam itu tidur saya bermimpi ketika saya masih kecil, ketika masih nakal. Bagaimana manja saya bersama mereka. Walaupun memiliki 5 orang adik. saya tahu, abah dan  emak lebih mennyayangi saya lebih banyak dari akak, abang mahun adik-adik yang lain. Saya sangat bertuah! Walaupun saya tahu ramai adik-beradik yang jeles dengan 'status' saya itu.

**********************************************
Mak, abah... walaupun uda belum mendapat 'kejayaan' yang boleh mak abah banggakan ketika ini. Uda berjanji pada diri uda dan mak abah, uda takkan sia-siakan harapan kalian. Insyaallah, tahun ini uda akan kerja kuat-kuat lagi. Bagi uda masa 2 tahun lagi, uda akan mendapat 'juta' yang pertama. doakan uda dapat menjadi usahawan muslim yang berjaya didunia dan akhirat...

Mak, abah... Kalian pernah menyebut dengan uda, duit bukanlah titik kejayaan total seorang usahawan muslim. Tapi keseimbangan harta dunia dan akhirat. Uda akan pegang kata-kata itu, uda nak jadi macam mak abah, walaupun bisnes abah dan mak maju, mak abah tak pernah abaikan akhirat. Mak, abah tak pernah tergoda dengan harta dunia. Uda kagum dan bangga dapat berbapa dan beribukan Haji Rahmat Hashim & Hajah Rogayah Yusuf. Semoga mak abah dipanjangkan umur dalam iman.

Mak, abah... kebahagian kalianlah doa pertama yang akan keluar dari mulut uda tiap kali berdoa. Doa selepas solat mahupun doa ketika apa2.... doakan uda juga kat sini..

Mak, abah... UDA RINDU DENGAN KAMU!!

Mak, abah... maafkan uda jika uda sepanjang kehidupan ini pernah membuat kalian mengangis. Uda nak jadi anak yang baik, uda taknak ada dosa dengan mak dan abah...

Mak, abah... 24 hb mac ni tarikh lahir uda yg ke-32.. hampir separuh dari umur kalian. Alangkah bahagianya hati uda dapat sambut tarikh keramat ini bersama kalian! tak tahu sapa yang akan pergi dulu, sama mak, abah atau diri uda sendiri. Uda nak 24hb ni, ulangtahun paling bermakna dalam hidup uda. yang paling uda kenang dalam hidup ini walaupun setiap hari bersama kalian adalah hari paling indah dalam hidup uda...

Ya Allah.. Abah, emak..... uda kangen banget sama kamu...

gambar abah kesayangan- yang mengajar saya ttg Allah, nikmat iman, solat jemaah bersama...

abah pnah pesan.. kalu dia arwah.. kami adik bradik laki2 yg akan mandikn dia.. saya bhgian kepala, 2 adik dkat bhagian kaki, abg kat bdan.. abg jdi imam solat jnazah.. sbb tu abah pesan lagi, kalu dpat fon suh blik jhor.. jgn tnya knapa, trus balik je...
4.

Thursday, March 17, 2011

Rintihan hati seorang ibu...

Assalamualaikum WTH..

Petang tadi saya didatangi oleh seorang ibu tua, mungkin umurnya dalam lingkungan umur 60 tahun. Berpakaian jubah berwarna hitam lusuh dan berjalan agak perlahan. 

Ibu tua itu bertanyakan kepada saya novel yang sesuai dibelikan kepada anak lelakinya. Setelah mencadangkan beberapa judul novel yang 'sesuai' dengan citarasa pembaca novel lelaki, ibu tua itu seakan tidak berminat dengan genre novel yang saya cadangkan. 

Saya seakan pelik pada mulanya, sebagai lelaki yang juga suka membaca novel, saya  sangat menggemari novel bergenre fantasi dan perang. Tapi mak cik itu menyatakan bahawa, anak lelakinya tidak suka membaca novel genre sedemikian. Tambahan pula ibu tua itu menyatakan  bahawa novel fantasi dan perang itu akan menambahkan lagi sifat 'kasar' anaknya. 

Mendengar jawapan ibu tua itu saya mula bertanyakan kepadanya tentang taraf pendidikan dan kerjaya anak lelakinya bagi memudahkan saya meneka genre novel yang sesuai dengan selera anak lelakinya.

"Minta maaflah nak... mak cik terus terang aje, sebenarnya buku tu mak cik nak beri kepada
anak mak cik. Dia sekarang berada dipenjara, dah tiga tahun sebab dadah... tapi dia tak jahat. Dia salah pilih kawan..."

"Mak cik dah pesan, jangan bergaul dengan budak nakal.... dahlah dia seorang sahaja selama ni yang menyara mak cik sekeluarga...."

Mendengar suara ibu tua itu, saya mula mencadangkan tajuk buku novel motivasi dan keagamaan yang sesuai. Akhirnya saya memilih buku travelog haji dan travelog syahadah (keluaran PTS). Buku tentang perjalanan hidup yang sarat dengan ujian (sila baca & beli buku hebat ini!)
 
Sebelum ibu tua itu berlalu, saya sempat berpesan kepada beliau agar menulis didalam novel itu dengan kata-kata yang dapat menggambarkan kasih sayang dan harapan kepada anak kesayangannya itu.. Tapi dengan syarat, jangan beri ia baca dihadapan ibu  tua itu. Insyaallah hati anak itu akan menjadi lembut membaca harapan ibunya itu...
 
Lagipun anak mana yang sanggup melihat ibunya menangis kerananya? Apatah lagi jika tangisan itu timbul didalam jeriji besi tatkala dia membaca harapan ibu kandungnya sendiri yang tertulis di lembaran novel yang sedang dibacanya?
P/s ; mari ramai2 berdoa agar anak ibu itu akan insaf... dan menjalani sisa hidupnya dalam iman yang kukuh. AMIN. Juga untuk kita semua dan diri saya sendiri..
4.

Tuesday, March 15, 2011

Mengapa modal RM50k tidak cukup untuk membuka kedai buku & alat tulis ?

Assalamualaikum WTH..

Kebelakangan ini saya sering ditanya mengenai kos untuk membuka kedai buku dan alat tulis dengan kos serendah RM50k.

Ada dua situasi>
 
Boleh
  1. Jika saiz kedai anda hanya memiliki keluasan 10 x 15 hingga 20' x 20'
  2. Sekiranya anda meminimakan harga aset awal dengan membeli barangan terpakai (sangat bagus kerana menjimatkan- rujuk di mudah.com)
  3. Sekiranya anda memiliki banyak projek pembekalan didalam tangan
  4. Sekiranya lokasi perniagaan sangat cantik dan punya potensi untuk menjual produk sekurang-kurangnya RM800 sehari
  5. Sekiranya anda sememangnya bijak membaca market & hanya menjual barangan yang mempunyai kuasa jual yang sangat tinggi 
  6. Sekiranya anda benar-benar bertuah kerana boleh membeli secara kredit! (saya sendiri mendapat belian kredit pada tahun kedua!)
  7. Memiliki pelampung yang mampu menyediakan pelan kontigensi kewangan kepada anda sekiranya perniagaan anda pada awal penubuhan kurang memberansangkan.
  8. memiliki pekerja yang amanah dan sanggup berkorban demi kepentingan syarikat..
Tak boleh
  1. Jika saiz kedai yang dipilih bersaiz 15' x 70' @ lebih
  2. Membeli barangan @ stok awal baru
  3. Sekiranya hanya mengharapkan pelanggan runcit & baru mula mencari pelanggan pukal
  4. Terpaksa membayar secara tunai untuk kesemua stok 
  5. Tiada pelan kontigensi (wang hanya cukup-cukup RM50k sahaja)
  6. Tiada pelanggan dalam tangan (pelanggan tersedia)
  7. Sekiranya kos permulaan melebihi RM40k dan jumlah tunai ditangan dan dibank hanya RM10k
  8. Sekiranya anda hanya memiliki 1 sumber pendapatan iaitu dari kedai itu... kita tidak boleh menjangkan sambutan.... walaupun usahawan harus berani menghadapi risiko, namun kita tidak digalakkan mengambil risiko yang terlalu tinggi.
  9. Sekiranya anda tidak memiliki pekerja yang amanah dan sanggup membuat apa sahaja demi perkembangan syarikat.
****************************************************************************************************
Berdasarkan alasan diatas, saya bukanlah mahu mematahkan niat kalian untuk menjadi usahawan kerana kejayaan bukanlah dikira dari segi modal awal @ betapa cantiknya premis perniagaan anda ketika awal perniagaan dibina. Sekiranya anda benar-benar yakin bahawa anda boleh berjaya, anda pasti akan melakukan yang terbaik untuk diri anda! Amalkan beberapa petua untuk murah rezeki dengan ikhlas, Insyaallah, tuhan akan bersama kita...

P/s: saya lebih suka jika anda yang berkenaan untuk mengumpul sekurang-kurang RM70k..
4.

Monday, March 14, 2011

Rast- TITIAN KEJAYAAN (melodi dari lagu titian perjalanan- XPDC & diberi sentuhan nasyid motivasi

m

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya 
4.

Sunday, March 13, 2011

Produk Memory Lane di PNN

Assalamualaikum WTH...

Saya baru balik dari Kajang untuk bertemu syarikat pembekal kad-kad ucapan dan barangan hadiah, Memory Lane... InsyaAllah, Pada minggu hadapan PNN akan mula menjual produk Memory Lane ini...

Melalui perbincangan pagi tadi, PNN akan dibekalkan rak kayu yang sangat cantik sebagai rak pameran kad-kad ucapan itu berserta satu rak kaca sebagai pameran hadiah-hadian dan sedikit permainan kanak-kanak.

Moga kehadiran produk ini akan merancakkan suasana membeli belah di PNN. Amin



Note: sebenarnya saya sudah lama berhasrat untuk menjual kad ucapan ini kerana terdapat banyak juga permintaan terhadap barangan ini, namun batasan masa...
4.

Kencing berdiri

Assalamualaikum WTH...

Isu kencing berdiri terutamanya dikalangan teman-teman sejantina saya (kencing berdiri untuk wanita lagi teruk... ) bukan satu isu yang lapok dan seringkali juga dijadikan isu oleh sesetengah media dewasa ini

Dari Hudzaifah ra, beliau melihat Nabi saw buang air kecil di kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri."
[Hadis riwayat Muslim]

Dari Aisyah ra, sesiapa yg menceritakan bahawa Nabi saw buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidak pernah beliau buang air kecil melainkan secara duduk."

[Hadis riwayat tirmidzi]

Ibnu Abbas menceritakan :�Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :�
Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.� Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:�Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.� Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:�Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?� Jawab baginda Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.�


Namun entri ini bukanlah melarang @ menggalakkan anda untuk kencing berdiri, kerana terdapat beberapa perbezaan pendapat diatara tabiat kencing berdiri ini berdasarkan dua hadis sahih diatas. Cuma yang perlu ditekankan ialah bersuci selepas kencing...

**************************************************************************************************
Kelmarin ketika saya pulang dari Damansara menuju ke Rawang (balik ke PNN) setelah bertemu seorang pelanggan, saya sempat singgah di surau R&R Sg Buluh untuk menunaikan solat fardu zuhur. Sebelum mengambil wuduk, saya sempat masuk kedalam toilet untuk membasuh muka. Ketika sedang membasuh muka dan menyikat rambut, saya sempat melihat sekali imbas seseorang pemuda sedang kencing berdiri di situ (saya tak pandai nak sebut mangkuk kencing berdiri tu).Tidak lama kemudian saya melihat pemuda itu meninggalkan toilet.

Sesudah siap menyikat rambut, saya meneruskan langkah saya menuju di surau berhampiran, setelah mengambil wuduk saya terus memasuki ruang solat. Namun pandangan mata saya terhenti apabila melihat pemuda yang saya temui ketika dia sedang kencing berdiri di toilet sebentar tadi sedang bersolat.

Hati kecil saya terdetik, "agak mustahil jika pemuda itu beristinjak selepas kencing, kerana tiada kemudahan beristinjak di ruangan mangkuk kencing berdiri itu. maksudnya ketika itu dia sedang solat dalam keadaan bernajis"

"Bukankah salah satu syarat sah solat ialah > Suci pada tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan." bisik hati kecil saya lagi...


Memandangkan ketika itu, pengunjung surau itu tidak ramai, dan waktu zuhur juga masih panjang. Saya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga pemuda itu selesai menunaikan solat. Saya berhasrat untuk menegur perbuatan beliau. Bukan saya bermaksud untuk mencari kesalahan pemuda itu, saya sekadar mahu membetulkannya sekiranya benar dia tidak beristinjak semasa qada' hajat sebentar tadi....


Setelah beberapa ketika, pemuda itu akhirnya keluar dari surau. Ketika dia sedang memakai kasut, saya mula menghampirinya. Sambil tersenyum manis, saya menghulurkan salam kepada pemuda itu. Setelah dia menjawap salam saya, saya mula bertanya dengan berhemah. benarkah dia pemuda yang saya temui ketika sedang kencing berdiri di toilet sebentar tadi? Pemuda itu mengiyakan soalan saya. Kemudianya saya menerangkan tujuan saya menegurnya, saya menyatakan seandainya benar dia tidak beristinjak ketika kencing itu, maka solatnya tidak sah.


Pemuda itu kemudiannya mengucapkan ucapan terima kasih kepada kerana menegur kesalahannya. Setelah bersalaman, pemuda itu terus berlalu pergi. Setelah melihat pemuda itu  pergi, saya kemudiannya saya terus mengambil wuduk dan bersolat zuhur. 


Setelah selesai menunaikan solat, saya menoleh kearah belakang saya kerana ketika saya didalam rakaat ke-4, seorang makmum menepuk bahu saya sebagai isyarat beliau mahu menjadikan saya imam. Rupanya dia pemuda yang saya tegur sebentar tadi.... dan kini beliau sedang bersolat tanpa seluar, sebaliknya memakai kain pelikat.  

Alhamdulillah... syukur saya kepada Allah SWT... 



P/s Kita tidak digalakkan kencing berdiri kerana bimbang 'mercik' air itu akan terkena pakaian (esp utk percikan terakhir itu), ditambah lagi dengan keadaan mangkuk tandas moden kini tiada kemudahan untuk beristinjak... (baca hadis yang ke-3) kaedah terbaik, masuklah kedalam 'bilik' toilet tu.. orang lain xnampak & ada kemudahan untuk bersuci...

t
4.

Saturday, March 12, 2011

hukum dibelanja@diberi diskaun oleh pekerja (BUKAN PEMILIK PERNIAGAAN)

Assalamualaikum WTH..

Satu ketika lalu atau lebih tepat lagi ketika saya masih dibangku sekolah menengah, saya sering dibelanja oleh pekerja kantin sekolah (pekerja biasa sahaja & dia bukan pemilik perniagaan itu). Anda bayangkan, dengan harga RM1.00 (kadang-kadang RM0.10 pun saya pernah kasi) , saya boleh menikmati hidangan istimewa 'edisi guru' seperti nasi beriyani ayam @ mee bandung @ lain-lain berpakej berserta minuman gred 'A'. Ketika murid-murid lain makan dipinggan plastik, saya menikmati makanan dan minuman di dalam pinggan & juga gelas kaca dengan kadar harga yang sangat murah. 

Hubungan istimewa diantara saya dan pekerja ini berlanjutan selama dua tahun kerana secara kebetulan kami sama-sama peminat muzik 'metal' dan sering jamming bersama-sama.Bayangkan dalam tempoh itu perut saya diisi oleh sumber yang diragui......... 

Ya Allah! Bagaimanakah saya mahu membersihkan diri ini daripada sumber yang diragui! Perlukah saya menjejak pemilik kantin itu dan memohon maaf daripadanya! Dimana saya mahu mencari dia sedangkan namanya kini pun saya tidak ingat!

Benar, terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah ini seperti dengan menganggarkan harga sebenar makanan itu dan didarapkan dengan nilai persekolahan saya ketikA itu... tetapi ingat, ini adalah perkara yang menjadi darah daging dan dosa yang tertulis adalah dosa di antara manusia dengan manusia. Hanya dia sahaja yang boleh memaafkan perbuatan saya itu...

Sekiranya anda dapat membayangkan nilai kerugian yang diterima oleh pemilik kantin sepanjang 'tempoh jualan rugi  itu...." Adakah dia akan redha? :(

***************************************

Hm, kembali kepada tajuk diatas. Saya sediakan persoalan dibawah ini untuk menjawap persoalan diatas...
  1. Siapakah pemilik sebenar perniagaan tersebut?
  2. Adakah pemilik perniagaan itu membenarkan aktiviti 'pemberian diskaun' itu? Jika dibenarkan, berapa peratuskah diskaun yang diizin berikan?
  3. Apakah hukum mengambil diskaun tanpa izin pemilik? Adakah sama dengan hukuman mencuri & syubhah?
Kini setelah memiliki perniagaan sendiri, saya telah menetapkan kepada para pekerja terutamanya dibahagian cashier agar hanya memberikan kadar diskaun HANYA pada kadar yang saya persetujui iaitu sebanyak 15% untuk pelanggan biasa, untuk diri mereka dan ahli keluarga mereka manakala diskaun sebanyak 30% untuk pelanggan pukal. 

Syarat ini saya berikan kepada mereka akan dapat mengajar mereka erti amanah dalam melaksanakan tanggungjawap yang saya sebagai majikan berikan kepada mereka dan mewujudkan situasi menang-menang kepada pekerja dan diri saya sebagai pemilik perniagaan.

Sejujurnya saya tidak mahu unsur 'ragu-ragu' memasuki didalam perniagaan saya...

P/s : selepas membaca entri ini, jika ketika pekerja sesebuah perniagaan memberikan anda diskaun spesial (kecuali yg telah ditetapkan oleh pihak majikan... ringankan mulut anda untuk bertanya secara berhemah kepada mereka > adakah pemberian diskaun ini dibenarkan oleh majikan anda?) 

(rak buku dikedai yang semakin penuh, Insyaallah, bulan hadapan saya akan membeli lagi rak buku baru untuk menmpung permintaan pelanggan... TQ ALlah kerana 'membanyakkan' rezeki saya tahun ini... & TQ juga kepada para pelanggan dan pembaca blog ini yang sudi mendoakan kejayaan PNN)


4.

Friday, March 11, 2011

Untuk Sebuah Perubahan - Fathul Jihad (Album JCPP) lirik




Tanpa mengenal rasa takut
Bergerak berjalan tanpa ragu

Dengan menyebut asma Allah
Bersama berjuang utk berubah
Membuat perubahan di alam kezaliman
Untuk menuju tegaknya izzah islam

& dengarlah hai mujadid muda
Angkat pena, pedang dan Al-quran
Dan dengarlah, hai pejuang Allah
Kuatkan hati untuk tujuan

Tegakkan panji-panji islam
Untuk hancurkan kezaliman
Bersama capai kemenangan
Bebaskan dari penindasan

Satukan langkah rapatkan barisan
Menyongsong kejayaan islam

Berbekal iman yang utama
Dan semangat jihad yang membara
Hancurkan kezaliman
Untuk wujudkan tujuan
Menjadi syuhada dijalannya

*************************************************************************************************

Hayatilah lirik lagu yang penuh semangat tujuan ini....
4.

Thursday, March 10, 2011

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad




In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world. 

This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir's extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bĂȘte noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.

At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.
4.

Wednesday, March 9, 2011

Pesta Buku Perlis 24 Mac- 30 Mac 2011

Assalamualaikum WTH..

Kepada penduduk yang tinggal berhampiran Negeri Perlis bolehlah hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Pesta Buku Perlis pada 24 Mac- 30 Mac 2011 di:

Dewan 2020- Kangar
Anjuran : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis
Jam : 10.00 pagi

Antara syarikat yang akan turut serta ialah:
  1. Majalah Ujang
  2. Majalah ana muslim
  3. Majalah gempak starz 
  4. Institut terjemahan Malaysia
  5. banyak lagi kot... mcm Kumpulan Karangkraf, PTS, DBP dll. sebab tak banyak info tentang pesta buku ini, sebab buat masa ini tiada web rasmi tentang pesta buku ini.. Insyaallah esok saya akan bagitahu sekiranya terdapat info terbaru
JOM beli buku banyak-banyak! sebab biasanya jika pesta buku, akan ada jualan murah@borong oleh penerbit.. 


 

4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...