Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, February 17, 2011

Nahwan Nur - Anugerah lirik



Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita
 
Lagu: Nasation Abdullah
Lirik: Romzi ishak & Nasation
Solo: Nasation Abdullah 

*****************************************************************************************************

Antara lagu yang mampu membuatkan saya menangis..maksud lagu yang begitu menusuk tepat kehati.

Alunan vocal nasyid terbaik yang saya minati..

4.

"Bang, kondom ada tak?"

Assalamualaikum WTH..

Harini saya mahu berkongsi dengan korang semua, dialog hampeh dari seorang pelanggan kepada saya pagi tadi...
"Bang, kondom ada tak?"

Cis... secara spontan wajah kacak saya berubah menjadi merah kerana cuba menahan marah. Kenapalah tanya benda yang bukan-bukan dikedai buku & alat tulis saya ni.. Dah takde benda lain ke nak tanya?

"Takde dik, kalau adik nak kondom, kedai 7-eleven ada kat depan tu" balas saya dengan penuh berhemah. Tak tergamak saya mahu bertanya kepada remaja itu mengapa mahu mencari kondom!

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya ditanya tentang 'kondom' terutamanya dari bangsa saya sendiri. Ramai sebenarnya yang bertanya produk itu terutamanya dikalangan remaja. Mengapa kondom? Nak buat apa dengan kondom pada usia semuda mereka? Jika yang bertanya itu orang berumur, mungkin saya boleh 'berbaik sangka' dengan berfikir pelanggan itu mahu merancang kehamilan.

Hm.. jangan tanya saya apa kegunaan kondom sebab saya pun tak pernah pegang objek yang bernama kondom tu!



Note: perkataan berwarna kuning itu hendaklah dibaca dengan kuat.. 90db kalu boleh...



JAUHI ZINA!

4.

Wednesday, February 16, 2011

Petua murah rezeki dan dipanjangkan umur dengan menyambung silaturahim

Dari Anas Bin Malik RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)"

************************************************************************************

Hadis Rasulullah SAW diatas menyatakan kepentingan menjalinkan silaturahim dapat mempermudahkan urusan rezeki dan juga memanjangkan umur. Tentu juga ada diantara kita tertanya-tanya bagaimana fungsi "memperhubungkan silaturahim" dapat meluaskan dan dipermudahkan urusan rezeki serta dapat dipanjangkan umur?

Dalam konteks keusahawanan, memperhubungkan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama teman-teman dan orang lain merupakan salah satu bentuk promosi. Oleh kerana manusia merupakan mahluk Allah yang hidup secara bermasyarakat dan memerlukan sistem komunikasi sebagai media perhubungan, maka jalinan silaturahim ini dapat berperanan sebagai media.

Diri saya sendiri, melalui pelbagai media yang terhidang didepan mata seperti melalui blog, facebook, perbualan lisan, SMS, telefon dan pelbagai  kaedah lagi dapat menjalinkan silaturahim tanpa pernah gagal. Mungkinkah anda sebagai sahabat saya walaupun duduk beribu batu jaraknya dari Bandar Rawang ini memberitahu & mempromosikan kepada teman-teman kalian  yang tinggal di kawasan Rawang ini bahawa diri anda mempunyai kedai buku & alat tulis di Bandar Rawang ini? tidak mustahil bukan?

Melalui kaedah yang saya tuliskan diatas tadi sebagai contoh, bukan sekali dua saya menerima kunjungan pelanggan yang merupakan 'kawan kepada kawan'  saya melalui media tersebut.  Mungkinkah juga anda sebagai sahabat saya mampu mendoakan kecemerlangan perniagaan saya melaui hubungan & jalinan silaturahim ini? Nah, disinilah letaknya keajaiban menjalinkan hubungan ukhwah itu! Allah SWT memberikan saya rezeki kerana jalinan ukhwah ini! TQ ALLAH!
Pada diri saya sendiri, urusan menyambung hubungan silaturahim merupakan tanggungjawap yang cukup indah.Sebagai usahawan muslim, saya melihat tanggungjawap ini sebagai lubuk emas. Bukan bermaksud saya mengambil kesempatan atas 'jalinan silaturahim' yang tercipta ini kerana perniagaan bukanlah sekadar menjual barangan@perkhidmatan semata-mata. Sebaliknya ia adalah satu hubungan sahabat yang sama-sama berkongsi 'fungsi' sesuatu produk. Maksudnya, saya perlu memberikan yang terbaik kepada pelanggan yang juga merupakan sahabat baik saya!

Oleh itu, tiada istilah menikam belakang, mengurangkan gred barangan, menipu timbangan DLL. Mana mungkin kami menikam sahabat kami sendiri! ( tapi sebenarnya memang wujud juga manusia berhati binatang- sudah diberi susu, dibalasnya tuba... moga dijauhkan.. AMIN)


HULURKAN SALAM UKHWAH....
4.

Muslim kaya, islam kuat

Assalamualaikum WTH..

Kalian semua setuju tak jika saya katakan jika semua orang muslim kaya, islam semakin kuat? 

Bagaimanakah kami para usahawan muslim berusaha untuk memartabatkan kuasa dan kekuatan islam melalui kekuatan ekonomi? Jika ekonomi umat islam kuat dan kukuh, secara tidak langsung kami akan dapat membantu golongan umat yang islam yang kurang bernasib baik. 

pernahkah anda mendengar satu syair arab menyatakan:

"Sekiranya qarun itu muslim, sudah tentu seluruh muslim di tanah arab dibanjiri kesuburan dan kekayaan"

Hm, pernahkah anda semua membayangkan jika sumber wang yang dimiliki oleh orang islam, mengalir masuk kedalam perniagaan orang islam juga? Dengan perbelanjaan itu, kalian sebenarnya bakal membesarkan perniagaan mereka. Secara tidak lansung bakal memberikan peluang perniagaan kepada mereka dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada umat islam yang lain. Selain itu, wang yang anda keluarkan itu juga akan mengalir masuk kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui pembayaran sedekah dan zakat! 

Nah, inilah yang harus kita semua lakukan!

Tanggungjawab anda:

1. Sokonglah perjuangan kami para usahawan muslim

Tanggungjawap kami sebagai usahawan muslim:
  1. Menyediakan fasiliti terbaik
  2. Menyediakan sumber yang dijamin halal
  3. Menyebarkan kekayaan untuk pembangunan umat islam
  4. Menyebarkan dakwah islam melalui keperibadian dalam perniagaan
  5. Jangan pernah membuat dosa dan larangan Allah dalam kehidupan


4.

Stok dari karangkraff baru tiba... 17/2/2011

Assalamualaikum WTH..

Setelah hampir seminggu, akhirnya stok yang ditempah dari karangkraf di bawah label Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari, Novel Nur dan Aneka selamat tiba di PNN pada pukul 11 pagi tadi. 

Kebanyakkan buku yang ditempah dari syarikat Karangkraf ini ialah buku bergenre novel popular, agama dan dakwah, resepi dan motivasi.

Antara produk yang tiba pagi tadi ialah:
  1. Cucur Bawang dan kopi O
  2. Hingga ke akhirnya
  3. Tajdid Cintamu
  4. Akhir sebuah cinta
  5. Cinta kau dan aku
  6. Jangan bilang benci
  7. Astana kasih
  8. Ku bawa hati ini
  9. Coklat, bunga dan si cupid 
  10. Rayyan Fantasi
  11. Masih setia
  12. Awan rindu
  13. Cintamu nadiku
  14. Spanar rindu skru
  15. Anakku, didiklah hati mencintainya
  16. Kembara mencari tuhan
  17. Jom menyerlah
  18. Oi, bangunlah Oi
  19. Dimana dia dihatiku..
  20. Pelbagai buku resepi
  21. Beberapa novel koleksi karya Ramlee Awang Mursyid
  22. Beberapa novel alaf & buku prima yang ditempah oleh pelanggan (novel lama-lama yang tiada dalam simpanan semua kedai buku disekitar Rawang)
Moga dengan kehadiran buku-buku ini dengan izin Allah, akan menyemarakkan lagi suasana membeli-belah di PNN. AMIN 




note: 

Novel cinta tiga suku ketiadaan stok minggu ini, InsyaAllah, menurut En. Azam.. minggu depan dia akan kembali lagi bersama buku keluaran alaf 21 & buku prima yang terbaru..

Trinovel februari akan keluar minggu hadapan...






4.

Monday, February 14, 2011

Andainya ini mimpi, jangan kejutkan aku YA ALLAH!!

Assalamualaikum WTH... Salam Maulidurasul untuk semua..

Mimpi adalah satu rutin yang terjadi kepada kita semua ketika tidur.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:
  1. Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah
  2. mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, 
  3. mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Riwayat Muslim)

Hm... Mood pagi ini sangat menggembirakan, sebenarnya pagi tadi kira-kira dalam pukul 3.30 pagi, saya terbangun setelah bermimpi indah. 

Saya bermimpi sedang mengendalikan PNN yang ketika itu beroperasi dengan keluasan kedai bersaiz dua pintu!  Dengan susun atur yang menawan...  alat tulis dan buku tersusun indah, para pelanggan yang berpusu-pusu masuk ke dalam premis PNN. Saya ketika itu sedang melayani pelanggan.....

Alhamdulillah, walaupun hanya dalam mimpi.. Pagi ini saya sangat bersemangat! Moga mimpi itu menjadi kenyataan! AMIN...

Note: lepas tbangun tu, saya menonton game Fulham VS Chelsea dari pukul 4  pagi sampai pukul 6.. tapi draw je... 

 (angka 4977 tu no bertuah kami, dri no fon, no hp, flat kereta,....)


Doakan mimpi saya menjadi kenyataan ye kawan2! AMIN...


4.

Sunday, February 13, 2011

Pukul 12 tengah hari masih lagi berbaju tidur?

Assalamualaikum WTH..

Jam tangan saya ketika ini menunjukkan pukul 1.15 petang. Alhamdulillah, seperti biasa suasana PNN pada hari hujung minggi seperti ini sangat memberansangkan. Kehadiran pelanggan pada hari sabtu dan ahad kebiasaanya meningkat hampir tiga hingga enam kali ganda daripada hari-hari biasa. Namun keadaan ini bukanlah tujuan saya 'menerbitkan' entri kali ini.

Pernahkah anda melihat 'orang' terutamanya wanita melayu yang masih berpakaian tidur dan keluar ke kawasan bandar untuk membeli belah pada pukul 12 tengah hari? Mestila pernah, betul tak?
Kebiasaanya, pada hari ahad memang ada diantara kita yang bercuti hujung minggu mengambil kesempatan untuk bangun lewat dari tidur. Namun begitu ia bukanlah alasan yang membolehkan anda 'beruniform' sedemikian untuk berada dikhalayak ramai pada waktu siang. 'Uniform' sedemikian hanya layak digayakan dirumah terutamanya dibilik tidur sahaja.

Apabila anda menggayakan 'uniform' ini dikhalayak ramai pada waktu siang, bersama pakej wajah yang kusam, bau yang masam, rambut yang tidak begitu terurus, baju yang berkedut-kedut dan 'darjah ketelusan kain' baju tidur anda hanya berjaya mengundang persepsi negatif masyarakat. Itu belum lagi yang datang memakai t-shirt tanpa 'bra' semata-mata untuk membeli suratkhabar dan roti untuk sarapan! Maksudnya, saya pun juga turut bersarapan sama! huhuhu...... Mujur belum ada yang datang hanya ber G-string...


Wahai wanita melayu diluar sana, jika benarpun anda mahu menggoda saya pada waktu pagi.... saya beberapa ada tips:
  1. Mandi dulu dan pastikan bersabun, kalu guna ginvera green tea lgi bagus. sbb nanti sama bau dgn saya.
  2. Pakai yang elok-elok sikit- Menutup aurat, baju bergosok
  3. Pakai minyak wangi yg berbau lembut esp bau elizbt arden.. (mcm tunang saya slalu guna)
  4. Jangan pakai warna kuning... saya tak suka kuning!
  5. Bawa sedikit sarapan untuk saya- tak kisah apa juga jenis makanan halal
  6. Beli buku @ alat tulis di PNN hari-hari
  7. Bibir color pink....
  8. JANGAN PAKAI BAJU TIDUR WALAUPUN BUKAN JENIS YANG SEKSI TU!! SEBAB NAMPAK SANGAT KORANG BELUM MANDI!!
Errrrkkkkk,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, :P


Korang pernah buat jugak kan? tak perlu malu untuk mengaku!


Kalau boleh, waktu malam pun jangan pernah keluar membeli belah jika hanya 'beruniformkan' baju tidur!


4.

Saturday, February 12, 2011

Mitos & Punca Sebenar Kegagalan Usahawan melayu

Berbicara tentang kegagalan usahawan melayu bukanlah satu bidang yang saya gemari. Seperti pepatah melayu lama, saya seakan membuka pekung di dada bangsa saya sendiri. 

Walaupun bangsa yang amat saya sayangi ini bukanlah merupakan satu bangsa yang sangat 'membudayakan' bidang keusahawanan dan perniagaan sebagai pilihan kerjaya mereka. Namun sebenarnya cukup memiliki kuasa beli yang tinggi berbanding kuasa beli yang dimiliki oleh bangsa lain. Tetapi mengapakah kelebihan ini tidak diambil berat oleh bangsa melayu? 

Hm... berbicara dengan beberapa usahawan melayu yang pernah gagal didalam perniagaan menyebabkan saya terlintas untuk berkongsi dengan anda semua beberapa alasan dan mitos yang dikaitkan dengan kegagalan mereka.

Mitos Kegagalan Usahawan melayu

1. Gagal kerana tidak mengamalkan rasuah
2, Tiada sokongan pihak berwajib
3. Pembekal bangsa lain 'menganaktirikan' usahawan melayu
4. Kekurangan modal
5. Gagal kerana hanya memilih yang 'halal'
6. Sukar bersaing dengan usahawan bangsa lain

Punca sebenar kegagalan usahawan melayu

1. terlalu mementingkan keuntungan segera
2. Lebih suka berniaga sebagai orang tengah
3. Meniru kejayaan perniagaan orang lain
4. usahawan bermusim
5. Terlalu bergantung kepada projek kerajaan
6. Tidak peka kehendak dan keperluan pengguna
7. Sistem pengurusan yang lemah
8. Suka berniaga benda yang mudah dikendalikan
9. Tiada perancangan jangka panjang
10. Tiada matlamat perniagaan yang jelas

m

Sebenarnya, yang paling penting bukanlah kegagalan itu, tetapi kebangkitan setelah gagal. Bukankan  ramai orang yang berjaya pada hari ini adalah dikalangan mereka yang pernah mengacap nikmat gagal?
4.

Thursday, February 10, 2011

Stok majalah baru tiba hari ini -11 Februari 2011

  1. Majalah Apo isu 291
  2. BBC knowledge (MPH) vol 31s2
  3. Media Hiburan isu 1342
  4. Midi isu 105
  5. Rapi isu 158
  6. Majalah Ujang isu 398
  7. Warta perdana isu 1107
  8. Majalah Wanita Mac isu 499
  9. Majalah Gempak (7 lines) isu 270
  10. Nona isu 350/ Mac
  11. Transisi isu 19
  12. Majalah Harmoni isu 153
  13. Bintang Kecil isu 167
  14. Faces isu Mac
  15. Klik isu 138
  16. Kreko Komik Remaja isu 05/11
  17. Kucing Putih Kucing Hitam isu 2
  18. Majalah Remaja isu 588
  19. Siasah isu 251
  20. Mastika MAc 837
  21. Majalah URTV
  22. Majalah mangga isu 191/ MAc
  23. National Geographic (MPH) Feb
  24. Tpy Story magazine 11
  25. Media Rakyat

4.

Wednesday, February 9, 2011

Bila kali terakhir anda menyemak 'ketepatan' bacaan dalam solat?

Assalamualaikum WTH..

Entri kali ini mungkin agak terkeluar dari bidang keusahawanan muslim, namun saya merasakan ia menjadi tanggungjawap sosial yang saya rasa perlu saya keutarakan di ruangan blog ini. Semoga kita semua sama-sama diberkati dan beroleh manfaat dari isu ini.

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh para sarjana di Malaysia yang menyatakan jumlah umat islam yang menunaikan solat cukup lima waktu seharian hanyalah sekadar sepuluh peratus sahaja!

OK, kembali kepada tajuk asal entri ini. Bilakah kali terakhir anda memeriksa 'ketepatan' bacaan dalam solat? Bacaan yang saya maksudkan disini ialah bacaan wajib yang merupakan rukun solat perlu dibaca oleh kita seperti bacaan surah Al-fatihah dll.

Mengapa kita harus menyemak kembali bacaan-bacaan ini? Sebelum anda menjawap soalan ini saya suka bertanya lagi kepada anda:
  1. Adakah anda yakin bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
  2. Adakah anda sangat yakin bahawa bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
  3. Adakah anda berasa sangat  yakin bahawa bacaan anda ketika solat semuanya tepat?
Sejujurnya saya juga seringkali menyemak bacaan-bacaan didalam solat  didalam anggaran setiap dua bulan sekali. Saya khuatir dan berasa sangat bertanggungjawap untuk sentiasa memeriksa dan menyemak bacaan saya ini secara berkala memandangkan saya bukan 'penutur bahasa arab yang baik'. Saya sangat khuatir jika terdapatnya kesalahan bacaan saya didalam solat ini akan 'memberikan maksud lain' dan seterusnya menjadikan ibadah saya tidak sah dan terbatal.

Ayuh kawan-kawan semua! MARI KITA SAMA_SAMA MENYEMAK KEMBALI BACAAN WAJIB DI DALAM SOLAT!

P/s: Pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk saya dan teman2... sbnrnya bnyak lagi nk tulis bkenaan tajuk ini namun masa sgt terhad.. smoga kita beroleh rahmat drnya.. AMIN

(gambar ayahanda kesayangan saya, Haji Rahmat Bin Hasyim- orang pertama tampo muka saya sbb baca surah al-fatehah salah... tp dh lama sgt... 20 tahun lalu.. TQ, abah...)


4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...