Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, January 15, 2011

Resit kosong & palsu

Assalamualaikum WTH..

Harini saya mahu berkongsi dengan anda semua berkenaan isu "resit kosong"

Resit kosong adalah salinan resit yang dibiarkan kosong samada dibahagian amaun, kuantiti barangan dan item.

Pernahkah anda meminta "resit kosong" daripada pihak peniaga? Apakah yang anda buat dengan resit kosong itu? Adakah anda akan mengisi "resit kosong" itu dengan amaun yang lebih tinggi untuk tujuan 'claim'? Sebenarnya isu mengenai "resit kosong" sudah lama berlaku terutamanya dikalangan pengguna berbangsa Melayu-Muslim namun isu ini agak kurang popular berbanding isu2 yang lain...

Terdapat beberapa punca mengapa pengguna meminta "resit kosong". Diantaranya ialah:
  1. Untuk meng'claim' barangan melebihi harga sebenar barangan (alasan-duit minyak, duit parking ETC)
  2. Mengaut keuntungan atas angin diatas pembelian barangan yang dibeli kepada pihak ketiga
  3. Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan pengecualian pembayaran cukai yang lebih tinggi. (Cntoh- pembelian buku dapat rebet pelepasan cukai sebanyak RM500, oleh itu resit kosong ini akan diisi nilai dan produk buku palsu)
  4. Untuk menambah "nilai belian" bagi tujuan meng'claim' kepada pihak ketiga. (cth- saya memberi diskaun 20% kepada pengusaha taska & tadika. Namun sekiranya pembantu tadika (bukan pemilik tadika itu) yang datang membeli, pada resit kosong itu, dia akan meletakkan nilai tanpa diskaun untuk tujuan mendapat sedikit keuntungan peribadi.
IMPLIKASI ISU RESIT KOSONG & PALSU

1. Kesan kepada perniagaan & usahawan
Secara umumnya, isu 'resit kosong' ini memberikan imej  yang kurang elok kepada perniagaan. KEtika saya menjadi penolong pengurus di salah sebuah "hypermarket" terkenal di selatan tanah air, saya sendiri telah memecat tiga orang pekerja saya kerana menggunakan resit kosong dan palsu. Disamping memecat mereka bertiga, saya juga bertindak untuk menamatkan perkhidmatan syarikat pembekal terbabit kerana ketidakjujuran mereka mengendalikan perniagaan.

Nah, disini anda dapat melihat secara langsung, kos operasi sesebuah syarikat itu akan meningkat jika terdapat penggunaan resit kosong & palsu ini. Malah potensi perniagaan anda kehilangan seorang pelanggan juga besar dan perkara ini akan merugikan perniagaan anda dalam satu tempoh masa yang panjang!

Antara risiko yang mungkin juga muncul ialah penggunaan ini dapat dihidu oleh pihak berwajib  seperti pihak SPRM dll cthnya dengan penggunaan resit palsu seperti sebatang pen yang di jual dipasaran bernilai rm5 dijual dengan harga rm20. mahukah anda menangggung risiko begini.

2. Kesan kepada masyarakat
 Mungkinkah penggunaan resit kosong dan palsu ini dapat merebakkan perkara kejahatan lain seperti  isu rasuah dan lain-lain? fikirkanlah!

ALHAMDULILLAH, PERNIAGAAN SAYA TIADA RESIT KOSONG@PALSU. BUKANKAH MEMBOHONG ITU SIFAT ORANG MUNAFIK. JANGAN PERNAH ANDA LAKUKAN SIFAT INI!
(gambar kedai saya, kombinasi color coklat kuning di signboard & hijau dibahagian luar premis sejak tiga tahun lalu.. tak matching lansung.. huhu. entah bila la saya nak cat color yg lebih garang..)

4.

Friday, January 14, 2011

OKU (Usahawan Orang kurang upaya)

Assalamualaikum WTH..

Malam semalam semasa sedang asyik membaca nukilan teman-teman blog, saya terperasan blog saya di"link"kan dibawah title "warga OKU". Hehehe... Kenapalah mahu membezakan fizikal antara manusia?

Sejujurnya saya tak kisah mahu diletakan @ di"link"kan blog ini dibawah tajuk apa pun.. Kerana saya sedar saya memang insan OKU walaupun dilahirkan sempurna.

OK semua.. harini hari yang paling ditunggu kerana kebiasaanya jualan kedai saya akan meningkat berkali ganda pada hari hujung minggu sebegini.

Doakan bisnes saya bertambah maju ye... Moga kebahagiaan untuk semua pihak usahawan muslim dan kalian juga. AMIN



4.

Poligami = simbol usahawan berjaya?

Assalamualaikum WTH...

Hehe... arini saya tak nak tulis panjang2.. saya nak tenok komen korang je..



BENARKAH POLIGAMI TU SIMBOL USAHAWAN BERJAYA?

(buku ini cuma ilustrasi berkenaan dengan tajuk entri ini sahaja)
4.

Thursday, January 13, 2011

Di Mana Dia Di Hatiku? Karya Ustaz Pahrol Muhd Juoi


Tajuk : Di Mana Dia Di Hatiku?
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Karya Bestari
ISBN : 978-967-86-0353-9
Muka surat: 320

 Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....

Di Mana Dia di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu  kemurkaan-Nya. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri... di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
Antara yang menarik:

  • Orang baik mati cepat?
  • ALLAH maha mendengar
  • Rintih hati mencari ILAHI
  • Singkaplah rahsia malam
  • Serasikan tadbir dan takdir
  • Kutiplah ilmu ALLAH
  • Bicara kalbu di saat keliru
  • Biarlah wajah tidak cantik
  • Dunia di tangan akhirat di hati
  • Jangan lupakan "Siti Khadijah' kita
Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri seniiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah. Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?
 
BUKU INI SAYA JANGKAKAN AKAN MENJADI BEST SELLER DALAM TEMPOH 2 BULAN INI... PERCAYAKAN SAYA, BUKU INI SANGAT MENARIK..

LIMA BINTANG UNTUK BUKU INI!
4.

Siapa anda sebelum memulakan perniagaan?

Assalamualaikum WTH..

Siapakah anda sebelum memulakan perniagaan?
  1. Orang pencen yang bosan dirumah dan baru mendapat duit KWSP
  2. Anak orang kaya 
  3. Isteri orang kaya yang bosan duduk dirumah
  4. Graduan universiti
  5. Orang yang sudah bosan makan gaji
  6. Orang yang merasakan dirinya berbakat dalam perniagaan
  7. Pilihan terakhir setelah gagal mendapatkan pekerjaan yang diingini
  8. OKU yang baru dapat duit insuran
  9. Baru menang nombor ekor
  10. Memang bercita-cita mahu menjadi usahawan sejak kecil
  11. Syarikat yang diwarisi dari keluarga
  12. Pegawai tinggi sesebuah syarikat yang ternampak potensi perniagaan yang sedang dijalankan pihak majikannya
  13. Pekerja sektor 'makan gaji' yang merasakan gaji bulanan mereka tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan bulanan
  14. VSS dan baru mendapat wang pampasan kerana berhenti kerja secara sukarela
  15. Orang yang baru terjumpa duit@harta melalui kaedah luarjangka seperti terjumpa beg yang penuh duit, terjumpa dengan harta Ahmad Albab dll
Siapakah anda sebelum memulakan perniagaan? Adakah diri anda tergolong di dalam kumpulan yang disebutkan diatas? Apa salahnya jika diri anda tergolong dalam senarai di atas?

Secara umumnya terdapat pelbagai situasi "siapakah" diri anda sebelum memulakan perniagaan. Sebenarnya senarai diatas bukan menunjukkan "jaminan" perniagaan yang bakal anda lakukan beroleh kejayaan yang gemilang.

Kejayaan seseorang usahawan tidak boleh dikira berkenaan "siapakah" dirinya sebelum memulakan perniagaan. Tetapi kejayaan seseorang usahawan itu adalah kombinasi beberapa faktor seperti pemilihan lokasi, konsep perniagaan yang dimiliki, tahap penerimaan pelanggan terhadap servis yang ditawarkan dan pelbagai lagi.

P/s: kepada bakal usahawan muslim, pastikan anda menitikberatkan soal halal haram didalam setiap aspek seperti sumber modal, sumber stok dan lain-lain
(gambar ayahanda kesayangan saya- Haji Rahmat Bin Hashim, insan pertama yg mngajar saya tentang ilmu keusahawanan)
4.

Bumi cinta novel agung karya Ustaz Habiburrahman El Shirazi


Tajuk : Bumi Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn Bhd
ISBN : 978-983-2672-93-7
Mukasurat : 722 Halaman
Harga RM25.90/ 27.90

Klik disini untuk belian secara online
 




Dan novel yang ditunggu-tunggu para penggemar karya Habiburrahman El Shirazy atau yang lebih dikenal dengan sebutan Kang Abik ini pun terbit juga. Novel yang bertajuk Bumi Cinta ini merupakan novel pembangunan jiwa, sebagaimana novel-novel Kang Abik sebelumnya yaitu Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Namun tidak seperti novel sebelumnya yang berlatarbelakangkan Mesir, kali ini Kang Abik cuba mengeksplorasi keindahan bumi Rusia, khususnya kota Moscow.

Dan tersebutlah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang santri. Muhammad Ayyas yang sebelumnya kuliah di Madinah ini berniat ingin mengerjakan tugas penelitian dari Dosen pembimbingnya yaitu mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Sebaik tiba di Rusia, dia disambut oleh teman lamanya David. David inilah yang mencarikan apartment tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan bajet yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartment yang strategik ternyata David hanya mampu mendapatkan sebuah apartment yang berkongsi dengan orang lain. Parahnya teman kediamannya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.
Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara  yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moscow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya.  Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya.

4.

Mengapa saya dahagakan kejayaan & suka menjadi kaya?

Assalamualaikum WTH

Sebenarnya saya agak segan untuk mem'publish'kan entri bertajuk diatas ni.. Saya takut pembaca salah faham & mentafsir saya sebagai seorang yang riak.

Hm... Kenapa saya suka menjadi kaya? sebenarnya entri kali ini agak subjektif untuk dibicarakan secara terbuka. Sejujurnya setelah mencapai cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri, saya memiliki beberapa tanggungjawab terutamanya kepada agama islam yang saya anuti, bangsa Melayu yang saya sangat sayangi, keluarga yang saya cintai dan diri saya sendiri...

Sejujurnya saya lebih suka mengaitkan definisi kekayaan itu denghan istilah kejayaan. Kejayaan bermaksud pencapaian peribadi saya di dalam menguruskan perniagaan ini.

Mengapa saya suka menjadi kaya & berjaya? dibawah ini saya ringkaskan beberapa sebab mengapa saya begitu dahagakan kejayaan:

1. Saya mahu membantu secara rohani & fizikal untuk membangunkan ekonomi, sahsiah, sosial dan mentaliti umat islam, bangsa melayu, keluarga dan diri  sendiri

Setelah hampir tiga tahun menceburkan diri kedalam bidang keusahawanan ini, saya semakin sedar tentang tanggungjawab ini. Kemunduran umat islam dan bangsa melayu harini salah satunya adalah disebabkan kita tiada kuasa di dalam bidang ekonomi. Tak perlu saya huraikan lebih lanjut kerana anda sendiri tentu maklum dengan kenyataan diatas. Sebagai penganut  agama islam yang taat, saya akan cuba menerapakan konsep keusahawanan muslim dan berdakwah mengikut kaedah yang tersendiri. Cuma saya harapkan sokongan anda semua untuk membantu dan menyokong perjuangan kami para usahawan muslim.

2. Saya mahu berkahwin tahun ini

Doakan orang ensem ni, akan bertemu "tarikhnya" pada tahun ini ye.. TQ2..

3. Saya mahu membalas jasa mereka yang telah berjasa kepada saya esp kedua ibu bapa saya, ahli keluarga yang lain yang banyak membantu saya sepanjang tempoh saya mengalami masa2 sukar terutamanya ketika tempoh 2 tahun pertama saya bergelar insan OKU (orang kurang upaya)

4. Saya memang berminat dan sudah jatuh cinta dengan bidang ini.
Walaupun saya menceburi bidang ini secara bidan terjun tanpa ilmu yang 'sewajarnya' tentang bidang ini. Kini saya semakin jatuh cinta dengan bidang ini. Bukankah jatuh cinta itu menyebabkan kita menjadi lebih ghairah! 

5. Saya suka menjadi johan
Sejak daripada zaman persekolahan lagi saya sememangnya sangat cemburu melihatkan kejayaan orang lain terutamanya berkenaan no di dalam peperiksaan. Kini, sifat cemburu saya lebih kepada nilai 'iman' dan harta yang diukurkan secara seimbang.



4.

Wednesday, January 12, 2011

Tetamu tak di undang..

Assalamualaikum WTH

Pada pagi ini kedai buku saya dikunjungi seorang pemuda yang saya anggap pelik (sebab dia pakai seluar biru & kemeja berwarna meroon yang tidak bergosok, berstokin putih, bersandal dan rambut yang tidak bersikat kemas) dan agak kurang hajar. Pada permulaanya saya menganggap dia sebagai pelanggan biasa. Namun setelah hampir 30 minit, saya dapati pemuda (melalui CCTV) ini sedang mengambil gambar barangan alat tulis yang dipamerkan di rak kedai. 

Setelah membiarkan pemuda ini hampir 10 minit, saya keluar dari bilik saya lalu menghampiri pemuda ini untuk bertanyakan tujuan sebenar dia mengambil gambar hampir separuh daripada barangan kedai saya.  Dengan gagap dia menyatakan bahawa adiknya di Melaka menyuruh dirinya untuk membelikan pencil color. oleh kerana adiknya tidak menyatakan saiz & jenama color pencil yang dikehendaki. Maka dia bertindak untuk mengambil semua gambar semua pencil color yang terdapat di dalam kedai saya untuk di tunjukan kepada adiknya. LOGIKKAH ALASAN INI?

Sebenarnya, pada ketika ini tangan kiri saya sudah mula menggepalkan penumbuk. Secara tegas saya bertanya kepada pemuda ini samada tujuan beliau datang ke sini untuk membuat survey harga atau beliau mahu membuka kedai alat tulis. Pemuda itu  kemudianya menjawab bahawa adiknya telah membuka kedai alat tulis di Selayang dan dia  bertujuan untuk membandingkan harga alat tulis dikedai saya. Disamping untuk meminta senarai pembekal.

Mendengar ayat pemuda itu, hati saya sudah mulai panas. Mengapa perlu berlakon seperti pencuri? menghendap di kedai orang dan mengambil masa selama hampir 1 jam untuk mengambil harga barangan?

Setelah mendengar jawapan dari pemuda itu, saya terus menyuruh pemuda itu keluar dari premis saya. Sebelum dia keluar, saya sempat berpesan kepadanya> "Esok datang jumpa saya pukul 11 pagi. Jangan datang sini lagi untuk jadi tikus terhendap-hendap. Datang jumpa saya dengan adap yang islam ajar... I.Allah saya akan beri apa yang kamu mahu"

Sejujurnya saya tak pernah kisah dengan insan-insan yang mahu membuka kedai buku dan alat tulis dan meminta nasihat dari saya. Tapi mengapa perlu berlakon seperti pencuri. Saya juga pernah membuat 'servey; harga di kedai pesaing saya sebelum ini, namun saya bertemu secara lansung dengan pemilik kedai untuk meminta izin darinya. Bahkan dia juga sesekali datang ke kedai saya untuk membuat survey harga. Mengapa saya boleh lakukan sedemikian? 
Kerana saya jujur dan saya juga bersahabat dengan semua pesaing saya.

P/s: Kalu kalian mahu membuat survey harga tanpa meminta izin pemilik kedai, buat dengan profesional. jangan sampai kantoi seperti pemuda ini.. & jangan pakai pakaian pelik. sbb anda akan menjadi perhatian.. hehe.. 




4.

KETIKA KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

(At-Taubah:111)

4.

Tuesday, January 11, 2011

Usahawan Acuan Al-Quran

Usahawan acuan ISLAM itu
Hatinya dibaluti rasa taqwa kepada Allah SWT 
Tanpa pernah lalai..

Usahawan Acuan AL-Quran itu
Insan yang menitikberatkan soal halal & haram dalam perniagaanya
Insan yang mengimbangi dunia & akhirat dalam kehidupannya 
Tanpa pernah lalai..

Usahawan Acuan AL-Quran itu
Berbakti kepada agamanya yang dicintai
Berbakti kepada bangsanya yang ditunjangi
Berbakti kepada negaranya yang berdaulat
Tanpa pernah lalai..


Usahawan acuan Al-quran itu
Menjadi duta kecil ISLAM
Setiap perbuatannya dinilai
Setiap mata yang melihat
Setiap telinga yang mendengar
Tanpa pernah lalai..

Usahawan acuan ISLAM itu
Terus mengucapkan syukur
Kerana terpilih
Berdakwah dari "perniagaan"
Tanpa pernah lalai..


Usahawan acuan ISLAM ini
TIDAK PERNAH LALAI!

Mengejar dunia untuk kebahagiaan di akhirat!


4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...