- Memilih dan memastikan penganjur ekspo memiliki reputasi yang baik
- Hm.. bahagian ini saya sengaja panjangkan kerana bahagian ini merupakan naluri seorang usahawan untuk memilih jenis dan konsep yang sesuai. Perhatikan dengan teliti kadar sewa, aktiviti yang dianjurkan, kaedah pengiklanan yang pihak penganjur lakukan, kaji ada berapa ekspo dikawasan yang sama pada hari yang sama ( hati-hati dengan ekspo yang bertindih dengan ekspo @ karnival anda bakal sertai- saya pernah menyertai ekspo dimana pada ketika itu juga berlansung 3 ekspo di kawasan yang berjarak hanya 5km pada tarikh yang sama.. ) buat survey ke tempat ekspo yg bakal dilansungkan dan lihat potensi kawasan terbabit
- Menyimpan resit pembayaran (resit bank @ resit rasmi)
- Penting kerana kadangkala pihak organiser agak culas untuk memeriksa secara online
- Pastikan konsep buku yang dibawa bersesuaian dengan tema ekspo @ karnival
- Contoh, jika anda membawa buku kanak-kanak untuk di jual di tapak jualan dikawasan Universiti, potensi buku anda laris agak kurang kerana golongan sasaran untuk kanak-kanak agak kurang disana.
- Memastikan anda hanya membawa stok-stok buku paling "hot" dipasaran.
- Contoh: Buku yang sedang "hot" dipasaran bermaksud buku yang sedang laris dipasaran. Bayangkan jika anda membawa stok buku berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan buku panduan haji ketika ekspo yang anda sertai itu berlangsung di bulan muharam, adakah jualan buku itu akan sangat laris jualannya? Buku ialah suatu barangan yang berat untuk dibawa ketapak ekspo. Jadi, pastikan anda hanya membawa buku-buku yang sangat untuk berpotensi untuk dijual sahaja.
- Memastikan anda menyediakan keperluan perniagaan berkaitan
- beg plastik, buku resit, wang kecil -utk penukaran wang baki kepada pembeli, rak, meja pameran, kerusi, banner, kertas promosi, plastik yang digunakan untuk menutup stok buku ketika anda menamatkan perniagaan @ ketika hujan, klip, pen, alas meja, kalkulator, cash register machine, mesin swap kad kredit (anda bakal kehilangan jualan melalui kredit kad jika mengabaikan keperluan mesin ini)
- Memastikan stok buku secukupnya sepanjang tempoh perniagaan di tapak ekspo itu berlansung
- Sebagai peniaga buku, kita memiliki naluri untuk memilih buku mana yang terlaris untuk dilebihkan atau dikurangkan stoknya. Amat merugikan jika kita tercepat habis sesuatu stok buku itu sedangkan ekspo baru berlangsung. Mungkin tiada masalah jika lokasi stor anda berdekatan dengan tapak ekspo. Tetapi jika lokasi stor anda agak jauh. Anda mungkin terpaksa meningkatkan kos.
- Memastikan susunan buku teratur mengikut tema
- Kaedah susunan buku sangat penting bagi memudahkan pihak pelanggan mencari buku yang dikehendaki. Asingkan buku mengikut tema @ genre seperti wanita, novel, keluarga, al-quran, agama, komik dan pelbagai lagi.
- Memastikan tinggi meja pameran sesuai dengan sasaran pelanggan
- Bagi buku umum, ketinggian meja yang dicadangkan ialah 2.5' manakala bagi meja pameran untuk buku kanak-kanak ialah 2'
- Mengurangkan risiko buku rosak @ kecurian stok
- Risiko buku rosak ketika ekspo berlansung agak tinggi melalui beberapa punca seperti tempias air hujan, khemah bocor, dikoyakkan oleh anak pelanggan yang tidak dipantau oleh ibubapanya, terjatuh ditolak@tertolak oleh pihak pelanggan dan pelbagai lagi.
- Memastikan stok buku dibungkus kemas
- Samada disimpan kembali didalam kotak simpanan buku ataupun dibungkus kemas (sila lihat gambar diatas), pembungkusan stok buku bertujuan melindungi buku daripada kerosakkan dan risiko hilang. Kaedah pembungkusan yang disarankan ialah kotak simpanan plastik@kertas dan plastik @ kanvas kalis air.
- Memastikan keselamatan buku
- Keselamatan stok dikawasan ekspo adalah tanggungjawap pemilik booth. Walaupun kadangkala pihak penganjur ekspo akan menggajikan pihak Rela @ pengawal untuk mengawal keselamatan ekspo ketika sesuatu ekspo dan karnival berlansung, pihak pemilik booth wajib memastikan risiko kehilangan berada pada tahap minima dengan membungkus kemas stok setelah menamatkan perniagaan harian.
- Mengemas kawasan booth
- Booth yang kemas tanpa sampah sarap bertaburan merupakan daya penarik pelanggan hadir ke booth anda. Luangkan sedikit masa untuk membersihkan kawasan booth anda sejurus menutup perniagaan harian.
- Memastikan anda terus menyimpan wang jualan kedalam bank
- Kebiasaannya, jumlah jualan tunai di tapak ekspo mencecah ribuan ringgit sehari. Anda digalakkan untuk terus memasukkan wang itu kedalam bank tanpa menunggu dikumpul hingga hari terakhir bagi mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian ditapak ekspo.
- Menyediakan kotak simpanan buku secukupnya
- Walaupun kebiasaanya stok anda akan berkurangan pada hari terakhir sesuatu ekspo dan secara logiknya bilangan kotak simpanan yang diperlukan akan berkurangan. Anda masih perlu bijak meneka bilangan kotak simpanan yang secukupnya bagi mengelakkan penyimpanan stok buku tanpa kotak bagi memastikan stok buku anda sentiasa elok dan berada didalam keadaan baik sentiasa.
- Memastikan tiada stok dan keperluan yang tertinggal ditapak jualan
- Tertinggal stok dan barangan yang kita bawa dari stor merupakan sesuatu yang wajib kita elakkan. Buatlah pemeriksaan terakhir sebelum pulang dengan teliti.
- Memastikan stok buku tersusun kemas
- Penyimpanan stok buku wajib disusun dengan kemas dan teratus didalam kotak simpanan. Elakkan menyusun secara tidak wajar bagi terus memastikan keadaan buku sangat baik dan tidak rosak.
- Membersihkan buku
- Buku merupakan benda yang dibuat daripada kertas dan merupakan material yang mudah rosak. Setelah pulang dari jualan ditapak ekspo. Anda wajib mengeluarkan stok buku itu. Gunakan kain lembut bagi membersihkan semua buku-buku itu. Habuk yang melekat pada kulit buku boleh merosakan buku itu, "memburukkan" imej buku itu dan bakal mengurangkan potensi buku itu terjual.
- Jika ekspo itu berlangsung dikawasan luar bangunan dan terdedah dengan cahaya matahari, buku itu juga berpotensi untuk kusam.. Elakkan pancaran matahari secara terus dengan cara menggilir-gilirkan buku yang berada dibahagian atas.







