Assalamualaikum WTH...
Hm, pagi ini saya memiliki kesempatan untuk mengunjungi mudah.com.. Sebenarnya saya memang selalu mengunjungi laman web ini untuk melihat tawaran-tawaran lelongan murah dari pengusaha kedai buku & alat tulis yang mahu @ terpaksa menutup perniagaan mereka.
Namun, bukan niat saya mahu mengambil kesempatan atas kesedihan @ kerugian perniagaan yang mereka alami. Saya sekadar mahu membantu mereka melepaskan tanggungan kos.
Hasil pemerhatian saya dan sesi soal jawap bersama pemilik kedai terbabit saya dapati terdapat beberapa persamaan yang menyumbang kepada kegagalan mereka. Antaranya ialah:
1. Terlalu mengharapkan jualan runcit
2. Lokasi perniagaan yang lansung tidak strategik & jauh dari aliran trafik
3. Barangan didalam kedai terlalu sedikit untuk merangsang pelanggan datang
4. Tiada promosi
5. Tidak menyediakan kos kontigensi yang mencukupi
6. Tidak dapat mencipta konsep perniagaan yang sesuai
7. Modal yang tidak mencukupi
8. Terlalu menganggap perniagaan jenis ini mudah dikendalikan
(Antara kedai buku bumiputera yang terpaksa menutup perniagaanya-lokasi dirahsiakan. Apakah yang anda dapat perhatikan dari gambar diatas? terlalu kosong, rak buku yang digunakan bukanlah rak buku... lokasi kedai ini juga terletak dikawasan industri yang mati.. Kedai ini mahu dilepaskan dengan harga RM40k, namun saya pasti nilai sebenar barangan didalam kedai ini hanyalah dalam lingkungan RM2*k sahaja)
Doakan perniagaan saya ini maju & kekal hingga hari kiamat dalam kami semua beriman kukuh kepadanya..AMIN
4.