Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Monday, November 29, 2010

Maaf- hati saya sudah dimiliki..

Assalamualaikum WTH..

Hm.. Sejak menceburi bidang blogger ini saya kerap menerima hampir belasan e-mail setiap hari. Kebanyakkannya bertanyakan mengenai keusahawanan muslim dan panduan membuka kedai buku dan alat tulis. Insyaallah, saya cuba untuk membalas email anda semua walaupun dengan agak ringkas kerana kesuntukan masa. Maaf ye...

Namun, terdapat beberapa e-mail yang saya terima kadangkala menyebabkan saya tersenyum sendirian. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menerima e-mail dari teman-teman blogger yang cuba merisik status diri saya. Mungkin disebabkan saya pernah menulis status diri yang masih 'single' menyebabkan segelintir teman-teman ingin mencuba nasib mereka.. hehe..

Sejujurnya saya masih lagi bujang dan telahpun bertunang dengan seorang lectrr yang bertugas di sebuah IPTA. Saya kenali dia ketika kami sama-sama belajar di UUM, Sintok. Insyaallah juga kami akan melansungkan majlis kami dalam jangka masa setahun lagi.

Doakan kami dapat bersama menempuhi 'alam' yang indah nanti. Semoga kekal ke anak cucu...

Dan yg paling penting... Smoga kami mendapat keredhaan Allah SWT.. AMIN

(Ni 1st payment dri pdua & 1st cstmer yg ambil stok statoinry dgn PNN semasa mula2 dibuka.. & Alhamdulillah kekal sehingga kehari ini.. Antara lubuk emas saya selain dri UIA
TQ kalian yg sudi memberikan projek pmbekalan kpd kami)

Bersama menyokong perjuangan usahawan muslim..
4.

100 keping stok Majalah Solusi untuk dihabiskan bulan December ini


Alhamdulillah, majalah kesayangan saya sudah selamat tiba di PNN. Sebenarnya ini kali kedua saya membeli stok majalah Solusi ini sebanyak 100 keping. 

Kali pertama mengenali majalah ini, saya hanya mengambil sebanyak lima keping sahaja. Namun sejak daripada isu ke-16, tiba-tiba majalah ini seakan "meletup" dipasaran. Sejak itu permintaan masyarakat Rawang terhadap majalah ini di PNN bertambah-tambah. Alhamdulillah, masyarakat muslim kini semakin sedar tentang kepentingan agama. Malah saya sendiri memiliki pelanggan tetap yang berubah dan insaf dengan izin Allah setelah membaca majalah solusi ini!!

Alhamdulillah, daripada pandangan saya majalah ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat muslim. Pengisian yang santai disamping karya-karya hebat daripada penulis-penulis yang hebat menyumbang kejayaan majalah ini.

Kepada mereka yang masih belum pernah membaca majalah hebat ini. Silalah membelinya, anda pasti akan jatuh hati!!

Syabas kepada pihak Telaga Biru kerana menerbitkan majalah hebat ini!! 

Bersama mengibarkan cahaya islam!!


4.

Sunday, November 28, 2010

Sekali mulut berbunyi untuk mahu berniaga, seluruh dunia memberikan pandangan dan sudi menjadi guru


Manusia dilahirkan dengan memiliki beberapa sifat unik, antara sifat-sifat unik itu ialah sifat ingin mengambil tahu dan sifat untuk memberitahu. Mengapa perkara ini berlaku? hal ini berlaku kerana manusia kini hidup bermasyarakat. Hidup bermasyarakat membenarkan kita sepatutnya mengambil peduli tentang apa jua yang berlaku disekeliling kita semua. Namun begitu tidak semua sifat ingin mengambil tahu dan sifat untuk memberitahu ini membantu kita dalam kehidupan seharian.

Pengalaman saya ketika menyuarakan hasrat untuk berniaga kepada keluarga dan teman-teman, pelbagai respon positif dan negatif yang kedengaran ditelinga ini. Namun, dengan hasrat yang membara, saya menerima semua nasihat dan pendapat mereka. 

Menerima pandangan bukanlah bermaksud kita perlu menerima pendapat secara bulat-bulat, kajian demi kajian saya lakukan untuk mengkaji perniagaan yang bakal saya ceburi. Manakala segala kritikan saya ambil sebagai pedoman.

Usahawan perlu menapis setiap fakta yg tiba, bukan menerima membuta tuli. Buat keputusan mengikut naluri anda. Kecilkan risiko dan berusahalah. 

Apabila kita menang, matlamat baru harus di cipta
Apabila kita kalah, harapan jangan tertewas.. 


Moga Allah meredhai...




4.

Novel melayu terpakai vs sewa novel

Assalamualaikum WTH..

Alhamdulillah, secara tiba2 saya mendapat idea untuk menjual novel terpakai @ khidmat sewa novel terpakaidi PNN.. Pada peringkat awal, saya akan menjual @ menyewakan hampir 50 koleksi novel-novel melayu terpakai yang saya miliki. 

Pening pulak nak fikir samada mahu menjual novel terpakai@khidmat sewa novel @ membuat kedua-duanya? Tapi mungkin bermasalah untuk mendapatkan stok novel terpakai.. Hm... anda ada idea yang boleh dikongsikan dengan saya?

Idea yg wujud didalam fikiran saya ialah menampal poster dihadapan kedai.. "kami membeli novel2 melayu terpakai @ novel melayu terpakai diperlukan"... Hm... saya nak cuba jual dalam bulan december ini.. mudah-mudahan berjaya..


Novel ini bukan untuk dijual @ disewakan kerana novel ini merupakan karya teman baik saya semasa di UUM sehingga kini.. saya akan buat koleksi peribadi.. 
Azlini Hassan @ Lini!! buat novel lagi..
4.

Saturday, November 27, 2010

Petua murah rezeki- Surah Al-Waqiah





Bacalah Surah Al-Waqiah... Istiqamah ketika membacanya dan InsyaAllah akan dilapangkan rezeki oleh Allah SWT sebagaimana hadis Rasulallah SAW yang menyebut:

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya: Saya telah mendengar Rasulullah SAW berkata:
"Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam tidak akan ditimpa kefakiran."

(sumber kitab: Kumpulan Doa dan Zikir Imam Nawawi)

Sabda Rasulullah:

"Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah sebagai wirid setiap malam maka dia tidak akan jatuh miskin"

Rahsia dan fadhilat ayat 1000 dinar dan Surah Al-Waqiah, ms 50:Jasmin Enterprise

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka DIA Ingin mengujimu,
Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu.


Oleh itu, bersangka baiklah kpd ALLAH

Dalam apa keadaan pun... 

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
4.

Mudahnya bisnes dengan blogshop


Harga: RM 22.00 / RM RM25.00
ISBN-13: 978-967-369-040-4
Tarikh Terbit: 26 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: : Bisnes & pengurusan
Penerbit: PTS pofessional Publishing Sdn Bhd
Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat:

- Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan.
- Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan.
- Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.

4.

Friday, November 26, 2010

Hukum menjual barangan tiruan, ciplak, cetak rompak etc..

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dengan jalan perdagangan yang berlakukan atas dasar redha di antara kamu, dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu.

Dan barangsiapa berbuat demikian dengan cara melanggar hukum dan berlaku zalim, Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Surah An-Nisa’ ayat 29-30
Terjemahan  Al-Hidayah House of Quran S/B

Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).

Anda menjual produk ini? 

Produk fizikal utk kegunaan harian> contohnya jersey tiruan, seluar levi's golok, tudung ariani tiruan dll..

Sebenarnya sebelum saya memulakan tajuk ini, Saya suka menakutkan anda dengan ayat ini "Sudikah anda mencari pemilik syarikat jenama tiruan ini di padang masyar utk memohon maaf kerana bersubahat untuk menjual produk tiruan & cetak rompak yang ternyata JELAS adalah produk cetak rompak & tiruan? "

"Samada anda pemilik kilang, penjual dan pembeli produk ini.. soal haram halal terutamanya didalam bidang mencari rezeki bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main" .

"Pernahkah anda mendengar satu hadis mengenai usahawan muslim terkemuka Saidina Abdul Rahman Auf RA merupakan sahabat terakhir memasuki syurga? mengapa ia berlaku? ianya berlaku kerana Saidina Abdul Rahman Auf RA banyak ditanya oleh malaikat dan Allah SWT mengenai hartanya.. seperti kemana hartanya di belanjakan, dimanakah sumber hartanya diperolehi dll.. Apakah yang kita boleh jawap dihadapan tuhan jika sumber harta yang kita perolehi dari sumber perniagaan yang ada menjual produk tiruan & cetak rompak? Adakah ianya sama dengan hukum menjual barangan curi? Apakah kita sanggup memohon maaf daripada pemilik hak "jenama tiruan, ciplak dan cetak rompak itu?"

Saya pernah didatangi oleh penjual CD nasyid dan ceramah agama cetak rompak. Atas alasan berdakwah dia menghalalkan caranya untuk  menjual produk cetak rompak.. Adakah matlamat dapat menghalalkan cara? Anda bersalah kepada pemilik syarikat dan semua pihak yang layak mendapat royalti produk itu kerana mencetak rompak produk mereka.. Mampukah anda memohon maaf dengan mereka? dimana anda mahu memohon maaf dengan mereka? didunia @ diakhirat?

Saya biarkan persoalan ini tergantung agar menjadi peringatan kepada kita semua kerana mencari yang halal itu hukumnya wajib

4.

Thursday, November 25, 2010

Bila Allah menduga kita..








Tajuk: Bila Allah Menduga Kita
Pengarang: Syed Alwi Al-Atas
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Tahun: 2010
Harga: RM19.90

Saya menerima buku Bila Allah Menduga Kita daripada penulisnya, Tuan Syed Alwi Alatas, menjelang makan tengahari hari Khamis 11 Februari 2010, dengan sepotong janji. Beliau minta buku ini diulas di blog, beserta pesannya “tak perlu khawatir, saya akan menerima review yang diberikan, walau banyak kritik sekalipun.” Ini tugas sukar saya kira, bagaimana mengkritik sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh penulisnya sendiri? Bagaimana saya dapat membendung kecenderungan biasa dalam hati manusia untuk terhutang budi pada si pemberi?

Namun Allah mempunyai aturannya sendiri. Buku yang saya tatap beberapa halaman pertamanya ketika waktu rehat 11 haribulan itu, rupanya menjadi bekal yang sangat penting menjelang petang dan malam harinya. Sekitar waktu Asar Khamis itu, saya menerima berita dari kakak sulung. Seorang adik sepupu yang sedang menuntut di UiTM Seri Iskandar, telah ditimpa kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang menyiapkan tugasan akademik dengan rakan-rakannya.

Saya bergegas pulang sebaik sahaja tamat waktu kerja, mencongak sama ada perlu ke Hospital Batu Gajah sebaik tiba di rumah, atau menunggu berita terkini keadaannya dari abang-abangnya yang sedang memandu ke sana. Namun dalam perjalanan, berita yang lebih memedihkan akhirnya tiba. Adik sepupu saya, telah dipanggil pulang oleh Allah. Pada usia 20 tahun.

Malam itu sanak-saudara memenuhi perkarangan bilik mayat Hospital Batu Gajah. Kami tiba saat jenazah sedang dimandikan, sempat turut serta mengafan dan mengucupnya sebelum disembahyangkan. Saya lihat wajah tabah ibu saudara saya, tidak ada air mata melinangi pipinya, dan ucapnya pada saya, dia reda. Saya cuba gambarkan diri di tempatnya, bagaimana kalau yang disembahyangkan itu anak saya, apakah saya bersedia?

Itulah sekilas inti buku Bila Allah Menduga Kita, yang sempat saya baca beberapa halaman, muncul semula dalam fikiran saya di sisi jenazah. Apakah saya bersedia jika dugaan Allah menimpa saya waktu itu, saat itu juga? Dan menurut pengarangnya, tidak ada yang lebih penting saat kita menerima dugaan, tidak kira dugaan nikmat atau kesedihan, melainkan persediaan kita. Ini kerana persediaan kita itulah yang akan menentukan, apakah kehidupan ini akan kita akhiri dengan penuh keimanan kepada Allah, atau sebaliknya, Nauzubillah.

Pada saya, buku yang telah saya khatam ini sebenarnya buku yang serba sederhana. Namun usah cepat bingkas, kerana acapkali, kesederhanaan itulah yang lebih menyentuh dan meninggalkan bekas.

Kesederhanaan pertama yang saya temui pada buku ini adalah dari susunan bab-babnya. Hanya ada tiga bab utama saja dalam buku ini, iaitu  ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Selain itu, pendekatan pengarang yang menulis dengan bahasa yang sederhana, tetapi mengajak dan sesekali sedikit menggesa pembaca menempatkan diri dalam keadaan tertentu, turut memberi saya kesan. Mungkin ada segelintir yang tidak selesa dengan cara penulisan begini yang dianggap menggurui pembaca, tetapi saya tergolong di kalangan yang tidak kisah. Apatah lagi kalau membaca buku agama. Pada saya, kenapa tidak boleh pengarang itu menggurui saya, kalau ternyata saya memang layak menjadi muridnya? Dan bukankah membeli buku agama karangan sesiapapun, bererti kita telah sudi untuk digurui pengarangnya secara tidak langsung?

Dan benar, Syed Alwi Alatas telah banyak menggurui saya melalui buku ini. Saya rasa saya mampu melihat ujian Allah dengan kaca mata baru setelah menyudahkan bacaan. Saya ingat antara pengulangan yang ditekankan oleh pengarang dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w., “Raihlah apa yang bermanfaat bagimu”, walaupun ketika itu kita sedang bergelumang dengan ujian. Dua kisah dari riwayat hidup Hasan Al-Banna dan Ummu Sulaim, sudah cukup untuk menjentik hati dan meninggalkan kesan.

Betapa juga, pandangan saya tentang beberapa hal yang saya anggap kecil (tetapi hakikatnya besar) mengenai takdir, selama ini terpendam begitu sahaja dan tidak berani saya terokai, ada jawapannya dalam buku ini. Saya ada kisah peribadi yang sangat berkait Bab 2 (Iman Terhadap Takdir). Sewaktu arwah Ayah saya meninggal di Mekah ketika usia saya 15 tahun selepas waktu haji, lima hari sebelum pulang ke Malaysia, saya sangat tertanya-tanya, kenapa doa dan tangisan saya dalam solat hajat setiap malam, sepanjang beberapa puluh hari arwah di sana (kecuali satu hari saya tertinggal), tidak dikabulkan Allah? Adakah kerana satu hari yang tertinggal itu?

Saya tahu, arwah Ayah sangat uzur ketika bertolak, malah doktor mahu membuat pembedahan pintasan jantung sebelum arwah berlepas, tetapi saya sangat tertanya-tanya, kenapa akhirnya arwah tidak dikurnia usia lebih panjang untuk pulang bertemu saya yang telah berdoa dan berdoa? Meskipun saya telah meredai pemergian arwah lama dahulu, tetapi saya selalu mencari jawapan yang memuaskan, yang dapat memberi ketenangan penuh mengenai masalah takdir ini, dan Alhamdulillah, buku ini menemukan saya dengan jawapannya. Ya, sebuah buku yang sederhana, tetapi menjadi sangat bermakna!

Akhirnya saya memahami, ada dua senjata penting dalam menghadapi kehidupan, tidak kira sewaktu dunia saya sedang bergolak, mahupun ketika dunia saya diempuki nikmat, iaitu sabar dan syukur. Saya berharap saya dapat menggunakan kedua-dua senjata ini pada masa sepatutnya dengan rahmat dan kurnia Allah. Penerangan panjang lebar pengarang dalam Bab 3 mengenai dua keperluan penting ini, akan mampu memberi kejelasan dan ruang lingkup baru pengamalannya.
Siti Aminah Hadawiah
Dirindui, Siti Aminah Hadawiah (20 Februari 1990-11 Februari 2010)

Namun tidak dapat saya nafikan, buku ini mungkin tidak sebermakna seperti yang saya luahkan bagi orang lain, kerana sudut pandang manusia dalam hidup tentulah berbeza-beza. Apatah lagi, buku ini saya baca saat sedang menghadapi dugaan kehilangan, serta desakan pengalaman lampau yang mengesankan jiwa remaja saya 15 tahun lalu. Semua penilaian berbalik kepada diri kita, kerana diri kita semua bukanlah ‘tabula rasa’. Selain itu, mungkin juga pandangan saya yang sangat menyenangkan mengenai buku ini tercipta kerana saya telah terhutang budi menerimanya sebagai hadiah.

Walau bagaimanapun, satu kehampaan yang ingin saya bangkitkan mengenai buku ini, iaitu ayat-ayat Al-Qur’annya hanya ditampilkan dalam bentuk terjemahan sahaja, manakala ayat-ayat yang asli tidak dimasukkan bersama. Penghayatan ayat-ayat Al-Qur’an dalam bentuk asalnya bagi saya adalah penting dalam sesebuah buku agama. Ini sedikit sebanyak mencacatkan, saya kira. Barangkali keputusan pihak penerbit turut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, tahniah dan terima kasih kepada pengarang buku ini, Tuan Syed Alwi Alatas, yang telah sudi memberi saya peluang membaca bukunya dan membuat resensi. Beliau yang berasal dari Indonesia, setahu saya, adalah Ketua Forum Lingkar Pena (cawangan Malaysia) dan telah lama giat menulis, dengan 18 buah buku atas namanya. Beliau juga boleh ditemui di Goodreads.

(ulasan buku dri > http://bukuria-malaysia.com/2010/02/bila-allah-menduga-kita/

4.

Projek saya tahun hadapan> menulis buku motivasi bertajuk "Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"

"Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang menuntut saya agar sentiasa hebat dengan memiliki semangat dan jiwa yang besar. Walaupun baru menceburi bidang keusahawanan ini secara serius sejak dua tahun lalu, bidang ini banyak mempengaruhi gaya hidup dan banyak mengajar saya keperluan ‘bersemangat’ dan ‘berjiwa besar’!

Sebagai insan yang serba kekurangan dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT, saya telah mengaplikasikan beberapa pendekatan islam didalam bidang keusahawanan yang kian menebal didalam diri saya. Bukankah islam adalah satu cara hidup yang tersusun dan hebat? Oleh itu kita semua sebagai penganut agama ini juga harus menjadi seorang insan yang tersusun dan juga hebat!

Menjadi penganut agama tauhid yang indah ini bukanlah satu perkara yang sukar. Kita sudah digariskan oleh Allah melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW dan juga al-quran sebagai panduan. Sesunggguhnya islam merupakan satu gaya hidup yang hebat seandainya kita sanggup memenuhi segala suruhan yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala apa yang telah dilarang.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh melarikan diri daripada kehendak agama.

Cuba anda semua membayangkan sekiranya Abdul Rahman Auf RA tidak bersemangat dan berjiwa kecil semasa menjalankan perniagaanya? Adakah pada hari ini kita dapat mendengar tentang ketokohan beliau berkaitan perniagaan sehingga dijamin oleh Allah SWT ia tergolong didalam 10 orang sahabat yang dijamin syurga? Bagaimanakah kaedah Abdul Rahman Auf RAmemulakan perniagaan daripada kosong sehingga berjaya menjadi jutawan? bahkan beliau pernah mendermakan kesemua wang keuntungan yang diperolehinya semata-mata demi kemajuan islam?

Sekiranya anda menjawap ‘YA” atau “TIDAK” bagi soalan saya diatas, jawapan anda semuanya salah. Bersemangat dan berjiwa besar hanyalah menyumbang sedikit peratusan kejayaan seseorang usahawan itu. Kerana faktor utama kejayaan seorang usahawan itu adalah melalui ‘IZIN” Allah SWT. Namun bagaimana caranya untuk membina empayar keusahawanan mengikut acuan islam? Jawapannya ialah ‘TETAP BERSEMANGAT DAN BERJIWA BESAR MENGIKUT ACUAN ISLAM!”

Keusahawanan muslim sangat menuntut kepada pihak usahawan dan pengusaha agar sentiaa bersemangat dan berjiwa besar mengikut acuan islam. Tanpa semangat dan jiwa yang besar mengikut acuan islam ini, pihak usahawan akan memanggung satu beban hebat yang tidak akan mampu dipikul kerana menganggap keuntungan dalam bentuk wang ringgit di dunia merupakan matlamat utama mereka menubuhkan perniagaan.

“Barangsiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan didunia semata-mata, kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan dia tidak beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” Surah As-Syura :20



ini hanya merupakan draff awal.. & memang masih belum ditambah, diedit dsb.. Alhamdulillah, saya sudah menyiapkan 31 bab kecil untuk buku ini. Insyaalah saya skrg masih terkial2 utk menghabiskan penulisan buku pertama saya bertajuk "TRAVELOG USAHAWAN MUSLIM".. 

BANGKIT SEMUA SAHABATKU!! SOKONG KAMI UTK MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM!!
4.

Wednesday, November 24, 2010

Rayyan fantasi". maybe novel ni keluar lagi 2 minggu..

Assalamualaikum WTH..

Siapa yang tak pernah baca novel Ramli Awang Mursyid angkat tangan!! hehe.. sebenarnya saya sedang tak sabo nak menunggu novel terbaru Ramli Awang Mursyid yang terbaru.. "Rayyan fantasi". maybe novel ni keluar lagi 2 minggu..

Insyaallah, kebiasaannya, novel karya Ramli Awang Mursyid ni memang boleh meletup esp novel ni keluar masa musim cuti sekolah. 

OK semua.. mata saya dah layu ni.. doakan saya dan perniagaan yang saya sedang lakukan ini berjaya.. dan untuk anda terutamanya para usahawan dan bakal usahawan muslim..

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” 

(Surah al-Baqarah, ayat ...186)



MENJADI USAHAWAN MUSLIM YANG BERJIWA BESAR
 
 
 



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...