Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, November 15, 2011

Pembekal dan kontraktor bumiputera muslim bagi produk alat tulis, buku, kelengkapan pejabat, peralatan dan pakaian sukan, cenderamata dan hadiah, mesin-mesin pejabat dan lain-lain lagi

Assalamualaikum WTH...



Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia, rahmat dan   rezeki dari-Nya, Pustaka Nur Najma kini sudah memasuki dunia ke-3 dalam perniagaan ini. Alhamdulillah juga kerana sepanjang tempoh ini kami telah berjaya mengharungi tempoh-tempoh suka dan duka sebagai usahawan muslim.

Kepada mereka yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dan mengambil perkhidmatan pembekalan produk alat tulis, buku, kelengkapan pejabat, peralatan dan pakaian sukan, cenderamata dan hadiah, mesin-mesin pejabat dan lain-lain lagi bersama Pustaka Nur Najma. Pihak Pustaka Nur Najma mengalu-alukan kehadiran anda sebagai pelanggan kami. 

Buat mereka yang baru mengenali kami dan mahu mengenali lebih erat, anda bolehlah mengemailkan kepada saya di azraay17@gmail.com / pustaka.nur.najma@gmail.com @ menghubungi talian 603-6093 4977 / No Faks: 603-6093 5977 untuk perbincangan selanjutnya.

Pustaka Nur Najma merupakan syarikat berstatus milik 100% bumiputera muslim yang menjalankan perniagaan asas kedai buku dan alat tulis, selain itu juga PNN juga aktif didalam bidang pembekalan bagi produk alat tulis, buku, kelengkapan pejabat, peralatan dan pakaian sukan, cenderamata dan hadiah, mesin-mesin pejabat dan lain-lain lagi serta turut aktif didalam penjualan ditapak-tapak ekspo dan karnival dikawasan lembah kelang dan semenanjung Malaysia amnya. 

InsyaAllah dengan rahmat dan rezeki dari Allah SWT, kami berhasrat untuk menerajui pasaran usahawan muslim didalam bidang penjualan dan pembekalan bagi produk alat tulis, buku, kelengkapan pejabat, peralatan dan pakaian sukan, cenderamata dan hadiah, mesin-mesin pejabat dan lain-lain lagi terutamanya dikawasan Lembah Kelang.

Moga usaha kami diberkati Allah SWT dan jangan lupa doakan kejayaan Pustaka Nur Najma...
 (^_^)



4.

Monday, November 14, 2011

Ubat, doa dan penyembuhan serta khasiat surah-surah al-quran - Ustaz Sharhan Safie

Assalamualaikum WTH....


Penulis: Ustaz Sharhan Safie
ISBN: 978-967-0299-19-8
Harga: RM25.00 Malaysia
Email saya untuk belian online: azraay17@gmail.com


Alhamdulillah, akhirnya buku yang paling kerap ditanya oleh pelanggan PNN sudah tiba. Ubat, doa dan penyembuhan serta khasiat surah-surah al-quran karya Ustaz Sharhan Safie. 

Buku kecil ini mengandungi lapan bab utama iaitu:
  1. Hakikat doa
  2. Adab-adap berdoa dan syarat-syarat makbulnya doa
  3. Waktu mustajabnya doa
  4. Doa harian dan pengertian doa
    • Doa dengan makna ibadah atau menyembah 
    • Doa dengan makna istighathah (meminta tolong)
    • Doa dengan makna As-Sual (memohon)
    • Doa dengan makna An-Nidaa' (panggilan)
    • Doa dengan makna Ath-Thana (pujian)
    • Doa dengan makna Al-Qaul (ucapan)
  5. Doa-doa dalam al-quran 
    • Doa pembangunan
    • Doa kebaikkan dunia dan akhirat
    • Doa tabah menghadapi musuh
    • Doa keselamatan
    • Doa menghindari kesesatan
    • Doa kekuatan iman
    • Husnul khatimah (akhir yang baik)
    • Doa penyesalan
    • Doa dijauhi dari fitnah
    • Doa memohon keadilan
    • Doa  memohon keselamatan
    • Doa memohon perlindungan
    • Doa ketika mempunyai masalah keluarga
    • Doa memohon tempat yang baik
    • Doa memohon diberi kemudahan
    • Doa memohon dilapangkan dada/ hati
    • Doa memohon jodoh dan keturunan yang baik
    • Doa memohon terlepas dari segala bencana / musibah
    • Doa memohon kemuliaan
    • Doa mensyukuri nikmat
    • Doa memohon diluaskan rahmat
    • Doa selamat daripada orang yang dengki
    • Doa bertawakkal kepada Allah
    • Doa memohon terpelihara daripada penduduk yang zalim
    • Doa dimurahkan rezeki
    • Doa menghadapi kegagalan ketika berdakwah
    • Doa agar disayangi manusia
    • Doa agar diberi kedudukan yang mulia
    • Doa agar diberi ilmu pengetahuan dan hikmah
    • Doa agar diberi bangunan indah disyurga
    • Doa agar dibinasakan orang-orang yang zalim
    • Doa agar terlepas dari kesusahan dan kesulitan
    • Doa agar dilimpahi cahaya
  6. Doa-doa rawatan
    • Doa resdung
    • Doa sakit gigi
    • Doa penyakit barah
    • Doa sakit mata
    • Doa batu karang
    • Doa sakit kepala
    • Doa memudahkan untuk tidur
    • Doa untuk sakit buah pinggang
    • Doa kencing manis
    • Doa darah tinggi
    • Doa sakit jantung
    • Doa sakit dada
    • Doa untuk rawatan dalam perut
    • Doa ketika keletihan
    • Doa rawatan demam campak
    • Doa untuk anak yang degil / nakal
    • Doa selsema
    • Doa lumpuh
    • Doa rihul ahmar
    • Doa selusuh
    • untuk memudahkan bersalin
    • Doa Rasullullah SAW kepada ibnu Abbas RA
  7. Kelebihan surah-surah dalam al-quran
    • Bismillah
    • Surah Al-fatihah
    • Surah Al-kursi
    • Surah Al-baqarah
    • Surah Ali-Imran
    • Surah An-Nisa
    • Surah Al-Maidah
    • Surah Al-An'am
    • Surah Al-A'raaf
    • Surah Al-Anfal
    • Surah Al-Baraah (taubah)
    • Surah Yunus
    • Surah Al-Hud
    • Surah Yusuf
    • Surah Ar-Ra'd
    • Surah Ibrahim
    • Surah Al-Hijr
    • Surah Al-Kahf
    • Surah Maryam
    • Surah Thaahaa
    • Surah Al-Anbiya
    • Surah Al-Haj
    • Surah Al-Mukminun
    • Surah Al-Nuur
    • Surah Al-Furqan
    • Surah Ash-Syu a'ra
    • Surah An-Naml
    • Surah Al-Qa-shash
    • Surah Al-Ankabut
    • Surah Ar-Rum
    • Surah Luqman
    • Surah As-Sajadah
    • Surah Al-Ahzab
    • Surah Saba
    • Surah Faathir
    • Surah Yaasin
    • Surah Shaad
  8. Wirid an-nur
Biografi & alamat cawangan pusat rawatan

(Ubat, doa dan penyembuhan serta khasiat surah-surah al-quran - Ustaz Sharhan Safie)


Saya pasti buku ini akan melonjak menjadi buku terlaris minggu ini kerana hasil daripada respon yang diberikan oleh pihak pelanggan yang tertunggu-tunggu kemunculan buku ini sejak dua bulan lalu. 

P/S : Buku ini juga disertakan Audio CD
4.

Selamat Pagi Cikgu

Assalamualaikum WTH...


Para cikgu mencari bahan bacaan yang boleh memberi inspirasi kepada mereka? saya cadangkan kepada kalian yang bergelar guru agar membeli dan membaca buku tarbiah diri karya Zainal Haji Buang ini...
(Selamat Pagi Cikgu karya Zainal Haji Buang)

SINOPSIS

“Selamat Pagi, Cikgu!” perlu dibaca oleh setiap guru, bakal guru dan mereka yang bercita-cita menjadi guru. Sebuah bacaan santai yang pasti mencuit kalbu. 


“Selamat Pagi, Cikgu!” merupakan satu catatan pengalaman seorang guru, bermula dari tawarannya mendapat jawatan cikgu pangkat rendah sehinggalah menjawat jawatan guru besar. Pelbagai peristiwa menarik, suka duka, pahit manis ditempuh. Sesungguhnya, kerjaya seorang guru bukan mudah dan penuh warna-warni. 

Petikan bab: KUALA LUMPUR?

Pagi-pagi lagi aku sudah terpacak diwarung Pak Zubir. Sudah hampir seminggu jiwaku kucar-kacir tidak menentu. Mataku berkedip-kedip kuyu persis kelip-kelip menyambut senja yang syahdu. Dadaku berdebar-debar. Tubuhku yang kurus kering itu turut menggeletar. Aku tiba-tiba teringat petua orang tua-tua. Ada musibah yang bakal melatah. Ada bala bencana yang mungkin menimpa. Gabra juga aku miskipun aku kurang percaya. Lagu Kenangan Mengusik Jiwa nyanyian A.Ramlie, sedang berkumandang, menceriakan suasana. Liriknya begitu sendu menusuk-nusuk kalbuku. 
Mataku meliar memandang keluar.

Terintai-intai macam tupai didahan cermai. Terjenguk-jenguk bagai anak-anak bermain sorok-sorok. Aku menghirup kopi yang terhidang depan mata. Namun nikmatnya tidak begitu terasa. Aku benar-benar dalam dilema yang menyesakkan minda. Debaran hatiku tiba-tiba memuncak. Yang dinanti-nantikan mula menampakkan kelibat. Aku mengurut dada tanda lega. Aku berdoa agar hari ini ia datang membawa bahagia. Aku bermunajat agar tercapai apa yang dihajat. Semua mata dalam warung Pak Zubir bersinar ceria. 
Posmen tercinta itu datang tepat pada masanya. Sudah menjadi adat dan tradisi. Warung Pak Zubir adalah stesen rasmi. Semua surat penduduk kampung berhimpun disini. Cepat dan mudah. Jesteru, tidak hairan jika warung Pak Zubir jadi tumpuan.

Posmen yang setia berkhidmat itu terus melaksanakan amanat. Dia meletakkan surat-surat yang siap terikat itu dengan cermat. Pak Zubir segera menyambar semua surat yang terdampar. Sudah menjadi tugas dan rutin , dia sendiri yang akan mengagih-agihkan surat berkenaan. Dia tidak mahu warungnya kelibang-kelibut. Takut nanti ada kerusi yang patah kaki. Ada meja yang tunggang terbalik. Ada surat yang koyak-rabak. Dia akan membaca dengan kuat nama-nama yang tertinta pada setiap surat. Setiap yang berharap harus bersabar termasuklah aku yang sedang menahan debar. 

Pak Zubir mencanang setiap nama yang terpampang itu dengan tenang. Ada ketikanya dia berkelakar. Suasana tiba-tiba bertukar hingar-bingar. Yang berharap kian berdebar-debar. Satu demi satu surat berpindah tangan. Terserlah wajah-wajah yang beraneka telatah. Ada yang terlompat-lompat macam kera terkena jerat. Ada yang mengucup-ngucup warkah dengan ghairah. Ada yang berteriak sambil gelak terbahak-bahak. Hampir semuanya ceria dan gembira. Hanya aku sahaja yang masih bermuram durja. 


UNTUNG NASIBKU


Aku masih ternanti-nanti selasih wangi yang belum pasti. Aku terus mencongak-congak sendiri. Apakah sebenarnya sudah terjadi? Apakah malapetaka yang telah menimpa? Untung nasibku masih terumbang-ambing tanpa penhujung.


Cuti sekolah telah lama menggerak langkah. Hanya berbaki seminggu dua lagi. Namun aku masih belum menerima berita yang pasti. Pelbagai tanda tanya membantai minda. Gagalkah aku? Tidak luluskah aku? Adakah surat keramat tersesat alamat? Mungkinkah aku menjadi mangsa hasad dengki dan khianat terlaknat? Aduhai! Penat, sesak semagat dan otak memikirkannya. 
Masa terus berlalu pantas. Kini hanya tinggal satu sahaja lagi surat yang masih belum berpunya. Pak Zubir pula terbelek-belek persis si buta yang baru celik. Aku mengeluh dan menggerutu sendirian. Punahlah impian. Musnahlah harapan. Hampa dan kecewa mula bertahta dalam jiwa yang sedang bergelora. Aku bingkas bangun untuk berangkat balik. Sia-sia sahaja menunggu perkara yang tak kunjung tiba. Aku melangkah longlai meninggalkan kedai.
Tiba-tiba. 


“Zainal bin Bujang!” Suara garau menggagau gegendang. 
“Zainal bin Bujang!” Bergema lagi suara itu memecah suasana. 
Aku segera menoleh. Pak Zubir tersengih. 
“Surat sayakah Pak Zubir?” ujarku untuk memastikan aku tidak tersilap dengar. 


Aku menerpa ke arah Pak Zubir. Menggeletar tanganku menerima surat bersampul kuning yang bersaiz besar. Aku segera membuka sampul surat. Tidak sabar rasanya untuk melamar apa yang tersirat. Terkial-kial aku menyiat sampul surat yang berpelekat kental itu. Peluh dingin menyimbah tubuh. Seram-seram sejuk mula mencengkam susuk. Aku gugup dan gementar. Tanganku terketar-ketar.Tubuhku menggeletar. Namun akhirnya aku berjaya. Sepucuk surat bertinta “Urusan Seri Paduka Baginda” menjenguk hormat. Aku membaca setiap unggapan yang tertera. 


“Tahniah kerana tuan telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir di Maktab Perguruan Harian Seremban sesi pengambilan 1967-1968. Dengan ini, Kementerian pelajaran Malaysia bersetuju untuk melantik tuansebagai seorang guru terlatih mulai 1 Januari 1969. Tuan dengan ini ditempatkan untuk mengajar di SRJK(Ing) Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sila laporkan diri tuan kepada Guru Besar sekolah tersebut pada 1 Januari 1969.”  


Terkemamar sanubariku membelai rasa gembira yang tiada tergambar. Titis-titis jernih mulai bergenang pada kedua-dua belah kelopak mata yang beralis nipis. Aku sempat mengesat sebelum orang mengumpat. Aku tidak mahu orang sekeliling berprasangka juling. Biarlah aku sahaja yang menelan suka dan gembira yang baru sahaja menjelma. Aku segera menghidupkan enjin motosikal yang telah agak berusia. Aku ingin segera pulang ke rumah. Aku ingin memberitahu emak dan abah. Along Ebot dan Uda Jenab pasti teruja. Endek Awi dan Acik Udin tentu memuji tanda prihatin. Leha, Jakdon dan Adik Joi juga pasti terdorong dan terbakar semangat dengan berita yang hangat menyengat. 


****************************************************************************************************




4.

Novel terbaru "jemari seni" November Adamaryam - Xarine & Merahnya Ceri - Zulina

Assalamualaikum WTH...


Anda pening mencari novel untuk bacaan hujung minggu @ harian? Disini saya berikan kepada anda ulasan sinopsis dua buah novel terbaru terbitan Jemari Seni. InsyaAllah, buat masa ini sambutan kepada dua novel ini dan kesemua novel terbitan Jemari Seni sangat menggalakkan di Pustaka Nur Najma.


(Merahnya Ceri - Zulina)

Penulis: Zulina
ISBN: 978-967-5118-73-9
Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)

Berapa peratus wanita di dunia ini tidak pernah kecewa dengan cinta pertama?

Aina Marsilla bukan salah seorang daripadanya!

Lama sekali barulah dia sudi membuka hatinya semula. Namun, kenapa rasa cinta itu tidak pernah sama dengan cintanya pada Ahmad Yasser? Ahmad Yasser pergi begitu sahaja dan membiarkan Aina kesepian sekian waktu! Sampainya hati dia!


Aina tidak pasti arah tujuan sebenar hubungannya dengan jejaka baharu. Konflik yang tercipta membuatkan Aina menjauhkan diri daripada Khairil. Biarlah hati ini tidak berpenghuni! Biarlah dia sendiri lagi!! Biarlah hatinya bukan milik siapa-siapa pun!!!
Bagaikan sebuah drama... tiba-tiba muncul si dia yang membuat hatinya tenang dan senang. Namun kenapa ya, bilamana saat bahagia sudah di ambang pintu si dia hilang tanpa dapat dikesan.
Lalu hilangnya dia, diganti pula dengan hadirnya Ahmad Yasser? Lama sudah dia menutup ‘buku cintanya’ pada ‘lelaki yang tidak setia’ itu. Perlukah Aina tunduk padanya atau Aina terus menunggu si dia yang hilang itu menemui jalan pulangnya?
* * * *
ZULINA membawa kita menelusuri hati Aina Marsilla yang senantiasa diuji cintanya. Merahnya Ceri di tanganZULINA tentulah menjanjikan pengakhiran yang manis lagi indah, bukan?

************************************************************************************************
(Adamaryam - Xarine)

Penulis: Xarine

ISBN: 978-967-5118-74-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.

Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta...
Adam, seorang jurutera genius, sangat komited mencipta formula Code X yang bakal mengubah kehidupan manusia seharian.
Lelaki itu ada segala-galanya – pangkat, rupa, akal, juga digilai ramai gadis kilang. Tapi lelaki yang pernah digelar‘playboy pencen’ kini akhirnya tersungkur dengan Maryam yang payah diduga hatinya. Bagi Adam, Maryam lain daripada beratus-ratus ‘minah kilang’ Matsushirota Elektronics (M) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang itu.
Siapa Maryam sebenarnya?
Maryam bukan mahu jadikan kerja kilang sebagai kerjaya hidupnya. Dia ada matlamatnya sendiri. Dia juga tak bercadang untuk jatuh cinta; baik dengan Adam mahupun dengan Bani. Maryam menyenangi Bani, juruteknik dari Kelantan yang gila-gila dan sering buat dia tersenyum.
Jeng... jeng... jeng!
... apabila Adam hilang bersama-sama formula Code X dan nyawa mereka semua jadi terancam, Maryam mesti segera buat keputusan. Perlukah dia letak kepercayaan dan cintanya pada Adam?
Kenapa Adam lari? Siapa yang mengancam nyawa mereka? Apakah Code X itu sebenarnya?
* * *
XARINE seorang jurutera yang sering bereksperimen dalam penulisannya. Anda kena baca Adamaryam kerana semua ‘rahsia’ akan terjawab di dalamnya. Karya suspens-santai ala-ala thriller ini pantas dan penuh debaran!
************************************************************************************************************
Bagaimana dengan ulasan sinopsis diatas? Selamat memilih


 bahan bacaan ini!
4.

Sunday, November 13, 2011

Diari Gadis Bintang oleh Ain Maisarah

Assalamualaikum WTH..

(Diari Gadis Bintang oleh Ain Maisarah)

"Diari Gadis bintang, kisah seorang superhero muslimah yang ayu tetapi kuat. Pak cik Badang pun boleh tergugat dan Superman pun tabik hormat"

 ***********************************************************
Remaja mana di Malaysia ini yang tidak pernah membaca karya Ain Maisarah? Alhamdulillah semalam buat kali pertamanya saya bertentang mata dan bertemu dengan Ain Maisarah. Secara kebetulan Ain Maisarah datang ke Karnival Amal anjuran SRAI Seksyen 19 Shah Alam semalam (13 November 2011). Dan yang paling best, Ain Maisarah membuka booth disebelah booth PNN dan rupanya kenal dengan seorang sahabat bersebelahan booth PNN! Jadi dapatlah saya berbual seketika dengannya, tambahan pula saya memang menjual karya beliau dikarnival itu!

Diari gadis bintang merupakan novel awal remaja terbaru Ain Maisarah, menurut web PTS.com, buku ini akan dilancarkan pada 25hb november ini. Dan pastikan Pustaka Nur Najma akan terus menyokong Ain Maisarah dan novel ini InsyaAllah akan saya order dalam kuantiti yang banyak kerana saya sangat yakin novel karya Ain Maisarah ini boleh dijual dan mempunyai peminat yang tersendiri tanpa mengira peringkat umur.

Ayat dibawah ini saya ambil dari fb Ain Maisarah>>>

"Diari Gadis Bintang. Gadis Perkasa, Ramai Orang Suka.

Novel ini bakal terbit pada 25 November 2011. Kumpulan pertama yang dapat membacanya adalah mereka yang hadir ke Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah.

Di mana? : Banglo Pink AinMaisarah, di Lot 12, Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. (berdekatan Istana Budaya)

Bila? : 26, 27 dan 28 November 2011. Pintu pagar akan dibuka untuk orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Siapa boleh datang? : Semua orang. Ibubapa, datuk nenek, makcik, jiran tetangga pun boleh.

Aktiviti apa? : Banyak sangat. Ada spa, ada makeover, ada phootoshoot, ada pameran buku, ada AinMaisarah, ada ceramah best, ada perlawanan, ada hadiah, macam-macam ada!"

MARI MILIKI NOVEL INI DAN KESEMUA NOVEL AIN MAISARAH!!

P/s: novel "saya mahu saiz XL" milik saya ada tandatangan Ain Maisarah, korang ada??

(^_^)





4.

Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A. Fillah

Assalamualaikum WTH...

Bahagianya Merayakan Cinta oleh Salim A. Fillah
Harga: RM 27.00 / RM 30.00
ISBN-13: 978-967-0142-03-6
Tarikh Terbit: 15 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 616
Kategori: Bantu Diri
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Cinta. Satu perkataan, sejuta maksudnya. Cinta itu bukan cubaan. Cinta yang lara pasti membawa duka. Tetapi, cinta yang suci, pasti menempa keberkatan daripada Ilahi. Keberkatan sejati itu yang perlu diburu. Meniti bahagia, membawa ke syurga.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:
  • Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita sukai
  • Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita tidak sukai
  • Bagaimana kita merayakan rasa cinta yang sejati, cinta yang membawa kepada kebaikan
Terkandung juga tip-tip untuk:
  • Mencari cinta yang berkat sehingga melangkah ke alam rumah tangga
  • Meraih cinta melalui penjagaan kebersihan diri
  • Bagaimana menjaga etika cinta dalam setiap detik, setiap ketika
  • Memperkayakan ilmu bercinta demi menjaga hati pasangan
  • Adab bercinta yang melibatkan keluarga mertua, jiran, mahupun tetamu
  • Bagaimana menjaga keharmonian perhubungan dalam rumah tangga
  • Mendapatkan cinta yang berkat di mana sahaja
Ternyata, tatkala keberkatan bercinta itu dinikmati, terpercik kegembiraan dalam hati, terungkai kelapangan dalam dada. Akal menjadi jernih, jasad menjadi nikmat.
Berkatnya cinta itu mencorakkan musim menjadi ceria, walaupun badai sedang melanda. Berkatnya cinta itu membawa senyuman bersama, walaupun diiringi titisan air mata. Berkatnya cinta itu menyapa rindu dalam kejengkelan dan membelai lembut jiwa yang resah bergelora.
Barakallahu laka, Bahagianya Merayakan Cinta!

*************************************************************************************************
Bagi peminat buku-buku agama nusantara ini, karya penulisan Salim A.Fillah bukanlah sesuatu yang asing pada mereka. Kini syarikat PTS berbesar hati menterjemah buku ini kepada bahasa melayu agar lebih dekat dengan pasaran di Malaysia.



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...