Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Sunday, July 24, 2011

Qari Amirahman Abas [MALAYSIA]

Assalamualaikum WTH..


Tahniah juga buat Johan Qari dengan markah sebanyak 89.26 saudara Amirahman Hj Abas Malaysia... Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 2011 PWTC Kuala Lumpu, Malaysia


4.

Johan Qariah Suraya Abu Hasan [MALAYSIA]




Johan- 88.33 Hjh Suraya Binti Abu Hassan (Johor) Malaysia utk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 [Jul 16, 2011 - Jul 23, 2011] di PWTC Kuala Lumpur 
  Hm, tahniah buat orang Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor ni... sahabat saya juga.. tetiba saya rasa bangga jadi orang Kota Tinggi..
4.

Monday, July 18, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum WTH..

Hari ini merupakan hari pertama saya mula bekerja kembali setelah hampir seminggubercuti di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim...

Percaya tak korang semua, inilah kali pertama saya pulang ke kampung sejak lapan bulan yang lalu? Wah.. betapa tanggangnya saya! Sedangkan ibu ayah saya sendiri sudah hampir lapan kali ke Rawang! 

Hm, sebenarnya sejak awal tahun ini saya meminta izin kepada ibubapa saya untuk memfokuskan diri terhadap bisnes ini. Maklumlah, perniagaan ini baru berusia setahun jagung, modal yang digunakan agak besar dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Bukan niat mahu melupakan mereka. Bahkan saya sendiri sering menelefon mereka dua hari sekali untuk bersembang dan bertanya khabar.

Secara kebetulan juga ketika ini musim buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan jambu batu? sedang melanda kampung saya. Hehehe... best giler...

(teka gambar saya yang mana satu? gambar saya ketika form 4 kalu xsilap)

Dialog wajib ibu saya: Uda.. bila nak kawin???? 
antara soalan yg sebabkan saya ..... untuk balik ke kampung.... huhu
4.

Hati sedang berbunga2.. tarikh apa yang cantik tahun ini?

m

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

4.

Wednesday, July 6, 2011

Tatkala kecacatan kami diketawakan............

Assalamualaikum WTH...

Malam ni mood tak berapa nak elok.. Entah kenapa saya begitu sensitif malam ini.

Sejak bergelar OKU pada tahun 2004 yang lalu. Sememangnya wujud satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila ada orang dengan nada jelek memandang rendah keupayaan saya. Benar, saya sudah kehilangan hampir separuh keupayaan tangan ini. Tapi janganlah kecacatan saya ini dibuat gurauan dan bahan ketawa... Ada hadnya gurauan itu..

Anda sendiri tidak pasti anggota badan anda akan lengkap sempurna ketika anda mati!

Kami tidak meminta simpati dari anda... Cukuplah jika kecacatan kami ini tidak menjadi bahan gurau & bahan ketawa 'insan sempurna' seperti kalian..

"Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia"



4.

Monday, July 4, 2011

Naskah Al-quran tulisan rumi?

Assalamualaikum WTH...

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis di blog  http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com/ ini walaupun kehidupan & kesibukkan menguruskan PNN sekarang ini semakin bertambah sejak saya mula terjebak dengan cabang bisnes baru iaitu membuka booth buku di tapak-tapak ekspo dan karnival..

Kembali kepada tajuk diatas. Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya sering menerima pertanyaan mengenai al-quran bertulisan rumi. Kebiasaanya terdapat 3 golongan yang mencari al-quran bertulisan rumi ini:
  1. Golongan Mualaf
  2. Golongan warga emas yang mahu kembali mempelajari islam
  3. Golongan anak muda yang mahu berubah
  4. Golongan kanak-kanak yang malas untuk belajar jawi
Buat pengatahuan anda semua, naskah al-quran, surah-surah pilihan, petikan ayat al-quran dan pelbagai lagi bentuk ayat al-quran bertulisan rumi TIDAK LAGI WUJUD DI MALAYSIA.  Alhamdulillah, pihak kerajaan Malaysia sangat prihatin dengan keperluan umat islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
 
Mengapa naskah al-quran, surah-surah pilihan, petikan ayat al-quran dan pelbagai lagi bentuk ayat al-quran bertulisan rumi tidak dibenarkan di Malaysia? 
  1. Bimbang sekiranya mahraj huruf yang disebut dalam tulisan rumi tidak sampai dan sebutanya akan memberi maksud lain dan lebih teruk lagi sekiranya sebutan anda  itu boleh memberikan maksud yang boleh memesongkan akidah
Berdasarkan pemerhatian saya terdapat beberapa sebab mengapa permintaan al-quran bertulisan rumi ini wujud:
  1. Malu untuk 'berguru' terutamanya kepada warga emas dan anak muda yang mahu mendekati kembali ajaran islam
  2. Tiada masa untuk berguru terutamanya kepada golongan muda yang mahu segala urusan dilakukan dengan cepat
  3. Mahu memilih jalan mudah terutamanya kepada golongan mualaf, warga emas, anak muda serta ibu bapa kepada kanak-kanak yang memiliki masa terhad
  4. Mahu mempelajari al-quran secara sendiri-sendiri @ bersembunyi
Tiada jalan singkat untuk berjaya diakhirat, belajarlah dengan guru secara formal untuk mengaji al-quran. Percayalah, Allah SWT akan memberkati usaha anda. Jangan pernah merasa malu untuk belajar. Saya sendiri jika ditawarkan untuk menjual secara 'under table' untuk menjual naskah al-quran bertulisan rumi pasti akan menolaknya walaupun naskah itu menawarkan kadar keuntungan yang berlipat kali ganda.



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...