Assalamualaikum WTH...
Siapa dikalangan kita terutamanya di Malaysia ini yang tidak mengenali Dr Maza ini? Kini PTS bakal menerbitkan karya Ulama terkenal ini> InsyaAllah, saya pasti buku cacatan perjalanan kehidupan Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza ini bakal menggegarkan penjualan buku di Malaysia..
Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat oleh Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr Maza
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-366-104-6
Tarikh Terbit: 21 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Islam Umum
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Sinopsis
Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.
Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpkasikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.
"Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata."
KANDUNGAN
- Prakata
- Kembara Mencari Bekalan Perjuangan
- Jangan Takut Bawa Pembaharuan
- Jumud Mengundang Kebangkitan Liar
- Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan dan Kemanusiaan
- Akal Mengukur Maklumat
- Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya
- Tegas Berakidah, Luas dalam Fikah
- Antara Tudung dan Cawat Besi
- Sekiranya Kita Menghayati Perjalanan Ini
- Poligami: Pro-Barat ataupun Islam?
- Wanita, Pastikan Arah Perjuanganmu!
- Maulid: Antara Sejarah dan Amalan
- Islam: Prinsip ataupun Alat?
- Salam untuk Perdana Menteri Baru
- Mengapa Rakyat Tidak Puas Hati?
- Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
- Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
- Ulama ataupun Profesional Jadi Pemimpin?
- Daulah Islamiyah: Dahulu dan Sekarang
- Misteri Wahabi di Malaysia
- Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu
- Jangan Lebih Lajak daripada Laju
- Kembara Merentasi Benua Kehidupan
- Album Kenangan
Penulis
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lahir pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang. Dr. Mohd Asri meraih Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari University of Jordan, Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ph. D Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan lima Ijazah Hadith Bersanad menerusi jalur ulama India.
Dr. Mohd Asri merupakan seorang kolumnis tetap mingguan di akhbar Mingguan Malaysia (Mac 2007 - sekarang), selain mencambah dan menyebar ilmunya di laman web beliau
MINDA TAJDID: drmaza.com. Sejak tahun 2003, Dr. Mohd Asri sudah menghasilkan sebanyak 21 buah buku menerusi pelbagai saluran penerbitan. Di samping itu, beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sejak tahun 2004 sehingga 2008 dengan jumlah sebanyak 44 judul kertas kerja. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Beliau yang juga seorang pensyarah tetap di Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom (UK) di bawah USM.
4.
No comments:
Post a Comment