Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Thursday, October 27, 2011

Carta Buku Terlaris 28 Oktober 2011 - Berita Harian

Assalamualaikum WTH..


Buku Bukan Cereka (MPH 23 Oktober 2011)
  1. A Doctor In The House- Tun Mahathir
  2. Hotel Tales: A Little Advanture and Some Unexpected Tales - Hanley Chew
  3. Ensikplopedia Solat: Kombinasi fakta Hukum dan Sains - Rohidzir Rais
  4. Beduk Diketuk- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  5. Notes to the prime minister: The Untold story of how Malaysia beat the currency speculators - Wong Sulong
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Akhirnya Aku Kahwin! - Herna Diana
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah
  5. Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Buku Bukan Cereka POPULAR (23 Oktober 2011)
  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. Anda bertanya ustaz azhar Idrus menjawap berkenaan persoalan semasa
  3. Bencana Akhir Zaman - Fahrur Muis
  4. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
  5. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
Buku Cereka (Novel)
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Uda & Dara - Aisya Sofea
  3. Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  4. Yess Boss - Areila Sahimi
  5. 7 hari mencintaiku - Siti Rosmizah
(Sumber: Berita Harian 28 Oktober 2011)

4.

Wednesday, October 26, 2011

Mandala Dunia Kedua - Buku terakhir karya Arwah Azizi Hj Abdullah

Assalamualaikum WTH...


Mandala dunia kedua

Harga: RM 18.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-408-013-6
Tarikh Terbit: 20 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 328
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd


Sinopsis


Sebuah khemah daif di tengah belantara Banjaran Titiwangsa - ini mandala mereka.
Sepasang manusia yang asing, Jone dan Sima, disatukan oleh takdir apabila kasih yang dicintai dikhianati.
Mereka yang tinggal bersama, di mandala ini, yang dianggap 'Shangri-La' yang diimpi, jauh daripada sesat dunia, juga pincang nafsu manusia.
Namun, nafsu itu juga yang mengkhuatirkan mereka. Jone sudah lama meninggalkan tuhannya di kota. Kini hanya pegangan moral menjadi dindingnya. Sima pula berbentengkan iman, cuba memahami  lebih dalam keesaan Tuhan. Antara moral dan iman juga nafsu, siapakah pemenang?
Mandala hijau ini membuatkan mereka mempercayai kehidupan semula. Kecintaan kepada kehijauan mengakrabkan mereka. Namun, saat mandala kedua mereka mula bercambah kasih dan subur, Banjaran Titiwangsa bergegar!


Al-Fatihah buat Arwah Azizi Hj Abdullah

4.

Monday, October 24, 2011

Law Kaana Bainana [beserta lirik & terjemahan lirik bahasa melayu]


Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab 
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك
4.

Suatu Masa Lalu

Assalamualaikum WTH...
Semasa saya masih kecil, saya sering membaca kisah-kisah keagamaan, keusahawanan dan kekayaan.

Namun  antara kisah yang masih saya ingati sehingga kini ialah kisah usahawan kaya yang 
sukar tidur pada waktu malam kerana:
  • Terlalu memikirkan tentang perniagaan yang dimilikinya
  • Terlalu memikirkan dimana hartanya hendak disalurkan
  • Terlalu memikirkan bagaimana mahu memajukan perniagaanya
  • Terlalu memikirkan bagaimana mahu mengelak kerugian
Saya tidak pasti mengapa pada zaman 1980-an dahulu orang-orang dewasa ketika itu sering memberikan tanggapan negatif terhadap usahawan dan golongan kaya. Usahawan kaya seringkali dianggap sebagai orang yang tamakkan harta, sukar tidur malam, berperut boroi, suka menindas mental dan fizikal pekerja, mendapat projek melalui amalan rasuah, orang jahat, suka berhibur, kaki perempuan dan lain-lain lagi.

Kisah Qarun yang mati tenggelam ditelan bumi, kisah Tsalabah yang dihukum Allah kerana tidak membayar zakat serta pelbagai lagi kisah tauladan terhadap usahawan yang kaya-raya menerima hukuman Allah SWT MENENGGELAMKAN kisah kehebatan Saidatina Hadijah membina empayar perniagaan dan kisah kehebatan serta kejujuran Rasulullah di dalam perniagaan sehingga memperolehi keuntungan lumayan setiapkali membantu perniagaan Siti hadijah.

Malah kisah-kisah keusahawanan sahabat-sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar Assiddiq, Osman Affan, Abdul Rahman Auf dan lain-lain sahabat yang telah dijamin oleh Rasulullah akan masuk ke syurga juga turut tenggelam sedangkan cerita tentang mereka yang sangat dermawan dengan menyumbang ribuan wang dan binatang untuk kegunaan umat islam juga mempunyai iktibar yang berguna untuk meransang semangat dikalangan usahawan muslim yang lain.

Bayangkan ketika saya masih bersekolah rendah, sangat kurang pelajar dan hampir tiada pun rasanya teman-teman yang menulis ‘usahawan’ didalam borang kaji selidik peribadi sebagai cita-cita mereka apabila dewasa! Saya sendiri dan ramai lagi pelajar lebih senang memilih doktor, askar, polis, guru dan pelbagai lagi jawatan yang tersedia didalam jabatan kerajaan sebagai pilihan kerjaya apabila dewasa.

Mungkinkah itu kesan daripada letusan cerita-cerita tentang hukuman yang diterima oleh golongan usahawan kaya dan betapa tenggelamnya kisah usahawan muslim hebat?

Saya tidak berhasrat menolak secara total kisah-kisah tauladan mengenai usahawan kaya-raya yang menerima hukuman kerana menolak suruhan Allah SWT, namun pendekatan ‘limpahan kisah menghukum’ pada tahun-tahun 1980-an hingga tahun 1990-an menyebabkan kurangnya populariti untuk kami yang masih kanak-kanak ketika itu bercita-cita menjadi usahawan.

Mungkin kisah dan bab-bab selanjutnya didalam blog ini boleh menjadi peransang untuk kita agar dapat berkongsi kisah-kisah hebat kejayaan usahawan muslim. 

Note: teringat juga ketika itu, buku-buku agama yang berkulit hitam, berdakwat emas serta bertajuk yang menyeramkan seperti siksa kubur, neraka dan balasan, alam barzakh... 

zaman sudah berubah! Ayuh kita hidangkan anak-anak kita dan masyarakat sekeliling dengan cerita membina tentang keusahawanan muslim & menjadi kaya melalui cara yang Allah redha! jika dahulu kita dihidangkan hanya satu kisah keindahan keusahawanan muslim berbanding 20 kisah usahawan yang masuk ke neraka, kita ubah dengan bercerita 12 kisah keindahan keusahawanan muslim bersama 8 kisah usahawan yang masuk ke neraka agar dapat membangkitkan jiwa keusahawanan di kalangan orang muda!

Islam itu indah, keusahawanan muslim juga indah.. :)


4.

Friday, October 21, 2011

Derma Darah

Assalamualaikum wth...



Alhamdulillah, ketika pesta konvo di UIA minggu lepas merupakan kali ketiga saya menderma darah untuk tahun ini. Satu pengalaman yang indah kerana sejak aktif menyertai jualan ditapak-tapak ekspo, saya begitu menantikan sekiranya ekspo @ karnival yang saya sertai ini akan membuka booth "derma darah".

Mengapa saya suka menderma darah? Hm, soalan ini mungkin senang dijawap. Ketika saya terlantar di HKL dan menjalani pembedahan tangan. Saya telah menerima darah seseorang yang baik hati. Peristiwa ini menyebabkan timbulnya kesedaran didalam diri saya untuk berkongsi darah kepada mereka yang memerlukan. tambahan pula saya ini berdarah jenis O dan sesuai untuk didermakan kepada semua orang. 

Bak kata muda-mudi sekarang "sharing is caring"...

Bagi mereka yang belum pernah lagi menderma darah tapi berhasrat untuk menderma. Percayalah, jarum suntikan itu tidak menyakitkan. Bahkan lebih sesuai jika saya katakan, cubitan saya lebih sakit.. :)

Bagi mereka yang pernah menderma... Tahniah saya ucapkan.. 

Mari menderma darah! 
(hanya kepada mereka yang menjalani gaya hidup sihat sahaja)



4.

Thursday, October 20, 2011

"KEWAJIPAN MENJAUHI AMALAN RASUAH" - Tajuk khutbah jumaat Negeri Selangor pada 21 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH...





Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.  Saya menyeru diri saya dan tuan-tuan  agar kita  bersama-sama  berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai oleh Allah SWT dengan berbekalkan sumber rezeki halal mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena dengan Sambutan Hari Ulangtahun Penubuhan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  Yang Ke 44, Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan mengenai:

          "KEWAJIPAN  MENJAUHI AMALAN RASUAH".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Perbuatan Jenayah Rasuah mengikut Islam adalah haram dan tergolong dalam dosa-dosa besar. Berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188:

"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."

Sabda Rasulullah s.a.w. :
 "Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka".
(Riwayat At-Tarmizi)  

Dalam hadis lain daripada Thauban r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. telah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan yang menjadi orang perantaraan"
(Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mereka yang terlibat dengan  Jenayah Rasuah ini akan dikutuk oleh Allah SWT dan dihumban ke dalam api neraka. Besar kemungkinan juga harta mereka yang terlibat dengan rasuah ini akan diwarisi oleh baka atau keturunan mereka.

Hadis daripada Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Mana-mana   daging yang tumbuh dari sumber  yang diusahakan dengan jalan yang haram,  maka nerakalah yang layak baginya ".
        
Berdasarkan hadis ini, nyata terdapat kaitan kuat bahawa hasil pendapatan mereka yang bergelumang dengan Jenayah Rasuah ini berkemungkinan besar akan diwarisi pula oleh anak-pinak mereka jika kita tidak mengambil berat atau meneliti dari sumber makanan hasil yang kita perolehi itu sama ada dari sumber yang halal atau yang haram.

Rasuah juga boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan doa kita. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah, ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, bahkan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Lebih membimbangkan lagi jika sekiranya kita tidak segera membanteras penyakit rasuah ini nescaya boleh menyebabkan berlakunya pelbagai malapetaka dan bencana, akibat kemurkaan Allah sebagaimana Firman-Nya dalam surah Ali 'Imran ayat 112:

"Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab daripada Allah dan adanya sebab daripada  manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah tidak pernah membezakan hamba-Nya yang melakukan kesalahan rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, tanpa mengira pangkat atau taraf kedudukan seseorang itu.

Penjenayah Rasuah adalah merupakan musuh Islam dan juga sesiapa sahaja yang menyokong Penjenayah Rasuah tersebut.  Tindakan terhadap Jenayah Rasuah hendaklah secara telus dan bukannya dipengaruhi atau pun arahan mana-mana pihak.

Oleh sebab itu sewajarnya ahli masyarakat yang mengesan mana-mana perbuatan Jenayah Rasuah hendaklah bertindak melaporkan segera kepada pihak SPRM yang terdekat. Pemberi maklumat hendaklah benar-benar dilindungi dan dijaga keselamatannya di bawah undang-undang iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama berusaha menjauhkan diri kita daripada perbuatan memberi  atau menawarkan rasuah kepada mana-mana pihak kerana perbuatan itu adalah merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia   dan  boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun  dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000.00 yang mana lebih tinggi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia yang bertakwa dan beriman kerana ;
Pertama    :    Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
Kedua          :    Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga  pengurusan;
Ketiga         :    Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan
Keempat   :         Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya daripada terlibat dengan najis rasuah.

Setiap individu juga perlu jujur pada dirinya sendiri dan menolak rasuah dalam amalan kehidupannya.  Walaupun rasuah boleh dilakukan secara tersembunyi tetapi individu terbabit masih belum dapat menyembunyikannya daripada Allah SWT.  Perbuatan setiap manusia diketahui oleh Allah SWT sama ada yang zahir mahupun yang batin.  Bahawasanya Allah SWT mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati manusia.

Setiap individu perlu membina keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam mengharungi persaingan  hidup dan untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti haram seperti perbuatan rasuah.  Kekuatan takwa dan keimanan kepada Allah SWT dapat memberi jalan keluar kepada kita daripada segala kesusahan dan kurniaan rezeki daripada sumber halal yang tidak terlintas di hati manusia.

Pembentukan peribadi juga berkait rapat dengan sumber rezeki yang menjadi punca makanan  yang mengalirkan darah dalam diri kita dan harta yang digunakan untuk tujuan kehidupannya.  Mencari rezeki halal untuk keperluan diri sendiri, keluarga atau untuk membantu orang lain tanpa jalan rasuah adalah penting.  Ini adalah kerana rezeki yang halal itu akan membawa keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha kerana kerja dan usaha itu dianggap sebagai ibadah di sisi Allah SWT.  Untuk menjadikan pekerjaan itu sebagai satu ibadah setiap orang perlu memastikan bahawa mereka tidak melakukan  pekerjaan yang mengandungi unsur maksiat seperti rasuah dan penyelewengan.  Harta yang mencukupi membolehkan manusia merasa selamat dan hidup dengan selesa, sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia hanya menjadi sebagai perhiasan hidup di dunia semata-mata.

Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran  dalam usaha  menghapuskan rasuah kerana tanpa kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat, usaha-usaha pencegahan rasuah ini tidak akan berjaya. Sehubungan itu, perkukuhkanlah keimanan  kita supaya dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang suka  menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Wahai  orang-orang yang  beriman!,    Janganlah   kamu   makan (menggunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan  secara redha-meredhai di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.  Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu".  "Sesiapa melakukan yang demikian dengan melanggar  yang hak dan kezaliman, maka Kami akan memasukkannya ke dalam api neraka.  Balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah (tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya".
 (An-Nisa': 29-30)

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah!, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang  telah  mengurniakan  kami  rahmat   dan   nikmat,  sehingga   kami   dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. 

Justeru kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,  suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Engkau bukakanlah  hati umat Islam, khususnya di negeri Selangor untuk melaksanakan Ibadah Zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan  di dalam Al-Quran.  Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi faqir dan miskin, sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu.  Kau lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefaqiran yang berpanjangan.

Sumber: 
4.

Karnival BEST "Buat Elok Saja Tau!" Anjuran JAKIM

Assalamualaikum WTH..



InsyaAllah, pada 28 hingga 30 Oktober ini PNN akan membuka booth sempena Karnival BEST "Buat Elok Saja Tau!" anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Bagi teman-teman yang mahu berkunjung ke booth kami boleh singgah ke booth bernombor 43B. InsyaAllah kalian akan mudah berjumpa booth kami kerana pihak penganjur menyebut hanya ada 2 booth kedai buku termasuk booth Ipin & Upin. 


Pihak PNN juga akan menyediakan hampir 300 tajuk buku agama, novel dan pengurusan terlaris untuk dijual dengan harga istimewa sepanjang karnival ini berlansung.


Ok, Doakan kejayaan PNN di karnival ini. Moga kejayaan milik kita bersama...



Programme Schedule
DAY 1 - Friday (28 Oct 2011)
TIMEACTIVITYVENUE
09.00 pmForum Perdana Ehwal Islam Recording
Title - “Cinta BEST!”
Main Stage
DAY 2 - Saturday (29 Oct 2011)
TIMEACTIVITYVENUE
10.00 amJuara Nasyid BEST! CompetitionMain Stage
03.00 pmProgram Adik-Adik Ku RecordingMain Stage
09.00 pmKarnival BEST Launching and
BEST! (Buat Elok Saja Tau) Concert
Main Stage
DAY 3 - Sunday (30 Oct 2011)
TIMEACTIVITYVENUE
07.30 amJom Sihat (BEST Aerobic)Main Stage
10.00 amColouring Competition (PERTIM)Small Stage
12.00 pmSpell It Right (ASUH)Small Stage
02.30 pmBattle of the Band CompetitionMain Stage
Karnival BEST ClosingMain Stage
See Popular Artist Live!
  1. Fahrin Ahmad
  2. Altimet
  3. Bob AF2
  4. Ila Damia
  5. Mestica Nasyid Group
  6. Mu'adz
  7. Al-Farabi Band
  8. Ustaz Badlishah



Booth Layout

4.

Carta Buku Terlaris 21 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH..

(Novel Uda dan Dara karya Aisya Sofea)

Buku Bukan Cereka (MPH 16 Oktober 2011)
  1. A Doctor In The House- Tun Mahathir
  2. Ensikplopedia Solat- Rohidzir Rais
  3. Aku terima nikahnya: titipan erti sebenar perkahwinan medan memberi yang paling mulia- Hasrizal
  4. Beduk Diketuk- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  5. 9 July 2011 What Really Happened - Nathaniel Tan
Buku Cereka
  1. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  2. Akhirnya Aku Kahwin! - Herna Diana
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Jauh Dari Cinta - Adah Hamidah
  5. Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Buku Bukan Cereka POPULAR (16 Oktober 2011)
  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. Anda bertanya ustaz azhar Idrus menjawap berkenaan persoalan semasa
  3. Bencana Akhir Zaman - Fahrur Muis
  4. Inspirasi Cinta Terhebat - Burhan Sodiq
  5. La Tahzan (kombinasi gadisku, kerana cinta & jodoh)
Buku Cereka (Novel)
  1. Uda & Dara - Aisya Sofea
  2. Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim
  3. Yess Boss - Areila Sahimi
  4. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  5. Semarak Cinta - Hijratul Akisya
(Sumber: Berita Harian 21 Oktober 2011)





4.

Tuesday, October 18, 2011

NESCAFE Chill-Lah Express Contest

Assalamualaikum WTH...



Entri khas ini saya buat sebab nak bagitahu kat kalian semua yang saya baru nak join "NESCAFE Chill-Lah Express Contest".. Nak asah skill melukis sebenarnya yang sudah agak berkarat.. :)

Bagi teman-teman yang mahu join juga" NESCAFE Chill-Lah Express Contest" ini bolehlah klik dibahagian iklan nuffnang @ gambar diatas. Kita cuma perlu mereka sendiri secara kretif contoh tin minuman NESCAFE ini.. Seandainya menang, selain dapat memenangi hadiah wang tunai, mungkin tin rekaan kita itu akan menjadi tin realiti dan terjual dimana-mana pelusuk dunia? 

JOM!!


Mungkinkah nanti akan wujud minuman tin nescafe bertulisan jawi?

4.

Monday, October 17, 2011

Adakah perlu "Malu" untuk menjadi usahawan?

Assalamualaikum WTH...

(Bersama Ustaz Zahazan yang sudi bertandang dan menandatangani buku karya beliau di Booth kami sempena Karnival Mesra anjuran Masjid Cntry Homes, Rawang)

Entri ini ditulis sempena satu pertanyaan dari seorang sahabat yang juga bercita-cita menjadi usahawan. 

"Pernahkah awak berasa malu untuk menjadi peniaga & usahawan terutama sekali ketika sedang berniaga ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan?"

Jawapan saya ialah: 

Benar, pada pertama kali saya sangat malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun saya pernah membantu ayah saya di kedai runcit miliknya, suasana berniaga ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah sangat berbeza dengan suasana kedai runcit. Jika dikedai runcit milik ayah saya, secara puratanya saya amat mengenali secara peribadi pelanggan tetap kami, walaupun wujud pelanggan yang tidak saya kenali, hubungan antara peniaga kedai dan pelanggan sangat rapat. Berbeza dengan pelanggan ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah, kami terpaksa bergerak dan menggunakan kreativiti untuk memancing perhatian bakal pelanggan untuk masuk ke booth kami.

Pertama kali saya membuka booth adalah di Karnival sebuah masjid di Cauntry Homes yang merupakan taman kediaman saya sendiri. Saya masih ingat pada hari pertama, saya hanya duduk dikaunter memerhatikan orang lalu lalang, bahkan saya selalu memandang tunduk kebawah. Kerana malu jika terjumpa jiran-jiran dan takut terserempak dengan teman lama. 

Cuba anda bayangkan jika saya terjumpa dengan teman lama yang tahu kehidupan saya yang lalu, bekas kaunselor Jabatan Agama Islam & bekas pegawai di sebuah IPTA yang suatu ketika lalu saya menerima 'gaji asas' sebanyak RM2*** sebulan dan menerima gaji kasar sebanyak hampir RM4***++ sebulan kini menjaja buku di tapak ekspo masjid. Walaupun mereka mungkin tidak pernah tahu kejadian yang menimpa saya sebelum ini sehingga bergelar OKU. Secara jujurnya saya ketika itu sangat malu dengan situasi itu.

Hasil jualan pada hari "malu" pertama saya itu tidaklah terlalu membanggakan, hanya RM600. Namun wujud perasaan cemburu didalam hati saya melihat jiran sebelah booth kami yang mungkin menerima ribuan ringgit pada hari itu. 

Malam itu saya cuba meransang dan mencabar diri saya, untuk berjaya saya perlu membuang sedikit rasa malu itu. Saya perlu menjadi jurujual yang hebat di mana-mana sahaja! Saya perlu mengeluarkan suara untuk memancing pelanggan singgah ke booth kami dan memilih buku yang saya jual. Saya perlu tersenyum dan tidak tunduk memandang ke bumi. Saya mencari rezeki yang halal di bumi Allah ini!

Alhamdulillah, setelah menunaikan solat sunat mutlak & hajat, saya memiliki satu kekuatan baru!   Secara tiba-tiba saya merasakan diri saya adalah manusia yang hebat, saya terpilih dikalangan  jutaan manusia yang menyebarkan dakwah melalui penjualan buku agama, pengurusan dan pelbagai lagi barangan sunnah. Bahkan saya melakukan salah satu yang Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pernah lakukan iaitu menjadi peniaga & usahawan. Bukankah maksudnya saya golongan terpilih dikalangan jutaan mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan dan mengikut jejak kejayaan Junjungan Besar Nabi Muhammad ini? Saya menanam benih sifat positif dalam diri dan seakan jatuh cinta pandang pertama dengan bidang ini.

Hari kedua karnival masjid itu berjalan lancar, saya mula berdiri bersama abang saya untuk mendekati pelanggan. Mulut kami sama-sama tersenyum manis sambil menuturkan ucapan selamat dan berbicara tentang produk dengan lancar. Tiada lagi memandang ke bawah, bahkan mata dan mulut kami sama-sama berbicara dan hasilnya jualan kami pada hari itu sangat memuaskan dan berjaya mengutip tiga kali ganda dari jumlah jualan pada hari pertama.

Alhamdulillah. Kini, saya dan PNN sudah mula menumpukan perhatian terhadap potensi  berniaga ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan. Kami juga nensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 5 hingga sepuluh penyertaan jualan ditapak-tapak ekspo mahupun karnival yang bersesuaian dengan konsep jualan buku islami.

Alhamdulillah, setakat ini jumlah jualan terkecil ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan adalah bernilai RM7 (mmg takkan saya lupakan sampai mati sbb ditipu penganjur karnival ini) dan yang paling tinggi ialah hampir RM3k++ sehari.

InsyaAllah pada lain kesempatan saya akan kongsikan kepada khalayak tentang tip-tip untuk menyertai jualan ditapak-tapak ekspo, karnival mahupun ketika membuka booth di pusat membeli-belah dan pejabat-pejabat kerajaan.

"Buang sedikit rasa malu, berdoa, cintai dan lakukanlah bersungguh-sungguh perkara yang anda sedang lakukan selagi ianya halal"

"Tapi jangan buang semua sifat malu itu, kerana bukankah malu itu juga sebahagian dari iman?"



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...