Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Sunday, June 26, 2011

Iddah untuk lelaki

Tahukah anda terdapat dua situasi yang boleh menyebabkan Iddah untuk lelaki?

1. Bagi suami yang memiliki 4 orang isteri yang kemudiannya menceraikan salah seorang isteri mereka & berniat untuk mengahwini wanita lain. Lelaki ini perlu menunggu iddah isterinya itu kerana didalam islam isteri yang sudah diceraikan itu masih dikira sebagai isteri sehingga tamat tempoh iddah. Maka pernikahan terbaru tanpa tamat tempoh iddah tidak sah kerana haram bernikah melebihi 4 isteri dalam satu masa.

2. Suami yg menceraikan isterinya kerana mahu menikahi dengan iparnya atau mak sedara atau anak sedara isterinya, maka wajib ia tunggu habis eddah isterinya itu.


4.

Friday, June 24, 2011

Syarah Al-Hikam Jilid 2

Assalamualaikum WTH

Syarah Al-Hikam Jilid 2. Karya agung Imam Abul FAdhal @ Tajudin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin 'Athai'llah asy-Syazili
Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.
Penulis : Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri
Harga: Semenanjung M'sia - RM50.00 Sabah / S'wak: RM52.00
Email saya untuk belian online di azraay17@gmail.com 
Buku ini sebenarnya memiliki 3 jilid, namun sehingga kini baru 2 jilid sahaja yang diterjemahkan oleh penulis...
 
 
















4.

Wednesday, June 22, 2011

Iktibar dari sebuah kegagalan (kajian dari perniagaan kedai buku & alat tulis yg mahu dijual di mudah.com)

Assalamualaikum WTH...

Hm, pagi ini saya memiliki kesempatan untuk mengunjungi mudah.com.. Sebenarnya saya memang selalu mengunjungi laman web ini untuk melihat tawaran-tawaran lelongan murah dari pengusaha kedai buku & alat tulis yang mahu @ terpaksa menutup perniagaan mereka. 

Namun, bukan niat saya mahu mengambil kesempatan atas kesedihan @ kerugian perniagaan  yang mereka alami. Saya sekadar mahu membantu mereka melepaskan tanggungan kos.

Hasil pemerhatian saya dan sesi soal jawap bersama pemilik kedai terbabit saya dapati terdapat beberapa persamaan yang menyumbang kepada kegagalan mereka. Antaranya ialah:

1. Terlalu mengharapkan jualan runcit
2. Lokasi perniagaan yang lansung tidak strategik & jauh dari aliran trafik
3. Barangan didalam kedai terlalu sedikit untuk merangsang pelanggan datang 
4. Tiada promosi
5. Tidak menyediakan kos kontigensi yang mencukupi
6. Tidak dapat mencipta konsep perniagaan yang sesuai
7. Modal yang tidak mencukupi
8. Terlalu menganggap perniagaan jenis ini mudah dikendalikan


(Antara kedai buku bumiputera yang terpaksa menutup perniagaanya-lokasi dirahsiakan. Apakah yang anda dapat perhatikan dari gambar diatas? terlalu kosong, rak buku yang digunakan bukanlah rak buku... lokasi kedai ini juga terletak dikawasan industri yang mati.. Kedai ini mahu dilepaskan dengan harga RM40k, namun saya pasti nilai sebenar barangan didalam kedai ini hanyalah dalam lingkungan RM2*k sahaja)

Doakan perniagaan saya ini maju & kekal hingga hari kiamat dalam kami semua beriman kukuh kepadanya..AMIN
4.

Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah.. tangan saya dah sihat sepenuhnya..

Assalamualaikum WTH..

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis walaupun di dalam jangka masa yang terhad ini. Alhamdulillah juga tangan kiri ini sudah pulih sepenuhnya. Agak sukar sebenarnya untuk OKU (orang kelainan upaya) seperti saya ini untuk bekerja menggunakan tangan kanan yang sudah agak keras. Kebiasaannya saya memang lebih selesa untuk menggunakan tangan kiri ini kecuali untuk tujuan menulis.

Tangan kiri ini sebenarnya bukanlah mengalami kecederaan yang teruk, sekadar lebam akibat terkena objek keras. Namun sebenarnya tangan kiri inilah yang selama ini membantu saya membuat rutin harian. Saya akan menjaga tangan kiri saya dengan sangat manja lantaran saya akan menggunakan keupayaan tangan kiri itu semaksima mungkin. Namun apabila tangan kiri saya mengalami kecederaan kebiasaanya saya akan mengambil kesempatan ini untuk berehat memandangkan tangan kanan ini berfungsi sekadar untuk membantu tangan kiri. Tangn kanan ini saya hanya gunakan apabila ingin menulis (tidak melebihi setengah jam), memegang sudu ketika menikmati makanan dan sedikit kerja yang wajar dilakukan oleh tangan kanan.

Alhamdulillah juga, ekspo yang baru saya sertai di masjid Kuala Kubu Baru  minggu lepas berakhir dengan kejayaan. Walaupun agak kepenatan akibat tangan lebam ini terpaksa bekerja dengan rela. TQ ALLAH..

(ini gambar tangan kiri saya harini, lebam sudah semakin susut... kesian kat tangan ni sebab terpaksa menggalas tugas tangan kanan sejak tahun 2004 yang lalu.. Tapi saya masih bersyukur saya masih mempunyai tangan berbanding dengan OKU fizikal yang lain..)
4.

Tuesday, June 14, 2011

Perlukah staff kedai buku membaca kesemua buku untuk memudahkan penerangan kepada pelanggan?

Assalamualaikum WTH..

Alhamdulillah, tangan saya yang tercedera sepanjang minggu lalu sudah kembali pulih & kini akan kembali beraksi untuk blog TUM ini...

Kembali kepada tajuk diatas, perlukah saya @ staff kedai buku membaca kesemua buku untuk memudahkan penerangan kepada pelanggan? 

Sebenarnya tajuk ini adalah inspirasi saya dari kejadian petang semalam. Dimana saya ketika itu disoal bertubi-tubi selama hampir 40 minit oleh seorang mak cik yang mahu membeli CD ayat rukyah dan buku terbaru karya Ustaz Syarhan bertajuk "perubatan Islam Menangkis Kejahatan Jin & Sihir siri ke-2". Antara soalan-soalan yang meluncur laju dimulutnya ialah:
  1. Awak dah baca buku ni?
  2. Apa yang dia tulis dalam buku ni?
  3. Apakah pandangan awak tentang buku ini?
  4. Awak rasa benda ni berkesan tak?
  5. Betul ke ustaz ni yang selalu keluar TV tu?
  6. CD dia awak dah dengar?
  7. Berkesan tak CD dia?
  8. Kalau buku & CD rosak lepas seminggu dibeli ada waranti tak?
  9. Kenapa CD dia tak boleh dipasang dalam kereta?
Sejujurnya saya letih melayan mak cik ni hampir 40 minit emalam... ada banyak lagi sebenarnya soalan dia tapi saya dah tak ingat sangat.. huhu.. Ini belum termasuk lagi mak cik ini memeriksa bilangan helaian buku itu! Kalian bayangkan dia menyelak setiap helaian sambil mengira bilangan muka surat dengan nada biasa! (dengan alasan dia tak mahu sebarang kecacatan pada buku itu), bayangkan ada 178 helaian!) Hampir semua pelanggan saya tersenyum melihat gelagat mak cik itu. Saya juga puas mencipta alasan untuk melarikan diri, tapi dipanggil lagi oleh mak cik ni..
Yup, memang tanggungjawap saya untuk menerangkan info berkaitan buku yang pihak pelanggan mahu beli dan saya sangat senang dengan tanggungjawap itu. Kadangkala juga saya menunjukkan carta buku @ novel popular kepada pelanggan serta menyampaikan info mengenai buku terbaru dipasaran.

Tetapi jangan disiksa batin saya, saya juga ada pelanggan lain yang mahu bantuan. Cukuplah sekadar 15-20 minit sesi penerangan itu. Kami pekerja kedai buku tak mampu membaca semua buku yang terdapat di premis kami. Kami cuma mampu membaca sinopsis buku itu dan kadangkala membaca keseluruhan buku jika mempunyai masa santai...

* yg paling saya tak tahan, mak cik tu siap kritik 'cover' buku tu.. tak cantik dan tak moden katanya..  haha.. 


4.

Thursday, June 9, 2011

Semurni cinta adam seutuh cinta hawa

Assalamualaikum WTH...


Harga: RM 12.00 / RM 14.00
ISBN-13: 978-967-0142-41-8
Tarikh Terbit: 28 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 128
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Sinopsis

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Memahami Bahasa Cinta Adam dan Hawa
Memberi tip-tip bagaimana memahami perubahan yang akan terjadi dan persediaan untuk lelaki dan wanita dalam menempuh dunia percintaan

Menjadi Arkitek Percintaan Mengetengahkan unsur-unsur yang berpengaruh dalam membina dunia cinta serta mendedahkan perubahan sikap, pemikiran serta tindakan pasangan yang bercinta
Bahasa Universal Pencinta Memberi tip-tip bagaimana mahu mewujudkan cinta yang berpengaruh dan perkara yang dihargai oleh pasangan
 

Cinta Adam dan Hawa yang Diraikan di Langit
Apabila Dadu Cinta Bergolek


Pembahagian Bab
  • Bahagian Satu : Memahami Bahasa Cinta Adam dan Hawa

Bab 1 
Cerita cinta dahulu dan sekarang 
Mencari guru cinta
Dunia Arab, kaya dengan bahasa cinta
Menggapai maksud cinta dari dunia Barat

  • Bahagian dua : Menjadi Artikek Percintaan

Bab 2 
Arkitek rumah cinta bukan sebarangan 
Tiga serangkai dalam membina cinta
Akal, tiang cinta yang sentiasa menjaga hati
Cinta dari pancaindera akal
Agama membina rantaian cinta sempurna
Akhlak, mengatur kehidupan cinta yang indah
Tanpa tiga serangkai, lahir cinta buta
Semakin bercinta semakin sihat
Bina rumah cinta dengan tiang-tiang yang kukuh

Bab 3 
 Polis cinta bertanya, “Apa motif kita bercinta?”
Sifat orang yang dicintai dan ciri-ciri fizikalnya
Sanggup cantik, sanggup berubah
Cantik wajah cantik hati
Tua hanya pada umur tetapi muda dalam jiwa
Perasaan orang yang mencintai kepada orang yang dicintai
Keserasian yang wujud antara pasangan
Pastikan simpulan cinta tidak terlerai lagi

Bab 4 
Apabila cinta bertandang ke hati
Berubah hati apabila cinta sudah berputik dalam diri
Marah Diana kerana cinta
Jaga cinta dalam hati jangan sampai layu
Langkah awal melangkah gerbang percintaan

Bab 5 
 Sains orang bercinta
Kekuatan cinta seimbang memberi kebaikan buat pasangan
Cinta merangsang otak

  • Bahagian tiga : Bahasa Universal Sang Pencinta


Bab 6
Hello, dapatkah saya bercakap dengan hati?
Komunikasi cinta sentiasa menghubungkan diri kita dengan orang lain
Komunikasi cinta tidak dapat diundur
Komunikasi cinta bersifat kompleks
Komunikasi cinta tertakluk kepada peraturan
Komunikasi cinta melibatkan mesej dan dimensi perhubungan

Bab 7 
 Kisah bohong jadi benar
Lebih banyak perkataan akan memudahkan orang lain memahami apa yang saya katakan
Apa yang saya cuba sampaikan semuanya di dalam perkataan yang saya gunakan
Masalah komunikasi menjadikan hubungan kami bermasalah

Bab 8 
 Bahasa badanmu berhubung dengan orang lain setiap hari
Bahasa badan, bahasa yang diwarisi
Belajar-belajar memikat
Kawal corak bahasa badan kita
Intonasi menggambarkan perasaanku
Oh, Hmm dan Ah dalam bicara memberi ruang bagi berfikir
Dengar emosi daripada getaran suara
Senyap itu adalah kata-kata tanpa suara
Postur badan gambaran penerimaan kita kepadanya
Postur terbuka ataupun tertutup membawa dua maksud berbeza
Gerakan mata sang pecinta
Setiap pergerakan membawa mesej tersendiri
Sentuhan penguat rantaian mesej
Jarak dan ruang dalam membina perhubungan

Bab 9 
Dalam bual bicaramu, ada sesuatu yang aku perlu tahu
Perkataan yang terbaik sering lahir dari hati yang bersih
Hobi, bahasa badan bagi memikat

Bab 10 
Bentuk bahasa cinta yang selalu berbicara
Bahasa cinta bersama
Bahasa cinta lelaki
Bahasa cinta perempuan
Bahasa cinta menolak
Bahasa cinta menarik
Bahasa cinta serasi

Bab 11
 Bahasa badan sentiasa berkata benar
Mesejnya mungkin berbeza daripada apa yang kita sangka
Mesejnya bersambung-sambung
Mesej disampaikan melalui rangkaian yang berbeza
Mesej berkait rapat dengan budaya si pembawa
Ingat, bahasa badan kita dapat mempengaruhi mood pasangan

Pastikan tiga perkara sebelum mengandaikan mesej bahasa badannya
Bagaimana keadaan sekelilingnya
Saling kaitkan setiap bahasa badan yang terpamer pada tubuhnya
  Ambil kira pengalaman lalu apabila kita cuba mentafsir mesej bahasa badannya
Bertanya kepada pasangan bagi mengetahui kebenarannya

 Oh tidak, si dia sudah mula berbohong!
Cari sebab mengapa pasangan berbohong
Bolehkah seseorang melindungi penipuannya melalui bahasa badan?
Adakah dia jujur ataupun sebaliknya?

  • Bibliografi    

4.

Carta buku popular 10 Jun 2011

Carta buku terlaris di MPH (30 mei - 5 Jun 2011)
  1. A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad-   KARYA Tun Dr Mahathir Mohamad
  2. Notes to PM:  The untold Story of How Malaysia Beat The Currency Speculators KARYA Wong Sulong
  3. Pasport Muhammad Rasulullah KARYA Mohd Khalil Haji Nordin
  4. 101 Rekreasi Hati: Buat Diri Ku yang Mudah Lupa KARYA Dr Zahazan Mohamed &Nik Wafdi Nik Jaafar
  5. Legacy of Honour : Dato's Ja'afar Mohamed, Dato' Onn Ja'afar, Tun Hussien Onn KARYA Zainah Anwar
Buku Cereka
  1. Kasih Yang Suci KARYA Meen Zulaika
  2. M.A.I.D. - KARYA Suri Ryana
  3. Sutera Bidadari KARYA Ramlee Awang Mursyid
  4. Bisik-bisik Gelora KARYA Fauziah Ashari
  5. Tuan Rumah Pembantu Rumah KARYA Orkid Edyliyne
 

 (sumber mph.online & berita harian)

Carta buku terlaris di popular (sehingga 30 Mei 2011)
Buku bukan cereka
  1. 1 hari 1 resepi: 365 resepi istimewa Chef Hanieliza KARYA Chef Hanieliza 
  2. Kaum-kaum yang pupus KARYA Harun Yahya
  3. Terjemahan Al-Quran saiz comel (AHHOQ)
  4. Jangan Bersedih edisi Ekslusif KARYA Dr Aidh Al- Qanti
  5. Terjemahan Al-Quran oleh Walet Kecil 
Buku Cereka
  1. 7 Hari Mencintaiku KARYA Siti Rosmizah
  2. Cinta Yang Kurasa KARYA Anis Ayuni
  3. Bisik-bisik Gelora KARYA Fauziah Ashari
  4. Sutera Bidadari KARYA Ramlee Awang Mursyid
  5. Lafazkan kalimah cintamu-  KARYA Siti Rosmizah

4.

Monday, June 6, 2011

Ekspo yang paling mencatat keuntungan tertinggi setakat ini...

Assalamualaikum WTH...

Alhamdulillah, setelah lima hari mengharungi hari yang yang menggembirakan di karnival halal di Giant Kota Damansara, saya kini kembali ke PNN... Alhamdulillah, ekspo kali ini merupakan ekspo yang mencatat jualan tunai tertinggi dalam PNN mula menceburi perniagaan di tapak-tapak ekspo.

TQ kepada Allah SWT... TQ kepada orang Kota Damansara & kepada mereka yang mendoakan kejayaan PNN.. 

Ok, berjumpa lagi dilain lebaran... saya masih lagi keletihan dan mungkin berpotensi untuk demam buat kali ke-19nya pada tahun ini... Harini juga merupakan hari yang akan 'memenatkan' kerana terpaksa menyusun kembali stok buku yang tidak habis terjual kembali ke rak-rak... Ada 14 kotak! Cnfrim penat! & cnfrim ptg ni saya akan tido keletihan....


* Samada sales tinggi ini dipengaruhi oleh tarikh dimana para pelanggan baru menerima gaji, lokasi yang cantik @ ke'ensem'an si teruna berbaju hitam tu... hehehe
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...