Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, November 22, 2011

Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid- Novel Terbaru

Assalamualaikum WTH...


Ramlee Awang Mursyid kembali!!! Saya tak mahu mengulas panjang-panjang.. Yang pastinya kedai saya (Pustaka Nur Najma), akan menempah novel ini banyak-banyak untuk dijual kepada peminat-peminat RAM di sekitar Bandar Rawang ini!


Fiksyen 302 oleh Ramlee Awang Murshid- Novel Terbaru

Sinopsis 
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerahkan diri dalam keadaan telanjang bulat

bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Pada tahun 2032, seorang peguam, Rita Yuzalina, menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkai misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan.... Trajedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!!!


p/s: saya pasti jualan novel ini akan meletup seperti novel2 RAM yang lalu!



4.

3 comments:

PUSTAKA NUR NAJMA said...

Saya sudah menerima tempahan dari teman-teman.. ^_^

Ustaz Azrai said...

Hehe.. selamat la.. I.Allah, mcm 1st order kena dalam 200 naskah ni..

Ustaz Azrai said...

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...