Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, May 31, 2011

Keberkatan Restu Ibubapa...

Assalamualaikum WTH..

Minggu lepas saya menerima satu e-mail dari seorang sahabat. Beliau sedang mengusahakan sebuah kedai buku bersaiz sederhana di selatan tanah air. Beliau berada didalam dilema kerana perniagaanya selama tempoh setahun ini sedang mengalami masalah kekurangan pelanggan dan berhasrat untuk berpindah ke lokasi di sebuah hypermarket. Namun begitu hasrat beliau mendapat tentangan daripada pihak ibubapanya. Malah keputusan beliau untuk membuka perniagaan ini juga masih mendapat tentangan dari mereka sejak setahun yang lalu. Oleh itu beliau meminta pandangan saya....

Dengan modal tunai ditangan hampir rm300k saya sangat percaya rezeki berniaga dikawasan yang memiliki aliran trafik yang ramai bakal mendapat keuntungan jika perjalanan perniagaan  itu berjalan lancar dengan izin Allah SWT.

Setelah berbalas email beberapa kali, saya menasihatkan beliau agar bertemu lagi dengan ibubapanya bagi memohon restu mereka dengan bersungguh-sungguh. Ibubapa beliau harus diberikan info mengenai potensi perniagaan dikawasan hypermarket itu.


Hm, memang sukar untuk meyakinkan ibubapa kita tentang pelaburan perniagaan terutamanya jika melibatkan modal permulaan yang tinggi. Ibubapa mana yang sanggup melihat pelaburan anaknya hilang? Lebih sukar lagi jika pihak ibubapa kita bukan terdiri daripada golongan usahawan @ peniaga. Kebanyakan mereka lebih gemar jika anak mereka bekerja makan gaji dan tidak terdedah kepada risiko perniagaan. Yup, mereka ini lebih gemar melihat sesuatu secara negatif terutamanya setelah melihat perniagaan awal beliau mengalami keuntungan yang sekadar 'cukup makan' sahaja. Tetapi apakah yang kita boleh lakukan untuk meyakinkan mereka? Jika wang modal itu dari wang simpanan sendiri mungkin agak mudah caranya. namun bagaimana jika perniagaan itu melibatkan wang pinjaman?

Saya beruntung kerana dilahirkan didalam famili peniaga. oleh itu sedikit sebanyak kami sudah terbiasa dengan cabaran dan sepak terajang didalam bisnes.

Sebagai anak yang baik, saya menasihatkan sahabat itu agar bertemu  dengan ibubapanya bagi memohon restu mereka dengan bersungguh-sungguh. Ibubapa beliau harus diberikan info yang jelas mengenai potensi perniagaan dikawasan hypermarket itu. Jika perlu diberikan 'bisnes plan' sila tunjukkan kepada mereka. Mengapa saya bercakap demikian? Kerana saya mahukan keberkatan ibubapa itu mengiringi perniagaan beliau sama seperti tindakan yang saya lakukan sebelum membuka perniagaan ini. Bukankah dengan redho mereka Allah akan menambahkan lagi rezeki kita?

Setelah beberapa ketika, saya sekali lagi mendapat email daripada beliau. Beliau kini baru dua bulan membuka kedai didalam hypermarket itu dan Alhamdulillah jualan tunainya sangat hebat!

Kepada ibubapa diluar sana yang meragui keupayaan anak mereka. didalam bidang perniagaan saya nasihatkan agar merestui setiap perbuatan anak mereka. Sekiranya anak anda mahu menceburi perniagaan yang halal. Restu kalian sebenarnya merupakan tonik semangat buat kami yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ini! Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kalian adalah pembakar semangat kami! Kami ingin berjuang didalam bidang ini dan kami sangat cintakan pekerjaan sebagai usahawan @ peniaga ini! Dan kami mahu berkongsi sesuatu yang indah dan berharga buat kamu wahai AYAH DAN BONDAKU!





* Esok 1 jun-5 jun saya akan berada di Ekspo Karnival Halal di Giant Kota Damansara.. Doakan sales PNN hebat ea! TQ Semua...
* Jika mahu bertemu & membeli buku-buku hebat dipersilakan datang..
I.Allah saya akan sediakan hampir 300 buku terlaris..
4.

Wednesday, May 25, 2011

Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali - Karya Bob Lokman & Riduan Muhamad Nor

Assalamualikum WTH..

Tajuk Buku: Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Penulis : Bob Lokman dan Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan : Jundi Resources
Cetakan : Mac 2011
Jumlah Halaman : 157 mukasurat 
Harga: RM16.00 (RM20 termasuk kos pos laju ke semenanjung malaysia- email kpd saya azraay@gmail.com)


Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.

Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI.
4.

Sunday, May 22, 2011

Yakjuj makjuj 2 - lima gelombang pembawa bencana - karya terbaru Muhammad Alexander

Assalamualaikum WTH..
Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-366-071-1
Tarikh Terbit: 27 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 776
Kategori: Islam, Akidah, Biografi, Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis

"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Hadis direkodkan oleh Bukhari.

Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (2009) mendedahkan bangsa misteri yang disebutkan di dalam al-Quran, Yakjuj & Makjuj. Isu-isu misteri kian terungkap dengan penemuan bangsa Scythia yang mirip dengan karakter Yakjuj & Makjuj dan Pergunungan Kaukasus sebagai lokasi 'tembok' Yakjuj & Makjuj. Bukti-bukti sejarah kian menunjukkan kebenaran ini. Namun, bangsa Scythia hanyalah satu daripada bangsa Yakjuj dan Makjuj.

Buku Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana ini mendedahkan lima bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam dalam sejarah * Menghurai keturunan Yakjuj & Makjuj bermula daripada keturunan Nabi Nuh * Sifat yang ada pada Yakjuj & Makjuj terdapat dalam keturunannya sekarang * Apabila tiba masa yang dijanjikan, lima bangsa ini akan kembali menguasai bumi. 
 
Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan mendapat Ijazah Doktor dan Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah dan peradaban. Beliau menghasilkan karya-karya bestseller seperti Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009), Alexander adalah Zulqarnain (2010), Armagedon: 2012 (2010).  

bab


Kajian Tafsir: Eksplorasi Kata Kunci Yakjuj dan Makjuj
      Al-Quran, surah al-Kahfi ayat 83–99
      PerawakanYakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir Al-Quran
      Yakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir Tabari (310 H/910 M)
      Yakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir Qurtubi (671 H/1271 M)
      Yakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir Ibnu Kathir
      Yakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir Al-Maraghi
      Yakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran (Sayyid Qutb)
      Yakjuj dan Makjuj Dalam Tafsir al-Mishbah
      Yakjuj dan Makjuj dalam Tafsir Jabatan Agama RI (1985/1986)
      Yakjuj dan Makjuj Menurut Tafsir al-Quranul Majid AN-NUR
      Benang Merah Perbandingan Antara Tafsir: Identiti dan Lokasi Yakjuj Makjuj, Serta Bangsa yang Menjadi Mangsa Serangan Yakjuj Makjuj
      Erti, Karakter dan Sifat Yakjuj dan Makjuj
      Profil Yakjuj dan Makjuj Dalam Sumber-Sumber Hadis
       Paganisme: Agama Yakjuj Makjuj

Menelusuri Jejak Nenek Moyang, Mencari Keturunan Genealogi Yakjuj dan Makjuj
      Skema Eksplorasi Yakjuj dan Makjuj: Genealogi, Sosio-Antro Agrikultur dan Artifak Linguistik
      Eksplorasi Genealogi Keturunan Anak-Anak Nuh (Manusia Perahu)
      Garis Masa Keturunan Nabi Nuh
      Daripada Nabi Adam Sampai Nabi Nuh
      Banjir Besar zaman Nabi Nuh
      Menemui Kembali Perahu Nabi Nuh: Lokasi Permulaan Penghijrahan
      Di Manakah Bukit Judi?
      Judi = Jud = Jadd = Jed = Datuk
      Skala Perbandingan Dengan Manusia Moden
      Penyebaran Manusia Selepas Pendaratan Perahu Nuh
      Genealogi Keluarga Nuh Menurut Agama Yahudi
      Bentuk Permukiman Awal Keturunan Nuh
      Penghijrahan Besar-Besaran ke Utara Kerana Ancaman Bencana Kemarau
      Yafits bin Nuh Menurunkan Yakjuj dan Makjuj Aryanomad dan Scythia
      Garis keturunan Yakjuj dan Makjuj Aryanomad dan Scythia

JUJ = JOCH = YOKE?
Eksplorasi Sosio-Antro Agrikultur
      Menelusuri Istilah “Yakjuj dan Makjuj” Dalam Budaya Pertanian
      Tamadun Besar Selalunya Berdekatan Dengan Air
      Mesopotamia – Fertile Crescent
      Pengairan Pertanian Mendorong Kemunculan Desa–Kota
      Munculnya Kota
      Ancaman Daripada Suku Nomad Barbar ke Atas Kota-Kota
      Kuk/Yoke/Joch/Juj/Gog/Gù (gandar): Sebuah Inovasi Pertanian
      Istilah Kuk/Yoke/Joch (Juj) Mulai Dijadikan Sebutan Untuk Para Penindas
      Yoke = Gog = Juj = Cengkaman?
      Terbentuklah Tamadun-Tamadun Besar Dunia Berserta Ancaman Para Penyerang
      Gerombolan Barbar Nomad Dari Padang Rumput Eurasia
      Garis Masa Tamadun Awal – Pertanian – dan Munculnya Istilah ”Kuk” (Joch/Yoke) Sebagai Awal Istilah ”Juj” (Yakjuj dan Makjuj)

Eksplorasi Artifak Linguistik
“Yakjuj dan Makjuj”
      Yakjuj Makjuj: Satu Gelaran atau Nama Sebenar?
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Sanskrit
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Arab
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Ibrani
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Jerman dan Inggeris
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Cina Mandarin
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Jepun
      Eksplorasi Kata “Yakjuj Makjuj” Dalam Bahasa Turki

Yakjuj dan Makjuj Bangsa Berkuda Dari Padang Rumput EURASIA
      Keadaan Geografi Steppe Eurasia
      Bangsa Berkuda
      Penjinakan Kuda di Steppe Eurasia (3200 SM)
      Garis Masa Penjinakan Kuda Oleh Penggembala Nomad Dari Padang Rumput Eurasia
      Gaya Hidup Penggembala Nomad Membentuk Perilaku Ketenteraan
      Kuda Tidak Dapat Dipisahkan Daripada Suku-Suku di Eurasia
      Dikuburkan Bersama Kuda
      Penemuan Kereta Perang Berkuda (2300 SM)
      Pengaruh Penjinakan Kuda ke Atas Peluasan Kuasa

Suku Nomad Yakjuj dan Makjuj di Eurasia:
Aryanomad – Scythia – Cimmeria – Xiongnu – Hun – Mongol – Tartar – Turki
      Bangsa-Bangsa di Padang Rumput Eurasia
      Suku-Suku Yakjuj dan Makjuj di Eurasia
      Suku Aryanomad
      Suku Scythian/Scythia dan Cimmeria
      Suku Xiongnu/Hsiungnu/Hiongno/Hishonu
      Suku Hun
      Suku Mongol danTartar
      Suku-Suku Aryanomad, Scythia, Cimmeria, Hun, Xiongnu, Mongol, Tartar, Saxon, Alan, Sarmatia, Mesaggetae Adalah Bangsa Turk/Turki
      Istilah Turki Dalam Pelbagai Bahasa
      Usaha Gerombolan Turki Melintasi Sadd/Barrier, Penghalang Alam Semula Jadi Timur Tengah
      Yakjuj = Scythian Asiatik; Makjuj = Scythian Eropah
      Suku-Suku Eurasia yang Lain



Sejarah Perebutan Kekuasaan di Timur Tengah – Yunani – Asia Utara – India – China Serta Peranan Bangsa Yakjuj Makjuj 

Letupan-letupan Dari Padang Rumput Eurasia: Gelombang Keluarnya Yakjuj Makjuj
      Pembahagian Masa Keluarnya Yakjuj Makjuj Menurut Abul Kalam Azad
      Letupan Yakjuj Makjuj Dari Padang Rumput Eurasia
      Tujuh Tinjauan Penting Dalam Menelusuri Rumpun Bangsa Yakjuj Makjuj
      Lima Gelombang Keluarnya Yakjuj Makjuj

Gelombang I Keluarnya Yakjuj dan Makjuj: Serangan Suku Aryanomad ke Mesopotamia dan India Abad ke-21–12 SM
      Aryanomad Berasal Dari Padang Rumput Eurasia
      Gelombang I (2100–1800 SM): Serangan Yakjuj Makjuj Aryanomad Terhadap Mesopotamia
      Nabi Ibrahim Selamat Daripada Serangan Aryanomad
      Sekilas Kisah Epik Hijrah Nabi Ibrahim
      Nabi Ibrahim Bapa Epistemologi Monoteisme
      Angin Timur Pembawa Bencana Kebuluran
      Inilah Penindasan Yakjuj Makjuj Aryanomad Dari Eurasia Sebagai ”Kehinaan” (asfalin) yang Menimpa Para Penentang Ibrahim
      Serangan Aryanomad ke Atas Mesopotamia Menyebabkan Bangsa Hyksos (Al-Baidah daripada kabilah Amaliqah) Berhijrah ke Mesir
      “Arya” Dalam Bahasa Arab
      Keteguhan Ibrahim Mewariskan Ajaran Monoteisme Tauhid Kepada Anak-Anaknya
      Penghijrahan dan Serangan Hyksos Dari Mesopotamia ke Mesir
      Gelombang II (1800–1500 SM): Serangan Yakjuj Makjuj Aryanomad ke Atas India
      Topografi India: Inikah “Negeri di Antara Dua Buah Gunung” (bainas saddaini)?
      Beberapa Gelombang Serangan Aryanomad ke Atas India
      Serangan Aryanomad Masa Rig Vedik: Penghancuran “Vrtra” (Empangan) Sungai Indus Milik Bangsa Dravida
      “Ya–Ju Maa–Ju” Adalah “Pasukan Cepat Berkereta Kuda”
      Garis Masa Lembah Indus dan Serangan Aryanomad
      Teori Kelima Serangan Aryanomad ke Atas India
      Bangsa Aryanomad Membunuh Lima Juta Penduduk Hitam “Dasyu”: Satu Usaha Balas Dendam
      Pembinaan Empangan Sungai Indus: Penyebab Konflik Awal Dengan Bangsa Aryanomad
      Ayat-Ayat yang Berkaitan Dengan Peperangan Dalam Veda
      Rumpun-Rumpun Bangsa Penghuni India Lama Selepas Serangan Aryanomad
      Serangan Tanpa Henti Aryanomad ke Atas India Menyebabkan Rumpun Bangsa India Peribumi Melarikan Diri ke Asia Tenggara

      Sejarah Masuknya Agama Ibrahim Ke India
      Suku Parsi Dalam Veda
      Beberapa Jejak Ajaran Monoteisme yang Tersimpan Dalam Veda
      Dalam Veda Juga Ada Nama Yang Serupa Dengan Ibrahim
      Brahmana = Birrahmana?
      Bani Israel dan Tradisinya di India
      Perang Suci Bangsa Aryanomad
      Sinkronik–Diakronik Sebab-Sebab Serangan Suku Yakjuj Makjuj Dari Steppe Eurasia ke Atas Mesopotamia dan India

Gelombang II Keluarnya Yakjuj dan Makjuj: Serangan Suku Scythia–Cimmeria ke Timur Tengah Abad ke-8–3 SM 
      Ancaman Dari Sebalik Pergunungan Kaukasus
      Yakjuj dan Makjuj Memintas Pergunungan Kaukasus
      Faktor-Faktor Pendorong Keluarnya Scythia
      Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Cimmeria (750 SM)
      Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Hitti di Urartu (743 SM)
      Serangan Yakjuj Makjuj Cimmeria Terhadap Bangsa Israel Utara di Samaria (721 SM)
      Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Media (675 SM)
      Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Palestin, Mesir dan Syria
      Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Assyria di Niniwe (612 SM)
      Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Israel Yudea di Jerusalem (587 SM)
     Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Terhadap Bangsa Chaldea Kasdim di Babylon (539 SM)
     Alexander The Great (356–323 SM): Penakluk Yakjuj (Scythian Asiatik) dan Makjuj (Scythian Eropah)
     Alexander Memasuki Daerah di Antara Dua Gunung (Gunung Pamir dan Tien Shan) di Lembah Fergana
Alexander Bertemu Bangsa Yang Hampir Tidak Memahami Percakapan: Fergana = Foreign (F-R-G-N) Bererti “Kaum Yang Tidak Faham” Percakapan Yunani
Alexander Mendirikan Tembok Besi di Pergunungan Tien Shan Bagi Menghalang Gerakan Yakjuj dan Makjuj Scythian Menuju ke Lembah Subur Fergana
      Alexander The Great Inilah Yang Disebut Zulqarnain Dalam Al-Quran
Alexander Menakluki India Hingga Keturunannya Membentuk Keluarga Raja-Raja Sailendra (Srikandar/Iskandar)
Keluarga Raja-Raja Sailendra Melarikan Diri ke Jawa dan Berjaya Membina Candi Borobudur (824 M)
Sebahagian Keluarga Sailendra Ini Juga Melarikan Diri (Melayu) ke Sumatera Hingga Melahirkan Keturunan Raja-Raja Melayu

Gelombang III Keluarnya Yakjuj dan Makjuj: Serangan Suku Hsiung-Nu ke China Abad ke-3–1 SM
      Xiongnu Adalah Rumpun Bangsa Yakjuj (Scythian Asiatik)
      Dinasti-Dinasti China
      Keadaan Geografi Lembah Sungai Kuning, China
      Kuda “Ma”, Hsiungnu Yakjuj Makjuj dan China
      Tembok Besar, Bukti Serangan Yakjuj dan Makjuj ke Atas China
      Period Serangan Yakjuj dan Makjuj (Xiongnu) ke Atas China
      Alasan Serangan Suku Barbar Yakjuj Makjuj Ke Atas China
      Serangan Yakjuj Makjuj Xiongnu Pada Masa Dinasti Chou/Zhou
      Serangan Yakjuj Makjuj Xiongnu Pada Masa Dinasti Ch’in
      Serangan Yakjuj Makjuj Xiongnu Pada Masa Dinasti Han
      Kaisar Wu Ti ”Maharaja Perang” Dinasti Han (140–87 SM): Serangan Balik Terhadap Xiongnu
      Tiga Tahap Strategi Wu Ti
      Tahap I: Ekspedisi Perisikan Wu Ti ke Pusat Pemerintahan Xiongnu
      Wu Ti Mengirim Chang Ch'ien Menuju ke Barat Bagi Memujuk Yueh-Chih
      Tahap II: Ekspedisi Pembebasan Wu Ti
      Tahap III: Ekspedisi Persahabatan Bagi Mengukuhkan Hegemoni Wilayah Dinasti Han
      Ekspedisi Barter Kuda ke Fergana, Asia Tengah
      Kesan Tekanan China Terhadap Xiongnu: Eropah dan India Terancam
      Ratapan Perang di China Utara dan Kedamaian di China Selatan
      Garis Masa Peperangan China Melawan Yakjuj dan Makjuj

Gelombang IV Keluarnya Yakjuj dan Makjuj: Serangan Suku Hun Ke Eropah dan Asia Abad ke-3–4 M
      Hun adalah suku campuran rumpun bangsa Makjuj (Scythian Eropah) dan Yakjuj (Scythian Asiatik)
      Serangan Yakjuj Makjuj Hun (433–454 M) dipimpin Attila
      Hun menyerang dan menguasai India (455 M)
      Hun memasuki Timur Tengah mengalahkan Parsi (484 M)
      Garis masa suku Hun
      Serangan Magyar ke Eropah (895–955 M)
      Kelahiran Islam dan Ekspedisi pertama menghadapi Yakjuj Makjuj Hun/Turki: Penghalauan kembali ke Eurasia
      Pembebasan Azerbaijan daripada anasir Yakjuj Makjuj Hun–Turki
      Perkembangan Dakwah Islam: “Dinding Hidup” kedua Zulqarnain, Satu jaminan keamanan Timur Tengah
      Garis masa peperangan Islam vs Yakjuj Makjuj Hun (Turki)

Gelombang V Keluarnya Yakjuj dan Makjuj: Serangan Suku Mongol–Tartar ke China, Timur Tengah, Eropah dan Nusantara Abad ke-12–13 M
      Mongol Adalah Rumpun Bangsa Yakjuj (Scythian Asiatik)
      Pesanan Nabi Muhammad Tentang Keluarnya Yakjuj Makjuj Mongol
      Penyebab Awal Datangnya Al Wail ‘Malapetaka’ Yakjuj Makjuj ke Kerajaan Islam 1228 M – 1258 M
      Serangan Mongol ke Khawarizmi (1228 M)
      Malapetaka Menimpa Dinasti Khawarizmi di Khurasan
      “Haa Mim Ain Siin Qaaf”: Kehancuran Dinasti Abbasiyah oleh Yakjuj Makjuj Mongol (1258 M)
      Keturunan Dinasti Abbasiyyah yang Lari ke Aceh
      Kekejaman Pasukan Yakjuj Makjuj Mongol
      Sebab-Sebab Bencana Kekalahan Kerajaan Islam
      ”Dinding Hidup” Zulqarnain II Itu Sudah Rapuh Dan Roboh
      Nabi Muhammad Mengibaratkan Serangan Yakjuj Makjuj Seperti Serangan Belalang
      Tradisi Agama Yahudi, Mengumpamakan Pasukan Berkuda Yakjuj Makjuj Sebagai Serangan Belalang
      Mimpi Nabi Muhammad Tentang Terbukanya Dinding Yakjuj Makjuj
      Barat Mengambil Peluang Keemasan
      Serangan Mongol ke China (1215 M)
      Mongol Mendirikan Dinasti Yuan Di China (1279 M – 1368 M)
      Serangan Mongol ke Eropah (1241 M)
      Serangan Dinasti Yuan Mongol Ke Nusantara (1293 M)
      Hancurnya Dinasti Yuan Mongol di China (1368 M)
      Tembok Besar Diperbaiki oleh Zhu Di, Kaisar Dinasti Ming Ketiga
      Garis Masa Dinasti Padang Rumput Mongol Dari Masa Kejayaan Hingga Keruntuhan (1206–1387 M)

Kesimpulan
      Yakjuj adalah Scythian Asiatik (Mongol Altaik); Makjuj adalah Scythian Indo–Eropah
      Faktor-faktor Pendorong dan Penarik Keluarnya Yakjuj Makjuj
      Lima Kriteria Yakjuj dan Makjuj: Di Manakah Yakjuj dan Makjuj Sekarang Ini?
      Pada Masa Ini Tembok Besi Alexander Dan Tembok Semula Jadi (Pergunungan Utara) Sudah Tidak Berfungsi
      Benang Merah Kejayaan Umat: Tip Supaya Selamat Daripada Serangan Yakjuj Makjuj
      Untuk Kita Renungkan

Lampiran:
Garis masa sejarah perebutan kekuasaan di Timur Tengah – Yunani – Asia Utara – India – China serta peranan bangsa Yakjuj Makjuj

Daftar Pustaka
Indeks kata penting
4.

Kita hanya "perancang"

Assalamualaikum WTH..

Pernahkah anda semua membaca kisah penjual tempe yang menjual tempenya yang masih belum cukup matang? Kisah yang saya tampilkan kali ini memiliki mesej yang hampir sama dengan kisah si penjual tempe itu...

Suatu ketika dulu, ketika saya bekerja disebuah hypermarket diselatan tanah air. Saya telah didatangi seorang sahabat yang sedang mengusahakan tanaman tebu susu (tebu yang sesuai digunakan didalam pembuatan air tebu). Beliau memohon jasa baik saya untuk mencarikan pelanggan yang boleh membeli tebu tanamannya yang sudah mencapai usia matang itu  secara pukal. 

Saya terdiam seketika, sebenarnya ketika itu adalah merupakan musim tengkujuh didaerah itu dimana hujan turun dengan kadar yang agak kerap dan sesetengah tempat dilanda banjir. Saya mula membayangkan peniaga air tebu mana yang sanggup menanti didalam hujan untuk menjual air yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas?

Setelah beberapa minit kemudian, saya memberitahu perkara yang ada didalam fikiran saya itu kepada sahabat saya itu. Muka sahabat saya itu kemudianya bertukar warna. Mungkin kecewa dengan jawapan saya yang tidak mampu menolongnya dan memberikan khabar buruk kepadanya. 

Dalam masa yang sama saya sempat memberikan dia beberapa nasihat keusahawanan. Malah saya secara tegas menyatakan kepadanya bahawa pertanian adalah salah satu cabang keusahawanan. Saya menasihatkan kepada sahabat saya itu agar mengkaji permintaan pasaran terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perancangan. Bukankah berniaga air tebu pada bulan puasa@ ramadhan, ketika cuaca panas dan musim cuti merupakan perniagaan yang sangat menguntungkan? Oleh itu mengapa dia menanam tebu yang hanya dapat dituai ketika musim hujan? Bukankah lebih elok jika dia dapat melewatkan @ mengawalkan penanaman tebu tanamannya itu agar ketika masa penuaian berlaku, penuaian itu berlaku ketika permintaan terhadap tebu sangat tinggi?

Selang beberapa ketika, sahabat saya itu memohon diri untuk pulang. Namun, setelah beberapa ketika itu juga, seorang eksekutif jualan sebuah syarikat pembekal kordial dan jus minuman yang terkenal diselatan tanah air datang kepejabat saya untuk mengambil order. Setelah dia mengambil order kami berbual-bual seketika. Ketika kami sedang leka berbual, beliau sempat menyatakan bahawa syarikatnya kini sedang menghadapi masalah untuk membekalkan kordial berperisa tebu kepada hypermarket tempat saya bekerja kerana sedang mengalami masalah ketiadaan bahan mentah utama iaitu ekstrak tebu.

Dalam diam, saya dapat merasakan air muka saya pula yang berubah warna. YA! Saya bukan Tuhan! Saya bukanlah 'penetap' sesuatu kejadian, saya hanya merupakan hamba kepada Allah SWT. Walaupun saya dianggap sebagai 'perancang' terbaik di hypermarket itu, saya masih perlu bergantung kepada izinnya untuk melaksanakan sesuatu yang terlintas difikiran saya. Terasa kerdil diri ini ketika Allah secara 'tunai' memberikan saya pengajaran. Saya tertunduk seketika.

Kemudian saya menghulurkan kepada sahabat saya itu nombor telefon sahabat saya yang sedang mencari pembeli tebunya itu. Sahabat saya itu bersetuju untuk membeli kesemua tebu tanaman sahabat saya itu!

Bukankah Allah sudah berkata> Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t.

"Dalam diam, saya dapat merasakan air muka saya pula yang berubah warna. YA! Saya bukan Tuhan! Saya bukanlah 'penetap' sesuatu kejadian, saya hanya merupakan hamba kepada Allah SWT. Walaupun saya dianggap sebagai 'perancang' terbaik di hypermarket itu, saya masih perlu bergantung kepada izinnya untuk melaksanakan sesuatu yang terlintas difikiran saya. Terasa kerdil diri ini ketika Allah secara 'tunai' memberikan saya pengajaran"

 (teringat zaman belajar di UUM, kami dekat dgn ladang gula di felda Chuping.. cantik banget..)


4.

Friday, May 20, 2011

ku damba keampunan-Amar

m'


Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku

Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir

Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
 
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
 
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu
 
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku
4.

Thursday, May 19, 2011

Zuriat Biologi: Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam _ Hasan Basri Omar

Assalamualaikum WTH..





Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-366-037-7
Tarikh Terbit: 1 May 2011
Jumlah Muka Surat : 160

Untuk belian online sila email azraay17@gmail.com (RM26 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia

Buku ini hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.

Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.
Proses reproduksi buatan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’ ini mengajak kita untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran?

Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?

Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.

Isi Kandungan
 

Bayi Tabung Uji
- Sejarah bayi tabung uji
- Mengekal zuriat cara Islam
- Ke arah menghasilkan keturunan.
- Kehamilan dan kemandulan.
- Galakan mendapatkan rawatan.
- Pendedahan aurat bagi tujuan perubatan.
Bantuan Penghamilan
- Faktor-faktor yang memerlukan bantuan penghamilan.
- Hukum Onani
- Aplikasi janin manusia dalam penyelidikan dan perubatan.
Pesum
Dari segi definisi bahasa dan istilah pakar fikah.
Persenyawaan Dalaman.
Persenyawaan In-Vitro.
- Penggunaan Sperma/ Ovum daripada orang luar.
- Hukum menyumbang sperma ataupun ovum kepada pihak lain.
- Hukum menyewakan haiwan jantan bagi tujuan baka atau pokok jantan bagi didebungakan.
Perspektif Islam pada Bantuan Persenyawaan Buatan
-Keadaan yang boleh persenyawaan dengan bantuan perubatan
-Keadaan yang haram persenyawaan dengan bantuan perubatan.
-Persenyawaan bantuan perubatan antara benih suami isteri yang bercerai ataupun meninggal dunia.
-Persenyawaan tanpa sperma dan ovum.
-Kesan rentetan daripada persenyawaan bantuan perubatan
- Kesan anak daripada ovum ataupun sperma bukan suami isteri.
- anak pungut.
Sewa Rahim atau Rahim Tumpang
- Perjanjian sewa rahim menurut Islam.
- Hukum Islam pada penyewaan rahim.
- Percanggahan fatwa Dr. Mut'ie Bayumi
- Jawapan kepada fatwa Dr. Mut'ie Bayumi
- Kesan-kesan bakal timbul daripada penyewaan rahim.
- Kesan undang-undang dan tatasusila masyarakat.
Bagaimana Islam Mengesahkan Keturunan Bayi Tabung Uji?
- Hukum yang membolehkan.
- Hukum yang diharamkan.
- Haram meletakkan anak angkat berbinkan bapa angkat.
Memilih Jantinan Janin Mengikut Perspektif Islam?
- Bagaimana Menentukan Janin?
- Perbahasan Sarjana Islam mengenai penentuan janin.
Perancang Keluarga: Adakah Dibolehkan?
- Isu 'azal dan penjelasan Sarjana Islam.
Kaedah Fikah dalam Memahami Zuriat Biologi
Bibliografi.



4.

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



 
Oleh Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-0142-40-1
Tarikh Terbit: 29 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 184

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Email saya untuk belian online azraay17@gmail.com (rm19.00 termasuk kos pos)


BAB 1 : SEJARAH GERAKAN ISLAM MALAYSIA, SEBUAH SOROTAN RINGKAS
Gerakan Islam dunia
Ikhwan Muslimin, Perintis gerakan Islam dunia
Indonesia dan gerakan PKS
Algeria dan gerakan FIS
Palestin dan seruan ‘intifadah’
Pejuang pembebasan Moro, Filipina
Parti Allah’ di Lubnan
Gerakan Islam mencetak tokoh
Peranan gerakan Islam di dalam sebuah negara
Sorotan gerakan Islam di Malaysia
PAS dalam politik tanah air Malaysia

BAB 2 : SEKITAR KEHIDUPAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL
AZIZ BIN NIK MAT
Kelahiran, keturunan dan keluarga
Ayahanda dan bondanya
Sekitar sejarah Islam di negeri Kelantan
Sekolah ‘pondok’
Budaya berniaga rakyat Kelantan
Pendidikannya
Pulang ke tanah air menabur bakti

BAB 3 : PERJUANGAN DAN JATUH BANGUN
Menabur bakti di tanah air
Terjun ke gelanggang politik
Dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS
Dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan
PAS di Kelantan
Menjadi Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar yang sederhana
Perubahan sedikit demi sedikit
Mengubah rohani dan fizikal negeri Kelantan
Ikon ‘Perpaduan Nasional’
Selepas 20 tahun Kelantan bersama Islam

BAB 4 : PEMIKIRAN tuan guru DATO' HAJI nik abdul aziz bin nik mat Dalam ISU semasa di malaysia
Konsep pemikiran dan berfikir
Pemikiran dan kaedah pendekatan berfikir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
  1. Isu penggunaan ‘kalimah Allah’ untuk orang bukan Islam
Pendekatan uruf dan memahami waqie
Pemikiran yang ‘dekat’ dengan bukan Islam

  1. Isu perpaduan dan hubungan antara kaum di Malaysia
Insiden perarakan kepala lembu ke SUK Selangor dan kebijakan beliau
Terbuka asalkan ‘Islam’
Bukan Islam sebagai ahli PAS?

  1. Kontroversi perlaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan
Kesungguhan menegakkan syariat Hudud
Memberi faham, bukan memaksa
Berpandangan jauh

  1. Pengharaman judi dan arak di negeri Kelantan
Pendekatan faham rasional dan beransur-ansur.
Mengaitkan dosa dan pahala dalam setiap pandangan

  1. Isu muzakarah antara PAS dan UMNO
Tegas dengan prinsip dalam isu kerjasama

  1. Menjemput Mawi ke konsert di Kelantan
Membawa hiburan alternatif generasi muda

  1. Kontroversi ‘Allah samseng’
Menggunakan pendekatan ilmu bahasa Arab

  1. Royalti hak rakyat dan kerajaan Kelantan
Kronologi pembabitan royalti minyak Kelantan
Menjaga hak rakyat Kelantan

  1. Orang bukan Islam baca ayat suci al-Quran
Berdakwah dengan ‘mengutus surat’

  1. Orang bukan Islam masuk ke Masjid
Meluaskan pandangan sisi agama berkenaan orang bukan Islam

Sejenak menghayati pantun Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

PENUTUP
GALERI TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
RUJUKAN
4.

Alhamdulillah.. Saya dah sihat.. & akan kembali beraksi di TUM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah... setelah mengharungi beberapa hari demam dan beberapa masalah kesihatan, say kini semakin sihat. TQ atas doa kalian semua..

Alhamdulillah juga sejak kebelakangan ini perniagaan PNN semakin bertambah mantap> TQ atas kurniaan rezeki dari Allah SWT.

InsyaAllah, kini PNN mula mengorak langkah untuk melebarkan sayap perniagaan kami di dalam satu bidang baru iaitu melalui perniagaan di tapak-tapak ekspo dan karnival. Bermula dengan kejayaan di Karnival Amal di masjid contry Homes, Rawang dan Karnival Halal di tesco Rawang, kami mula menyedari bidang ini memiliki satu peluang yang hebat! Baru minggu lepas saya menyertai dua karnival di Sungai Besar, Sabak Bernam iaitu Karnival Jelajah di Tonggak Sepuluh dan Ekspo Raja Lawak di Hentian Bas Sungai Besar. Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sangat hebat!

InsyaAllah, jadual ekspo dan karnival yang akan kami sertai dalam masa terdekat ini ialah di:
  • 27-29 mei di Masjid Nurul Iman Rawang (Karnival Jom Pi Masjid) 
  • 27Mei-12 Jun di Carrefor Shah Alam (Karnival Usahawan 2011) 
  • 1-5 Jun di Giant Kota Damansara (Expo My Halal Bazaar) anjuran bersama JAKIM
Jumpa saya di lokasi yang disebutkan.. Moga Allah SWT memberkati & membanyakkan rezeki kami & mengekalkan kami dalam iman. Moga usaha kami untukk menyebarkan ilmu melalui pnjualan buku ini dberkati..
 P/s: Doakan PNN beroleh keuntungan yang lumayan.. InsyaAllah, kami sedang berusaha untuk memartabatkan perniagaan muslim dimata masyarakat. Moga usaha kita diberkati.
 (stok dari PTS)
4.

Tuesday, May 10, 2011

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat Karya Rohidzir Rais

Assalamualaikum WTH...


oleh Rohidzir Rais
Harga: RM 40.00 / RM 43.00
ISBN-13: 978-967-366-035-3
Tarikh Terbit: 23 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 440
Kategori: Islam, Fekah
Penerbit : PTS
Email saya untuk belian secara online: azraay17@gmail.com (RM45 termasuk kos pos)
 


BAB KANDUNGAN

  1. Pengertian dan Kewajipan Solat
  2. Waktu Solat
  3. Menutup Aurat
  4. Menghadap Kiblat
  5. Suci Tubuh dan Tempat Solat
  6. Azan dan Iqamat
  7. Rukun Solat
  8. Niat
  9. Berdiri Tegak
  10. Takbiratul Ihram
  11. Baca surah al-Fatihah
  12. Iktidal
  13. Rukuk
  14. Duduk antara Dua Sujud
  15. Sujud
  16. Tasyahud Akhir dan Selawat ke atas Nabi Muhammad
  17. Salam
  18. Tertib
  19. Sunat Haiyi'at
  20. Solat Musafir (Jamak dan Qasar)
  21. Solat Qada
  22. Sujud Tilawah
  23. Sujud Syukur
  24. Solat Jumaat
  25. Solat Jemaah
  26. Sapu Khuf
  27. Zikir & doa selepas solat


SINOPSIS
 
MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA
Solat  adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

Solat untuk Semua
Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.Solat, Pelerai Status SosialAmat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu. Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.

Solat, Perniagaan Tanpa Modal
Ibadah haji yang dikerjakan berpuluh ribu manusia di Makkah setiap tahun adalah syiar global Islam di dunia. Ia simbol universal agama Islam dan umatnya. Namun, ibadah haji menuntut keperluan yang tinggi dari segi kos perjalanan yang meningkat setiap tahun dan peruntukan masa yang sukar dipenuhi. Malah kepadatan kuato jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi juga menjadi penghalang kepada seorang Islam menunaikan ibadah teragung ini. Natijahnya tidak ramai yang berpeluang mengerjakan haji, dan kalau pun berpeluang, tiada jaminan ibadahnya sempurna. Justeru, ibadah haji adalah tuntutan yang memerlukan modal terlalu besar untuk dilakukan, sekali gus menyekat penyertaan ramai individu Muslim.Tetapi sebaliknya bagi solat. Ia adalah satu-satunya ibadah berganjaran besar tanpa memerlukan modal besar. Solat tidak menuntut kos pengangkutan yang tinggi kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja. Justeru, ia juga tidak perlu dihadkan dengan kuato tertentu kerana tempat solat tidak ditentukan pada suatu negeri tertentu. Rasulullah pernah menceritakan mengenai kelebihan baginda dan umatnya dibandingkan dengan para nabi dan umat mereka yang lain. Antara kelebihan itu ialah Allah menjadikan seluruh muka bumi ini tempat bagi orang Islam menunaikan solat.

Solat, Pintu Pertama ke Syurga
Ibadah yang diwajibkan ke atas orang Islam adalah anak kunci bagi mereka membuka pintu-pintu syurga dan mengunci pintu-pintu neraka. Setiap ibadah yang dilakukan dengan sempurna melayakkan seorang hamba bergerak hampir kepada Allah dan syurga-Nya. Pada ibadah zakat terdapat pintu untuk dibuka, pada ibadah haji dan umrah juga terdapat pintu untuk ke syurga. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain. Namun begitu, solat mempunyai kedudukan istimewa kerana ia adalah pintu pertama yang perlu dibuka sebelum sampai kepada pintu-pintu lain.Rasulullah pernah berpesan bahawa amalan pertama yang dihitung ialah solat. Sekiranya solatnya baik, dia akan berbahagia dan beruntung. Sekiranya rosak, dia pasti menyesal dan rugi. Ini memberikan gambaran jelas mengenai keutamaan solat dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain. Tidak kira berapa juta ringgit disumbangkan sebagai sedekah atau zakat, tidak kisah berapa kali seorang itu menunaikan haji dan umrah, sekiranya dia meninggalkan solat, semua ibadah yang lain tidak berguna.Ironiknya, ibadah paling tidak eksklusif, tanpa modal dan kelihatan terlalu mudah inilah yang paling bernilai di sisi Allah. Mengapa tidak, semua orang boleh membayar zakat, menunaikan haji, berpuasa dan mengucapkan syahadah.

Namun tidak semua orang mampu menjaga waktu solat fardu yang perlu dilakukan setiap hari. Solat adalah connection langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain. Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Ia adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah. Solat adalah ibadah unik yang perlu dipelihara dan dikerjakan dengan sempurna. Hanya dengan memahami hakikat ini, seorang hamba dapat berusaha mendirikan solat dengan sempurna.

Catatan Penulis
Buku Solat Kalis Zaman
Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar. Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh. Misalnya, kebanyakan pembaca sudah mengetahui semua rukun dalam solat, tetapi masih keliru apa yang perlu dilakukan sekiranya meninggalkan satu atau dua rukun atau terlebih rukun.Justeru, berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, saya rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca.Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca. Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan saya betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan. terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak. Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu.

Anda Bertanya Ustaz Menjawab mengenai SOLAT...
Berbekalkan pengalaman mendidik dua 'anak' yang berbeza kelebihan dan kekurangan, memberikan kelebihan besar bagi mendidik 'anak' ke tiga. Buku yang berada di tangan pembaca kini adalah gabungan dua metode berbeza yang disatukan. Keistimewaan metode soal jawab disatukan bersama kelebihan panduan bergambar, serta ditambah pula dengan susun letak berkonsepkan majalah. Tidak cukup dengan itu, buku ini dipersembahkan dalam empat warna. Semua kelebihan ini menjadikan buku ini begitu istimewa.Bukan mudah bagi sebuah penerbitan tempatan menerbitkan buku agama seperti fikah semewah ini kerana kos yang tinggi. Namun PTS melangkah dengan berani apabila memutuskan menghasilkan buku agama dengan spesifikasi menyamai buku memasak, majalah hiburan dan buku-buku mewah lain.

Hilang Separuh Nyawaku
Sejarah penghasilan buku ini dramatik. Pertama kali disusun letak, ia dibuat dalam hitam putih. Namun pihak pengurusan PTS meminta buku ini dihasilkan berwarna. Sudah tentu saya sebagai penulisnya paling teruja. Kerana itu, kerja-kerja susun letak yang terpaksa dilakukan semula, saya lakukan sendiri di pejabat dan di rumah. Lebih dua bulan saya mengorbankan tidur malam semata-mata demi buku ini. Akhirnya ia siap juga.Namun apakan daya, ujian melanda apabila komputer riba yang mengandungi semua fail buku ini dicuri! Hilang separuh nyawaku...Buku pada tangan anda ini adalah rekaan ke tiga selepas kecurian itu. Malah susun letak yang terakhir ini juga terpaksa dilakukan penambahbaikan sebanyak tiga kali bagi menjamin mutu dan kualitinya.Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.

Selamat Bersolat dengan Sempurna
4.

Thursday, May 5, 2011

Kewajipan Solat


l

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu' taharah menyucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahirabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada Mu Ya Allah Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati Ilahirabbulalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati pada Mu Yang Maha Suci
 
4.

Tuesday, May 3, 2011

Ensem x?

Assalamualaikum WTH..


Alhamdulillah, tahun ni Allah SWT kurniakan rezeki yang secukupnya untuk saya & PNN. Namun kesihatan untuk tahun ni agak teruk sedikit. Jika tahun lepas saya begitu cemerlang dengan hanya demam sekali sahaja. Tapi pada tahun ini saya sudah 5 kali demam dan sekali demam macam gambar diatas ni yang dijangka akan mengambil masa untuk pulih...

Allah nak suruh saya berehat sebentar.. TQ Allah.. Doakan saya cepat sembuh ye...

“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

maksud hadis
4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...