Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Saturday, February 11, 2012

Rezeki 2012

Assalamualaikum WTH..



Alhamdulillah, bulan pertama tahun 2012 ini perniagaan kami berjalan dengan lancar. Pembukaan cawangan PNN di NSK Rawang dan juga Kiosk kami di Jusco Rawang merancakkan perniagaan kami.

Alhamdulillah juga apabila projek sampingan kami iaitu jualan-jualan di tapak ekspo dan karnival semakin menunjukkan jualan yang memberangsangkan.. begitu juga dengan projek pembekalan alat tulis dan keperluan pejabat.. Alhamdulillah, syukur... 

Terima kasih saya ucapkan kepada semua.. kepada kedua ibu bapa kami yang memahami mendoakan, adik-beradik yang memberikan sokongan, kepada para pelanggan yang menyokong dan kepada pembaca blog ini.. InsyaAllah, kami akan terus berusaha mencapai impian semua.. doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat..

Dan teristimewa buat si dia.. maaf, saya terlalu sibuk untuk membahagikan masa.. ^_^


4.

Carta Buku Dan Novel Terlaris / Popular MPH dan Popular 10 Februari 2012 - Berita Harian

Assalamualaikum WTH...


Buku Bukan Cereka (MPH 5 Februari 2012)
  1. Anda bertanya: Ustaz Azhar Idrus Menjawap Berkenaan Permasalahan Semasa
  2. A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Muhammad
  3. Lessons of Success Victor SL Tan
  4. PS, I lough you - David Tong
  5. Dare to be a champion- Lee Chong Wei
Buku Cereka
  1. Gemersik kalbu- Anis Ayuni 
  2. Bicara Hati- Damya Hana
  3. Fiksyen 302- Ramlee Awang Mursyid
  4. Kampung Girl- Umi Kalsom
  5. Jodoh itu milik Kita
Buku Bukan Cereka POPULAR (5 Februari 2012)
  1. 1 Hari 1 Resipi - Chef Hanieliza
  2. Anda bertanya: Ustaz Azhar Idrus Menjawap Berkenaan Permasalahan Semasa 
  3. Cinta: Meraikan kekasih dilangit syurga: Zamri Mohamad dan Imran Yusuf
  4. Inspirasi Cinta Terhebat- Burhan Sadiq
  5. La Tahzan (Edisi Ekslusif Popular) Gadisku, Kerana Cinta & Jodoh - Najla mahfuzh
Buku Cereka (Novel)
  1. Kan ku kejar cinta kamu- Fauziah Ashari
  2. 7 hari mencintaiku - Siti Rosmizah
  3. Gemersik kalbu- Anis Ayuni
  4. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
  5. Lafazkan kalimah cintamu - Siti Rosmizah

(Sumber: Berita Harian 10 Februari 2012)

P/s: Moga carta ini membantu anda membuat pilihan buku 
@ novel yang perlu anda beli minggu ini... 

(^_^)
4.

Saturday, February 4, 2012

Novel terbaru "Karya Seni" Januari 2012 Jodoh Milik Kita dan Kampung Girl

Assalamualaikum WTH...

Jodoh itu milik kita - 
Sinopsis


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

********************************************************************

kampung Girl- Umi Kalsom

Sinopsis

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.


“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.


Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.


Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.


“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.


Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.


Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.


“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.


Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.


“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.


Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?


*************************************************************

Alhamdulillah, Stok novel terbaru karya seni ini sudah mula boleh didapati di Pustaka Nur
Najma



4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...