Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, October 5, 2011

PNN di Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa 6-10 Oktober 2011

Assalamualaikum WTH...



Alhamdulillah, sekali lagi PNN diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyertai pesta konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa yang akan bermula 6-10 oktober 2011 ini. 

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah kerana rezeki yang dikurniakan kepada PNN semakin hebat sejak kami mula bergiat aktif didalam bidang perniagaan ditapak-tapak ekspo dan karnival ini.

Kepada mereka yang hadir ke majlis ini dipersilakan hadir ke booth kami di tapak no-2 yang menjual pelbagai jenis buku bergenre agama, motivasi, kanak-kanak dan pelbagai lagi. InsyaAllah, diskaun istimewa akan ditawarkan kepada anda.

Doakan perniagaan kami diberkati Allah dan memperolehi keuntungan.. TQ


4.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...