Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Tuesday, October 11, 2011

Cerita Tentang Paip

Assalamualaikum WTH...


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana masih diberi ruang untuk bernafas dibumi ini dan diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini.

Peristiwa ini berlaku pada sekitar pukul 2 petang tadi. Ketika itu saya sedang mengambil angin  sambil berehat dihadapan kedai saya kerana berasa sedikit keletihan kerana sejak dari awal pagi saya agak sibuk mengemas ratusan buku-buku di rak. Sebenarnya PNN baru sahaja habis menyertai pesta konvo UIA, kami ada membuka booth menjual buku di pesta konvo itu, jadi stok-stok yang tidak habis dijual kami akan meletakkan semula stok buku itu di rak. Tugas rutin selepas kami habis menyertai mana-mana ekspo. :)

Ketika sedang berdiri dihadapan kedai, lalu seorang lelaki berbangsa Bangladesh dihadapan saya. Tiba-tiba dia berhenti dipaip kepunyaan saya yang terletak dihadapan kedai. Setelah membasuh tangan dan mukanya dia terus berlalu tanpa mengunci habis paip saya itu. Air paip itu masih mengalir lagi. Melihat kejadian itu, saya terus memanggil pemuda bangla itu... 

Itu you pakai siapa punya paip?
Tak tau...
Kalau tak tau kenapa guna?
Saya guna sikit saja..
Sikit atau banyak bukan soalnya... You muslimkah?
Muslim..

Orang muslim atau tidak, kalau nak guna barang yang bukan hak kita, kita perlu minta izin.. Saya takkan halalkan air you guna tadi.. kalau nak saya halalkan, awak bayar saya RM20.. Kalau tak mahu bayar didunia ni, you cari saya nanti diakhirat...

Saya lihat wajah pemuda bangla itu berubah menjadi hitam kemerahan.. samada dia malu kerana digertak oleh saya atau dia takut kerana bayaran RM20 yang saya sebut hanya kerana menggunakan sedikit air milik saya.

Saya sebenarnya tak kisah you nak guna banyak mana pun, saya halalkan, tapi lepas guna tutup elok-elok. Jangan sampai masih menitis laju. Membazir. Lagi bagus sebenarnya jika you minta izin sebab takut-takut pemilik tak halalkan. Susah you nanti kat akhirat... You nak masuk nerakakah?
Tak mahu..........................

Ni you dah sembahyang zuhur belum?
Belum..
Tadi pagi sembahyang subuh tak?
Tak...
Kenapa tak sembahyang?
Penat, baju kotor...
Bagus, nanti mati jawab depan Allah macamtu... 

Hm, selepas itu saya terus masuk kedalam kedai saya. Sebenarnya saya memang sengaja meninggalkan pemuda bangla itu sedikit persoalan dikepalanya agar dapat meransang dia untuk berfikir tentang kebenaran apa yang saya katakan sebentar tadi.

Semua benda di dunia ini milik Allah SWT.. dan kita sebagai hamba hanya meminjamkan sebentar anugerah itu. Namun ada beberapa benda milik Allah yang dipinjamkan kepada kita memerlukan izin daripada kita sebelum boleh dipinjamkan kepada pihak ketiga. 

ATAU MUNGKIN KITA SANGGUP MENCARI TUAN PUNYA BARANG YANG KITA GUNAKAN TANPA IZINNYA DIAKHIRAT KELAK? 

MUNGKIN ADA PEMILIK BARANGYANG TIDAK KISAH DAN MENGHALALKAN, NAMUN BAGAIMANA DENGAN PEMILIK YANG TIDAK MENGHALALKAN PERBUATAN MEMINTA TANPA IZIN?



4.

1 comment:

Ustaz Azrai said...

Dialog ini perlu dibaca dengan nada seperti "seorang bos yang mahu mengusik pekerjanya"

sbb mngkin agak kasar jika dibaca dgn serius..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...