"Sampaikan daripadaku olehmu walaupun sepotong ayat" -
hadis riwayat Bukhari & Muslim
Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya sering ditanya oleh sesetengah pelanggan berhubung sesuatu isu dan masalah berkaitan agama, mungkin faktor perwatakan @ panggilan 'ustaz' dikalangan teman-teman, pelanggan tetap dan staff saya. Alhamdulillah saya cuba menjawap mengikut kefahaman saya berdasarkan ilmu yang saya miliki.
---------------------------------------------------
Pagi ini saya didatangi oleh dua orang yang berasal dari Serawak (saya cam dari gaya perbualan & dialek yang dituturkan mereka). Pada mulanya saya merasa agak sedikit curiga dengan kedatangan mereka. Maklumlah, lengan mereka penuh bertatu dan berwajah sedikit garang.. Ciri-ciri pelanggan seperti ini biasanya kelihatan agak nakal (mencuri buku dll) Namun setelah menegur mereka dengan ayat-ayat manis ternyata mereka agak ramah juga. Mereka ini beragama kristian dan merupakan golongan etnik bidayuh.
Rupa-rupanya mereka berdua ni sedang mencari bahan bacaan berbentuk novel,. Saya tersenyum.. jarang ada laki-laki keluar mencari novel seawal pukul 7.30 pagi (kedai saya beroperasi pada pukul 7.15 setiap hari). Tapi novel untuk golongan laki-laki dikedai saya agak kurang kerana saya memfokuskan novel dakwah, cinta, motivasi dan lain-lain. Novel laki-laki mungkin dari karya Ramlee Awang Mursyid yang banyak berkisar tentang perjuangan, kisah seram dan pengembaraan.
Tapi saya agak terkejut apabila mereka ini memilih novel 'Isabella' dan 'Ayat-ayat cinta'. Mengapa saya terkejut? mestilah saya terkejut kerana mereka berdua ini memilih novel yang memiliki 'laras agama' yang tinggi terutamanya novel 'Isabella' yang menceritakan debat perbandingan agama islam dan kristian. Apabila saya menerangkan kepada mereka tentang sinopsis novel itu, ternyata saya salah. Sememangnya mereka berdua sedang mencari novel yang memiliki laras keagamaan sebagai pilihan. Rupa-rupanya juga mereka ini sudah tertarik kepada islam.
Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini saya pergunakan untuk berdakwah secara halus kepada mereka. Saya sempat mempromosikan kepada mereka diskaun sebanyak 50% untuk buku bertajuk 'the choice' karya Ahmad Deedad untuk rujukan mereka. Syukur, mereka menerima cadangan saya.
Selesai urusan membeli buku itu, mereka terus keluar sambil sempat memberitahu kepada saya untuk datang kembali pada masa terdekat untuk membeli buku-buku berkaitan agama islam.
Setelah mereka melangkah keluar dari PNN, saya termenung sebentar... Alangkah beruntungnya saya kerana dilahirkan sebagai islam dan dibesarkan oleh satu keluarga yang sangat mementingkan ajaran dan amalan islam.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh hampir sepuluh minit anak muda itu berada didalam kedai saya, saya hanya mampu mengucapkan sedikit sahaja mengenai keindahan islam. Jika kesempatan itu muncul ketika waktu saya tidak sibuk,(saya baru membuka perniagaan pada ketika itu, masih belum sempat lagi menyusun suratkhabar pun) ingin saya ceritakan betapa indahnya islam.
Semoga kedua-dua anak muda itu mendapat hidayah yang diidamkan. Amin
Saya akan menunggu kedatangan mereka lagi.. moga mereka kembali lagi kekedai saya untuk bersua lagi.
Islam itu indah, islam itu mudah...
4.
No comments:
Post a Comment