Dear Yayah merupakan novel remaja yang penuh warna warni karya 
Farihah Iskandar yang berkisar tentang perjalanan hidup remaja belasan 
tahun di dalam menuju usia dewasa ketika menuntut disebuah sekolah 
berasrama yang pastinya mampu menarik hati pembaca.
 
Tajuk ‘Dear 
Yayah’ yang dipilih menjadi tajuk novel ini adalah merupakan sebuah 
cacatan ‘diari kesayangan’ Jihan, selaku watak utama di dalam novel ini 
yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting kegiatan hariannya serta 
menjadi tempat untuk dirinya meluahkan perasaan.
Novel kehidupan 
remaja ini menceritakan Jihan, seorang gadis remaja yang sedang belajar 
di tingkatan empat merupakan seorang pelajar yang ceria, bijak, pemalu, 
aktif dalam kegiatan sekolah dan sangat bersifat perahsia menghadapi 
beberapa konflik berkaitan cita-cita, persahabatan dan alam percintaan 
remaja.
Dalam novel ini watak Jihan telah dibantu oleh 
watak Hazman dan Suria. Hazman, seorang pelajar popular dan diminati 
oleh ramai pelajar perempuan disekolah mereka. Hazman merupakan seorang 
pemuda tinggi lampai, berkulit putih, tampan, pintar dan merupakan 
penjaga gol utama untuk pasukan sekolah. Manakala Suria pula, merupakan 
kawan karib dan merangkap ‘roomate’ kepada Jihan sejak mereka berada 
ditingkatan dua lagi.
Pengarang novel ini mengajak pembaca
 menyelami kisah persahabatan ‘istimewa’ diantara Jihan dan Hazman. 
Walaupun persahabatan istimewa mereka berlangsung hampir setahun. Mereka
 hanya berhubung setiap hari melalui surat yang dikirimkan oleh sang 
posmen iaitu Suria. Pengalaman pertama kali berkawan secara rapat dengan
 laki-laki menyebabkan Jihan lebih selesa untuk merahsiakan perhubungan 
mereka.
Demi merahsiakan perhubungan istimewa diantara 
mereka. Jihan dan Hazman terpaksa melalui pelbagai karenah dan situasi 
yang kadangkala menggugat hubungan istimewa mereka. Bermula dengan 
usikan dari Nizar yang menaruh hati dan berusaha untuk memenangi hati 
Jihan, kes sifat cemburu Kak Hanny melihat keakraban Jihan bersama Abang
 Syahid, Amirah yang mengugut agar Jihan menjauhi Hazman, peristiwa 
semasa ulangtahun kelahiran Jihan dan pelbagai lagi peristiwa yang 
membuatkan hubungan mereka dingin.
Novel remaja ini juga 
menceritakan kisah Suria yang meminati secara jauh seorang pelajar yang 
bernama Khairi, namun malu untuk berterus terang tentang perasaannya. 
Pada masa yang sama pula, Suria semakin kerap menerima rangkaian kad-kad
 ucapan dan surat ‘salam perkenalan’ dari seorang pelajar lelaki misteri
 yang menggelarkan dirinya sebagai IK.
Pengarang sekali 
lagi membuatkan para pembaca terus teruja untuk meneruskan bacaan mereka
 dengan menceritakan bagaimana Jihan, hazman dan Suria menyelesaikan 
konflik dan krisis yang menyelubungi mereka sepanjang perjalanan 
semester itu. Satu demi persatu masalah yang menimpa mereka sebelum ini 
dapat diselesaikan dengan mudah dan sedikit keanak-anakan dengan bantuan
 teman-teman yang lain seperti Sofian, Adam dan Abang Syahid. Akhirnya 
masalah-masalah mereka dapat diselesaikan dengan Nizar yang akur dengan 
‘kekalahanya’, penjelasan Jihan kepada kak Hanny mengenai hubungan 
sebenar diantara dirinya dan Abang Syahid serta terungkainya misteri 
identiti sebenar IK iaitu Khairi.
Novel ini berakhir 
dengan gembira setelah hubungan Jihan dan Hazwan kembali seperti 
sediakala manakala Suria pula sudah menemui ‘sasarannya’ untuk berkawan 
dengan Khairi, jejaka impiannya.
Penulis novel ini bijak 
memanipulasikan secara teratur setiap konflik yang berlaku sepanjang 
perjalanan novel ini. Walaupun konflik yang direncanakan oleh penulis 
novel ini agak mudah dan ringan. Ianya sangat sesuai dengan tahap 
pemahaman sasaran pembaca remaja berusia 10 hingga 17 tahun.
Novel
 remaja terbitan PTS.ONE setebal 145 halaman dan berharga RM14.00 
senaskah ini patut dimiliki oleh golongan kanak-kanak dan remaja yang 
sedang meningkat usia menuju ke alam remaja terutamanya mereka yang 
ingin mendapatkan gambaran perjuangan demi mencapai cita, konflik 
persahabatan dan percintaan remaja diasrama sebagai bahan bacaan hujung 
minggu. Malah, golongan dewasa seperti saya juga turut tertarik untuk 
memiliki novel kisah remaja ini untuk mengimbau kembali kenangan pahit 
dan manis semasa menuntut di sekolah berasrama penuh.
Warna
 pastel ceria serta gambar sebuah jam kecil, anak patung beruang yang 
comel dan sebuah diari yang tertera judul ‘Dear yayah’ yang menjadi 
latar kulit novel ini sesuai dan amat menepati konsep tajuk novel ini 
bagi memikat hati golongan remaja dan dewasa untuk memiliki naskah novel
 ini. Tidak hairanlah novel yang dikeluarkan pada tahun 2006 ini masih 
mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja yang baru 
berjinak-jinak di dalam bidang pembacaan novel sehingga telah di ulang 
cetak sebanyak enam kali.
Kejayaan novel ini mendapat sambutan dan
 nilai jualan yang luarbiasa juga menyebabkan novel remaja ‘hebat’ ini 
telah diterbitkan dengan beberapa siri baru seperti siri ‘Dear yayah 2’,
 ‘Dear yayah 3’, ‘Dear yayah 4’, ‘Dear yayah-sejuknya eau claire’ dan 
juga siri ‘Dear yayah the diary’. Malah tidak keterlaluan jika saya 
menyatakan bahawa kami semua peminat siri novel ‘Dear yayah’ ini 
sentiasa menantikan siri terbaru ‘Dear yayah’!!
 
novel inilah yang saya cuba ulas, percubaan pertama.. nama je ulasan, tp panjangnya ulasan ni dh macam sama dengan novel sebenar!!
 
Doakan saya menang peraduan ini ye kwan2 semua!!
 
4.
      
 
1 comment:
Banyak tatabahasa yang salah, ejaan pun banyak yg salah... camnela sya nk menang... huhu
Post a Comment