Followers

Muqaddimah

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.

Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!

Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.

(Sejak 2hb September 2010)

Wednesday, July 6, 2011

Tatkala kecacatan kami diketawakan............

Assalamualaikum WTH...

Malam ni mood tak berapa nak elok.. Entah kenapa saya begitu sensitif malam ini.

Sejak bergelar OKU pada tahun 2004 yang lalu. Sememangnya wujud satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila ada orang dengan nada jelek memandang rendah keupayaan saya. Benar, saya sudah kehilangan hampir separuh keupayaan tangan ini. Tapi janganlah kecacatan saya ini dibuat gurauan dan bahan ketawa... Ada hadnya gurauan itu..

Anda sendiri tidak pasti anggota badan anda akan lengkap sempurna ketika anda mati!

Kami tidak meminta simpati dari anda... Cukuplah jika kecacatan kami ini tidak menjadi bahan gurau & bahan ketawa 'insan sempurna' seperti kalian..

"Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia"



4.

4 comments:

puteri farah said...

sabar atas segala cemuhan. sebaliknya sy tumpang bangga dgn saudara . :)

Anonymous said...

abaikan celaan mereka, maafkanlah mereka kerana mereka tak memahami.


'.....dan org2 yg menahan kemarahannya, dan org2 yg memaafkan kesalahan org.'


be strong, ya...dik

Ustaz Azrai said...

TQ farah & anoy

Ustaz Azrai said...

TQ farah & anoy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...