Assalamualaikum WTH...
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis di blog http://travelogusahawanmuslim.blogspot.com/ ini walaupun kehidupan & kesibukkan menguruskan PNN sekarang ini semakin bertambah sejak saya mula terjebak dengan cabang bisnes baru iaitu membuka booth buku di tapak-tapak ekspo dan karnival..
Kembali kepada tajuk diatas. Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya sering menerima pertanyaan mengenai al-quran bertulisan rumi. Kebiasaanya terdapat 3 golongan yang mencari al-quran bertulisan rumi ini:
- Golongan Mualaf
- Golongan warga emas yang mahu kembali mempelajari islam
- Golongan anak muda yang mahu berubah
- Golongan kanak-kanak yang malas untuk belajar jawi
Buat pengatahuan anda semua, naskah al-quran, surah-surah pilihan, petikan ayat al-quran dan pelbagai lagi bentuk ayat al-quran bertulisan rumi TIDAK LAGI WUJUD DI MALAYSIA. Alhamdulillah, pihak kerajaan Malaysia sangat prihatin dengan keperluan umat islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Mengapa naskah al-quran,
surah-surah pilihan, petikan ayat al-quran dan pelbagai lagi bentuk ayat
al-quran bertulisan rumi tidak dibenarkan di Malaysia?
- Bimbang sekiranya mahraj huruf yang disebut dalam tulisan rumi tidak sampai dan sebutanya akan memberi maksud lain dan lebih teruk lagi sekiranya sebutan anda itu boleh memberikan maksud yang boleh memesongkan akidah
Berdasarkan pemerhatian saya terdapat beberapa sebab mengapa permintaan al-quran bertulisan rumi ini wujud:
- Malu untuk 'berguru' terutamanya kepada warga emas dan anak muda yang mahu mendekati kembali ajaran islam
- Tiada masa untuk berguru terutamanya kepada golongan muda yang mahu segala urusan dilakukan dengan cepat
- Mahu memilih jalan mudah terutamanya kepada golongan mualaf, warga emas, anak muda serta ibu bapa kepada kanak-kanak yang memiliki masa terhad
- Mahu mempelajari al-quran secara sendiri-sendiri @ bersembunyi
Tiada jalan singkat untuk berjaya diakhirat, belajarlah dengan guru secara formal untuk mengaji al-quran. Percayalah, Allah SWT akan memberkati usaha anda. Jangan pernah merasa malu untuk belajar. Saya sendiri jika ditawarkan untuk menjual secara 'under table' untuk menjual naskah al-quran bertulisan rumi pasti akan menolaknya walaupun naskah itu menawarkan kadar keuntungan yang berlipat kali ganda.
4.
1 comment:
org zaman skrg ni kalu ada yg lgi mudah.. suma dia nak..
Post a Comment