Islamisasi bisnes. Satu tajuk yang agak besar untuk saya coretkan diblog
yang serba kekurangan ini.
Hm, perkataan "islamisasi" seringkali kita dengari dewasa ini,
samada dimedia masa dan di media-media cetak. Islamisasi merujuk kepada satu
proses yang berterusan untuk mengislamkan sesuatu aktiviti dan perbuatan
manusia dan masyarakat amnya.
Islamisasi bisnes
Islamisasi bisnes merupakan satu konsep berkaitan proses 'mengislamkan
perniagaan' secara total. Islamisasi bisnes adalah proses "mengislamkan perniagaan"
dengan memasukkan roh tasawur islam kepada sistem muamalah & iqtishadiyah (ekonomi islam). Hal ini bermaksud pihak pengusaha
perniagaan dan anggota masyarakat sebagai pengguna berperanan untuk memastikan
seluruh organisasi & cabang perjalanan perniagaan yang sedang diusahakan
mengikut landasan dan acuan yang telah digariskan oleh agama islam serta
meninggalkan tanpa kompromi segala perbuatan yang dilarang oleh islam.
Proses 'mengislamkan perniagaan' ini wajib
bermula sejak dari dari awal penubuhan sesuatu perniagaan itu dan berlansung
sepanjang tempoh perniagaan itu diusahakan. Memandangkan agama islam itu
sendiri merupakan agama suci yang mementingkan kepada konsep keadilan,
kesucian, halal & haram dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, islam telah
menggariskan beberapa panduan kepada pihak usahawan & peniaga serta kepada
pembeli amalkan sepanjang tempoh perniagaan mereka dan keseluruhan hidup mereka
amnya.
Konsep islamisasi bisnes ini sebenarnya bermula setelah kedatangan islam
kemuka bumi yang membawa mesej keadilan dan kebenaran. Sebelum kedatangan
islam, masyarakat dunia terutamanya masyarakat usahawan & peniaga arab
jahiliyah merupakan golongan peniaga yang hanya mementingkan konsep keuntungan
dunia semata-mata. Amalan riba, menipu timbangan, menipu kualiti produk, kaedah
jual beli yang tidak jelas dan pelbagai lagi kesalahan dalam sistem muamalah
berlaku secara-terangan dan jelas membebankan pihak pembeli dan pengguna.
Namun, setelah kedatangan islam kemuka bumi ini yang hadir membawa
bersama sistem muamalah & iqtishadiyah
(ekonomi islam) yang membawa keadilan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan
pengguna, amalan-amalan jahiliyah ini secara beransur-ansur kehilangan tempat
dihati masyarakat.
"Peniaga yang jujur dan amanah akan berada bersama para nabi, shodikin
(orang-orang yang benar), orang yang mati syahid pada hari kiamat"
hadis riwayat Tarmizi & Ibnu Majah
Islamisasi bisness bukanlah menolak faktor keuntungan dunia, malah proses
islamisasi bisnes merupakan satu konsep dimana pihak usahawan & peniaga
berkongsi keuntungan diantara pihak penjual dan pembeli. Situasi menang-menang
yang tercipta dari sistem muamalah & iqtishadiyah
ini
"Sesungguhnya para peniaga
dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang yg jahat melainkan orang yang
bertakwa kepada Allah, melakukan kebaikkan dan benar"
(hadis riwayat
at-tirmizi)
Ciri-ciri Islamisasi Bisnes Bagi Pihak Usahawan Muslim
Islamisasi bisnes juga bermaksud pihak
usahawan dan peniaga berfungsi sebagai ketua yang memastikan keseluruhan
perjalanan perniagaan mereka bermula daripada beberapa ciri dibawah:
- Menjaga amalan wajib dalam islam
- Memastikan sumber modal yang dikeluar adalah daripada sumber yang halal
- Pendapatan yang diperolehi adalah dari pendapatan yang jelas halal
- Mengamalkan sistem jualbeli yang halal & tidak syubhah
- Keseluruhan pekerja termasuk pengusaha tidak melakukan sebarang perbuatan
makruh & haram terutamanya ketika tempoh perniagaan- seperti tidak menutup
aurat, mengumpat & memfitnah ketika bekerja dll (perbuatan haram yg selain
daripada larangan ketika aktiviti jual beli berlaku)
- Mengamalkan amalan sunah ketika bekerja- sentiasa berzikir, menjaga wuduk,
solat berjemaah bersama dll (perbuatan sunah yg selain daripada aktiviti
jual beli berlaku)
Ciri-ciri Islamisasi Bisnes Bagi Pihak Pembeli Muslim
Islamisasi bisnes juga bermaksud pihak pembeli
juga berfungsi memastikan keseluruhan perjalanan perniagaan mereka bermula
daripada beberapa ciri dibawah:
1. Sumber wang yang dikeluarkan untuk membeli adalah daripada sumber yang
halal
2. Mengamalkan sistem jualbeli yang jelas halal
MARI BERSAMA MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM & ISLAMISASI BISNES
InsyaAllah akan bersambung tajuk
1. Cabaran islamisasi bisnes
2. Peranan pihak usahawan muslim
3. Penerimaan orang bukan muslim terhadap islamisasi bisnes..
(",)
1 comment:
tak lawola, front entri ni macam terlalu gelap n beso.. saya masih guna format yang lama.. tp mungkin disebabkan saya taip dalam word n copy kesini.. tu yg jadi camni.. :(
Post a Comment