Kisah ini saya coretkan sekadar untuk berkongsi pengalaman mengenai insan yang pernah hampir kecewa dalam hidupnya namun kembali bangkit setelah menyedari impiannya masih belum tercapai dan menyedari KASIH SAYANG ALLAH KPDNYA MASIH UTUH! 
Setelah menamatkan pengajian di UUM, saya mendapat tawaran untuk 
bekerja sebagai  RA (research assisstant) di sebuah IPT terkenal yang 
terletak di pinggir  Lembah Klang. Alhamdulillah, rezeki saya agak murah
 ketika itu, ketika kawan-kawan  yang lain sibuk mengusung ijazah mereka
 mencari kerja di zaman kejatuhan ekonomi.  Saya telah berjaya 
mendapatkan kerja hanya dengan percubaan pertama.
Bekerja dalam situasi yang sibuk serta terpaksa berkejar menjelajahi 
seluruh  pelusuk tanah air untuk memenuhi tuntutan kerja tidak pernah 
sekalipun  melalaikan saya untuk membuka perniagaan sendiri. Hasrat 
untuk membuka perniagaan  sendiri sentiasa mekar dan terus berkembang 
mewarnai mimpi saya setiap hari.
Memulakan perniagaan sendiri bukanlah sesuatu urusan yang mudah. 
Seringkali  masyarakat bertanya kepada saya, perkara apa yang mendorong 
saya untuk membuka  peniagaan ini? Mungkin mereka beranggapan agak susah
 melihat remaja melayu  menceburi bidang yang banyak dimonopoli oleh 
bangsa india muslim dan cina.  Sebenarnya saya menceburi bidang 
perniagaan ini secara tidak dirancang dan  memperjudikan nasib saya 
kepada Allah.
Pengaruh takdir, bakat dan minat menjadi faktor kekuatan kejayaan 
saya pada hari  ini. Sejujurnya, saya memang tidak berhasrat untuk 
bekerja ‘makan gaji’  seumur hidup saya. Tetapi saya tidak menduga cara 
saya memulakan perniagaan ini  bermula lebih awal dengan beberapa kisah 
sedih dan pedih. Kisah semua ini berlaku  bermula pada tahun 2004.
Pada pukul 10.30 malam 26.7.2004 saya telah mengalami satu kemalangan
  motorsikal yang agak dahsyat di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Kemalangan 
itu telah mengakibatkan lengan kanan saya patah tiga manakala otot 
dibahagian  lengan terkoyak teruk. Saya terpaksa terlantar di HKL selama
 seminggu setelah menjalani satu pembedahan memasukan plat titanium 
sepanjang hampir lima  inci berserta 18 biji skru sebelum dipindahkan ke
 HSA. Kesan daripada  kemalangan ini telah memaksa saya untuk mendapat 
medical leave selama 10 bulan.yang  berakhir pada 20.4.2005.
“(iaitu)orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
 mereka berkata:  sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada 
Allah jualah kami kembali”  
Surah Al-Baqarah ayat 156
Saya masih lagi teringat lagi satu ayat yang saya ucapkan kepada 
seorang  doktor pakar di HSA. Ketika itu saya ditemani oleh ayah dan 
bonda sedang  menerima rawatan susulan disebabkan pergelangan tangan 
kanan saya tidak berfungsi  lansung (wrist drop). Saya langsung tidak 
boleh menggerakkan pergelangan tangan  saya itu walaupun jari-jari saya 
memberikan respon yang agak positif. Jika  anda boleh bayangkan keadaan 
pergelangan tangan Allahyarham Saloma ketika menyanyikan lagu berirama 
twis, begitulah keadaan pergelangan tangan  saya ketika itu.
“Doktor.. doktor rasa saya akan cacat  tak? Jika saya cacat, 
saya sudah boleh terima kenyataan..,” 
“Saya tak mampu memberikan jawapan  terbaik buat masa ini. 
Tapi saya kagum dengan semangat awak. Fokus pada fisioterapi  dan 
teruskan berdoa,” jawap doktor itu sambil tersenyum, saya dapat melihat 
 dengan jelas air mata doktor, nurse, ayah dan bonda itu bergenang. 
Memang benar, saya sangat kecewa pada peringkat awalnya, maklumlah 
tangan kanan  untuk seorang lelaki yang sedang meniti kerjaya sangat 
mahal harganya.  Tambahan pula, pengalaman menyaksikan mangsa kejadian 
‘patah lengan’ semasa terlantar  di HKL menyebabkan saya selalu 
termenung sendiri, tiga daripada empat orang  daripada mereka mengalami 
‘kecut tangan’ atau tangan mereka akan kehilangan deria  rasa sedikit 
demi sedikit dan akhirnya membawa kepada pengecutan otot  sehingga 
menyebabkan tangan mereka kelihatan pendek dan terkulai. Saya sangat  
takutkan situasi ini, oleh itu, saya sering memerhatikan dihadapan 
cermin setiap  hari selama beberapa jam untuk memastikan tangan kanan 
saya tidak menerima  nasib yang sama seperti mereka.
Walaupun menerima medical leave yang panjang, tangan kanan saya tidak
 berfungsi  dengan baik dalam masa itu, ibu jari saya sentiasa berada 
didalam keagaan  tegang dan mudah lesu apabila terlalu kerap digunakan. 
Bahkan saya terpaksa tanpa  rela untuk melepaskan jawatan sebagai RA 
yang disandang sejak dua tahun lalu  dalam masa dua minggu selepas 
medical leave saya berakhir. Keputusan ini saya  ambil kerana tidak mahu
 membebani rakan-rakan setugas yang terpaksa membantu menyiapkan 
kerja-kerja saya. Masakan tidak, kerja yang kebiasaanya  mengambil masa 
sehari berkerja tidak mampu saya laksanakan dalam masa lima hari?  Jika 
sehari dua mungkin teman-teman sekerja faham akan situasi saya ketika  
itu, tapi apabila hal ini berlanjutan selama seminggu ataupun sepuluh 
bulan?  Teman-teman sekerja mula dingin kepada saya kerana terpaksa 
memikul beban kerja  tambahan yang sepatutnya menjadi kerja saya sebelum
 ini. Tangan kanan saya tidak  mampu untuk bekerja lasak seperti dulu.
Saya pasrah dengan takdir ini, namun saya bukanlah orang yang mudah 
berputus  asa. Dalam masa itu, saya mula terfikir untuk menceburi bidang
 perniagaan  kerana menyedari keadaan fizikal saya tidak memungkinkan 
saya untuk bekerja  makan gaji. Tambahan pula pada ketika ini saya masih
 lagi memerlukan rawatan  susulan neurofisioterapi dan fisioterapi di 
hospital kerana pergelangan tangan  saya masih lagi lemah akibat kesan 
kemalangan itu.
Setelah hampir setahun menjalani rawatan neurofisioterapi dan 
fisioterapi,  tangan kanan saya hampir pulih walaupun saya anggarkan 
kekuatannya merosot hampir 60% daripada kekuatan asal. Tempoh setahun 
menjalani rawatan  neurofisioterapi dan fisioterapi saya habisi masa 
saya dengan membantu ayah saya dikedai  runcit miliknya dan juga 
membantu ibu di kantin. Dengan itu, saya dapat  memanfaatkan masa saya 
untuk mengkaji selok belok bidang perniagaan. Walaupun  perniagaan yang 
dimiliki ayah dan bonda berskala kecil, saya bersyukur kerana  dengan 
izin Allah melalui kedai tersebut, kami sekeluarga dapat menikmati 
kehidupan  yang sederhana dan damai. 
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah 
dan hendaklah setiap diri  memerhatikan apa yang telah diperbuat 
untuknya esok hari dan bertakwalah kepada  Allah, sesungguhnya Allah 
maha mengetahui apa yang kamu kerjakan Surah Al-Hasyr: 18
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja 
dengan pengakuan kami  telah beriman sedangkan mereka belum diuji?”
 Surah Al-Ankabut 29:2
Dugaan  yang datang kepada saya bukanlah alasan untuk saya menangis 
kecewa, saya merupakan insan positif yang sentiasa memburu  dan laparkan
 kejayaan. Saya membulatkan tekad untuk menceburi bidang  perniagaan! Menjadi OKU bukanlah alasan saya untuk gagal!
‘Saya belum  mati lagi! Saya ada impian! Saya mahu jadi 
USAHAWAN MUSLIM BERGELAR JUTAWAN!!
Dan sekarang, saya sedang berada dilandasan yang saya cipta dengan izin Allah SWT. Doakan kejayaan saya wahai teman-teman semua... 
 
4.
      
 
4 comments:
Kadang2 sukar mencari bakat n minat dlm diri sehingga kita kena cuba pelbagai sebelum menemuinya
Allah sentiasa menyayangi kita sebagai hamba-Nya..
Bergenang air mata saya baca tulisan ustaz azraai ni. terima kasih ustaz atas kisah yg ustaz kongsikan di sini. banyak pengajaran yg saya dapat. saya doakan ustaz berjaya menjadi jutawan muslim. boleh tahu kedai buku ustaz ni alamat dia kat mana ya?
Amin..TQ jugautk awk.. mg kita sma2 mjadi ushan muslim yg hebat.. kedai sya di Rawang, Slngor
Post a Comment