Alhamdulillah, peluang berhari raya di kampung halaman bersama-sama famili, teman-teman se-FELDA dan sanak saudara merupakan pengalaman yang indah. setelah sekian lama tidak berjumpa, kita semua dapat berhimpun dalam suasana yang harmoni untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Hari pertama memulakan perniagaan PNN didalam suasana hari raya seperti sudah dijangka.. namun begitu, saya bersikap positif kerana jualan sepanjang tempoh dua minggu terakhir bulan puasa kali ini sudah dapat menampung keperluan PNN untuk tempoh 2 bulan!! Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kurniaan rezeki yang tak terhingga.
Cuma yang agak meletihkan pada harini ialah timbunan stok majalah dari 'central paper' dan stok bahan bacaan kanak-kanak dari syarikat 'kiddibook' yang baru tiba seawal pukul 11 pagi..
2 comments:
wish u luck with yr blog bro...thumb fm me...for u
tq bro..
Post a Comment