Wadah Memperkasa Usahawan Muslim, Motivasi Business,Business & syariah, Sifat Usahawan Muslim, Kaedah Membuka Perniagaan Kedai Buku & Alat Tulis, Petua Murah Rezeki, Ulasan Buku Terpilih, Berita keusahawanan, Berita Tentang Industri Buku & Alat tulis, Tazkirah, Diari Usahawan, Nasyid & Chelsea FC
Followers
Muqaddimah
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.
Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!
Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email keazraay17@gmail.com.
(Sejak 2hb September 2010)
Tuesday, September 21, 2010
Memilih lokasi perniagaan - kedai buku dan alat tulis
Kaedah memilih lokasi perniagaan kedai buku dan alat tulis agak berbeza dengan pemilihan lokasi perniagaan jenis lain.Sebelum anda semua memilih lokasi perniagaan kedai buku dan alat tulis, Anda seharusnya terlebih dahulu menetapkan konsep perniagaan kedai buku dan alat tulis yang ingin anda usahakan.
Maksud konsep perniagaan kedai buku dan alat tulis yang saya maksudkan ialah mengenai pengkhususan 'sasaran pasaran' perniagaan anda. Secara amnya, terdapat beberapa kategori konsep perniagaan kedai buku dan alat tulis. Antaranya ialah:
kedai buku dan alat tulis tradisi
kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong
kedai buku dan alat tulis kombinasi (tradisi & pemborong)
Pemilihan lokasi perniagaan kedai buku dan alat tulis mengikut konsep
kedai buku dan alat tulis tradisi
Kedai buku dan alat tulis tradisi merupakan kedai buku dan alat tulis tradisi yang memfokuskan kaedah pemasarannya berdasarkan 100% daripada sumber pelanggan runcit. Pelanggan runcit bermaksud pelanggan yang lalu lalang di hadapan kedai dan membeli secara spontan dan tunai. Namun begitu peniaga jenis ini juga memiliki segelintir pelanggan tetapy ang melanggan buku dan alat tulis secara kecil-kecilan.
Kebiasaanya, kedai buku dan alat tulis tradisi ini akan memilih lokasi perniagaannya dikawasan tumpuan ramai di kawasan bandar seperti bersebelahan bank, kedai makan popular, pusat membeli belah dan berhampiran terminal bas. Pemilihan lokasi ini dipilih kerana kedai buku dan alat tulis tradisi ini menjalankan perniagaan secara runcit dan tidak memiliki sumber jualan lain melainkan jualan tunai dan sedikit pelanggan kredit.
2.kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong
kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong ada perniagaan kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong yang memfokuskan kaedah pemasarannya secra 100% melalui aktiviti pemasaran.
Kebiasaanya, kedai buku dan alat tulis - pembekal @ pemborong ini memilih lokasi perniagaan mereka dikawasan yang memerlukan kawasan kedai yang berkeluasan besar seperti gudang dan kilang perindustrian kecil di kawasan pinggir bandar.
3.kedai buku dan alat tulis kombinasi -
Kedai buku dan alat tulis kombinasi merupakan kedai buku dan alt tulis kombinasi akitiviti jualan runcit, pembekal dan pemborongan.
Kebiasaanya, kedai ini memilih lokasi perniagaan mereka dikawasan yang menjadi tumpuan ramai sama seperti kedai buku dan alat tulis tradisi. Namun begitu, konsep perniagaan mereka berbeza kerana selain menjual secara runcit, mereka juga terlibat secara lansung dengaan aktiviti pembekal dan pemborongan.
Pemilihan lokasi untuk perniagaan ini sangat penting kerana akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor sampingan yang menarik & menolak kejayaan bisnes anda. Banyakan berdoa dan jangan lupa mengamalkan beberapa amalan ‘petua murah rezeki’ yang saya sediakan
Assalammualaikum, saya ingin mulakan perniagaan alat tulis dan buku ini, boleh tinggalkan contact number? Saya ingin bertanyakan maklumat lanjut perniagaan ini - shofi
1 comment:
Assalammualaikum, saya ingin mulakan perniagaan alat tulis dan buku ini, boleh tinggalkan contact number? Saya ingin bertanyakan maklumat lanjut perniagaan ini - shofi
Post a Comment