Assalamualaikum WTH..
Cinta Perisa Dia- Lynn Dayana
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-751-8
Halaman: ~480
Tarikh Terbit: 5 Jan 2012
Sinopsis
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.
Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?
Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.
********************************************************************
Sayang 3 Dalam 1 - Weeda Airiza
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-750-1
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 15 Jan 2012
Sinopsis
Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.
Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!
Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?
**************************************************************************************
Memang Itu Cinta - Elin Nadia
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-749-5
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 15 Jan 2012
Sinopsis
Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya.
Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania. Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan. Kecut perutnya! Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar. Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatuh cinta padanya. Dia akan buat sampai Rania cair. Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah. Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!
****************************************************************
Jangan Ganggu Lenaku- Haiza Najwa
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-753-2
Halaman: ~576
Tarikh Terbit: 15 Jan 2012
Sinopsis
JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.
Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?
*******************************************************************************
4.