“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan memaklumkan: Sesungguhnya jika
kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu
mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya azabku sangatlah pedih”
Surah Ibrahim ayat 7
Terjemahan Al-hidayah-house of
quran
Terjemahan ayat di atas menunjukkan kepentingan kepada kita semua
berkenaan kepentingan bersyukur. Alhamdulillah, sejak dari lahir
sehingga kini nikmat Allah kepada kita tidak terhitung banyaknya. Nikmat
melihat, nikmat mendengar, nikmat merasai, nikmat kelapangan, nikmat
iman dan pelbagai lagi. Bahkan tidak ada hari yang berlalu tanpa nikmat
Allah!
Mengapa kita perlu bersyukur? Alhamdulillah, pertanyaan diatas sering
bermain dibibir setiap insan. Sebagai hamba yang daif dan bersifat
memerlukan pertolongan serta tidak mampu berdiri dengan keupayaan
sendiri melainkan dengan kekuatan yang dipinjam dari Allah, amat
wajarlah kita bersyukur sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga.
Merujuk kepada usahawan muslim, terjemahan ayat di atas jelas
menunjukkan kepentingan bersyukur. Bersyukur bukanlah sekadar
mengucapkan lafaz “Alhamdulillah’ di bibir semata-mata. Malah bersyukur
ini adalah kombinasi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Allah, pencipta kita semua yang telah mengizinkan kita berniaga dan
menjadi usahawan diatas bumi dunia ciptaanya ini.
Bahkan didalam ayat diatas, Allah telah menyatakan sekiranya kita
bersyukur, Allah akan menambahkan lagi nikmatnya! Nah, inilah kekuatan
kita! Bukankan selangkah kita berlari menuju ke jalan Allah, 10 langkah
Allah mengejar kita!
Secara realiti, bersyukur adalah satu bentuk penghargaan yang kita
berikan kepada Allah. Alhamdulillah, sekiranya kita berterusan
beristiqamah untuk mensyukuri nikmat Allah, akan timbul satu perasaan
merendah diri kerana sebagai hambanya, kita memerlukan setiap nikmat
Allah yang telah dikurniakan ini untuk menjalani kehidupanan seharian.
Antara persoalan yang sering timbul daripada kita ialah:
“saya bersolat lima waktu sehari, dan tidak pernah lalai
mengerjakan segala suruhannya, namun masih lagi hidup susah, perniagaan
tidak stabil dan sering dilanda masalah. Apakah tandanya ibadah saya
masih tidak mencukupi? Atau ibadah saya tidak diterima?”
Hm.. tidak sukar menjawap soalan ini, anda masih perlu bersyukur juga
kerana terpilih untuk menerima ujian itu! Ada beberapa sebab mengapa
doa anda dilambatkan untuk dimakbulkan dan yang paling penting sekali
ialah JANGAN SESEKALI MERASAKAN DIRI ANDA JAUH DARI RAHMAT ALLAH, SETIAP
SESUATU KEJADIAN ITU MEMPUNYAI HIKMAT YANG TERSENDIRI..
Diri saya juga pernah ditimpa bencana yang hampir menyebabkan diri
saya ini berasa sangat kecewa. Setelah dilahirkan sempurna sejak 24
tahun lalu.. saya menjadi OKU sejak enam tahun lalu! Siapa yang mahu
menjadi insan kurang upaya@ cacat? Yup, saya cacat sekarang ini, tangan
kanan saya kehilangan hampir 70% kekuatan semulajadi kesan daripada
kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu. Namun kecacatan ini
menambahkan lagi kesyukuran saya kepada Allah. Kerana dengan kecacatan
ini, saya mula bangkit menjadi diri saya sekarang! OKU seperti saya juga mampu berjaya dengan izin Allah..
Jadikan kelemahan anda menjadi kekuatan anda! Bersyukurlah atas apa
yang anda miliki kerana kadangkala kita hanya menghargai apa yang kita
miliki setelah kehilangannya!
4.
3 comments:
Boleh tak izinkan saya nak paparkan artikel ustaz ni di blog saya?
Silakan.. :)
Terima kasih ustaz
Post a Comment