Assalamualaikum WTH..
Topik yang ingin saya bincangkan ini merupakan salah satu topik penting kepada usahawan terutamanya bagi mereka yang menjadi usahawan bidang peruncitan.
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'anchor product'? Anchor product merupakan sejumlah barangan perniagaan yang memiliki sensitiviti harga dan kuasa jual yang tinggi dipasaran. Kebiasaanya barangan yang tersenarai didalam senarai 'anchor product' ini dijual pada tiga keadaan:
- Dijual pada harga kos
- Dijual dibawah harga kos
- Dijual denga kadar keuntungan yang minima
Di dalam bidang peruncitan buku dan alat tulis yang saya ceburi ini, antara produk yang layak disenaraikan sebagai 'anchor product' ialah kertas A4, Fhotocopy, pen pilot, color pencil Luna , marker artline, pocket file dan hampir seratus lebih produk yang memiliki harga yang sensitif dipasaran.
Apakah kepentingan 'anchor product'
'Anchor product' berperanan sebagai produk yang memiliki daya penarik pelanggan. Malah tidak keterlaluan jika saya mengatakan, kegagalan usahawan runcit untuk mengawal harga 'anchor product' ini berbanding harga yang ditawarkan oleh pihak pesaing anda menyebabkan perniagaan anda bakal mengalami 'kerugian' atau lebih teruk lagi anda terpaksa menutup perniagaan anda!
Secara logiknya, sebelum para pelanggan membeli dikedai anda, dia sendiri telah membuat perbandingan harga dengan pesaing anda. Cuba anda bayangkan sekiranya perbezaan harga sebanyak seposen sahaja sudah cukup untuk pelanggan lari, bagaimanakah perniagaan anda mampu bertahan sekiranya perbezaan melebihi nilai RM1? Fikirkanlah!
Bagaimana Menonjolkan 'Anchor product'
Selain itu, penonjolan jualan murah terhadap ‘Anchor produk’
berperanan untuk memberikan imej kedai harga patut kepada perniagaan. Contoh produk yang tergolong didalam kategori ‘anchor produk’ ini
ialah kertas A4 70gram berjenama IK memiliki sensitiviti harga yang
tinggi dikalangan pengguna. Harga kos bagi kertas ini ialah RM7.20 bagi
satu ream. Secara purata, kebanyakkan kedai alat tulis dan
pasaraya-pasaraya akan menjual produk ini dengan harga diantara RM7.00
sehingga RM7.90 untuk satu ream. Bagi mewujudkan suasana kedai harga
patut, saya akan menjual produk ini pada harga RM6.99 untuk satu ream
untuk sebagai kaedah promosi. (utk satu tempoh masa sahaja & terhad kepada 5 ream)
Kepada para pembaca yang tidak memahami konsep menjual “rugi” ini,
anda pasti akan tertanya-tanya mengapa kadangkala terdapat peniaga yang
menjual dengan harga dibawah kos? Secara umumnya, kami sebagai usahawan
dan peniaga tidak akan menjual stok barangan untuk mengalami kerugian
kecuali disebabkan oleh hal-hal tertentu. Sebenarnya, kami telah
menyerapkan nilai kerugian itu kepada stok lain yang tidak tersenarai di
dalam kategori ‘anchor produk’. Contohnya, kos kerugian jualan kertas
diatas akan ditampung melalui jualan produk sampingan seperti kertas A4
70gram 30 helai yang dibungkus sendiri, pembaris, pemadam, bekas pensil
dan banyak lagi produk yang memberikan kami margin keuntungan melebihi
50%. Bahkan kami beranggapan para pelanggan tidak datang hanya untuk
membeli satu produk sahaja, malah akan membeli banyak barangan yang lain
bagi menampung jualan ‘rugi’.
Namun begitu, saya menasihatkan anda supaya menghadkan jualan ‘rugi’
ini terhad hanya kepada sepuluh barangan yang benar-benar sensitif
dipasaran sahaja dan nilai kerugian yang ditawarkan hanyalah sekitar 5%
sahaja sepanjang tempoh promosi. Perkara ini penting bagi meneruskan
keberlansungan perniagaan anda.
4.