Wadah Memperkasa Usahawan Muslim, Motivasi Business,Business & syariah, Sifat Usahawan Muslim, Kaedah Membuka Perniagaan Kedai Buku & Alat Tulis, Petua Murah Rezeki, Ulasan Buku Terpilih, Berita keusahawanan, Berita Tentang Industri Buku & Alat tulis, Tazkirah, Diari Usahawan, Nasyid & Chelsea FC
Followers
Muqaddimah
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
Izinkan aku Ya Allah untuk berkongsi ilmu keusahawanan tentang perniagaan kedai buku dan alat tulis serta ilmu yang kumiliki ini, Semoga usahaku ini di berkati. Dan semoga diriku dan perniagaan-ku berkembang maju di dalam kami beriman kukuh kepada-MU agar dapat kami menyumbang sesuatu kepada-Mu dan seluruh dunia islam. Amin.
Bagi anda yang berada di kawasan Lembah Kelang dan mahu memberikan projek berkaitan pembekalan buku, alat tulis serta pencetakan kpd saya amat dialu-alukan. SAYA ANTI RASUAH!
Sebarang pertanyaan mengenai operasi kedai buku, jemputan memberi ceramah berkaitan keusahawanan muslim, sumbangan wakaf buku @ al-quran & ETC ke rumah anak yatim islam terpilih di sekitar Rawang (diskaun 10%-30%) DLL boleh email ke azraay17@gmail.com.
(Sejak 2hb September 2010)
Sunday, July 24, 2011
Johan Qariah Suraya Abu Hasan [MALAYSIA]
Johan- 88.33 Hjh Suraya Binti Abu Hassan (Johor) Malaysia utk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 [Jul 16, 2011 - Jul 23, 2011] di PWTC Kuala Lumpur
Hm, tahniah buat orang Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor ni... sahabat saya juga.. tetiba saya rasa bangga jadi orang Kota Tinggi..
Monday, July 18, 2011
Balik Kampung
Hati sedang berbunga2.. tarikh apa yang cantik tahun ini?
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Wednesday, July 6, 2011
Tatkala kecacatan kami diketawakan............
Sejak bergelar OKU pada tahun 2004 yang lalu. Sememangnya wujud satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila ada orang dengan nada jelek memandang rendah keupayaan saya. Benar, saya sudah kehilangan hampir separuh keupayaan tangan ini. Tapi janganlah kecacatan saya ini dibuat gurauan dan bahan ketawa... Ada hadnya gurauan itu..
Anda sendiri tidak pasti anggota badan anda akan lengkap sempurna ketika anda mati!
Kami tidak meminta simpati dari anda... Cukuplah jika kecacatan kami ini tidak menjadi bahan gurau & bahan ketawa 'insan sempurna' seperti kalian..
Ku menumpang di sudut dunia"
Monday, July 4, 2011
Naskah Al-quran tulisan rumi?
- Golongan Mualaf
- Golongan warga emas yang mahu kembali mempelajari islam
- Golongan anak muda yang mahu berubah
- Golongan kanak-kanak yang malas untuk belajar jawi
- Bimbang sekiranya mahraj huruf yang disebut dalam tulisan rumi tidak sampai dan sebutanya akan memberi maksud lain dan lebih teruk lagi sekiranya sebutan anda itu boleh memberikan maksud yang boleh memesongkan akidah
- Malu untuk 'berguru' terutamanya kepada warga emas dan anak muda yang mahu mendekati kembali ajaran islam
- Tiada masa untuk berguru terutamanya kepada golongan muda yang mahu segala urusan dilakukan dengan cepat
- Mahu memilih jalan mudah terutamanya kepada golongan mualaf, warga emas, anak muda serta ibu bapa kepada kanak-kanak yang memiliki masa terhad
- Mahu mempelajari al-quran secara sendiri-sendiri @ bersembunyi