Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan
yang batil (tidak benar), kecuali dengan jalan perdagangan yang berlakukan atas dasar redha di antara kamu,
dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu.
Dan barangsiapa berbuat demikian dengan cara melanggar hukum dan berlaku zalim, Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Surah An-Nisa’ ayat 29-30
Terjemahan Al-Hidayah House of Quran S/B
Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram
jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).
Anda menjual produk ini?
Produk fizikal utk kegunaan harian> contohnya jersey tiruan, seluar levi's golok, tudung ariani tiruan dll..
Sebenarnya sebelum saya memulakan tajuk ini, Saya suka menakutkan anda dengan ayat ini "Sudikah anda mencari pemilik syarikat jenama tiruan ini di padang masyar utk memohon maaf kerana bersubahat untuk menjual produk tiruan & cetak rompak yang ternyata JELAS adalah produk cetak rompak & tiruan? "
"Samada anda pemilik kilang, penjual dan pembeli produk ini.. soal haram halal terutamanya didalam bidang mencari rezeki bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main" .
"Pernahkah anda mendengar satu hadis mengenai usahawan muslim terkemuka Saidina Abdul Rahman Auf RA merupakan sahabat terakhir memasuki syurga? mengapa ia berlaku? ianya berlaku kerana Saidina Abdul Rahman Auf RA banyak ditanya oleh malaikat dan Allah SWT mengenai hartanya.. seperti kemana hartanya di belanjakan, dimanakah sumber hartanya diperolehi dll.. Apakah yang kita boleh jawap dihadapan tuhan jika sumber harta yang kita perolehi dari sumber perniagaan yang ada menjual produk tiruan & cetak rompak? Adakah ianya sama dengan hukum menjual barangan curi? Apakah kita sanggup memohon maaf daripada pemilik hak "jenama tiruan, ciplak dan cetak rompak itu?"
Saya pernah didatangi oleh penjual CD nasyid dan ceramah agama cetak rompak. Atas alasan berdakwah dia menghalalkan caranya untuk menjual produk cetak rompak.. Adakah matlamat dapat menghalalkan cara? Anda bersalah kepada pemilik syarikat dan semua pihak yang layak mendapat royalti produk itu kerana mencetak rompak produk mereka.. Mampukah anda memohon maaf dengan mereka? dimana anda mahu memohon maaf dengan mereka? didunia @ diakhirat?
Saya biarkan persoalan ini tergantung agar menjadi peringatan kepada kita semua kerana mencari yang halal itu hukumnya wajib
4.
1 comment:
jual levi golok, tudung tiruan atau apa sahaja yg meniru bulat² adalah ternyata haram tetapi jika ianya telah diolah semula/redesign dgn yg hampir sama maka ianya bukanlah haram, tambahan lg jika pembeli dan penjual sedia maklum ianya tiruan dan harga tersebut ternyata dlm kategori lebih rendah. jika menganggap sesuatu ilmu tentang rekabentuk mahu pun paten itu hak makhluk maka Allah lebih berhak utk ilmu tersebut. lg pula.. kbnyakan ilmu yg telah d paten kbanyakannya dtg dari org yg d tindas. jika para sahabat itu lmbt masuk syurga itu kerana berkat usaha beliau utk bantu org lain dan ternyata beliau bukanlah termasuk dlm golongan neraka. tolong jgn jadi jahil tentang ilmu agama dan cuba kaji betul2 sebelum pos benda² mcm ni.
Post a Comment