"Menjadi usahawan muslim yang bersemangat dan berjiwa besar"
Bidang keusahawanan merupakan bidang yang menuntut saya agar sentiasa
hebat dengan memiliki semangat dan jiwa yang besar. Walaupun baru
menceburi bidang keusahawanan ini secara serius sejak dua tahun lalu,
bidang ini banyak mempengaruhi gaya hidup dan banyak mengajar saya
keperluan ‘bersemangat’ dan ‘berjiwa besar’!
Sebagai insan yang serba kekurangan dan sentiasa mengharapkan
pertolongan Allah SWT, saya telah mengaplikasikan beberapa pendekatan
islam didalam bidang keusahawanan yang kian menebal didalam diri saya.
Bukankah islam adalah satu cara hidup yang tersusun dan hebat? Oleh itu
kita semua sebagai penganut agama ini juga harus menjadi seorang insan
yang tersusun dan juga hebat!
Menjadi penganut agama tauhid yang indah ini bukanlah satu perkara
yang sukar. Kita sudah digariskan oleh Allah melalui kekasihnya Nabi
Muhammad SAW dan juga al-quran sebagai panduan. Sesunggguhnya islam
merupakan satu gaya hidup yang hebat seandainya kita sanggup memenuhi
segala suruhan yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala apa yang
telah dilarang.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh melarikan diri daripada
kehendak agama.
Cuba anda semua membayangkan sekiranya Abdul Rahman Auf RA tidak
bersemangat dan berjiwa kecil semasa menjalankan perniagaanya? Adakah
pada hari ini kita dapat mendengar tentang ketokohan beliau berkaitan
perniagaan sehingga dijamin oleh Allah SWT ia tergolong didalam 10 orang
sahabat yang dijamin syurga? Bagaimanakah kaedah Abdul Rahman Auf RAmemulakan perniagaan daripada kosong sehingga berjaya menjadi jutawan? bahkan beliau pernah mendermakan kesemua wang keuntungan yang diperolehinya semata-mata demi kemajuan islam?
Sekiranya anda menjawap ‘YA” atau “TIDAK” bagi soalan saya diatas,
jawapan anda semuanya salah. Bersemangat dan berjiwa besar hanyalah
menyumbang sedikit peratusan kejayaan seseorang usahawan itu. Kerana
faktor utama kejayaan seorang usahawan itu adalah melalui ‘IZIN” Allah
SWT. Namun bagaimana caranya untuk membina empayar keusahawanan mengikut
acuan islam? Jawapannya ialah ‘TETAP BERSEMANGAT DAN BERJIWA BESAR
MENGIKUT ACUAN ISLAM!”
Keusahawanan muslim sangat menuntut kepada pihak usahawan dan
pengusaha agar sentiaa bersemangat dan berjiwa besar mengikut acuan
islam. Tanpa semangat dan jiwa yang besar mengikut acuan islam ini,
pihak usahawan akan memanggung satu beban hebat yang tidak akan mampu
dipikul kerana menganggap keuntungan dalam bentuk wang ringgit di dunia
merupakan matlamat utama mereka menubuhkan perniagaan.
“Barangsiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat
faedah di akhirat, kami memberinya tambahan kepada faedah yang
dikehendakinya dan sesiapa mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan
didunia semata-mata, kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu
(sekadar yang kami tentukan) dan dia tidak beroleh sesuatu bahagian pun
di akhirat kelak” Surah As-Syura :20
ini hanya merupakan draff awal.. & memang masih belum
ditambah, diedit dsb.. Alhamdulillah, saya sudah menyiapkan 31 bab kecil untuk buku ini. Insyaalah saya skrg masih terkial2 utk menghabiskan penulisan buku pertama saya
bertajuk "TRAVELOG USAHAWAN MUSLIM"..
BANGKIT SEMUA SAHABATKU!! SOKONG KAMI UTK MENYOKONG USAHAWAN MUSLIM!!
4.
2 comments:
ooo..bagus bagus..nak buat e book ke ustaz??
:) bkan e-book.. sbb sya lbih selesa jika buku ini keluar dlam bntuk buku fizikal..
Tp saya belum pilih utk beri kpd mna2 publisher.. ssh skit bab ni sbb mereka suma kwan saya..
Post a Comment