Tuesday, January 18, 2011

Mahal!

Pagi ni ada seorang tua berbangsa melayu berketayap datang kekedai saya untuk membuat salinan fotocopy. Setelah saya melemparkan senyuman manis kepadanya (huhuhu... ) dia bertanyakan harga untuk membuat perkhidmatan fotocopy sebanyak 40 keping. Sambil menyatakan harga iaitu sebanyak RM4 saya menunjukkan senarai harga fotocopy yang tertampal didinding kedai saya.

"Mahal!" jeritnya kuat.
"Kedai lain semuanya harga 4 sen.. Kedai ni mahal!" sambungnya lagi dengan nada yang kuat sambil terus berlalu keluar dari kedai saya.

Saya tersenyum, Mahalkah? saya rasa semua kedai fotocopy hanya menawarkan  harga 4 sen itu hanya untuk fotocopy yang melebihi nilai 100 dan keatas. 

"Abaikan je orang tua tu.. mana boleh dapat harga 4 sen sekeping kalu mahu fotostat 40 keping je. Kat mana-mana kedai pun tak dapat" bisik seorang pelanggan ke telinga saya sambil tersenyum...

Note: kadangkala memang pening kepala ini memikirkan perangai pelanggan..

(Ustaz Zahazan semasa selesai sesi tandatangan di gerai jualan saya di sebuah ekspo yg saya tak ingat tempatnya.. )




5 comments:

  1. Bukan pening memikirkan perangai pelanggan.. tp pening melayan karenah pelanggan...

    mentang2 dia raja... sesuka hati je nak menjerit..

    ReplyDelete
  2. Nanti aku suh anak aku yang menjerit kat kedai ko ek. Mesti sejuk hati ko..ekeke..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz...

    nanti ummi pun nk tumpang gi photostat kat kedai ustaz gak untuk buat buku leh tak....

    ReplyDelete
  4. Mal.. jerit je xpe lagi.. jgn tkencing si macm anak akak kes bulan lpas tu dh la.. hehe

    Wslam kak umi.. boleh kak.. :)

    ReplyDelete