Assalamualaikum WTH... harini saya mahu berkongsi dengan korang tentang keseronokan memiliki kedai buku & alat tulis sendiri:
- Anda menjadi antara orang pertama yang dapat membaca surat khabar, majalah & buku-buku terbaru.. hehehe. Tp itu dulu kot.. sbb sekarang, masa semakin terhad untuk membaca buku. esp yang tebal-tebal. Jika ada masa terluang, saya kini hanya mampu untuk membaca majalah sahaja @ duduk dihadapan laptop untuk menaip mengenai keusahawanan muslim..
- Dapat mengenali pelanggan yang "kaki buku", saya benar-benar kagum dengan mereka yang sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM200 setiap bulan untuk memiliki buku-buku kegemaran mereka. Saya sendiri baru dapat hampir 20++ orang pelanggan yang kaki buku! mereka memang hebat membaca semua genre! Kalu dapat 100++ orang pelanggan begini kan best!
- Dapat mengetahui info teatang buku hebat yang bakal keluar. Hm... selalunya para salas exec sesebuah penerbitan sendiri akan memberikan bintang @ tahap kehebatan sesuatu buku yang bakal keluar. Jadi kami sebagai pemilik kedai buku merupakan individu terawal yang mengetahui tahap kehebatan sesuatu produk itu.. Malah kami juga akan memberitahu kepada pelanggan kami agar menyimpan wang yang secukupnya apabila sesebuah karya hebat bakal dilancarkan!
- Hmmm... oleh kerana kebanyakan pembeli buku adalah dikalangan mereka yang berjantina "perempuan"... maka pemilik kedai buku yang ensem ini boleh menyelam sambil mencarik jodoh.. :P
- banyak lagi kelebihan lain sebenarnya...
(kereta idaman saya... VW Pattas)
P/s: Jom jadi usahawan muslim!
No comments:
Post a Comment